Thursday, October 10, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Teraju enam PAS kawasan di Pahang berubah


TEMERLOH: Seluruh PAS kawasan di negeri ini selesai mengadakan mesyuarat agung yang menyaksikan enam daripada 14 kawasan mendapat Yang Dipertua (YDP)  baharu.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal (atas) berkata, secara keseluruhannya mesyuarat agung PAS kawasan berjalan lancar mengikut lunas perlembagaan parti.

Katanya, perubahan kepimpinan di enam kawasan juga berlangsung dalam suasana harmoni malah ada kawasan yang mengadakan syura bagi menentukan YDP baharu.


PAS kawasan yang mendapat YDP baharu adalah Maran yang kini diterajui Hasenan Harun, Rompin (Mazlan Mohd Yassin),  Raub (Idris Ahmad), Indera Mahkota  (Andansura Rabu), Paya Besar (Tarmizi Yahya) dan Jerantut (Yohanis Ahmad) (kiri).

Lapan PAS kawasan yang mengekalkan YDP adalah Lipis yang terus diterajui Ishak Sat, Cameron Highland (Abd Karim Noor), Bentong (Abd Hamid Bahatim), Temerloh (Md Jusoh Darus),  Bera (Sulaiman Mohamad), Kuantan (Rosli Abd Jabar), Kuala Krau (Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man) dan Pekan (Abu Kasim Manaf).

Menurut Roslan, PAS Pahang akan mengadakan konvensyen tahunan di Kuantan pada 26 Oktober ini yang akan menemukan semua YDP baharu dan lama dalam satu majlis muhasabah parti.

No comments: