Thursday, October 27, 2011

NAJIB 'KOOL'!!! Solekan penasihat asing

Pendedahan mengejutkan oleh organisasi yang menentang pembalakan haram dan penganiayaan kaum pribumi Sarawak, Bruno Manser Fund (BMF) mengenai penglibatan bekas ketua komunikasi untuk bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair sememangnya mengundang pelbagai persoalan.

Umum mengetahui bahawa Najib kini berada dalam keadaan terdesak untuk kembali mendapat sokongan rakyat di saat BN menghadapi tentangan paling sengit sejak pilihanraya umum tiga tahun lalu.


Dan berdasarkan kajian terkini unit risikan, didapati pentadbiran Najib bakal kecundang dalam pilihanraya umum sekiranya diadakan dalam tempoh tiga bulan akan datang.


Lalu dengan bantuan APCO Worldwide yang sudah menjadi penasihat Najib pada April 2009, Alastair Campbell (gambar atas) dihantar oleh Tony Blair bagi memulihkan keadaan yang semakin genting.


Sarawak Report dalam pendedahannya jelas membuktikan bahawa imej Najib kini "disolekkan" dengan pelbagai janji manis dan perubahan imej yang kununnya bersesuaian dengan trend anak muda dan lebih kool berbanding dengan penampilan bangsawan yang diamalkannya sebelum ini.


Tetapi ia tidak dapat mematikan sama sekali isu yang lebih mendesak seperti kenaikan harga barang, ketirisan dalam perbelanjaan kewangan serta rasuah yang semakin membarah dalam segenap lapisan masyarakat akibat kos sara hidup yang semakin menggila.


Apa saja alasan yang bakal dinyatakan Najib hanya akan menjauhkan rakyat secara senyap walaupun dikhabarkan pilihanraya umum akan tetap akan diadakan bulan depan.


Kita akan lihat nanti sama ada imej kool Najib akan sekali lagi memakan diri dan BN kerana tiada apa yang dapat membantunya hatta menggunakan perisikan Israel sekalipun sebab rakyat sudah sedar akan pembohongan demi pembohongan yang dilakukan sehingga hari ini.


JALAN PULANG



'Bekas ketua PR Tony Blair bantu Najib menang PRU'




Bekas ketua komunikasi Perdana Menteri British, Tony Blair - Alastair Campbell dikatakan sedang bekerjasama dengan BN untuk membantu kerajaan memenangi pilihan raya umum akan datang.

Menurut portal Sarawak Report, Campbell baru-baru ini telah dilihat di Astana, ibu negeri Kazakhstan dan juga di Kuala Lumpur bagi menjalankan kerja-kerja perundingan.


"Berdasarkan sumber-sumber eksklusif, kami difahamkan Campbell sedang memberi nasihat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai cara memenangi pilihan raya akan datang.


"Menurut sumber kami, Campbell mengadakan pertemuan dengan Najib di KL baru-baru ini dan adalah orang di sebalik yang menasihatkan perdana menteri sejak beberapa bulan lalu untuk menampilkan imej lebih mesra, seperti janji untuk reformasi undang-undang tahanan dan konsep 'Najib Cool',” kata laporan itu.


Campbell pernah menerajui kempen ‘Cool Britannia’ untuk Blair pada sekitar 1990an.


Beliau juga terkenal kerana menyakinkan rakyat Britain melalui usaha perhubungan awam untuk menyokong pencerobohan ke atas Iraq.


Menurut Sarawak Report, Najib mengupah Campbell bagi mendapatkan kepakaran strateginya bagi memenangi pilihan raya akan datang.


"Ia adalah mengenai cara untuk berhadapan dengan pembangkang, bagaimana untuk memaparkan imej Najib dan apa yang perlu dilakukan untuk menang, berdasarkan kejayaan Tony Blair.


"Kerjasama ini mencetuskan kebimbangan di kalangan pembangkang kerana Campbell menggunakan hubungan antarabangsa dan pengaruh beliau melalui Blair untuk meningkatkan imej Najib dan BN, di sebalik rekod parti itu yang terbukti mengamalkan rasuah, penindasan dan penafian hak-hak asasi manusia serta kegagalan mengadakan pilihan raya yang bersih di Malaysia," petik laporan itu.


Former Blair aide Alastair Campbell denies working for Najib



Alastair Campbell, the man once called Tony Blair’s “unelected spin doctor”, moved today to deny reports that he had been appointed an adviser to Datuk Seri Najib Razak.

Campbell (picture), who was the former British PM’s powerful director of strategy and communications, said on micro-blogging site Twitter that he has not even been to Malaysia in response to suggestions that he recently visited Najib to advice the prime minister on his image.


“I see I have been spotted in Malaysia. Therefore I must be advising the government. Must have a double. Not been. Not advising. Fin d’histoire (Sic)(end of story),”
he wrote this evening on his Twitter account @campbellclaret.

Whistleblower site Sarawak Report had cited sources as saying that Campbell, who gained infamy for the so-called Dodgy Dossier that sanctioned the invasion of Iraq in 2003, was in the capital recently to advice Najib on strategies to win an upcoming general election.


The Malaysian Insider also reported last month that a group of political strategists that includes members of the team behind Blair’s “New Labour” campaign have started work to reinvent Najib as a moderate reformist.


The team is understood to be pushing a “Cool Najib” image to appeal to progressive voters as the PM prepares to lead his Barisan Nasional (BN) into elections for the first time.


The election as Britain’s PM of a relatively young Blair in 1997 was seen as a successful bid by his campaign to capitalise on the “Cool Britannia” era marked by a resurgence in British pop music acts, artists and fashion.


Blair’s New Labour movement that moved his party to the centre was closely associated with the “Cool Britannia” idea.

Najib has contracted a series of public relations firms, including APCO Worldwide, in an effort to burnish his personal and administration’s images locally and worldwide.


APCO’s time in Malaysia was marked by controversy after the opposition alleged the public relations firm was linked to Israel.


Putrajaya was also forced to end its RM96 million contract with British publicity firm FBC Media after an embarrassing exposé by Sarawak Report revealed Malaysian leaders routinely appeared in paid-for interviews on global television programmes.


Campbell, a former journalist, resigned from Blair’s office in August 2003 after it was revealed that he ordered dossiers on Iraq’s purported possession of Weapons of Mass Destruction to be altered to be consistent with the United States’ stand.

Read more ...

SAPA LEBIH 'JANTAN' !!! Shabery Chik atau Najib


Cakap berdegar-degar tapi bila ajak debat macam-macam dalih Najib


Shabrey Cheek walaupun berbuih-buih mulutnya sampai kena lap 12 kali rupanya lagi jantan dari Najib


Tapi Najib cuma berani berbuih-buih mulutnya masa bentang Bajet kat parlimen takde sapa boleh debat


Kalau macam ni baik Shabrey jadi PM


Enggan Sahut debat Anwar, mengapa Najib takut?


Keengganan Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin kerana bimbang rakyat akan mengetahui belanjawan Pakatan Rakyat jauh lebih baik.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata, seperti mana dalam perdebatan harga minyak antara Anwar dan bekas Menteri Penerangan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, rakyat akhirnya mengetahui fakta sebenar.


“Selepas perdebatan Anwar-Shabery, akhirnya rakyat mengetahui bahawa harga minyak di Malaysia memang boleh diturunkan sekaligus membidas dakwaan Umno BN kononnya jika harga diturunkan negara ini akan bankrap.


