Wednesday, February 12, 2014

ABANG JOHARI TIDAK DILANTIK!!! UMNO melepas, peluang masuk Sarawak makin sukar


ANALISIS Pengumuman Tan Sri Adenan Satem sebagai pengganti Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud secara tiba-tiba semalam dilihat sebagai pencegahan awal daripada sebarang tekanan Umno untuk pengganti jawatan itu.

Sebelum ini pengumuman itu dikatakan hanya akan dibuat pada Sabtu.

Taib bertemu Yang di-Pertua Negeri Tun Abang Muhamad Salahuddin Abang Barieng petang semalam untuk menyerahkan surat peletakan jawatannya yang berkuat kuasa pada 28 Februari.

Nama Adenan sebagai penggantinya juga dimaklumkan dimaklumkan pada pertemuan pada jam 3 petang itu.

Adenan akan mengangkat sumpah pada 1 Mac 2014.


Sidang media khas pula diadakan 30 minit selepas pertemuan itu di Astana Negeri – tiga jam sebelum ketibaan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin dikatakan dihantar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi memberi tekanan kepada Taib bagi melantik Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abang Johari Openg sebagai pengganti Taib.

“Ini strategi yang sungguh hebat bagi mencegah apa sahaja tekanan daripada Umno, yang mahukan orangnya berada di kedudukan paling prestij dan berkuasa di Sarawak,” kata bekas ahli politik yang pernah berkhidmat bawah pentadbiran Taib.

“Ekoran Sarawak tidak dikawal oleh Umno, bagaimana ia cuma mempengaruhi pentadbiran Sarawak?” soalnya lagi.

Adenan, ketua publisiti PBB, dipilih dengan mengetepikan Abang Johari dan Naib Presiden Kanan PBB Datuk Awang Tengah Ali Hassan.

No comments: