Friday, May 24, 2013

PERKASA DAH BERTAUBAT?!!! Mahu aktif buat kerja kebajikan, buka Pusat Khidmat bantu rakyat

 
 Samseng Perkasa ni bertaubat juga ke?

BUKIT MERTAJAM - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang mahu lebih aktif khususnya dalam bidang kebajikan selain ekonomi, pendidikan dan kebudayaan.
  
Timbalan Yang Dipertuanya Fadzil Shuib berkata usaha itu adalah satu daripada cara  bagi mengubah pandangan negatif masyarakat terhadap pertubuhan berkenaan yang selama ini dianggap hanya memperjuangkan orang Melayu.
   

Untuk tujuan itu, katanya pihaknya merancang membuka Pusat Khidmat mulai bulan depan bagi membantu menangani pelbagai masalah kebajikan yang dihadapi rakyat Pulau Pinang.
  
"Langkah  yang Perkasa buat itu bagi membuktikan pertubuhan ini bukan sebuah NGO  (badan bukan kerajaan) yang rasis pada sesuatu kaum sahaja seperti didakwa pihak tertentu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Beliau ditemui pada majlis penyampaian sumbangan pendidikan Perkasa kepada dua pelajar miskin yang akan melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi di Gambang Pahang.
  
Pelajar berkenaan Nur Aiffah Suhadah Mohd Sharudin, 18, dan Alin Azureen Amwan, 18, menerima bantuan sebanyak RM1,000 seorang. - Bernama

3 comments:

XUMNO said...

Eloklah Tu. Buat perangai tak senonoh semua orang menyampah dan meluat. Tapi sebelum buka pusat khidmat, disyorkan pemimpin2 Perkasa pergi belajar agama dan rajin2 datang ceramah agama di surau2 dan masjid2. Mengaji hukum2, dosa dan pahala. Bila daha betul2 insaf barulah buka pusat khidmat. Jangan lupa pakai serban dan ketayap putih ye.

Anonymous said...

Wahai PEKASAM
Kalau setakat nak tampal topeng ja kat muka tu tak payah la.....
Selagi hati tu BUSUK dgn SIKAP RACISTnya, tak payalah la jugak....

Lebih baik topeng tu pi pakai kat muka lembu lagi baguih....

PERANGAI PUAK2 PEKASAM PALING HUDUH DI ABAD INI.

sizzly7761 said...

Ini bukan persepsi lagi dah....Nama Perkasa tu sendiri dah rasis! Dengan gelagat kurang ajar dan bangang macam yang sering ditunjukkan oleh ahlinya,jelas sekali Perkasa ni adalah singkatan dari PERtubuhan KAki SAmseng (Melayu) Malaysia?...he he he, tak payah berlakon lah Perkasa, khasnya mamak penang yang suka makan kek bentuk tahi!