“Begitu juga jika Najib berdebat dengan Anwar, beliau mungkin ‘demam’ selepas itu,” katanya dihubungi Keadilandaily.com.


Shamsul memberi contoh bagaimana Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 misalnya membuktikan betapa teruknya pentadbiran Najib yang juga merupakan Menteri Kewangan.


Mengulas lanjut, Shamsul berkata pelbagai Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) sepakat dan bersetuju agar perdebatan antara Najib dan Anwar harus diadakan segera supaya rakyat boleh membuat pertimbangan.


Katanya, beberapa NGO yang terdiri dari pelbagai latar belakang seperti mahasiswa, pertubuhan Islam dan gerakan anak muda akan terus membuat desakan tersebut.


“Mesyuarat antara NGO itu juga bersetuju untuk menghantar memorandum khas secara terus kepada pejabat Datuk Najib dalam masa terdekat.


“Memorandum itu juga adalah susulan surat jemputan yang sudah pun diserahkan Akademi Pak Sako sebelum ini,” katanya dihubungi Keadilandaily.com.


Pada 17 Oktober lalu, Anwar mencabar Najib berdebat secara terbuka mengenai kedudukan ekonomi dan Belanjawan 2012 ekoran kritikan Najib terhadap Belanjawan Pakatan Rakyat kononnya tidak memahami kehendak rakyat.


Anwar berkata, debat itu harus diadakan segera dan secara terbuka kerana perbahasan belanjawan di Parlimen tidak mendapat liputan meluas.

Read more ...

SELEPAS AUDIT!!! Perdana Menteri bayar balik $ 100 ribu kepada pembayar cukai

Perdana Menteri Australia Julia Gillard dan 65 Ahli Parlimen Australia memulangkan balik wang tuntutan perjalanan keluarga masing-masing kepada pembayar cukai Australia.

Kesemua mereka memulangkan semula wang tuntutan setelah audit dibuat mendapati ahli keluarga mereka membuat tuntutan tidak sepatutnya untuk tambang kapal terbang dan kereta.

Julia sahaja kena membayar semula lebih kurang AUD $ 100,000.

Itu di negara Australia, di Malaysia dah berapa kali laporan Audit dikeluarkan dengan terbongkar segala ketirisan dan kebocoran wang rakyat.

Apa yang berlaku di Malaysia , SPRM akan buat kenyataan akan buat siasatan. Selepas tu tiada pun pendakwaan. Wang rakyat lesap begitu sahaja.

baca berita di bawah :

Prime Minister Julia Gillard

PM Julia Gillard had to repay travel expenses. Picture: Ray Strange Herald Sun

PRIME Minister Julia Gillard is among federal MPs who have been forced to repay almost $100,000 to taxpayers after wrongly claiming family travel perks.

The Herald Sun reveals 65 federal MPs have repaid air fares and car transport in the past five years - many after being caught out abusing an entitlements scheme that costs $370 million a year.

Sustainability and Population Minister Tony Burke made 15 separate repayments involving family travel, totalling almost $7000.

Liberal MP Dennis Jensen was forced to dig even deeper, paying back $13,411, blaming an adviser for wrong advice.

Opposition health spokesman Peter Dutton, touted by some as a future Liberal leader, has repaid $4618 in eight separate repayments.

Even the PM made 10 repayments totalling $438 for taxi fares she said were "inadvertently" claimed by a family member.


Ms Gillard said the money was "repaid immediately as soon as they were identified".

The details, obtained under Freedom of Information, will do little to boost public confidence in the parliamentary entitlements scheme and come as the Government wrestles with reforms to the scheme, including the Gold Pass rorted by many former MPs.

Deputy Speaker Peter Slipper, who has repaid more than $17,000 over the past decade, has paid back $1550 in family travel entitlements.

Former foreign affairs minister Alexander Downer, who retired from Parliament in 2008, repaid $2250; Deputy Opposition Leader Julie Bishop returned $5468.

Well-placed sources said some federal MPs routinely "pushed the envelope" in claiming entitlements, which are rigorously checked by the Finance Department.

Former Liberal leader Malcolm Turnbull said he made two "unprompted" repayments for interstate travel by his wife, Lucy, and son.

Ballarat MP and Labor frontbencher Catherine King was asked to repay $1881 for travel by her husband and subsequently lodged a submission calling for changes to reflect the needs of breastfeeding MPs.

Read more ...

NAIK TIKET BOLA!!! Rupanya kerana UMNO


Tindakan FAM menaikkan harga tiket bagi perlawanan Akhir Piala Malaysia 29 Oktober 2011 ini, bukan sahaja menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong kedua -dua pasukan bertanding, namun semua peminat bola sepak menyuarakan rasa tidak senang hati terhadap keputusan badan induk bola sepak malaysia itu.

FAM tanpa segan silu telah "mengambil kesempatan" dan tanpa alasan kukuh telah "memeras" duit poket penyokong bola sepak , seperti menanggguk di air keruh,dalam keadaan ekonomi seperti sekarang, tidaklah harus FAM bersikap seperti "perompak duit rakyat".

Terlalu ramai penyokong suka tindakan FAM ini ( sila klik)
"Apakah orang miskin tak perlu berhibur, tak perlu ke stadium tengok bola ?"


Tindakan Kelab e-penyokong bola sepak Negeri Sembilan (n9futbol.com) menyebar risalah kepada penyokong lain supaya memboikot penjualan tiket perlawanan akhir itu sangat wajar dan harus dipuji. sekurang-kurangnya mereka tidak benarkan FAM memijak kepala mereka.

Timbalan presiden kelab e-penyokong bola sepak Negeri Sembilan (n9futbol.com), Mohd Faidzul Mohd Noh berkata pihaknya bersepakat dengan Kelab Penyokong Ganusoccer.net bagi memulau perlawanan Sabtu ini dengan hanya berada di luar stadium.itu tamparan besar sebenarnya buat FAM.

Tapi disebalik itu semua, apakah ada permainan politik peringkat tertinggi dalam perlawanan ini ?, secara tiba-tiba Sebanyak 30,000 keping tiket diperuntukkan kepada PBSNT bagi peminat bola sepak Terengganu menyaksikan perlawanan yang akan diadakan di Stadium Shah Alam, Selangor pada Sabtu ini, daripada jumlah itu, 20,000 diagihkan kepada 32 pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan pejabat Parlimen, untuk dijual di kawasan masing-masing dan lebih menarik diberikan rebat 50%.

Dalam isu FAM menaikkan harga tiket tanpa fikirkan "poket rakyat" kerajaan umnoapco Terangganu pandai main politik, dengan menggunakan duit royalti rakyat yang seharusnya diberi kepada semua penduduk negeri itu, umnoapco main silapmata dengan kononnya bersikap perihatin terhadap rakyat negeri tu,

Bukan tak bagus, bagus, namun bagaimana dengan makcik di kampung, bagaimana mereka yang tidak meminati perlawanan bola sepak?, jadi mereka tidaklah dapat merasa sedikit duit dari hasil minyak negeri itu. bukankah tidak sama rata agihan itu, buatlah seperti negeri selangor, semua rakyat dapat faedahnya, tak kira lelaki perempuan, tua atau muda, malah penyokong tegar umnoapco sekali pun dapat air percuma.

