Thursday, November 7, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Ust. Nor Azam teraju baru Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan


JEMPOL:
Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan menerima teraju baru apabila Ustaz Nor Azman Mohamad dipilih sebagai ketua dewan itu pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan kali ke-28  baru-baru ini.

Muktamar pemilihan itu berlangsung di Muassasah Darus Syarif, di sini di mana menyaksikan Nor Azman telah menang tanpa bertanding sekaligus menggantikan Mohd. Khairil Anuar Mohd. Wafa yang tidak mempertahan jawatan.

Beliau juga sebelum ini adalah bekas Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan.

Dalam ucapan penangguhan beliau, Nor Azman berkata pemuda harus berusaha dalam membina jaringan bagi melebarluaskan keterlibatan dalam masyarakat.


“Organisasi pemuda perlu diperkukuhkan, kurangkan kontroversi dan fokus kepada gerak kerja yang strategik.”

“Pemuda hendaklah bertindak dengan matang dan bijak dalam membina jaringan. Saya sarankan usaha untuk mengukuhkan rangkaian bersama agensi kerajaan dan juga NGO perlu diambil perhatian yang sewajarnya.” tegas beliau

Beliau juga menyarankan agar aktiviti bersama anak muda perlu diperhebatkan sama ada dalam bentuk sukan, wacana ilmiah mahupun kebudayaan.

Dalam keputusan pemilihan itu juga, Yusry Mohamad dipilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda PAS negri manakala Mohd Azlan Zainal sebagai Naib Ketua Pemuda.

Muktamar itu dirasmikan oleh Naib Ketua Pemuda PAS Pusat Dr. Raja Iskandar Al-Hiss.


No comments: