Tuesday, February 15, 2011

Kelantan di depan

Liga Super : Kelantan Kekal Dahului Saingan


KUALA LUMPUR 16 Feb.: Kelantan mengekalkan rekod tanpa kalah dengan menewaskan Kuala Lumpur 2-0 pada perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Baharu, malam tadi.

Kemenangan di tempat sendiri itu membolehkan skuad bimbingan Datuk M.Karathu mendahului kedudukan liga dengan 10 mata selepas empat perlawanan, sekaligus mengenepikan pencabar terdekat Perak dengan kelebihan dua mata. Perak mampu berkongsi mata dengan Kelantan tetapi gagal apabila hanya seri 0-0 dengan pasukan Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Di Stadium Shah Alam, juara Liga Super musim lalu, Selangor mula memperkemaskan rentak apabila mengutip tiga mata penuh setelah Berjaya mengalahkan Terengganu 3-2.

Gol Red Giants dijaringkan oleh Fadzli Saari pada minit ke-17 menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Terengganu, Sharbinee Alawee.

Skuad merah kuning di bawah bimbingan K. Devan terus menghukum kealpaan benteng pertahanan Terengganu apabila Mohd Amri Yahaya pula menanduk masuk gol sejurus babak kedua bermula pada minit ke-46 dan P. Gunalan menolak masuk bola menerusi hantaran dari Mohd Amri Yahaya pada minit ke-57.

Bagaimanapun Terengganu bangkit apabila mendapat sepakan penalti yang disempurnakan oleh Ashaari Samsudin pada minit ke-69 apabila pertahanan Selangor mengasari pemain Terengganu dalam kotak penalti dan Abdul Hadi Yahaya menjaringkan gol pada minit ke-87.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, gol minit ketiga oleh Mohd Zaiza Zainal Abidin membantu Pahang mencatat kemenangan kedua setelah menang tipis 1-0 ke atas pasukan T-Team.

Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah gagal menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri apabila tewas 0-1 kepada Johor FC menerusi jaringan Mohd Riduwan Ma'on pada minit ke-55.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Felda United yang bermain dengan 10 pemain sepanjang babak kedua tidak mensia-siakan peluang apabila menewaskan tuan rumah Negeri Sembilan 1-0.

Gol kemenangan Felda United diperolehi oleh Abd Ghani Abd Rahman pada minit ke-88.

Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, Harimau Muda A terikat 1-1 dengan Perlis.

Perlis terlebih dahulu mendapat gol yang dijaringkan oleh Mohd Faiz Subri pada minit ke-74 manakala Harimau Muda bangkit menyamakan gol menerusi Gary Steven Robbat pada minit ke-90 sebelum wisel ditiup.

Sementara itu, dalam satu perlawanan Liga Perdana, Harimau Muda B menumpaskan Pos Malaysia 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Dengan kemenangan tersebut, Harimau Muda B kini melonjak ke tangga ketiga liga dengan tujuh mata.-BERNAMA

Read more ...

Mari saksikan satu lagi kerja busuk puak-puak Songkok Tiga Jengkal

UMNO/BN Benci Orang Cina?

Salahkah kalau sesebuah parti terutamanya dari Pakatan Rakyat mengucapkan sesuatu sempena perayaan? Mengapa UMNO/BN selalu sakit hati sehinggakan membenci akan tindakan yang cuba dilakukan oleh pihak PAS/PR terutamanya di negeri Melaka.
Sempena Tahun Baru Cina ini, pihak PAS telah mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada kaum Tiong Hua terutamanya yang menetap disekitar Bukit Baru di mana kain rentang itu digantung. Pihak UMNO/BN telah memotong dan mengoyakkan kain rentang PAS sebaliknya menaikkan kain rentang dari Ali Rustam.

Sekarang UMNO/BN bukan bergaduh dengan PAS sahaja tetapi dengan masyarakat Tiong Hua mereka turut bertindak zalim demi meraih populariti.

Sebab itu kain rentang PAS/PR mereka buang kerana sokongan Ali Rustam dari masyarakat Cina tidak begitu memuaskan.

UMNO/BN bercakap soal perpaduan sebaliknya merekalah musuh paling utama dalam mengkhianati bangsa, agama dan juga negara. Slogan 1Malaysia itu cukup bermakna untuk Najib malahan untuk sekutunya juga dari Israel/SM

-selatanonline-

Read more ...

Nak siasat YB Umno macam mana, dia pun kerja di Pejabat Umno

Lebih baik untuk GAPS siasat ADUN BN yang hidup mewah daripada mensia-siakan masa untuk siasat ADUN PR

http://umno-online.com/wp-content/uploads/2010/12/gaps-sprm.jpgKenyataan media oleh Lau Weng San di Petaling Jaya pada hari Selasa, 15hb Februari 2011:

Lebih baik untuk GAPS siasat ADUN BN yang hidup mewah daripada mensia-siakan masa untuk siasat ADUN PR

Kenyataan Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin, bahawa terdapat sekurang-kurangnya sepuluh Ahli Dewan Negeri (ADUN) Selangor yang hidup mewah yang dikeluarkan beliau tanpa sebarang bukti kukuh merupakan percakapan kosong.

Lebih baik Hamidzun menumpukan perhatian kepada wakil-wakil rakyat UMNO dan BN kerana dengan itu, beliau akan dapat menyelesaikan tugasnya dengan mudah kerana hampir setiap ADUN BN memiliki dua hingga tiga kereta besar dan meninggal di rumah besar atau memiliki rumah di kawasan berada.

Contoh yang paling baik ialah rumah banglo ala-Bali yang dimiliki oleh ADUN Sungai Panjang, Dr Khir Toyo yang sekarang menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah kerana memiliki rumah yang tidak setimpal dengan pendapatannya.

Jikalau Hamidzun tidak percaya, maka beliau boleh hadir ke sidang Dewan Negeri untuk melihat dengan matanya sendiri kereta-kereta mewah yang dibawa oleh wakil-wakil rakyat Barisan Nasional ke Dewan Negeri Selangor, malahan sesetengah daripada mereka mempunyai pemandu peribadi sendiri.

Para pengamal media perlu berwaspada dengan kenyataan yang samar-samar seperti ini kerana ianya dibuat tanpa sebarang bukti dan wartawan perlu menganalisa kesahihan kenyataan yang dilakukan oleh mereka yang tidak berkredibiliti.

Kenyataan Hamidzun jelas memperlihatkan taktik gerila yang digunakan oleh BN dan NGO yang pro-BN di mana mereka telah ketandusan idea sehingga perlu menuduh ADUN-ADUN PR sebagai hidup mewah tetapi mereka gagal menunjuk sebaarang bukti langsung.

Taktik desperato ini sama seperti apa yang dilakukan oleh komunis dimana mereka sanggup melakukan apa sahaja, termasuk memfitnah, sengaja mengada-adakan sesuatu yang bukan-bukan tanpa siasatan untuk mengaburi mata rakyat.

* Lau Weng San, ADUN Kampung Tunku

Read more ...

My Balik Pulau : Bukti Umno memperbodohkan rakyat

Siapa punya taik?? Lembu atau sapi??


Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, semakin popular dan semakin kukuh kedudukannya di sana. Lataran itulah, maka UMNO Pulau Pinang semakin serba tak kena.

Mereka gusar dan bimbang, jika sesuatu tidak dilakukan, alamatnya dalam PRU13 nanti.... mereka akan terkuburlah. Oh... tidak! Tidak... tidak... Ya ammpooonnn!!!

Sebab itu, mereka sanggup buat apa saja untuk mengoyahkan kedudukan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dengan harapan mereka masih ada peluang untuk terus bernyawa di sana.

Mereka cuba memperbodohkan rakyat dengan memainkan isu yang boleh menimbulkan kemarahan dan pergeseran kaum iaitu isu rasis. Begitulah terdesaknya, puak-puak UMNO Pulau Pinang.

Isu risalah My Balik Pulau dijadikan bahan fitnah untuk menimbulkan perasaan benci terhadap kerajaan Pakatan Rakyat, khusunya dalam kalangan masyarakat Melayu.

Ini merupakan satu lagi taik yang dilemparkan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Lim Guan Eng.

Apakah ini kes... lembu punya taik, tetapi sapi kena tuduh??

Kalau dikaji secara waras... bodoh sangat ke Guan Eng dan kerajaan negeri Pulau Pinang hingga sanggup memainkan satu isu rasis macam ini, yang boleh menggugatkan kedudukan mereka??

Bangangkah mereka untuk menjeorpadizekan kedudukan mereka yang semakin diterima??

Isu ini merugikan siapa dan menguntungkan siapa??

For sure... kerajaan Pakatan yang rugi dan UMNO yang akan untung, kan?? Jadi... hangpa ingat, siapa dalangnya?? Yang dapat rugi atau yang dapat untung??

Apa-apa pun, kerajaan negeri Pulau Pinang telah memberi tempoh 7 hari kepada si Farid Saad, ADUN Pulau Betong untuk menarik balik kenyataannya dan meminta maaf secara terbuka. Namun setakat ini dia belum berbuat demikian.

Well then.... in that case, we'll see you in courty
A Mum Of Three Mohd

Read more ...

MB Terengganu fitnah PAS Parti ajaran sesat, tetapi kecut bila diajak berdebat

Umno dicabar laksana hudud di Terengganu

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita41/hanafiah.JPGKEMAMAN - Penolong Setiausaha PAS Terengganu mencabar kerajaan negeri Terengganu yang diketuai oleh Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah, Hudud dan Qisas yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas percakapan Ahmad disebuah sekolah disini baru-baru ini, yang menuduh PAS mengamalkan fahaman sekular kerana menghantar anak-anak ahli mereka ke sekolah kebangsaan.

Terdahulu, Hanafiah yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai menolak dakwaan Ahmad yang menuduh PAS adalah parti ajaran sesat.

Katanya,Ahmad Said berceramah di dua tiga tempat mengatakan PAS ajaran sesat, tetapi apabila diajak untuk berdebat bagi menentukan kebenaran, Umno menolak pelawaan PAS.

"PAS berbalah dengan Umno kerana aqidah, MB Terengganu berceramah mengatakan PAS Parti ajaran sesat, tetapi bila kita ajak berdebat, dia tak mahu berdebat,"tegasnya

Beliau mengingatkan kembali seluruh rakyat Terengganu bahawa Ahmad Said lah yang telah meruntuhkan masjid Kampung Bujal.

Menurutnya, ketika pemerintahan PAS Terengganu, PAS yang telah meletakkan al-Quran dan as-Sunnah dan Imak serta qias sebagai hukum tertinggi kerajaan Terengganu.

"Saya cabar Ahmad Said melaksanakan hukum hudud yang telah diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri,"katanya ketika berucap di majlis penerangan di Kampung Tuan, disini, Selasa 14 Februari

Katanya, undang-undang tersebut juga telah direstui oleh al-Sultan negeri Terengganu dan diwartakan

Namun apabila Umno dan Barisan Nasional mengambil alih pemerintahan pada tahun 2004 undang-undang tersebut tidak dikuatkuasa.

Turut menyampaikan ucapan adalah ADUN Sura yang juga Yang DiPertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Ramly dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Presiden ANAK, Mazlan

Read more ...

Ini baru dinamakan YB rakyat

Bergegas kongsi kedukaan rakyat

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita41/IMG_0268.JPGDUNGUN - Khabar tentang sebuah rumah penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura, terbakar dan seorang warga emas meninggal dunia, diterima ketika beliau sedang menyampaikan ceramah di Kampung Tuan, Chukai, Kemaman.(Dengar Ceramah)

Seusai majlis penerangan anjuran Majlis Tindakan DUN Chukai itu, kira-kira jam `12.27 tengah malam, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly segera beredar.

(Gambar kanan - Ustaz Wan Hassan mebdapat penerangan daripada Haji Zakaria)

Beliau bergegas pulang, untuk sama-sama berkongsi dan merasai 'kedukaan rakyat' yang ditimpa musibah.

Tidak sampai tempoh sejam kemudiannya, kira-kira jam 1.15 pagi, beliau sudah berada di rumah nombor 783 Kampung Lot Comel, Dungun.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita41/IMG_0269.JPG(Gambar kiri - Ustaz Wan Hassan menyampaikan sedikit sumbangan peribadi kepada anak pemilik rumah)

Beliau hanya boleh melihat kerangka kayu-kayu hitam yang telah menjadi arang, tidak lagi berupa sebuah rumah, kerana ia telah hangus keseluruhannya.

Menanti beliau ditempat kejadia adalah sekumpulan anak-anak muda yang memakai 'vast' bertulis 'Unit Bantuan Bencana DUN Sura' (UBBDUNS) yang di ketuai oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan Haji Zakaria.

Sebuah jentera Bomba dan Penyelamat serta 8 anggota, beberapa anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan pihak polis turut berada di lokasi.

Bomba memuji kecergasan UBBDUNS

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita41/IMG_0266.JPGBuletinonline dimaklumkan, pemilik rumah tiada dan anak lelakinya pula keluar untuk minum di gerai berhampiran ketika kejadi berlaku.

Selepas menemui anak pemilik rumah dan menyampaikan sedikit sumbangan peribadi, Ustaz Wan Hassan beralih, menemui para anggota bomba (gambar kanan) yang telah berjaya memadamkan api dari merebak ke rumah sebel;ah menyebelah.

Menurut maklumat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat,kebakaran berlaku sekitar jam 10. 30 malam dan punca kebakaran masih belum diketahui.

"Punca (kebakaran) tu tak tahu, samada elektrik ke (lintar pintas) atau (puntung) rokok ke, berdasarkan maklumat dari jiran-jiran, pukul 10 lebih dia (anak pemilik rumah) tinggalkan (rumah) pergi minum air,"terang Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah, Tuan Mohd Suki Anuar ketika ditanya Ustaz Wan Hassan

Kata Tuan Mohd Suki, ketika anggotanya sampai di tempat kejadian jam 11.10 malam, api telah 'tebal', namun pasukannya dapat mengawali dan memadamkannya kira-kira 30 minit kemudian

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita41/IMG_0262.JPG
"Kita dapat kawal pada jam 11.40 tu, yang mana (ber)nyala-nyala tu kita padam dah, kita buat pemadaman api yang bernyala,"jelasnya.

Tuan Mohd Suki turut memuji UBBDUNS yang disifatkannya, bersama-sama dengan pihak Bomba, bertungkus lumus memadamkan api.

"Dia orang ni (UBBDUNS) memang baguslah, kita dengan pakaian perlindungan kita, tapi dia orang dengan pakaian gini je (vast sahaja),"katanya yang turut menerima cadangan UBBDUNS dilatih sebagai pasukan bomba sukarela bagi DUN Sura. (Dengar perbualan Ustaz Wan Hassan dengan pegawai Bomba di Buletinonline Radio)

Read more ...

Lokman macam tak da isu lain, dari dulu dok ceramah benda yang sama

Azizah: Baju saya tak semahal itu

Sesiapa yang pernah dengar ceramah Lokman Nor Adam pasti tidak mahu mendengar ceramahnya untuk kali ketiga kerana ceramahnya mengulang isu yang sama. Isu yang diutarakan tidak langsung dibuktikan hanya sekadar tuduhan beliau terhadap Anwar sekeluarga.

Isu Wan Azizah pakai baju mahal dah muak untuk didengar tapi diulang-ulang kerana Lokman dah tak ada isu. Namun , walaupun orang muak Utusan Meloya masih memberi tempat terhadap isu yang Lokman bangkitkan.


Siapa yang akan percaya Wan Azizah pakai baju semahal itu, tapi jika Ro$mah boleh percaya, malah lebih mahal daripada itu pun ada.

pkr convention 281110 wan azizah wan ismailPresiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail cuma ketawa terhadap dakwaan pemimpin Umno bahawa beliau memakai pakaian terlalu mewah semasa suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi timbalan perdana menteri.

Ditemui Malaysiakini hari ini, Wan Azizah (kanan) menafikan mengamalkan gaya hidup mewah, tetapi mengakui pakaiannya sedikit mahal ketika suaminya berada dalam kerajaan, berbanding sekarang.

Sambil berjenaka, Wan Azizah berkata, beliau gembira orang menganggapnya berpakaian dengan elok walaupun tidak mahal.

Dalam ceramah di Bayan Baru semalam, bekas setiausaha Pemuda PKR Lokman Nor Adam - kini ketua unit pidato dan penghujahan umum dan anggota Jabatan Hal Ehwan Khas - menyebut tentang "gaya hidup mewah" Wan Azizah dalam sebahagian ceramah 90 minitnya.

Lokman berkata ketika Anwar menjadi timbalan perdana menteri sehingga 1998, Wan Azizah membelanjakan banyak wang untuk kelengkapan pakaiannya bagi menghadiri pelbagai jamuan makan malam rasmi dengan suaminya.

Read more ...

Ali Rustam bakal guna polis elak 'berdebat' dengan Anwar

Ali Rustam ajak pemimpin PR main sorok-sorok atas pentas

WarkahDaily – Malu sungguh rakyat Melaka mempunyai seorang ketua kerajaan seperti Ali Rustam. Apa tidaknya, ada ke ajak pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) main sorok-sorok atas pentas bersempena pilihanraya kecil (PRK) Dun Merlimau di Melaka.

Ada ke patut, lagak berani dan jantan tapi rupa-rupanya pengecut dan bacul. Tiada sesiapa dalam sejarah perdebatan, ’engkau duduk atas pentas engkau, aku duduk atas pentas aku’ untuk laksanakan perdebatan.


Woi!...engkau ingat senang ke nak cabut bila terburai segala rahsia ketidakpandaian engkau orang memerintah. Ya lah, bila engkau duduk atas pentas engkau, bila kena bantai oleh pemimpin PR, nanti diam-diam pulak engkau cabut lari.


Hahaha...macam main sorok-soroklah pulak. Kalau betul berani, biarlah ‘gentle’ duduk atas satu pentas, kemudian berdebat apa sahaja yang terbuku di hati. Jangan duk main cabar tapi berselindung di sebalik kelambu engkau orang.

Harakahdaily - Pelbagai pihak menyifatkan cabaran Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mencabar pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) berdebat dengan cara berceramah bersebelahan sebagai kebudak-budakan dan tidak matang.

Akhbar semalam melaporkan, Mohd Ali (gambar) berkata beliau boleh menjawab apa yang diperkatakan oleh penceramah PAS secara terus dengan berceramah di sebelah ceramah PAS.


Timbalan Ketua Penerangan PAS negeri, Yusof Wahab berkata Ali Rustam tidak faham maksud debat sebenar.


"Cadangan beliau untuk berdebat secara bersebelahan adalah cadangan yang menggelikan dan kebudak-budakan.


"Itu bukan debat, itu melolong dari jauh yang menyebabkan pendengar dari kedua-dua pihak tidak akan mendengar apa yang diperkatakan oleh pendebat," ujarnya.


Menurutnya, Pengerusi Perhubungan Umno Melaka itu sebenarnya takut untuk berdebat secara profesional kerana tidak mampu berhujah dan tidak ada fakta yang boleh menjawab apa yang diperatakan oleh pimpinan PR.


Ahli Jawatankuasa Keselematan Jentera Pilihanraya Dun Merlimau, Johar Dawi secara sinis pula mencadangkan jika Ali Rustam takut untuk berdebat dengan pimpinan PAS lebih baik diam.


"Kalau takut untuk berdebat beliau sepatutnya berdiam diri dan tidak membuat cadangan yang menyebabkan rakyat tergelak kerana komedi yang dibuat oleh beliau.


"Inikah 'standard' seorang Ketua Menteri yang memerintah sebuah negeri yang dikatakan maju, otak dan minda dia sendiripun belum maju," ujar Jauhar dengan sinis.


Petugas Pejabat Penerangan PAS Dun Merlimau, Irwan Aziz pula berkata setahunya PAS Melaka sudah lama menyahut cabaran Ali namun sehingga kini tidak bersedia untuk berdebat dengan PAS secara profesional.


Katanya, cabaran Ali Rustam sudah lama disahut oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani tetapi sering berdolak dalik dan memberikan alasan.


“Tindakan beliau yang mencadangkan debat dilaksanakan secara bersebelahan amat menggelikan hati dan membuktikan beliau tidak berani berdebat secara berdepan.


“Mana ada orang berdebat dari jauh atau bersebelahan, di Amerika dan lain-lain Negara maju pimpinan mereka berdebat di atas pentas yang sama, rakyat dan wakil media bertanya secara spontan dan kedua-dua pendebat menjawabnya,” ujarnya.


Menurutnya, tindakan Ali Rustam yang mencadangkan debat dilaksanakan secara berselahan merupakan debat cara orang penakut dan tidak berani berdepan.


PRK Merlimau : Kalau Ali Rustam Anak Jantan, Mari Berdebat Malam Ni!!

Oleh: addin_77

"Pada jam 9.00 malam ni, di rumah Hj. Ibrahim di Permatang Serai akan diadakan ceramah perdana DS Anwar Ibrahim dan penceramah popular PAS, Abang Mat Sabu. Malam ni pasti hangat dengan kehadiran penceramah-penceramah berkaliber dari Pakatan Rakyat. Isu-isu yang dibangkitkan pasti memanaskan punggung UMNO BN terutamanya Ketua Menteri Ali Rustam merangkap Pengarah Pilihanraya BN DUN Merlimau.

Umum mengetahui, dalam kenyataan medianya pada 13 Feb lalu, Ali Rustam bersedia untuk berdebat dengan sesiapa sahaja dari kalangan pimpinan Pakatan Rakyat. Namun, debat yang dicadangkan Ali Rustam adalah debat bersebelahan, pentas berasingan. Ini debat pondan namanya, bukan debat anak jantan.


Sebenarnya, Ali Rustam tak berani nak berdebat secara berdepan dan gentleman. Ini kerana Ali Rustam tak pandai berdebat, cuba dilihat di sidang DUN Melaka pun beliau tak mampu berhujah dengan baik. Pembangkang yang diwakili 5 ADUN DAP berhujah dengan menggunakan fakta tetapi dijawab oleh Ali Rustam dengan semberono, macam sembang kedai kopi..jawab tanpa fakta!!

Inikan pulak nak berdepan dengan DS Anwar Ibrahim dan Abang Mat, nescaya Ali Rustam lebih berbuih mulutnya daripada Ahmad Shabery Cheek. Namun, saya berharap Ali Rustam dan kuncu-kuncunya janganlah berdebat ala pondan pada malam ni, malu kat orang-orang kampung. Kalau Ali Rustam anak jantan, mari berdebat secara terbuka pada malam ni..

Dengar kata polis tak mahu beri permit ceramah Anwar, kononnya tempat sempit. Dah tahu sempit kenapa benarkan Umno buat ceramah dekat situ, bukankah Umno menyemak saja.

Read more ...

Dasar Umno pembohong, tak cukup dengan Utusan Meloya

Akhbar Palsu 'Selangor Terkini' Kelirukan Rakyat

SHAH ALAM, 15 Feb.: Umno -Barisan Nasional (BN) dicabar mengeluarkan akhbar dengan identiti tersendiri tanpa perlu meniru akhbar keluaran kerajaan negeri iaitu Selangor Kini.

Menurut ADUN Taman Medan, Haniza Talha, kewujudan 'Selangor Terkini' yang menggunakan logo kerajaan negeri merupakan usaha pihak tidak betanggungjawab dalam usaha mengelirukan rakyat Selangor.

Apa yang mengejutkan seorang menteri temubual kepada wartawan akhbar palsu tersebut. Beliau telah membiarkan dirinya digunakan oleh akhbar palsu tersebut, mengelirukan rakyat Selangor khususnya dan orang ramai amnya,katanya.

Hasil siasatan beberapa pihak, jelas menunjukkan isi kandungannya mengandungi fakta-fakta yang salah berkaitan kerajaan Selangor dan diedarkan ke rumah-rumah dan tempat awam. Akhbar 'Selangor Terkini' yang dikeluarkan oleh Umno BN tertera lambang 1Malaysia dan meniru reka bentuk akhbar Selangor Kini terbitan kerajaan negeri Selangor.

Ini merupakan tindakan tidak beretika, ditambah menteri membiarkan dirinya digunakan oleh akhbar yang haram ini. Saya tak hairan sekiranya ingin menerbitkan akhbar untuk mengutuk atau sebagainya, tapi mengapa menggunakan logo kerajaan negeri? Ini akan menimbulkan kekeliruan dan kekacauan,ujar beliau lagi.

Dua laporan polis telah dibuat oleh Pejabat Menteri Besar pada minggu lepas dan wakil PKR Cabang Petaling Jaya Selatan pada hari ini. Wanita PKR Selangor mengajak seluruh rakyat Selangor mengecam dan mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan kerana ia berniat jahat, menghasut rakyat dan cuba menimbulkan ketidaktenteraman dalam masyarakat awam.

Tindakan ini yang merupakan usaha terdesak Umno BN yang kian terjejas dalam usaha meraih kembali sokongan rakyat setelah Selangor ditadbir oleh Pakatan rakyat.

Read more ...

Ops Lalang : Bila masa pembangkang jumpa Mahathir, dalam mimpi kot

Kit Siang : Nafi Dakwaan Bertemu Mahathir

SHAH ALAM 15 Feb.: Penasihat DAP , Lim Kit Siang hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan beliau ada berjumpa dengannya serta beberapa pemimpin pembangkang lain sebelum ditahan di bawah Ops Lalang 20 tahun lalu.

Dengan nada tegas, Kit Siang turut mencabar mantan Perdana Menteri itu untuk menamakan pemimpin-pemimpin pembangkang jika benar mereka telah ditemui sebelum penangkapan tersebut berlaku.

"Saya pun ada cadangkan untuk beliau menamakan pemimpin-pemimpin pembangkang yang beliau ada temui dan kalau betul beliau ada buat begitu, dia patut boleh ingat. Tapi sampai sekarang beliau belum boleh buat begitu," katanya.

Tambah Lim, Dr Mahathir juga tidak pernah memberi jaminan atas penangkapannya. Malah, beliau turut mencabar bekas Perdana Menteri itu untuk mengemukakan fakta yang membuktikan kenyataan yang disiarkan sebelum ini adalah benar.

Dr Mahathir dalam satu kenyataan berkata pemimpin-pemimpin pembangkang yang menemuinya lebih 20 tahun lalu sebelum mereka ditahan di bawah Ops Lalang seharusnya bercakap benar dan mengakui bahawa mereka ada menemuinya sebelum operasi itu dilaksanakan.

Dr Mahathir berkata, sekiranya pemimpin pembangkang ikhlas dan tidak cenderung untuk berbohong, beliau merasakan mereka perlu mengakui ada menemuinya sebelum operasi. Pada 27 Oktober 1987, ahli politik pembangkang dan Barisan Nasional, ahli akademik dan pemimpin NGO ditahan di bawah Internal Security Act (ISA).
Lesen penyiaran tiga akhbar nasional juga turut ditarik. Antara tahanan yang terkenal adalah Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh, bekas Presiden Aliran, Dr Chandra Muzaffar dan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Kebanyakan yang ditahan dibebaskan dalam masa 60 hari selepas penangkapan, namun Kit Siang dan beberapa pemimpin serta aktivis lain ditahan selama dua tahun.

Read more ...

Ini kisah Umno yang memang tak guna, gerai warga asing pun dipertahankan

Oi Puak UMNO.. Yang dok meniaga di Taman Pelangi Penang tu ialah WARGA ASING yg banyak hangpa tau kaa..??

JURU – Hanya 10 gerai haram yang beroperasi di sekitar Taman Pelangi dirobohkan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada operasi fasa1 yang dibuat 7 Februari lalu, bukan 1,000 sepertimana yang dipaparkan akhbar sebelum ini. Ahli Majlis, Amir Md Ghazali berkata, 10 premis yang dirobohkan itu merupakan antara 22 gerai yang diberi notis MPSP, manakala 12 premis lagi diruntuhkan sendiri oleh pemiliknya.

Menurutnya, mungkin terdapat salah faham sebelum ini menyebabkan angka 1,000 itu digembar-gemburkan, namun tidak menolak jumlah premis termasuk peniaga yang melakukan penyambungan haram hampir 1,000 di kawasan perumahan tersebut.

“Jumlah yang diberikan itu adalah statistik sebenar yang dikeluarkan MPSP selepas operasi pada 7 Februari lalu. Berhubung dakwaan peniaga yang mengatakan premis mereka diroboh sebelum notis tamat tempoh, perlu diketahui bahawa Akta Jalan,Parit dan Bangunan 1974 dan notis yang diberikan adalah di bawah Undang-undang Kecil Penjaja MPSP 1991. “Sebanyak empat kali notis telah berikan sejak tiga bulan lalu.

Justeru, tindakan penguatkuasaan terpaksa dibuat selepas mereka gagal mengosongkan premis walaupun banyak kali notis telah dikeluarkan,” katanya pada satu sidang media yang diadakan di sini. Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) menyangkal dakwaan pihak yang mengatakan MPSP selektif dalam isu merobohkan gerai peniaga.

Jelasnya, bukan semua premis yang dirobohkan milik orang Melayu, tetapi, hanya empat sahaja, manakala sebuah gerai milik peniaga India, dua Cina dan selebihnya Indonesia yang berniaga secara haram. Katanya, terdapat juga premis yang dimiliki peniaga Melayu, tetapi, disewakan kepada warga asing turut dirobohkan. Dalam masa sama, Amir turut mempersoalkan bagaimana premis-premis berkenaan boleh beroperasi melebihi 15 tahun tanpa lesen, dan tiada tindakan penguatkuasaan dibuat dalam tempoh tersebut.

“Majoriti daripada peniaga mengatakan mereka telah berniaga lebhi 15 tahun di sini, jadi siapa yang membenarkan mereka berbuat demikian selama ini? Siapa yang membenarkan mereka memiliki imuniti dari sebarang tindakan penguatkuasaan? “Jika 15 tahun lalu mereka tidak dibenarkan menjalankan perniagaan, mana mungkin sekarang kita melihat majoriti yang berniaga terdiri dari warga asing. Dahulu, taman ini didiami majoriti rakyat tempatan, tetapi, apabila kerajaan membenarkan warga asing memasuki negara ini, taman ini dibanjiri dengan warga asing hingga ia diberi jolokan ‘Mini Hatyai’,” katanya.

Beliau berkata, sepatutnya tidak timbul isu dalam merobohkan gerai haram ini kerana ia memang patut dilakukan sejak dahulu lagi, sebelum kerajaan bertukar tangan, tetapi, apabila kerajaan kini mengambil alih ia telah dipolitikkan. Tambahan, ia adalah isu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), justeru beliau berharap ia tidak lagi dipolitikkan dan membiarkan anggota penguatkuasa menjalankan tugas mereka. Katanya, operasi meroboh premis haram sekitar Taman Pelangi akan diteruskan selepas tempoh penangguhan selama sebulan itu tamat, namun tidak bila operasi akan disambung semula.

Sementara itu Timbalan Ketua AMKPP, Ahmad Azrizal Tahir berkata, pihaknya menyokong tindakan penguatkuasaan yang dibuat demi memberi keselesaan kepasa penghuni tetap di situ. Menurutnya, AMKPP sedang berusaha dalam mencari tapak sesuai untuk menepatkan semula peniaga untuk mereka meneruskan perniagaan mereka. Katanya, beberapa lokasi di sekitar Taman Pelangi telah pun dikenal pasti dan proposal mengenainya akan diusulkan kepada MPSP hari ini (Isnin).

“Kita tidak sesekali mengabaikan peniaga, tetapi, berusaha mencari tapak baru untuk mereka, namun ia akan diberikan kepada rakyat tempatan yang benar-benar ingin berniaga sahaja, bukan untuk disewa kepada warga asing. “Begitupun, keutamaan akan diberikan kepada peniaga yang telah lama berniaga dan dikenakan tindakan penguatkuasaan,” katanya - Sinar Harian


TV1 dan Blogger pro umno seperti biasa akan meletakkan semua tuduhan ke atas DAP dan Guan Eng atas dasar kepercayaan perkauman mereka yang tebal. Mereka langsung tidak menyiasat malah tuduhan semborono adalah lumrah mereka.


Jurugambar MPSP, Ahmad bin Ismail telah cedera semasa menjalankan tugas pada 9 Feb 2011 di Taman Pelangi. Mengikut Ahmad, satu tumbukan telah menyebabkan dia jatuh rebah.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memberi sedikit wang ihsan kepada si mangsa di Komtar hari ini.

Pada masa yang sama, Yang DiPertua MPSP Tuan Haji Mokthar bin Jait telah menyuarakan rasa kesal terhadap laporan media yang putar belitkan hal sebenar. YDP Tuan Haji mengingatkan semua orang bahawa MPSP adalah untuk kebaikan orang awam dan juga rakyat. MPSP telah menjalankan tugas mengikut prosedur dan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Beliau mengingatkan orang awam mereka tidak wajar menghalang tindakan pegawai awam menjalankan tugas mereka.

TV3 melaporkan AMK P.Pinang diserang oleh peniaga Taman Pelangi. Biasalah TV3 memang itu kerjanya lidah mulut dan mata umno. Sebenarnya semasa sidang media dibuat, peniaga Melayu di Taman Pelangi yang pada sebelah pagi bersama NGO Ikhlas 1 Malaysia tiba-tiba telah hadir bersama.

AMK P.Pinang pada mulanya bercadang selepas sidang media dibuat, AMK P.Pinang bersama YB Ong Adun Kawasan (Bukit Tengah) akan mengadakan perbincangan dengan mereka untuk membantu mereka selesaikan masalah mereka.

Semasa sidang media dibuat, ketika wartawan bertanya, peniaga juga turut bertanya dan ini menyebabkan ada seorang peniaga yang agak emosional. Cerita inilah yang kelar dalam TV3.

Selepas itu AMK P.Pinang dan YB Ong Chin Wen berbincang dengan peniaga dan kami terangkan kepada mereka perkara sebenarnya yang berlaku. Jika diikut plan asal MPSP, ada 4 Fasa gerai yang akan dirobohkan. Ini baru Fasa pertama sudah menjadi isu politik. Itupun baru 10 gerai sahaja yang dirobohkan MPSP dan 12 lagi gerai dirobohkan sendiri oleh pemilik gerai tersebut buka 1000 gerai seperti yang dilaporkan oleh Utusan.

Peniaga berkata mereka mahu semua gerai lain juga turut dirobohkan, baru mereka rasa puas hati. Memang MPSP mahu robohkan semua tetapi Ketua Bahagian UMNO Bukit Mertajam, Dato' Musa telah mengarahkan MPSP agar menghentikan segera supaya gerai di Fasa 2 yang majoritinya warga asing supaya menjadi isu bahawa MPSP bertindak pilih kasih.

Kita tidak boleh nafikan juga bahawa ada pegawai MPSP yang masih taat setia dan takut dengan arahan umno. Ini realiti yang kita tidak boleh nafikan.

YB Ong Chin Wen berjanji akan berjumpa dengan Guan Eng, TKM 1 dan 2 serta PDC untuk membantu selesaikan masalah mereka dengan menempatkan mereka di kawasan baru di Taman Pelangi.

YB Ong mendengar rintihan dan keluhan peniaga dan YB Ong turun padang sejak hari kedua gerai mereka dirobohkan. Tinjauan YB Ong hanya ada 40 gerai milik tempatan dan yang lebihnya berjumlah 960 gerai adalah milik warga asing.

Dalam perbincangan tersebut, peniaga juga bersetuju bahawa gerai yang milik orang tempatan tetapi disewakan kepada warga asing juga tidak perlu dibenarkan berniaga dan menerima tempat baru yang dicadangkan.

Maknanya peniaga mahu semua gerai dirobohkan dan kawasan baru hendaklah disediakan di Taman Pelangi milik PDC. Dalam tinjauan kami memang ada dua tempat yang sesuai dijadikan tapak ruang niaga baru.

Selepas itu kami meninjau pasar malam yang setiap hari diadakan di Taman Pelangi yang peniaga juga adalah warga asing dan sedikit warga tempatan. Memang ramai yang berniaga di sini, hingga mendapat jolokan nama "Mini Hatyai" sebab masalah sosial warga asing dan tempatan berlaku seperti di Hatyai.


Peniaga pasar malam di Taman Pelangi seperti biasa masih berniaga.

Ini pula gerai yang akan dirobohkan dalam Fasa 2 tetapi tertangguh sementara.

Ini pula deretan gerai haram milik seorang warga tempatan taukeh besar Cina yang disewakan kepada warga asing turut akan dirobohkan dalam Fasa 2.

Saudara Faisal Ketua AMK Balik Pulau berkata "rasa macam aku ada di medan la pula..macam medan pun ada, macam Hatyai pun ada...."

Kedai Nasi Kandar ANWAR pun ada....tetapi bukan Kedai Nasi Kandar Anwar Ibrahim la..tetapi entahlah..hahaha..

Inilah gambaran sebenar keadaan di Taman Pelangi. Semoga apa yang AMK P.Pinang dan YB Ong Chin Wen akan usahakan akan berjaya hendaknya. Kita hanya akan membantu pemilik gerai warga tempatan yang benar-benar berniaga bukannya yang menyewa kepada warga asing.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Read more ...

Puak -puak pembohong lagi rasis memang patut disaman

Risalah Balik Pulau: Pulau Pinang saman Adun Umno, Utusan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi48QZ321QI33R-h94o5UhAl_1P5TEfSxUQZ22K1Lx1raPncRtBjexwFPQlGuW8hRCXcN1xBEoqsWqECbJaPNfpQ8CDW8uEtiFQlZiQwbqnNvanSuCQ-XQ188yVqgFaSID-dTqN5P6jyUE/s1600/farid.jpgKUALA LUMPUR, 15 Feb :Kerajaan Pulau Pinang Pakatan Rakyat (PR) memutuskan untuk menyaman Ahli Dewan Undangan Negeri Umno kerusi Pulau Betong Muhammad Farid Saad dan Utusan Malaysia kerana terus membuat fitnah mengenai isu risalah My Balik Pulau kononnya lupa sejarah dan menghina orang Melayu.

Sehubungan itu, Ketua Menterinya Lim Guan Eng (gambar) berkata, beliau telah melantik firma guaman Karpal Singh & Co untuk menguruskan saman fitnah ke atas kedua-dua pihak berkenaan.

“Kerajaan negeri Pulau Pinang akan melantik syarikat guaman Karpal Singh untuk keluarkan saman malu atas Adun Umno Pulau Betong Muhammad Farid Saad dan Utusan Malaysia dengan fitnah mereka pada 2 Februari lalu bertajuk bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengedarkan buku risalah My Balik Pulau.

“Dalam laporan bertajuk Lupa Sejarah, Hina Melayu, kerajaan negeri PR Pulau Pinang didakwa mengedarkan risalah yang memperlekehkan sumbangan dan peranan orang Melayu di Balik Pulau,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Lim berkata, Utusan Malaysia milik Umno telah terus mangadu-dombakan isu itu dengan laporan susulan pada hari berikutnya yang berbentuk menghasut sentimen perkauman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang kononnya mahu meminggirkan sumbangan orang Melayu.

“Umno, Farid dan Utusan Malaysia telah meludah ke langit kerana yang keluarkan risalah My Balik Pulau tidak lain, tidak bukan adalah kerajaan BN negeri yang lama,” katanya, Lim berkata, risalah itu diluluskan oleh kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelum era 8 Mac 2008 dan sebelum PR mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri.

“Maka Farid patut tahu kerana beliau adalah sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri lama. Lagipun beberapa penyokong kuat Umno beliau adalah penyumbang ke atas keluaran My Balik Pulau ini,” katanya lagi.

Lim menambah, sungguhpun kerajaan negeri telah menjelaskan perkara itu dan meminta Farid menarik balik dan meminta maaf atas sifat perkauman antibukan Melayu dengan pembohongan dan fitnah yang menganiayai kerajaan negeri Pulau Pinang atas sesuatu yang bukan salahnya, Farid enggan buat demikian.

Sebaliknya kata beliau, Utusan Malaysia meneruskan laporan palsu yang mendakwa kerajaan negeri mengeluarkan risalah My Balik Pulau yang sebenarnya dikeluarkan oleh Umno dan kerajaan persekutuan.

“Oleh itu kerajaan negeri telah membuat keputusan pada mesyuarat Exco minggu lepas untuk saman malu Adun Umno ini kerana telah menggembar-gemburkan risalah My Balik Pulau dengan sentimen perkauman di Utusan Malaysia yang membuat laporan besar bertajuk ‘lupa sejarah, hina Melayu’,” kata Lim.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP Kebangsaan berkata, penasihat undang-undang negeri telah menasihatkan agar beliau sebagai Ketua Menteri mengeluarkan saman malu untuk mewakili kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Dalam keghairahan buat serangan hentam-keromo ke atas kerajaan negeri PR Pulau Pinang semua fakta dan kebenaran dilupai dan dibelakangkan.

“Sungguhpun yang bersalah adalah BN/Umno dan kerajaan persekutuan sendiri, serangan bertubi-tubi dijalankan ke atas kerajaan negeri PR Pulau Pinang yang dimangsakan sebagai kembiri hitam,” kata beliau lagi.

Lim menambah, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan berdiam diri dan menanggung lagi kesalahan orang lain, khususnya Umno yang “jahat seribu jahat ini.”

“Politik rasis dan benci-membenci Umno dan BN untuk menutup skandal rasuah mereka mestilah dilawan berhabis-habisan, yang jelas sebagai reaksi terhadap pembongkaran skandal RM30 juta Pulau Jerejak yang berlaku di bawah Tan Sri Koh Tsu Koon yang serahkan Pulau Jerejak habis kepada UDA,” katanya lagi.

Read more ...

Kedah Vs Perak : Mana lebih gagah

Kedah yakin bangkit selepas diaib Sabah, motivasi Perak kian bertambah


PERTEMBUNGAN dua bekas juara - Kedah dan Perak di Stadium Darulaman, malam ini tidak dinafikan lebih menekan pasukan tuan rumah ketika pelawat hadir dengan niat mahu menyambung rentetan kemenangan buat mengintai peluang menerajui Liga Super buat julung kali.

Sambil ketua jurulatih skuad Hijau Kuning, Ahmad Yusoff tiada pilihan kecuali bagi memastikan tiga mata tidak dicicirkan di halaman sendiri selepas diaibkan Sabah tempoh hari, Perak agak yakin dengan kemampuan ketika ini selepas menewaskan Negeri Sembilan. Apapun, jurulatih Perak, Norizan Bakar mengingatkan anak buahnya supaya terus berpijak di bumi nyata menjelang misi penting ini kerana Kedah mampu bangkit menghampakan mereka apa lagi ketika tuan rumah dalam situasi ibarat harimau yang luka.

“Masih terlalu awal untuk meraikan kejayaan. Baru tiga perlawanan, malah pasukan masih mempunyai kelemahan dan kepincangan di sana sini,” katanya yang terus meminta pemain menggandakan usaha andai mahu mengecap kejayaan dalam perlawanan seterusnya.

Ahmad pula tiada pilihan dalam keadaan tertekan ini dan akan menurunkan Amar Rohidan dan penyerang utama, Azlan Ismail dalam kesebelasan pasukan dalam memburu kemenangan kedua di tempat sendiri. ( mau tak tertekan..peminat kat luaq nuhh duk hingaq dah..kira dia buat jugak perubahan..harap2 paper ni tulis betui la)

“Perlawanan esok (malam ini) menjadi ujian bagi anak buah saya untuk bangkit membuktikan kewibawaan mereka sebagai pencabar Liga Super musim ini kerana selepas bertemu Perak, kami berdepan cabaran lebih getir menentang Kelantan pula di Stadium Darulaman, Sabtu depan,” katanya.

Mengakui tidak bimbang dengan benteng pertahanan diketuai Fauzi Nan, Sabre Abu, Khairul Helmi Johari dan V Thirumurugan, dia meminta gandingan Baddrol Bakhtiar, Azlan dan Ahmad Shakir Md Ali lebih bijak menghidu peluang jaringan, malam ini.

Read more ...

Umat Islam di Malaysia perlu tolak puak Jahiliah Moden

Ikut Tauladan Nabi Bebaskan Manusia Dari Belenggu Jahiliah- Hadi


KUALA LUMPUR 15 Feb.: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengajak umat Islam menyelami sirah Nabi Muhammad SAW dan menjadikannya sebagai panduan hidup.

Dalam satu kenyataan beliau menyeru semua rakyat Malaysia memulakan azam baru bagi mengikuti tauladan Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT sekaligus untuk membebaskan manusia daripada belenggu jahiliah.

Dengan merujuk kepada Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun, Hadi menjadikan sambutan ini sebagai cermin kepada umat Islam untuk meneladani kembali politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum.

"Jasa besar Nabi Muhammad SAW adalah, membawa Islam yang menerangi manusia, yang memerdekakan manusia daripada diperhambakan sesama manusia, dijajah sesama manusia, dizalimi dan menzalimi sesama manusia, kepada manusia yang merdeka dan mempunyai hak yang dihormati," katanya di laman facebooknya.

Beliau juga mengingatkan umat Islam agar lebih meneladani peristiwa hijrah dalam mempelajari kaedah yang dilaksanakan Nabi Muhammad SAW dalam menyatupadukan masyarakat Madinah ketika itu.

Ia sekaligus mampu diaplikasikan dalam kehidupan seharian rakyat malaysia yang berbilang kaum, tidak kira fahaman politik kerana Islam jelas adil dan saksama.

"Rasulullah SAW telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini.

"Teladan Nabi Muhammad SAW inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberikeadilan kepada rakyat," katanya.

Justeru, beliau menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya, supaya memulakan tekad baru, menolak jahiliah moden yang menjadikan rakyat sebagai hamba, yang harta negara berlegar sesama mereka, yang rasuah dan zalim, kepada perjuangan yang lebih sihat adil dan saksama.

Read more ...

Syabas saman untuk jadi bahan media Umno bohongi rakyat

Tabung Budi: Saman SYABAS Untuk Kaburi Mata Rakyat


SHAH ALAM 15 Feb.: Saman yang dikemukakan Syarikat Bekalan Air Selangor atau SYABAS bertujuan untuk mengaburi mata rakyat berhubung isu tabung budi dan pengambilalihan syarikat konsesi air, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam sidang media hari ini, Khalid bersama Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menjelaskan pihaknya bersedia menghadapi saman yang dikenakan dan telah melantik peguam bagi tujuan tersebut.

Jelasnya, dokumen saman itu telah diterima dari SYABAS berkenaan kenyataan yang dibuat mengenai Tabung Budi serta kenyataan yang meminta SYABAS memulangkan hak pembekalan air kepada kerajaan negeri menerusi kempen "Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat".

"Namun saman ini tidak mengubah pendirian kami dalam terhadap isu Tabung Budi. SYABAS tidak mempunyai hak untuk meminta penguna-pengguna menyerah dana kepada SYABAS kerana dana tersebut diberi oleh kerajaan negeri melalui program pemberian air percuma 20 meter padu,” katanya.

Beliau menambah, kerajaan negeri juga berpendapat perjanjian konsesi kepada empat syarikat konsesi termasuk SYABAS perlu ditamatkan agar industri air negeri boleh diambilalih kerajaan negeri bagi memastikan bekalan air yang lebih efektif dengan harga yang berpatutan.

Dalam pada itu, Khalid menjelaskan pihaknya tetap berpendirian bahawa SYABAS tidak berhak untuk meminta pengguna menyerahkan dana kepada syarikat itu kerana dana tersebut diberi kerajaan negeri melalui program pemberian air percuma 20 meter padu.

“Peguam-peguam kami telah diberi arahan untuk mnnyediakan pembelaan. Saya diwakili oleh Edmund Bon manakala Tony Pua telah melantik peguam Gobind Singh Deo dalam kes ini," jelasnya.

Khalid berkata, kerajaan negeri juga telah mengarahkan Pegawai Selia Air menulis surat kepada SYABAS untuk memastikan bahawa segala pembiayaan guaman dalam saman ini dibayar oleh pengarah-pengarah SYABAS sendiri dan bukan oleh syarikat SYABAS.

Ini kerana syarikat tidak perlu dibelenggu oleh bayaran guaman untuk kes yang jelas tidak ada kena mengena dengan fungsi SYABAS sebagai pembekal air bersih kepada rakyat Selangor.

Tambah beliau, tindakan SYABAS menyaman ketika proses rundingan pengambil alihan syarikat konsesi air belum selsai menimbulkan beberapa persoalan berkenaan niat syarikat berkenaa.

Sementara itu, Tony Pua membidas kenyataan yang dikeluarkan SYABAS dengan mengatakan beliau tidak gentar menghadapi saman dari syarikat konsesi berkenaan kerana kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini adalah benar.

Read more ...