Rakyat harus bijak, malaysia sekarang bukan lagi malaysia zaman 60-an, rakyat boleh diperbodoh, boleh diperkuda., tiba-tiba kerajaan umnoapco terengganu jadi wira dalam kemelut harga tiket ini, . maka selepas ini nanti agaknya akan dicanang 3 hari berturut-turut di utusan melayu dan TV3 nanti kononnya umnoapco terengganu nei sangat perihatin , benar ke perihatin, bagaimana royalti minyak, bila nak beri kepada rakyat terengganu?.

Read more ...

MAKAN !!!! Tok Guru dan nasi bungkus.....Tok Najib dengan nasi RM 4.00 sebenarnya RM 6.00

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMH0nAMOsAc_M00TYk-_jeIFoKuo8a3FPjp7pWaOVErqA9j2pnRdbRiFGlRyIpdkHkZSExSacFGyTkEdQNMkV8sC2ACXsul6b8kkVRa1klI6acy7u8wLycV97tKcCFWf1VSr9gSYn9vq0/s1600/MAKAN.jpghttp://keluarga-mifzal-arsyad.com/wp-content/uploads/2011/09/tok-guru.jpg"ANTA dah makan," tegur Tok Guru kepada tatkala melihat kelibat penulis memasuki bilik jamuan. "Alhamdulillah, sudah Tok Guru," jawab penulis sambil mengangguk.
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat terus membuka bekas polystyrene yang berada di hadapannya. Bekas tersebut diikat dengan getah plastik. Di dalamnya ada nasi putih, seketul ayam, sebungkus kuah gulai dan sebungkus cili.
Tiada makanan ala buffet. Tiada air sirap, tiada teh dihidangkan. Yang ada hanya air mineral dan nasi bungkus.
Itulah jamuan untuk VIP PAS selepas Menteri Besar Kelantan itu merasmikan Persidangan ICT PAS di Taman Melewar, 22 Oktober lepas. Tok Guru Nik Aziz menjamu selera di bilik khas bersama Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dr Mohd Fadzli Hassan, Che Abdullah Nawi, Setiausaha Politik, Wan Nik Wan Yussof, Pengerusi Lujnah ICT PAS, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Pengarah Urusetia Penerangan Kedah, Zulkifli Yahya dan Pensyarah Unisel, Profesor Dr Azmudden Ibrahim.
Tok Guru dan para VIP kelihatan berselera sekali menjamah hidangan. Mereka menjamu selera dan berbual dengan nada yang amat santai.
Begitu pun, akhlak Tok Guru tetap terpelihara. Beliau mencarik-carikan isi ayam sedikit demi sedikit, dengan tangan kirinya menahan tulang ayam. Selepas secubit ayam dijamah, beliau menuangkan kuah gulai sedikit-demi sedikit, untuk dimakan dengan nasi. Begitulah selang-seli hidangan dimakan hingga habis.
Berbeza dengan kita. Kalau kita yang makan, kita akan ambil seketul-seketul ayam dan koyakkan dengan gigi sahaja. Biasa kalau kuah gulai tu, kita akan tuang sampai banjir dalam pinggan.
Sambil-sambil mereka makan, penulis memerhatikan tingkah laku mereka. Para VIP PAS, khususnya Tok Guru, tidak pernah merungut, walaupun pada pengamatan penulis, nilai sebungkus nasi dan air untuk hidangan VIP, tidak sampai RM2.50. Itulah juga hidangan yang disajikan kepada seluruh peserta hidangan. Sama sekali tiada beza.
Pada penulis soal harga tidak menjadi persoalan. Bukan soal mahal atau murahnya sesuatu hidangan. Tok Guru tidak pernah melarang sesiapa pun untuk menjamu selera dengan hidangan yang lazat-lazat. Asalkan mereka mampu dan tidak membazir.
Tok Guru juga tidak pernah menolak jika dijemput menjamu selera hidangan yang mahal dan mewah. Tok Guru biasa menghadiri majlis bersama Raja-Raja dan VVIP terkemuka. Moralnya, sama ada makan cara mewah atau makan cara marhain, adalah sesuatu yang lumrah, yang tidak perlu ditunjuk-tunjukkan.
Tetapi Tok Guru tetap Tok Guru. Sifat tawaduknya bukan dibuat-buat. Dah memang semula jadi sifat Tok Guru begitu. Hidangan yang simple dan murah. Makan digerai bersama rakyat kebanyakan sudah biasa baginya. Tidak perlu dihighlight dalam media, tidak perlu diheboh kepada satu dunia.
Bukan macam Perdana Menteri 1Malaysia kita. Pada penulis, elok juga ditegur Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Kalau dah sifatnya bangsawan, hidup sentiasa dalam kantung emas, usah nak berlakon seolah-olah berasal dari gubuk yang buruk.
Kalau asal kehidupannya sejak dilahirkan dah standard, kehidupan sedia mewah, tiada salahnya. Teruskan sajalah, tidak perlu hendak dibuat-buat.
Lebih baik Najib jadi dirinya sendiri. Usah jadi macam artis yang boleh melakonkan apa sahaja watak. Berlakon jadi tok guru membaca tazkirah pun boleh, berlakon jadi kasanova sambil meneguk 'air kencing syaitan' di kelab malam pun boleh.
Pengampu-pengampu Najib pun satu hal. Tak usahlah nak malukan PM kita, kononnya PM berjiwa rakyat, sanggup makan nasi sepinggan RM4.00, kononnya Restoran 1Malaysia, begitu hebat menawarkan hidangan yang murah untuk rakyat.
Dalam sekelip mata rakyat dapat membuktikan, harga makanan yang dimakan Najib, seperti yang dihebohkan tok-tok dalang media pencacai bukannya RM4.00 tapi RM6.00 sepinggan.
Minggu lepas, semasa lawatannya ke Restoran Ukhwah, di Kuala Lumpur yang dikatakan menawarkan Menu Rakyat, Najib menjamah sepinggan nasi, dua ketul ayam, sepotong daging goreng, tauge, dan poppadom. Diriuhkan 1Malaysia bahawa harga sepinggan hidangan Najib itu RM4.00, malah ada media pengampu cuba hendak murahkan lagi dengan harga RM3.50.
Tembelang dan pembohongan Umno-BN terbongkar, dibuktikan apabila staf Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dihantar ke Restoran Ukhwah, mengambil lauk yang sama dengan Najib, dicaj dengan harga RM6.00.
Apabila didedahkan dalam media, Menteri Pengguna, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob terkial-kial mempertahankan Menu Rakyat 1Malaysia, selepas promosinya untuk menaik dan mengampu Najib, jadi backfire kepada Umno-BN.
"Ketika itu ada beberapa lauk seperti ayam masak merah, ayam masak kicap dan daging, jadi PM hendak rasa kualiti lauk tersebut.
"Secara asasnya menu nasi putih, sejenis lauk dan segelas air memang RM4.00, malah ada yang lebih murah. Apabila kita ambil lebih daripada apa yang ditawarkan dalam menu, maka kita perlulah bayar lebih," kata beliau memberi alasan.
Namun, Ismail tidak mampu menjawab mengapa Najib hanya membayar RM4.00 untuk hidangan berkenaan. Kalau dah tau harganya memang bukan RM4.00, buat apa Ismail Sabri nak biarkan media pengampu membohongi rakyat? Ataupun Ismail Sabri memang kaki kelentong, sehingga memalukan bosnya sendiri.
Itulah hebat Umno-BN ini, punya lah nak menunjukkan pemimpin yang berjiwa rakyat, sampai menggunakan cara yang paling bodoh dan memalukan.
Nanti orang akan balas balik pada Najib, nanti rakyat akan kata, buat apa hendak menunjuk-nunjuk makan nasi RM4.00 sepinggan, sedangkan perbelanjaan mewah PM, isteri dan keluarga menelan belanja berjutajuta ringgit?
Macam mana Najib hendak jawab, pengubahsuaian rumah mewah Seri Perdana yang menelan kos berpuluh juta wang rakyat, dibandingkan ubahsuai rumah Tok Guru hanyalah beratap zink dan berdinding separuh kayu?
Apa Najib hendak beri alasan, jika rakyat mempersoalkan harga beg-beg tangan Rosmah, pelbagai fesyen, pelbagai jenama mewah, sehingga menelan belanja jutaan ringgit?
Apakah tidak dinamakan mewah, berbelanja jutaan ringgit untuk majlis pertunangan anak di Kazakhztan? Duduk di hotel mewah di Dubai dengan harga mencecah RM100 ribu satu malam? Bercuti dengan menggunakan perbelanjaan kerajaan di Perth?
Jika anda memang jenis hidup mewah dan membazir, usahlah berlakon kononnya susah macam rakyat kebanyakan, kononnya menjiwai perasaan dan kehidupan rakyat miskin.
Sedar dirilah, usahlah Najib berlakon hendak jadi tawaduk macam Tok Guru. Usah jadi bahan gelak ketawa rakyat. Rakyat pun dah muak dengan lakonan tidak menjadi ini.
To Najib, please be yourself.

