Sunday, September 29, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Dato' Dr. Mahfodz Mohamed dicalonkan sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Pusat

GELANG PATAH - Perwakilan PAS Kawasan Gelang Patah  mencadangkan Dato' Dr. Mahfodz Mohamed dicalonkan sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Pusat disamping menyenaraikan tiga nama bagi mewakili PAS Negeri Johor untuk bertanding di jawatan AJK PAS Pusat. 
 
Tiga nama tersebut ialah YB Aminolhuda, Tn. Hj. Dzulkefly Ahmad dan Mazlan Aliman.
 
Sementara itu, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man telah dipilih majoriti perwakilan PAS Kawasan Gelang Patah untuk dicalonkan di kerusi Timbalan Presiden PAS pada Muktamar Agung PAS akan datang.

Pemilihan beliau untuk jawatan Timbalan Presiden PAS tersebut dibuat setelah majoriti perwakilan memilih beliau mengenepikan dua lagi calon iaitu Tn. Hj. Salahuddin Ayub dan Datuk Paduka Husam Musa.

Bagi jawatan Naib Presiden PAS, perwakilan PAS Kawasan Gelang Patah telah mencalonkan tiga nama untuk diangkat sebagai Naib Presiden PAS iaitu Datuk Paduka Husam Musa, Tn. Hj. Salahuddin Ayub dan Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa sebagai calon untuk diketengah di jawatan Naib Presiden PAS.Nusajaya Kini

No comments: