Tuesday, March 13, 2012

GELABAH NAK KALAH!!! UMNO naik sawan di Terengganu

Nampaknya kini barulah rakyat tahu kuasa mereka. Hari ini kerajaan pimpinan Umno-BN terpaksa mengalah dengan tuntutan rakyat.

Itupun kerana kuasa mereka diparlimen yang tak sampai 2/3. Apatah lagi asakan pakatan Rakyat menyebabkan Umno-BN kini berada dipenjuru gelanggang.

Setelah 55 tahun Umno memerintah selepas merdeka, barulah rakyat kini mengecapi sumbangan maupun apa yang dikatakan pembelaan kerajaan.

Pelbagai tawaran dan pemberian kini ditawarkan. Itu semua bagai gula-gula untuk memastikan rakyat mengundi mereka. Dari duit pelajar Rm100, duit buku mahasiswa IPT sehinggalah duit Br1M Rm500. Sejauh mana rakyat termakan umpan yang ditabur Umno-BN?
Tawaran Buku-Jingga menjadi berhantu. Ia menjadi pendesak kerajaan untuk mengembalikan kekayaan Negara kepada rakyat. Tawaran kepada guru kenaikan RM500 telah menyebabkan pemimpin kerajaan menjadi gelabah.

Desakan terhadap kenaikan gaji kakitangan menyebabkan SBPA terpaksa dibatalkan dan SSM diguna semula dengan kenaikan 7-13% yang menelan bajet RM 6 billion.

Walaupun ketika mengumumkan itu wajah PM yang amat sugul dan tidak ceria tetapi terpaksa tindakan itu dilakukan juga bagi menggula-gulakan 1.4juta kakitangan kerajaan agar mengundi Umno-BN.
Rasanya inilah masa terbaik bagi Najib mengumumkan pilihanraya… jangan sampai timbul lagi isu-isu lain yang menenggelamkan watak populis PM ini.

Masing-masing kini hanya menunggu siapakah calon-calon winnable pilihan Najib. Tidak ketinggalan di Terengganu.

Kalau tersalah Najib letak calon nescaya balik awallah Umno-BN. Team manakah yang akan naik? Puok Mat Said ke atau Puok Deris Jusoh? Kita tengoklah bagaimana tarian mereka nanti.
Pas seperti biasa meneruskan kerja-kerja persiapan PRU-13 dan mengadakan penerangan perjuangan yang dibawa Pas.

Pas memperjuangkan dasar parti yang dibawanya dan membina kekuatan atas kekuatan yang dibina serta sokongan ahlinya dan bukannya atas kelemahan musuh.

Sebab itu Pas masih lagi bertahan hingga kini. Perjuangan Pas nampaknya semakin diterima. Bukan hanya dikalangan orang melayu, orang bandar tetapi juga masyarakat cina yang secara terang-terangan memberi sokongan kepada Pas.
Umno kini merasai bahawa kekuatan serta pengaruh mereka semakin tercabar. Akibatnya mereka mengambil tindakan yang semakin tidak rasional. Nampaknya Umno seperti orang kena rasuk. Apabila Tok bomoh dah jampi dan kenyekkan lada hitam… hah! Macam naik sawan dibuatnya.
Mereka bimbang kalau fitnah mereka selama ini terhadap PR terbukti tidak benar. Mereka cuba menghalang agar rakyat tidak mendapat dan mendengar penerangan yang disampaikan oleh pihak Pas.

Terbaru bagaimana Umno-BN di Dun Paka yang semakin terdesak.Isu rampasan tanah Sekolah Agama Darul Bayan di jalan Santong Paka makin menjerut mereka. Rakyat semakin tahu kezaliman mereka.
Dua perarakan bantahan yang diadakan mendapat sokongan masyarakat yang ramai. Pertamanya ditapak sekolah ke pejabat Adun Paka yang menyebabkan beliau terpaksa bersembunyi di Residen Resort dan yang terbaru demontrasi bantahan di Bandar Dungun ke Pejabat Tanah Daerah untuk menyerahkan memo bantahan tersebut walaupun Pegawai Daerah dikatakan bercuti.