KEDAH LA

Read more ...

LAPORAN AUDIT!!! Tahniah Kerajaan Kedah



Laporan Ketua Audit Negara 2010: TAHNIAH KERAJAAN NEGERI KEDAH

Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah (DPPNK) amat berbangga dengan Laporan Ketua Audit Negara bagi penyata kewangan Kerajaan Negeri Kedah untuk tahun 2010. Walaupun Ketua Audit Negara mengatakan prestasi kewangan Kerajaan Negeri Kedah memuaskan, namun bagi DPPNK, dengan usia 'setahun jagung' iaitu baru tiga tahun memerintah, pencapaian tersebut adalah sangat cemerlang.

Berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan; pengalaman pentadbiran, kewangan, penyaluran peruntukan kerajaan pusat yang tidak melalui negeri, Kerajaan Negeri Kedah pimpinan YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak terus melangkah gagah. DPPNK mempunyai alasan kukuh untuk terus mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

PERTAMA: Kerajaan Negeri Kedah telah mengalami peningkatan hasil sejumlah 23.9 peratus atau RM87.94 juta pada tahun 2010 berbanding peningkatan perbelanjaan mengurus RM2.55 juta atau RM 0.6 peratus. Hasil kerajaan negeri pada tahun 2010 berjumlah RM456.21 juta berbanding 2009 sebanyak RM368.27 juta. Pencapaian ini adalah yang terbaik di dalam masa 5 tahun!!

KEDUA : Kerajaan Negeri Kedah telah mencatatkan surplus atau lebihan pada tahun 2010 berjumlah RM22.50 juta!! Peningkatan ini sangat ketara dan sangat membanggakan. Ia adalah defisit tertinggi dalam masa 5 tahun dan merupakan surplus kali kedua dalam tempoh tersebut. Berbanding dengan defisit tahun 2009 yang berjumlah RM62.89 juta, ia menjadikan peningkatan sejumlah RM85.39 juta iaitu sebanyak 135.8 peratus!!

KETIGA: Ketua Audit Negara juga telah memperakui pengurusan kewangan di Jabatan/Agensi Negeri telah bertambah baik berbanding 2009. Pihak Jabatan Audit Negara telah melaksanakan pengauditan pengurusan kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti di 17 Jabatan/Agensi Negeri. Tahniah kepada para pegawai.

KEEMPAT: Laporan ini telah memperakui peningkatan penerimaan hasil Cukai Tanah sebanyak RM18.69 juta iaitu peningkatan sebanyak 21.9 peratus. Kerajaan negeri telah berjaya mengutip RM104.06 juta berbanding 2009 hanya RM85.37 juta. Walaupun dasar kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang menurunkan cukai sebanyak 25 hingga 75 peratus di awal usia pemerintahan, namun bagi DPPNK telah berlaku kecekapan di dalam kutipan hasil tanah walaupun berlaku penurunan selama dua tahun berturut-turut. Kutipan ini adalah yang kedua tertinggi di dalam tempoh 5 tahun!!

KELIMA: Peningkatan ketara iaitu 125.2 peratus atau RM19.71 juta juga berlaku dalam pungutan tunggakan cukai tanah. Hasil kutipan berjumlah RM35.45 juta berbanding tahun sebelumnya iaitu hanya RM15.74 juta. Kutipan ini adalah tertinggi dalam masa 5 tahun!!

KEENAM: Sekali lagi premium hutan berjaya ditingkatkan oleh Kerajaan Negeri Kedah. Peningkatan sejumlah 46.9 peratus atau RM15.49 juta. Berbanding tahun 2009 sebanyak RM33.05 juta, kerajaan berjaya memungut RM48.54 juta!! Jumlah ini adalah yang tertinggi dalam masa 5 tahun!! Sebagai catatan juga peningkatan jika dibandingkan dengan tahun 2007, hampir 400 peratus !!!

KETUJUH: Kerajaan juga berjaya membuat kutipan premium tanah tertinggi dalam masa 5 tahun terakhir!! Berbanding tahun 2009 iaitu sebanyak RM 26.63 juta, sebanyak RM58.12 juta atau peningkatan sebanyak 118.3 peratus!!

DPPNK berpandangan bahawa dengan laporan ini, Ketua Audit Negara terus memperakui keupayaan pentadbiran Pakatan Rakyat. Ini membuktikan secara fakta bahawa segala tohmahan bahkan keraguan yang ditimbulkan oleh golongan yang berkepentingan adalah tidak berasas. DPPNK akan terus bekerja keras bagi terus mempertahankan dan mengajak seluruh rakyat terus menyokong dan mendokong pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah pimpinan YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. Di sebalik segala kepincangan Laporan Ketua Audit Negara terhadap Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional, DPPNK menyeru seluruh rakyat Negeri Kedah untuk membuat perbandingan dan membuat pilihan yang tepat.

Read more ...

TAK PUAS LAGI!!! UMNO online pula fitnah Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang ke atas portal umno-online.com berhubung laporan berjudul "Dari Rambut Panjang ke Gejala Dadah, Guan Eng makin berputar belit".

Laporan itu mendakwa Lim berputar belit bagi mengaburi mata rakyat termasuk memberikan alasan anaknya ditukarkan sekolah kerana mahu berambut panjang.

NONE
Bagaimanapun, pada 19 Oktober lalu, sebuah akhbar berbahasa Cina, melaporkan Lim memindahkan anaknya dari Sekolah Cina Heng Ee ke Sekolah St Xavier’s kerana bimbang terjebak dengan gejala negatif dan sendiket dadah di kalangan pelajar sekolah itu.

"Ini satu lagi fitnah. Saya tidak pernah berkata perkara seumpama itu. Ini bukan sesuata tuduhan oleh blog pro-Umno, ini media rasmi parti,” katanya.

Lim juga mengemukakan salinan laporan Guang Ming Daily, yang menafikan bahawa ia membuat laporan dan ulasan seperti yang didakwa oleh Umno Online.

Sebelum ini, beberapa penulis blog pro-Umno, termasuk Papagomo mendakwa bahawa anak remaja Lim telah mencabul kehormatan rakan sekelasnya dan dan akibat itu terpaksa dipindahkan dari sekolah SMK Heng Ee.

Ketua Menteri itu juga didakwa membayar wang pampasan kira-kira RM200,000 kepada ibu bapa gadis itu untuk menutup skandal berkenaan.

Namun gadis yang dituduh itu, Anya Ann Corke, Lim dan pengetua SMK Heng Ee semuanya telah menafikan kejadian berkenaan.

Lim juga menjelaskan, anaknya itu berpindah sekolah bukan kerana masalah disiplin seperti yang didakwa oleh blog pro-Umno tetapi kerana mahu menyimpan rambut yang lebih panjang.

Di sekolah asalnya, SMJK Heng Ee, pelajar lelaki diwajibkan menggunting pendek rambut mereka.

"Apa kata Timbalan Perdana Menteri sekarang?” soalnya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis rumah terbuka Deepavali di Time Square Pulau Pinang, semalam.

Lim masih tidak berpuas hati dengan Muhyiddin yang dilaporkan berkata: "Penafian adalah tidak mencukupi. Kalau tidak buat, minta polis untuk menyiasat dan bersihkan nama."

Read more ...

Wednesday, October 26, 2011

SEBAB TU UMNO SURUH SAMAN!!! Bapa Altantuya fail saman pada 2007 , sampai sekarang tak bicara


Setelah tergendala sekian lama, bapa kepada warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh dengan kejam, merayu kepada mahkamah di negara ini agar mempercepatkan perbicaraan sivil RM100 juta yang difailkannya terhadap kerajaan.

Setev Shaariibuu (kiri), yang memfailkan saman itu pada 4 Jun, 2007, menyaman kerajaan Malaysia dan mereka yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan kejam Altantuya di sebuah hutan di Shah Alam pada 19 Oktober, 2006.


Dalam sepucuk surat yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh peguam Mukhsaruul Mijiddorj, Shaariibuu berkata beliau telah membayar sejumlah besar wang kepada mahkamah Malaysia pada tahun lalu.


Wang, berjumlah RM60,000 itu sebagai bon keselamatan, dibayar oleh kerajaan Mongolia bagi pihak Shariibuu.

Walau bagaimanapun, setahun sudah berlalu tetapi beliau masih belum menerima sebarang berita mengenai tarikh kesnya itu akan dibicarakan.

Kesan buruk

"Hakikat bahawa kerajaan anda tidak mengambil sebarang langkah positif terhadap isu yang dibangkitkan oleh Mongolia mungkin (menimbulkan) kesan buruk terhadap ratusan warga Mongolia yang belajar dan tinggal di Malaysia," katanya.

"Sedangkan kerajaan Mongolia telah mencadangkan isu ini dibincangkan dengan melantik dan menghantar wakilnya ke Malaysia, namun satu tahun sudah berlalu tanpa sebarang maklum balas," katanya.

Shaariibuu tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai siapa dan bila perwakilan yang dimaksudkannya itu telah datang ke negara ini bagi membincangkan perkara ini.


Adalah difahamkan bahawa surat itu, yang sesalinannya diberikan kepada Malaysiakini, pada masa ini, dalam simpanan peguam Karpal Singh (kiri), yang mewakili Shariibuu dalam kes berkenaan secara pro-bono (percuma).

Awal bulan ini, Karpal melahirkan kekecewaannya, kes saman itu telah ditangguhkan kerana kedua-dua anggota polis yang didapati bersalah berhubung pembunuhan berkenaan telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Karpal berkata beliau telah berulang-kali menulis mahkamah untuk memohon pengurusan kes saman itu, tetapi masih belum menerima jawapan.

Read more ...

DAKWA SHAHRIZAT!!! RM250 juta wang rakyat dibazirkan untuk 1,000 ekor lembu oleh syarikat anak-beranak

KEADILAN menyambut baik keputusan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) memulakan siasatan ke atas National Feedlot Corporation Sdn Bhd yang dimiliki suami dan anak kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil, menteri kanan dan Ketua Wanita Umno.

Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan media bersama yang dikeluarkan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, dan Adun Sikamat, Aminuddin Harun.


Di bawah Rancangan Malaysia ke 9, Pusat Feedlot Kebangsaan yang dimiliki dan dikendalikan syarikat itu diberi status projek berimpak tinggi dengan sasaran memenuhi 40 peratus permintaan dan pengeluaran daging lembu untuk pasaran tempatan.

Pada 20 Oktober lalu, satu pasukan peninjau yang diketuai Rafizi dan Aminuddin telah membuat kunjungan ke pusat seluas 5,000 ekar di Gemas itu, bagi menentukan pencapaiannya.


Hasil maklumbalas dari temuramah yang dilakukan mendapati jumlah lembu yang diimport itu dipelihara sekitar 1,000 ekor sahaja, manakala lembu yang disembelih pula sekitar 20 ekor sehari.


“Kajian awal KEADILAN, menunjukkan projek ini gagal walaupun menelan jumlah besar wang rakyat dan kurniaan tanah 5,000 ekar,” kata Zuraida ketika sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.


Menurutnya, prestasi operasi syarikat itu perlu dibandingkan dengan sasaran yang ditetapkan memandangkan projek tersebut mendapat bantuan kewangan kerajaan berjumlah RM250 juta.


Jumlah penggunaan daging lembu sepatutnya ialah 162,357 tan manakala jumlah lembu yang perlu di sembelih pula ialah sebanyak 1,500 ekor sehari untuk dibekalkan di pasaraya tempatan.


Penyelidikan KEADILAN juga mendapati operasi lain yang diamanahkan kepada syarikat milik suami dan anak Shahrizat itu masih belum dilaksanakan walaupun mendapat peruntukan besar.


Penyelewengan wang rakyat


Selain aktiviti mengimport, syarikat itu juga dilantik kerajaan untuk membangunkan penternak kecil melalui konsep penternakan satelit, membangunkan makanan lembu berkualiti dan baja dari operasi penternakan tersebut.


KEADILAN berpendapat isu ini perlu diberi perhatian serius kerana ia salah satu contoh utama bagaimana penyelewengan wang rakyat akibat ketirisan mempunyai kesan mendalam kepada kenaikan harga barang yang menekan rakyat.


Ini kerana Projek itu dilancarkan kerajaan bertujuan untuk mengurangkan import makanan yang memainkan peranan utama kepada kenaikan harga barang makanan yang terpaksa ditanggung rakyat.


Sementara itu, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menggesa Shahrizat dan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku bekas menteri yang bertanggungjawab menganugerahkan projek tersebut, tampil menjelaskan perkara itu.


“Masalah ini timbul apabila anak-anak dan suami menteri berkenaan menandatangani ‘soft loan’ daripada kerajaan yang diberikan buta-buta kepada Shahrizat. Sampai bila pun (projek ini) tidak dapat pulangan kerana pelihara lembu hanya 1,000 ekor,”.


“Kesannya kerajaan akan tanggung sehingga harga barangan jadi naik dan sebagainya,” ujarnya.


Sumber: keadilandaily.com

Read more ...

Karnival Cakna Rakyat PAS Parit Buntar terus dapat sambutan

PARIT BUNTAR , 26 Okt.: Karnival Cakna Rakyat anjuran PAS Parit Buntar terus mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di kalangan penduduk setempat.

Terbaru, program berkenaan diadakan di di Perkarangan Masjid Tuan Guru Haji Arshad, Parit Tok Ngah , Jalan Baharu.


Penyelaras program Hairul Nizam Ishak berkata, Karnival Cakna Rakyat merupakan aktiviti berterusan PAS Parit Buntar bertujuan merapatkan hubungan di antara pimpinan PAS dengan masyarakat setempat dengan menganjurkan program yang boleh dimanfaatkan oleh mereka.


“Ini adalah usaha kita untuk lebih dekat dengan rakyat dan mengetahui masalah mereka serta mengeratkan lagi hubungan PAS dengan penduduk setempat yang sedia terjalin.

“ Kami memberi peluang kepada penduduk sekitar Pekan Batu Lima, Parit Haji Yusuf, Parit Tok Ngah untuk menyertai pelbagai aktiviti dan acara yang disusun”katanya

Hairul Nizam berkata, program ini bermula jam 9.00 pagi, dimulai dengan ucapan pimpinan PAS Parit Buntar dan penyampaian sumbangan kepada fakir miskin.

“ Antara acara yang diadakan ialah mewarna kanak-kanak, sukaneka kanak-kanak dan dewasa, pertandingan gubahan yang membabitkan golongan wanita.

“ Terdapat juga aktiviti yang membabitkan penyertaan anak muda disamping khidmat pemeriksaan kesihatan percuma, semakan dan daftar pemilih “ katanya


Beliau memuji dan menyatakan rasa bangga dengan persiapan PAS cawangan Parit Tok Ngah Darat dan penduduk setempat yang bersungguh-sungguh membantu PAS Parit Buntar menjayakan program ini.

“ Kejayaan program ini banyak bergantung kepada kerjasama yang kuat dari PAS Cawangan dan penduduk setempat .

“ Ini merupakan carnival cakna yang kelima diadakan pada tahun ini. Semuanya , mendapat kerjasama yang baik dari penduduk setempat tanpa mengira fahaman politik” katanya


Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa telah berkesempatan bersama dalam program bersama rakyat ini dan menyampaikan hadiah kepada pemenang acara yang diadakan.



Penduduk tempatan menyaksikan acara yang diadakan


Seorang penduduk sedang mendapat nasihat kesihatan dari doktor sukarela


Dr. Mujahid sedang menyampaikan hadiah kepada seorang pemenang

Read more ...

15 TAHUN DALAM PENJARA REGIM!!! Pemimpin An-Nahdah seorang jurutera bakal Perdana Menteri Tunisia

Berikutan kemenangan dalam pilihanraya Tunisia pada Ahad 23 Oktober, An-Nahdah menamakan Setiausaha Agungnya, Hamadi Jebali merajui kerajaan baru Tunisia.

Pilihan tersebut disahkan oleh Said Firjani, Jawatakuasa Komunikasi parti An-Nahdah kepada rangkaian berita A-Jazeera.

Namun, Said berkata, keputusan muktamad adalah terpulang kepada parlimen Tunisia.

Beliau juga mengesahkan, An-Nahda tidak akan menuntut jawatan President yang berkemungkinan di serahkan kepada Perdana Menteri kerajaan peralihan, Beji Caid Sebsi.

"terpulang kepada parlimen, untuk memutuskan kedua-dua jawatan tersebut, Jebali adalah calon yang yag sesuai (sebagai Perdana Menteri), jawatan Presiden akan diserahkan kepada parti lain,"kata Said Firjani.

Hamadi Jebali, 63. adalah seorang jurutera dan penerbit akhbar, sebelum dipenjara oleh pihak berkuasa Tunisia selama 15 tahun.

Beliau dibebaskan dengan syarat dari penjara Tunisia pada 26 Februari, 2006, telah ditahan pada November 1990.

Jebali menerima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan mekanikal dari Universiti Tunisia dan ijazah sarjana dalam bidang kejuruteraan tenaga solar dari University of Paris.

Beliau adalah salah satu daripada pemimpin-pemimpin An-Nahdah yang paling menonjol kerana lantang mengkritik terhadap dasar-dasar kerajaan Tunisia.

Beliau pernah berkhidmat sebagai ahli majlis Eksekutif An-Nahdah dan sebagai Ketua Pengarang akhbar mingguan organisasi Al-Fajr (Dawn).

Pihak berkuasa Tunisia awal tahun 1990 telah menuduh Hamadi Jebali terhadap salah laku dalam tiga kes berasingan, semua yang melibatkan ungkapan pendapat dan percakapan beliau.

Dalam kes yang pertama, pada 10 Oktober 1990, Jebali menerima hukuman penjara enam bulan dan denda sebanyak 1,500 dinar kerana berucap "menggalakkan pencabulan undang-undang" dan "menyeru pemberontakan."

Beliau telah menerbitkan sebuah artikel oleh pemimpin An-Nahdah, Rashid Ghanoushi bertajuk "orang-orang Negeri atau Negeri rakyat?" dalam Al Fajr pada Jun, 1990.

Dalam artikel itu, Ghanoushi dilaporkan mengkritik kerajaan untuk "tidak berkhidmat untuk kepentingan rakyat."

Hamadi dituduh melanggar Perkara 13 Akta Akhbar Tunisia 1975 Akhbar Tunisia, yang mewajibkan penerbitan sesebuah akhbar mestilah mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Kementerian Dalam Negeri sebelum ia dicetak.BO

Read more ...

PERWAKILAN TERKENTUT, TERKINCIT !!! Dengar jawapan Presiden PERKASAM yang dikuasai PERKATAK

Oleh: WFAUZDIN NS

TERLEBIH dahulu saya mahu ucapkan tahniah kepada Zul Kulim kerana sekarang dipilih untuk berada dalam Saf hadapan PERKASA dan amat sesuai benar sokongan kuat kemasukan beliau datangnya dari Zahid Md Arip. Jika bukan PERKASA, siapa lagi mahu terima Zul Kulim?

Saya mahu ulas sedikit jawapan Presiden PERKASA, Berahim Ali apabila ditanya oleh anggotanya sendiri mengapa PERKASA tidak hadir berhimpun sewaktu Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 09 Jul yang lalu. Semua maklum, menjelang Himpunan BERSIH 2.0, selain dari Guru Silat Lincah, Omar Din termasuk Ali Rustam dan juga PERKASA, hampir setiap malam di kaca TV mereka muncul sebagai pendekar memberi amaran kepada BERSIH agar jangan berhimpun. Langkah mayat mereka dahulu, kononnya. Berpuluh ribu anggota bawahan masing-masing akan menjadi benteng menghalang peserta perhimpunan BERSIH, begitulah lebih kurang dua tiga ekor pendekar itu bercakap.

Apabila tiba masanya, seekor umat pun tidak muncul. Ada yang berkata terdapat juga ahli-ahli PERKASA yang bersedia untuk hadir, tetapi melepak di restoren mamak. Geng Silat bawah Omar Din dan Ali Rustam dikhabarkan hadir tetapi masing-masing menggunakan `ilmu ghaib' di celah ketiak bini masing-masing. Sebab itulah, wajar juga perwakilan PERKASA mahu tahu kenapa PERKASA tidak menjadi `Perkasa' pada hari tersebut?

Maka, Presiden PERKASA pun memberi alasan yang boleh buat semua perwakilan PERKASA terkentut menahan ketawa. Beliau menjelaskan bahawa keputusannya supaya pertubuhan itu tidak turut berdemonstrasi dalam perhimpunan 9 Julai merupakan satu tindakan strategik. Baca di sini.

`Strategik'nya mengikut beliau adalah Perhimpunan BERSIH akhirnya tidak diberi permit oleh pihak Polis, kononnya disebabkan PERKASA juga mahu berhimpun. Kita mahu beritahu Berahim alkataki, selama ini pun perhimpunan yang dianjurkan oleh Pembangkang atau NGO yang pro Pembangkang tidak juga mendapat permit walaupun PERKASA tidak camportangan. Jadi, usahlah PERKASA perasan bahawa kerana PERKASA maka BERSIH tidak mendapat permit. Soalnya sekarang, perhimpunan itu berjaya atau tidak? Jawapannya, BERSIH berjaya menghimpunkan rakyat di luar jangkaan, dan yang tidak berjaya sebenarnya adalah PERKASA dan beberapa puak sekutu dengannya. Jawapan bodoh dari Berahim alkataki itu sudah cukup untuk memperbodohkan semua perwakilan di dalam PERKASA.

Kononnya kata Berahim, laporan Polis yang dibuat oleh PERKASA terhadap BERSIH itu merupakan `perang saraf'. Sekali lagi perwakilan PERKASA mungkin terkentut. Akibat perang saraf PERKASA, akhirnya yang lemah `urat saraf' adalah PERKASA sendiri. PERKASA dilihat lebih `pondan' dari `Patriot' walaupun Patriot di bawah KJ hadir juga bersama beberapa Mat Bangla, tetapi berani jugalah hadir ke perhimpunan tersebut.

Selepas beberapa kali perwakilan PERKASA terkentut dengan jawapan `cover line' oleh Berahim, kali ini perwakilan terus `terkincit' apabila Berahim alkataki mengaku merasa malu apabila Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) gagal samasekali. Katanya, "Kata sejuta umat, tapi sampai jam 4 petang, tak sampai 10, 000 orang, malunya kita". Begitulah keluhan Berahim di depan perwakilan PERKASA yang mungkin membuatkan ramai yang berebut-rebut ke tandas akibat `terkincit' mendengar ulasan MP Pasir Mas yang bakal hilang deposit ini.

Berahim alkataki silap di dalam jumlah tersebut. Bukan tidak sampai 10, 000 orang hadir sebelum 4 petang tetapi tidak sampai 8,000 pun hadir pada waktu tersebut. Itu pun kita sudah kasi `advance', ada yang kata lebih kurang 5,000 sahaja yang hadir. Itu pun telah diberi permit, jika tiada permit mungkin ramailah agaknya.

Sebelum saya tutup kalam ini, sekali lagi tahniah buat Zul Kulim yang akhirnya ditakdirkan Allah berada bersama insan yang setaraf dan `standard' dengan beliau. Simpati juga kepada Ruslan Kassim yang lebih `senior' di dalam PERKASA tetapi masih menjadi Setiausaha. Tidak mengapa, apa jua jawatan di dalam PERKASA tidak memberi perbezaan kerana `katak tetap katak'./wfauzdin.blogspot.com

Read more ...

UMNO/BN BUKAN KIRA PERLEMBAGAAN!!! Laporan Audit boleh bentang kepada kabinet


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgIyOj2uycpFyAKFd7kXh6GmRBL2lTsNiCev6l3TUCtophkP4UsgcLhgVYaVG9jVVfcNgO-rArFhGrRJpS-ERLkAWBTEXdkDflM-PxAYXEBo7OchrWtIfCcqi2x8Fn7Z6sG1SbV4Zu5ju7y/s1600/2011-10-25_024621.png

Hari ini Prof Aziz Bari membuat ulasan yang kontroversi lagi. Pastinya insan-insan yang cuba mencari populariti singkat akan mengecam beliau lagi dengan alasan beliau memang tak sokong biru. Apapun, sejak lama mengikuti penulisan beliau, saya rasa Prof Aziz Bari memang suka bercakap mengenai bidang yang dia suka, iaitu Perlembagaan Malaysia. Ada sekali dia 'attack' kepimpinan PAS dulu. Itupun masih lagi dihubung-kaitkan dengan ruang lingkup Perlembagaan Malaysia.

Kali ini beliau memberi komen pula mengenai prosidur pembentangan Laporan Ketua Audit Negara seperti mana yang diperuntukan oleh Fasal 107 Perlembagaan Malaysia. Terus terang saya katakan, memang selama ini saya tak pernah ambil pusing tentang peruntukan ini walaupun naskah Perlembagaan Malaysia yang saya beli semasa di universiti dulu dahpun dipenuhi habuk. Itulah fakta kebanyakan orang kita. Kebanyakannya berfikiran setelah lebih 50 tahun kemerdekaan, takkan kerajaan Malaysia masih lagi melakukan kesalahan didalam prosidur pentadbirannya.

Kata Prof Aziz Bari yang disiarkan oleh Malaysiakini, "Perkara ini salah dan saya percaya boleh dibawa ke mahkamah. Dalam perlembagaan, di mana ada kabinet disebut (terlibat)? Lagi pun, kabinet sebahagian daripada player," kata pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu. "Secara logiknya juga, kalau bentang pada kabinet, buat apa perlu ada (jawatan) ketua audit negara."

Kepada pembaca yang ingin memahami isu ini dengan lebih lanjut, hal-hal berkaitan kewangan negara diperuntukan dibawah Bahagian VII kepada Perlembagaan Persekutuan iaitu PERUNTUKAN KEWANGAN. Terdapat 22 Fasal di dalam bahagian ini dimana Fasal 96 hingga Fasal 112 diletakan dibawah Bab 1 - Am. Manakala Fasal 112A hingga 112D diletakan di bawah Bab 2 - Pemakaian bagi Negeri Sabah dan Sarawak. Fasal 112E telahpun dimansuhkan.

Isu-isu berkaitan audit negara diletakan dibawah Fasal 105 hingga Fasal 107 iaitu:
Fasal 105. Ketua Audit Negara
Fasal 106. Kuasa dan tugas Ketua Audit Negara
Fasal 107. Laporan Ketua Audit Negara

Fasal 107 menyatakan:

Laporan Ketua Audit Negara

107.(1) Ketua Audit Negara hendaklah mengemukakan laporan-laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.

107.(2) Satu naskhah mana-mana laporan itu yang berhubungan dengan akaun bagi sesuatu Negeri, atau berhubungan dengan akaun-akaun bagi mana-mana pihak berkuasa awam yang menjalankan kuasa yang diberikan oleh undang-undang Negeri, hendaklah dikemukakan kepada Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi negeri itu yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Undangan.

Amalan yang dipraktiskan oleh kerajaan selama ini sepertimana yang dilaporkan dalam Malaysiakini adalah, "Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang pada 21 Oktober lalu menjelaskan, sejak 1982, LKAN dimaklumkan kepada kabinet sebelum dibentangkan supaya kerajaan dapat mengetahui isu yang dibangkitkan dan bersedia memberi penjelasan apabila diperlukan."

Membaca peruntukan Fasal 107, saya tak rasa kenyataan Tan Sri Ambrin Buang seperti yang disiarkan menepati maksud yang dikehendaki oleh Fasal ini. Saya tidak mahu mempengaruhi pembaca tentang pemahaman saya tetapi saya rasa semua pembaca boleh memahami sendiri apa yang Perlembagaan kita mahukan dan apa yang telah kerajaan selama ini buat.

Meminjam kata-kata seorang kounselor ternama di negara kita, "renung-renungkanlah..... "Kedahlanie

Read more ...

11.11.11!!! Tarikh bubar parlimen, Najib dan Ro$mah dapat ilham di Mekah?

REMBAU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka bubar parlimen pada 11 November depan bagi membuka jalan kepada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) sekembalinya dari Mekah sekitar 6 November, seterusnya 1 Disember akan diumumkan sebagai hari penamaan calon dan 10 Disember (Sabtu) sebagai hari mengundi.

Demikian menurut Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard.

Mengikut maklumat sumber dalaman yang beliau terima, tahun ini Najib dan isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor akan menunaikan ibadah Haji dan akan pergi ke Mekah dengan penerbangan terakhir.

Pemergian beliau ini juga dikaitkan dengan pembinaan dan pembaikan imej beliau dan isterinya yang teruk tercalar dengan beberapa isu.

“Diyakini telah disusun liputan media yang akan menyiarkan imej dan visual pasangan suami isteri ini mengerjakan ibadah Haji untuk memberikan satu persepsi baru kepada orang ramai khususnya dalam usaha mengepung undi orang Melayu.

“Jangan terkejut nanti kalau imej atau klip video Najib dan Rosmah memasuki Kaabah akan dimainkan tiap malam.

“Najib dan Rosmah dijadualkan balik dengan pesawat penerbangan khas sekitar 6 November. Selepas itu dia akan mengukur kejayaan misi hajinya selain dari membuat beberapa keputusan akhir menjelang tarikh penting 11 November”, katanya.

Nombor bertuah

CheguBard yang juga Ketua PKR Cabang Rembau memberitahu bahawa beliau difahamkan Najib memilih tarikh 11, 01 dan 10 kerana angka berkaitan 1 ini sengaja dipilih kerana mengikut nasihat paranormal dan tukang tilik yang menyatakan nombor berkaitan 1 merupakan nombor bertuah bagi Najib dan Rosmah.

Diyakini sehingga hari ini dari maklumat dalaman bahawa sah Najib akan mengikut tarikh ini walaupun ada pihak yang menasihatinya agar jangan mengadakan PRU awal dan secara mengejut.

“Pilihan raya awal ini dipercayai juga kerana krisis dalaman Umno yang semakin meruncing. Sudah ada pihak yang mahu menjatuhkan Najib dalam Umno sendiri. Najib tidak boleh membiarkan gejala ini merebak. Mereka yang terlibat perlu disingkirkan.

Namun sebelum itu Najib perlu mendapat mandat baru dan memastikan majoriti yang dinamakan sebagai calon PRU perlulah individu yang boleh menyokong beliau tanpa belah bagi”, ujar CheguBard.

Sementara itu, CheguBard turut menyatakan kebimbangan beliau bahawa Najib akan adakan PRU tanpa menunggu proses penambahbaikan pilihanraya.

Pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat turun ke jalan raya sekitar di ibu kota bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil walaupun pihak berkuasa membuat berbagai sekatan dan halangan.

Najib sendiri akhirnya terpaksa mengakui bahawa kepincangan wujud dan proses pilihan raya memerlukan reformasi. Sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen diwujudkan untuk maksud tersebut.

Malangnya usaha Najib hanya pada kulit. Dalam mengumumkan langkah pemerkasaan demokrasi dalam negara tetapi beliau sendiri terus melakukan banyak kerja jahat dengan membunuh demokrasi ketika proses pilihan raya.

BN kurang ajar

“Isu penganugerahan istimewa orang asing dengan taraf warganegara secara mudah dengan syarat mengundi Barisan Nasional (BN) dilihat antara kemuncak kurang ajar BN ini.

“Justeru itu SAMM memberikan peringatan kepada Najib, Rosmah dan regim BN keseluruhannya, jangan ada sebarang PRU sehingga selesai proses penambahbaikan PRU khususnya melaksanakan lapan tuntutan Bersih 2.0.

“Jika PRU diadakan sebelum proses reformasi maka PRU tersebut bakal menjadi PRU terkotor dalam sejarah negara,” ujar beliau.

Tegas CheguBard, “jika PRU tetap diadakan sebelum proses reformasi pilihan raya selesai maka PRU yang diadakan itu hanyalah penipuan dan hanya proses bohong yang hanya ingin memanjangkan hayat Umno dan BN.

“Najib dan regimnya mungkin boleh terus berdegil memanggil PRU dan jika ini berlaku yakinlah pasti akan ada mobilisasi terbesar rakyat dan SAMM tidak menolak kemungkinan kali ini bukan sekadar demonstrasi protes tetapi ia mobilisasi rakyat benar–benar untuk menumbangkan regim dan mobilisasi rakyat untuk memasuki Putrajaya”, tegas CheguBard.

Chegu Bard turut menegaskan mobilisasi rakyat kali ini akan benar–benar berwajah Malaysia dengan menolak sebarang sentimen perkauman.

“Dari pengamatan SAMM yang sama bergelumang di bawah, majoriti rakyat yang sedang terhimpit dengan kehidupan mereka, tidak redha BN terus mendapat mandat dengan cara menipu dan terus menghancurkan negara,” katanya.
-freemalaysiatoday-

Read more ...

BERITA GEMPAQ!!! PERKASAM dapat Naib Presiden baru

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/berita/zulkifli%20nordin.jpgPerhimpunanan agung PERKASA hari ini melantik ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin sebagai naib presidennya yang baru.
Zulkifli dilantik melalui usul tergempar yang dikemukakan oleh ahli dewan tertinggi PERKASA Muhammad Zahid Md Arip.

Usul berkenaan diluluskan sebulat suara.

Zulkifli mengisi jawatan berkenaan yang sebelum ini dikosongkan Datuk Mokhtar Samad.

Muhammad Zahid ketika membentangkan usul tergempar itu berkata, peguam tersebut merupakan bekas penyokong ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PERKASA memperuntuk empat lagi jawatan naib presiden yang kini diisi Abang Naseer Abang Hadari, Musli Oli, Dr Zubir Harun dan juga Dr Ashraf Wajidi Dasuki.

Terdahulu, Zulkifli dilihat hadir sebagai jemputan ketika perasmian perhimpunan pada pagi, selain bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin serta seorang lagi bekas angggota kabinet Datuk Khalid Yunus.

Kali terakhir PERKASA merombak jawatankuasanya pada Mac lalu, yang dikaitkan banyak pihak dengan peletakan jawatan bekas ketua Wira Arman Azha Abu Hanifah.

Selain itu, ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu, Datuk Abdul Aziz Ishak dan juga ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah juga hadir sebagai jemputan.


Read more ...