Monday, May 12, 2014

KERAJAAN BN TERENGGANU GONCANG!!! Ahmad Said dan ADUN Ajil isytihar keluar UMNO



Bekas MB Terengganu, Ahmad Said keluar UMNO

KUALA LUMPUR: Beberapa selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada Isnin, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar dari parti UMNO.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal kini berdiri sebagai ADUN bebas.


"Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta. Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi DUN Kijal," katanya dalam surat tersebut.


Seorang lagi ADUN dari UMNO, iaitu Ghazali taib yang merupakan ADUN Ajil juga telah isytihar keluar dari parti tersebut.


Perkembangan itu dimaklumkan oleh Ahmad Said dalam satu email kepada Astro AWANI.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa Isnin.

Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu malam tadi.

Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 daripada 32 kerusi DUN Terengganu.

Baki dua lagi adalah calon bebas.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/bekas-mb-terengganu-ahmad-said-keluar-umno-35714?cp

1 comment:

Laman Saujana said...

Itulah lumrah alam...akhirnya tidak ada siapa yg untung.