Memo diterima oleh Penolong Pegawai Daerah. Rakyat mula memperkatakan kezaliman tindakan pemimpin Umno-BN ini.
Hari ini mereka terpaksa menjawab disetiap perasmian mesyuarat agung PIBG sekolah-sekolah di seluruh Dun Paka. Mereka memfitnah semasa ceramah penyampaian wang BR1M Rm500.

Mereka tidak berani berhadapan dan bersemuka. Jemputan Debat Rakyat dihantar kepada pihak Adun tetapi malangnya tawaran debat terbuka isu rampasan tanah itu sehingga ke hari ini tidak disambut oleh Adun Paka maupun Ahli parlimen Dungun sendiri. Mereka lebih suka memilih jalan yang bukan demokrasi.

Ketika Pas Dun Paka nak mengadakan ceramah di Kuala Paka yang sebahagian penduduknya dikalangan orang cina dengan mengundang penjelasan oleh Ng Chai Hin selaku Pengerusi DAP Terengganu dan YB NG Swee Lin iaitu Adun Sekinchan, pihak Umno Cawangan Kuala Paka telah membuat report polis supaya membatalkan ceramah anjuran Pas tersebut.

Walupun usaha mereka itu gagal tetapi nampak bagaimana mereka mula takut kepada sokongan masyarakat terhadap Pas.
-sumber

Read more ...

'WARLORD'!!! Usaha singkirkan Najib , naikkan Muhyiddin

Oleh Aspan Alias

Ada setengahttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh74GGt4nT8ymhx-I-dl7rTBosvEYttUlNRS1n3K5yFooYYMQh0dEhmc1mr6Dz57qDLu4wEUCKPwSsqfn_ZAedplJAF4NxAdJL_ryJw6QS_DNWhW1L0X3pKFWpx9K_bCcdKj3N0t18h5b8t/s400/BN-+Tolak.jpgh pihak dalam UMNO sendiri berkehendakkan kemenangan BN dalam pilihanraya yang akan datang hanyalah kemenangan yang lebih tipis dari kemenangannya dalam pilihanraya yang lalu.

Kumpulan ini seolah-olah mahukan segala-galanya berlaku mengikut kehendak dan kemahuan mereka sahaja.

Kehendak ini disebabkan masalah dalaman UMNO sendiri dan ia bersabit dari keinginan setengah pemimpin mahukan berlakunya peralihan pimpinan dalam UMNO selepas pilihanraya ini.

Mereka yang saya maksudkan ialah mereka yang saya anggap sebagai dedalu di dalam UMNO dalam posting saya yang lalu. Kumpulan ini mahukan Najib mendapat kemenangan yang tipis sahaja kerana dengan kemenangan kecil itu akan menjadi formula mampan untuk mengenepikan Najib dari pimpinan parti dan negara.

Kegagalan Najib untuk meraih kemenangan yang lebih baik dari pilihanraya pimpinan Abdullah Badawi pada 2008 dahulu akan dijadikan penyebab untuk UMNO mengenepikan Presidennya itu bagi memberi peluang kepada ‘Tengku Mahkota’ UMNO. TS Muhyiddin Yassin untuk mengepalai pimpnan UMNO selepas itu.

Abdullah telah tunduk dengan kumpulan Muhyiddin yang dibelakangnya Dr Mahathir yang merupakan pencatur ‘master’ dalam menolak Abdullah Badawi dan memulakan usaha untuk menjadikan Muhyiddin sebagai PM.

Saya telah menyebut perkara ini dalam posting saya pada tahun 2008 yang lalu. Dr Mahathir sebenarnya bukan mahukan Najib semasa itu tetapi oleh kerana keadaan, Mahathir telah menonjolkan Najib kerana bagi beliau Najib adalah pemimpin yang mudah diketepikan jika Muhyiddin menjadi Timbalannya.

Kumpulan ini percaya yang Najib mudah diketepikan dengan isu-isu besar yang menyaluti beliau. Saya percaya kepada kemungkinan ini, kerana akhir-akhir ini ramai dikalangan ahli-ahli UMNO yang bergiat menemui saya dan memberikan saya gambaran yang sama.

Pelan peralihan kuasa dari Najib kepada Muhyiddin ini memang telah dirancang dari dahulu lagi dan Najib nampaknya hanyalah dijadikan sebagai ‘stop-gap’ untuk menunggu waktu yang sesuai untuk melaksanakan niat mereka untuk menggantikan Najib dengan ‘Tengku Mahkota’ UMNO itu.

Tetapi ada juga dikalangan penyokog Najib supaya jangan mengambil peduli dengan permintaan Mahathir untuk menangguhkan pilihanraya kali ini.

Ini didasarkan kepada kenyataan yang Najib perlu mempastikan yang calon-calon yang dianggap boleh menang itu adalah kesemuanya dari calon pilihan Najib. Matlamat mereka ini ialah jika BN menang maka Najib akan lebih kuat dengan penyokong-penyokong tegarnya berada disekelilingnya.

Dr Mahathir mahukan Muhyiddin menjadi pengganti Najib secepat yang mungkin kerana bermotifkan untuk mempastikan ahli keluarganya akan dapat tempat untuk menaiki tangga politik tanahair kita ini.

Dalan situasi yang begini UMNO bolehlah mengalihkan fokus mereka terhadap pembangkang dengan melakukan berbagai-bagai tindakan yang rendah moralnya. Budaya samseng pun sedang berkembang pesat yang tidak dikawal oleh pihak yang berwajib.

UMNO akan melakukan apa sahaja untuk memalingkan fokus rakyat daripada masalah dalaman UMNO itu sendiri.

Salahlaku pimpinan UMNO menjadi buah mulut disetiap sudut dimana rakyat berkumpul dan berbincang. Kali ini sejarah Abdullah Badawi akan berulang lagi. Kali ini adalah giliran Najib pula.

Tektik menjatuhkan pimpinan UMNO oleh kumpulan ini merupakan tektik yang sama dan oleh ‘warlord’ yang sama Hanya mangsanya sahaja yang berlainan.

‘Warlord’ inilah yang telah menjatuhkan ramai pemimpin Melayu yang berkemampuan, untuk beliau menjadi pemimpin yang paling celik dari kumpulan pimpinan buta.

Saya menyebut ini kerana penolakan terhadap UMNO oleh ramai orang Melayu sekarang ini bukan tidak bersebab dan UMNO sendirilah yang memberikan penyebabnya itu.

Read more ...

RAFIDAH MULA BELASAH!!! Dendam lama timbul kembali

Bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz membidas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dengan mendakwa menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat itu tidak membuat sebarang pengorbanan sebenar dalam mengumumkan yang beliau akan 'meletakkan jawatan'.

Bekas menteri perdagangan dan industri antarabangsa itu berkata tempoh jawatan menteri yang dipegang oleh Shahrizat akan luput pada hari lantikannya sebagai senator berakhir pada 8 April.


Justeru, katanya pengumuman Shahrizat pada Ahad lalu langsung tidak membawa sebarang makna.

"Berundur? Apa berundur...? Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan! Tidak ada apa-apa untuk berundur kerana secara sah beliau tidak lagi menjadi menteri pada 8 April...

"Jadi, sebenarnya, tiada langsung pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa," kata Rafidah yang dipetik akhbar Malay Mail hari ini.

Semalam, pemimpin BN termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji pada Shahrizat kerana membuat pengorbanan besar "dengan mengumumkan bahawa beliau akan 'meletakkan jawatan' apabila tempohnya sebagai senator berakhir.

Rafidah, antara pemimpin paling awal mendesak Shahrizat untuk berundur dari kabinet, berkata keengganan Shahrizat meletakkan jawatan semasa tempohnya sebagi senator masih sah telah mencemarkan nama baik Umno dan kerajaan.

Menurutnya lagi, keputusan Shahrizat untuk terus memegang jawatan Ketua Wanita Umno akan turut menimbulkan masalah.

- Malaysiakini

Read more ...

SURUH TGNA LETAK JAWATAN!!! Farhana Jamaludin tiba-tiba bertukar imej jadi Ustazah Celop UMNO

Setelah Menyamakan Tok Guru Nik Aziz Dengan Ayah Pin, Semalam Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin Menggesa TG Nik Aziz Mencontohi Shahrizat Jalil Letak Jawatan.

Buat Apa Nak Suruh Nik Aziz Letak Jawatan? Kerana Takut UMNO Tak Dapat Rampas Kelantan?

Atau Cuba Alihkan Isu Skandal Lembu... Kut Yer Pun Nak Ampu Agak-Agaklah...

Shahrizat Memang Jelas Dengan Skandal Yang Tercalit Berhubung Pecah Amanah Suaminya. Memang Wajar Dia Letak Jawatan.

Dan, Ulama Yang Perjuangkan Islam Takkan Penat Untuk Berhenti Memperjuangkan Agamanya. Itu Beza TG Nik Aziz Dengan Shahrizat Jalil.

Sehingga Hari Ini TG Nik Aziz Nik Mat Tidak Pernah Terlibat Dengan Salahlaku Sepanjang Menjadi MB Kelantan. Kes menantunya pun dah disahkan SPRM tiada unsur rasuah.Janganlah Hanya Pandai "Berlakon" Mengaburi Mata Orang Ramai Wahai Farahana. Bangang ke apa !!! ~
karat e-jau

Read more ...

Monday, March 12, 2012

SHAHRIZAT JE BERHENTI!! Yang sorang lagi tu macam mana?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjeM8fVWU1CoSwp68oAaU2fX0AfSmIPbTR65GwXS7s2ySzPh41Si3PzQcPQi1pj5KSw8cuOzcoAXd1KVcvu_BZw9Md-WdJ79StC02wx9lJ3YCorx0Fj1U2LqoO3toeaJThbnmOrShC1GQc/s1600/muhyiddin2.jpg13 MAC — Shahrizat Jalil mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan hanya pada 8hb April nanti apabila penggal keahliannya di Dewan Senat tamat tempohnya.

Perletakkan jawatan ini sepatutnya sudah diambilnya sebaik sahaja terbongkar salahlaku keluarganya menyalahgunakan wang pinjaman dari kerajaan untuk mengendalikan perniagaan NFC itu.

Tetapi setidak-tidaknya beliau mengambil juga tindakan untuk melepaskan jawatan kabinet yang dipegangnya melalui pintu belakang itu.

Walaupun beliau pada mulanya berusaha untuk mengekalkan jawatan itu, tetapi etika politiknya yang nyata sangat menjengkelkan itu tidak berdaya beliau untuk mempertahankan jawatan yang amat beliau sayangi itu.

Sesungguhnya itu sahaja jalan yang tinggal untuknya lakukan kerana kesalahan etikanya sangat menjelikkan kerana suaminya itu mendapat pinjaman semudah itu kerana kedudukan Shahrizat didalam kabinet negara.

Seperti yang saya nyatakan dahulu, jika Shahrizat itu hanya seorang bidan kampung, Salleh tidak mungkin mendapat pinjaman dengan menggunakan wang rakyat dengan semudah itu.

Semua keistimewaan-keistimewaan yang didapati oleh ahli keluarga pemimpin ini telah banyak memerah wang dan harta rakyat. Tetapi Shahrizat ini malang sedikit kerana beliau tidak mempunyai kuasa dan pengaruh sepenuhnya.

Seandainya beliau seorang Perdana Menteri beliau tidak akan terpaksa meletakkan jawatan kerana ada kes-kes yang lebih besar dilakukan oleh pemimpin yang lebih besar dari Sharizat itu tidak diambil tindakan sehingga hari ini.

Perbezaan diantara Shahrizat dan yang lain ialah Shahrizat tidak pandai menyorokkan perlakuan beliau dan keluarga beliau.

Jumlah yang melibatkan RM250 juta itu amat besar tetapi jumlah RM1.8 billion yang dipergunakan secara ‘direct’ dari wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaan anak seorang pemimpin besar pada tahun 1998 dahulu tidak diambil tindakan sampai kehari ini.

Sebab apa? Sebabnya ia dilakukan oleh seorang Perdana Menteri semasa itu. Banyak lagi perkara-perkara seperti ini dilakukan oleh pemimpin-pemimpin dalam BN selama ini dan ianya masih dilakukan mereka.

Masing-masing saling membantu diantara satu dengan lain untuk menutup ‘barang curi’ masing-masing kerana semuanya melakukan perkara-perkara yang sama. “Lu jaga gua, gua jaga lu’; itulah kaedahnya.

Hanya kes Shahrizat ini diketahui oleh Ketua Audit Negara dan pihak pembangkang secara terperinci. Untuk memecahkan kegiatan ala ‘cartel’ dikalangan pimpinan BN inilah merupakan satu usaha yang amat susah kerana mereka mempunyai kuasa yang dipergunakan habis-habisan untuk mempertahankan salahlaku mereka ini.

Sekarang Shahrizat telah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dari kerajaan kerana kesilapan dan kesalahan beliau. Apa yang kita tunggu sekarang ialah untuk melihat samada ada-kah tidak sifat ‘accountability’ dari pimpinan atasan yang memberikan kelulusan kepada projek biayaan kerajaan NFC ini.

Kita hendak juga melihat samada Menteri yang bertanggungjawab meluluskan projek yang menjijikkan ini dahulu.. Menteri Pertanian semasa itu saya sudah lupa siapa dia… ada orang kata dia dah jadi Timbalan Perdana Menteri…

Adakah Menteri ini akan turut meletakkan jawatan kerana kalau mengikut etika kepimpinan negara maju, Menteri yang bertanggungjawab meluluskannya juga wajar meletakkan jawatan.

Ini merupakan asas kepada semangat demokrasi yang beretika dan Menteri yang meluluskan projek ini semasa itu mesti mengambil ‘accountability’ kepada skandal kewangan yang dilakukan oleh NFC ini.

Menteri ini boleh memilih untuk tidak mengambil ‘accountability’ terhadap isu ini tetapi nanti janganlah hendak beretorik untuk menjadikan negara ini sebagai negara maju pula. Ini adalah isu besar jika benar kita hendak mencapai ketaraf negara maju. Negara maju yang berkembang pesat mesti diikuti dengan etika kepimpinan yang tinggi. Kalau tidak persepsi ramai yang menganggap Malaysia sebagai ‘Zimbabwe in different name’ itu tidak akan berjaya kita hakiskan.

Pada tahun 2007 yang lalu seorang menteri Britain yang buta penglihatannya bernama David Blunkett telah meletakkan jawatannya sebagai menteri dalam negeri kerana kesilapan kecil tetapi oleh kerana ia menjejaskan etika kepimpinannya maka beliau meletakkan jawatan dari menganggotai kabinet Britain.

Kesalahannya ialah kerana mempercepatkan proses permohonan teman wanitanya untuk mendapatkan permit kerja untuk orang gajinya. Itu sahaja kesalahannya. Tetapi itu jelas menjejaskan etika kepimpinan negara.

Maka beliau mengambil masa hanya tiga empat hari sahaja untuk mengambil keputusan meletakkan jawatannya. Menteri Britain itu tidak mengambil masa berbulan-bulan utuk mengambil keputusan untuk berhenti seperti yang dilakukan oleh Shahrizat.

Dengan keputusan Shahrizat untuk berhenti itu ia bermakna Shahrizat mengakui kesalahannya. Jika Shahrizat mengaku kesilapan atau kesalahannya maka adalah ‘natural’ menteri yang bertanggungjawab meluluskan projek NFC ini juga mengambil langkah yang sama, iaitu berhenti sahaja dan mengikut langkah Shahrizat itu.

Tetapi ini tidak mungkin berlaku kerana mereka tidak mahu menerima asas-asas perlu untuk menempah tempat untuk meletakkan negara kepada kategori negara maju kerana meletakkan jawatan kerana isu ini dianggap sebagai perkara yang tidak munasabah bagi mereka.

Begitulah tingginya etika kepimpinan negara maju dan jika kita mahu mengambil iktibar dari tindakan ahli jemaah kabinet Britain ini, itu merupakan permulaan untuk menjadikan negara ini sebagai negara maju dengan ketinggian etika kepimpinannya.

Kalaulah apa yang dilakukan oleh pimpinan kita itu dilakukan di Britain kerajaan kita sudah lama dikuburkan oleh rakyat. Tetapi untungnya pimpinan rasuah kita ini ialah kerana rakyat telah dididik untuk menerima sahaja apa yang dilakukan oleh pimpinan yang tidak bertanggungjawab kepada rakyatnya.

Kerajaan negara-negara maju ini menjadikan etika kepimpinan sebagai elemen terpenting dalam pentadbiran kerajaan. Ini ialah kerana yang hendak dijaga mereka bukannya jawatan mereka tetapi untung nasib negara mereka pada masa-masa yang akan datang.

Tetapi disini pimpinan kita lebih mementingkan kuasa sahaja, tidak kira samada mereka itu berguna kepada negara dalam jangka masa yang panjang.

Kalau tidak, tidaklah kita terdengar kata-kata seperti, “kita akan pertahankan Putrajaya dengan cara apa sekali pun” kata Najib pada suatu ketika dahulu. Kata-kata ini menonjolkan satu sikap yang amat negatif kepada sistem demokrasi negara. Sikap kuno ini lah yang menyebabkan negara kucar kacir, bukannya oleh sistem demokrasi itu sendiri.

Kepada BN demokrasi itu bermakna, kemenangan hanya hak mutlak BN, bukannya untuk mengikut selera rakyat yang mengundi. BN kini menggunakan kumpulan pengacau pula.

Tugasnya hanyalah untuk mengganggu majlis-majlis pihak PR. Itu merupakan tanda-tanda ‘desperation’ yang ada didalam pemikiran pihak BN khususnya Umno.

Dua malam yang lepas saya menjadi penceramah jemputan bersama dengan TS Khalid Ibrahim di Seri Menanti dimana sekumpulan 20 orang penyokong UMNO mengganggu ceramah dan majlis itu tanpa segan dan silu selama 15 minit.

Berkat kesabaran pihak kami, mereka telah dapat diusir dari majlis itu. Dalam hati saya, tidak dapat saya menghilangkan persepsi dan keyakinan saya yang tindakan itu merupakan tindakan pihak pemerintah yang begitu fakir nilai kepimpinan mereka.

Apabila sokongan merosot mereka mengambil tindakan yang tidak beradab dan bersopan.

Dari kumpulan inilah yang bergegar-gegar hendak jadikan negara kita negara maju tetapi tindakan kumpulan ini membayangkan yang kemajuan yang dijanjikan itu tidak mungkin tercapai sampai bila-bila. Segala pelan transformasi Najib hanya tinggal pelan sahaja. Ia tidak akan kemana…seperti dulu juga. — aspanaliasnet.blogspot.com

Read more ...

HINA MAHKAMAH!!! Imam Haslan kena penjara setahun, jangan harap la Papa Gomo akan kena hukuman yang sama


Minggu lepas seluruh negara dikejutkan dengan keputusan mahkamah jatuhkan hukuman penjara setahun ke atas seorang imam yang baling kasut kearah hakim.

Pada aku, imam tu memang wajar dihukum pasai menghina mahkamah, cumanya hukuman yang dikenakan tu agak tak munasabah.


Memang wajar imam tu dihukum supaya kejadian tu tak berulang lain kali, cumanya tak patut sangat la sampai setahun, lagi pun kejadian tu kejadian kali pertama, lagi pun, bukannya kena hakim tu pun. Pak Imam tu bukannya penjenayah yang merbahaya sampai nak kena kurung sampai setahun.


