Sunday, September 29, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Haji Dzulkifly Ahmad kekal YDP PAS Gelang Patah

GELANG PATAH - Mesyuarat Agung Tahunan PAS Gelang Patah kali ke-18 yang telah diadakan di Markas Tarbiyah PAS Ulu Pulai pagi tadi menyaksikan Tn. Hj. Dzulkefly Ahmad mengekalkan jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Gelang Patah untuk sesi 2013-2015.

Turut mengekalkan jawatan adalah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gelang Patah iaitu Ustaz Salahuddin Dahiran dan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Gelang Patah iaitu Tn. Hj. Musa.

Bagi kerusi diperingkat dewan-dewan PAS Kawasan Gelang Patah, berlaku perubahan kepimpinan di Dewan Pemuda PAS Kawasan Gelang Patah apabila penyandang jawatan, Ustaz Zaifiddin Isa mengambil keputusan tidak lagi bertanding jawatan disandang sebaliknya jawatan tersebut telah dipertandingkan dan dimenangi oleh Sdra. Taufik Rizal selaku Ketua Pemuda PAS KAwasan Gelang Patah yang baru.

Bagi Dewan Muslimat dan Dewan Ulama PAS Kawasan Gelang Patah pula, penyandang jawatan bagi kerusi Ketua Dewan Muslimat dan Ketua Dewan Ulama kekal apabila jawatan tersebut tidak dipertandingkan sebaliknya penyandang jawatan, Pn. Hjh. Sabariah dan Ustaz Md Shah Lamat kekal untuk sesi kepimpinan 2013-2015.

Perasmian Muktamar PAS Kawasan Gelang Patah pada pagi tadi telah disempurnakan oleh YB Dato' Ir Phahrolrazi Zawawi yang juga merupakan ADUN Pengkalan Kundur Kedah.

No comments: