Wednesday, October 30, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Presiden, timbalan presiden, naib presiden tidak semestinya ulama - Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Pemimpin PAS tidak semestinya ulama, kata Nik AzizMursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menegaskan, pemegang jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden dan menteri besar PAS tidak semestinya daripada golongan ulama.
Perkara ini disampaikan beliau melalui anaknya Nik Mohd Abduh Nik Aziz dalam kuliah Jumaatnya baru-baru ini.

“Ayah ambo (saya) suruh sebut hak tu. Ambo tak sir (mahu) sebut, tak berani mana nak sebut hak nih (perkara ini), takut orang marah, tapi dia ghoyat (beritahu) semalam, kalu tak ghoyat (beritahu) takut balik dia tanya susah pulak nak jawab,” kata Nik Abduh ketika memberikan kuliahnya di Kota Bharu.

PAS sedang menghadapi muktamar yang ke-59 bermula 22 hingga 24 November ini.


Kempen hangat sedang berlangsung dan antaranya kempen agar ulama memegang jawatan utama iaitu presiden dan timbalan presiden serta sebahagian naib-naib presiden.

Pandangan daripada Nik Aziz pula sangat mempengaruhi para perwakilan PAS di seluruh negara.

Dalam kuliah itu, ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, yang mesti dilantik di kalangan ulama (orang alim) adalah ahli Majlis Syura Ulama iaitu badan tertinggi dalam PAS.

"Presiden, timbalan presiden, naib presiden dan kepimpinan yang lebih bawah termasuk pesuruhjaya, "hak ni nih, adakah wajib ulama? Jawapan dia tidak," tegas Nik Abduh.

Menurut Nik Abduh, syarat utama untuk memegang jawatan eksekutif dalam PAS adalah kepimpinan politik.

“Nak jadi pemimpin politik, presiden atau timbalan presiden, syarat utama dia bukan kena reti baca kitab. Hak reti baca kitab ni duk dalam Majlis Syura tapi presiden, timbalan presiden, naib presiden ni kena ada satu syarat yang lebih daripada Majlis Syura, iaitu kepimpinan politik kena ada," katanya.MI

3 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya TGNA ni dah tak perlu memikirkan pasal politik dah cukup danlebih baik tumpu pada kerja2 dakwah.

Anonymous said...

ni komen puak terlebih dapat tarbiyah sampai tak dapat nak beza politik dalam dakwah

mohd shahran said...

Sokong, Kalu Pemimpin Semua Nak Pilih Ulamak, Tutup Majlis Syura. Pemimpin mestilah amanah, kuat , berani bukan bersembunyi dibelakang jubah atau serban