Cuma yang menariknya, macam dilaporkan mStar, blogger penchachai yang suka fitnah dan lucah juga katanya bakal berdepan dengan tindakan pasai menghina mahkamah.

mStar melaporkan:


[Sumber: Mkini]
Kita nak tengok pulak macamana bentuk hukuman yang papagomo akan kena. Tapi, sebelum boleh tengok hukuman, dia kena didapati bersalah dulu dan sebelum boleh didapati bersalah, dia kena didakwa dulu di mahkamah.

Aku langsung tak yakin Papagomo akan didakwa di mahkamah, sekurang-kurangnya bukan dalam masa sebelum PRU13 ni. Kalau nak boleh tengok Papagomo didakwa pun, mungkin selepas Pakatan Rakyat berjaya tumbanglan Umno BN.


Pasainya bukan Papagomo takdak buat salah, malah dah berpuluh-puluh report polis yang dibuat tapi sampai sekarang takdak satu pun yang di bawa ke mahkamah.


Mungkin tepat macam yang AdukaTaruna tulis:

Semasa di mahkamah, ketika sidang take 5, gua lepak di luar. Gua pun sound JSJK Bukit Aman dengan nada gurau2.

"Lu memang tak adil la. Bila nak tangkap Papa Gomo nyer, bro?"


Dengan nada setengah sedih dan setengah marah dia bagi tau gua masyarakat hanya tahu marah polis. Tapi sebenarnya berapa banyak kertas siasatan yang dihantar polis ditolak Peguam Negara?


"Lu tanya Peguam Negara la Aduka.. diorang ni yang cover Papa Gomo. Bukan kitaorang." -
AdukaTaruna.
Apa pun, atas dasar kebebasan bersuara, aku sangat tak setuju kalau Papagomo didakwa atas kesalahan menghina mahkamah. Kalau apa yang dia tulis tu tak betul dia patut di dakwa atas kesalahan memfitnah.

Cenangau

Read more ...

DRAMA TERBARU UMNO!!! Rakyat tidak akan tertipu seperti kes Kasitah dan Eric Chia

Ingatkah kita sebelum PRU 2004, Kasitah Qadam dan Eric Chia didakwa atas tuduhan rasuah . Rakyat teruja dengan perubahan Pak Lah lalu memberi undi sehingga BN menang besar.

Selepas PRU 2004, apa berlaku kepada Kasitah dan Eric Chia. Didapati tidak bersalah, jadi kambing hitam sementara, kemudian tu lepas bebas

Terbaru,sebelum PRU 13 suami Shahrizat didakwa di mahkamah atas tuduhan menyeleweng RM 250 juta.

Adakah rakyat sekali lagi akan teruja untuk memberi undi kepada BN?

Tidak.... rakyat tidak lagi boleh diperbodohkan dengan drama minggu ini. Admin

Seperti dah berjanji ataupun kebetulan, tak ubah macam lakonan dalam drama swasta yang selalu ditayangkan dikaca tv tanahair.

Semalam Shahrizat umumkan yang beliau akan mengundurkan diri apabila tamat tempoh jawatan Senatornya pada 8 April depan nanti, walaupun ramai rakyat dinegara ini yang tersedak dan tergelak dengan 'lawak' Kak Ijat itu.

Tiba-tiba hari ini, suami Shahrizat pula didakwa dimahkamah kerana pecah amanah.

Apakah Shahrizat sudah tahu suaminya akan didakwa hari ini lantas membuat pengumuman untuk berundur semalam agar maruahnya sedikit terlapik?

Jika kisah keluarga Shahrizat ini diibaratkan drama bersiri seperti slot-slot yang ditayang ditv, nantikan saja episod-episod yang mendatang dengan episod pertama dan pengenalannya adalah pengumuman pengunduran Shahrizat yang dianggap lawak (oleh pihak Umno sendiri) dan episod keduanya mengenai pendakwaan terhadap suaminya.

Entah episod yang keberapa pula akan ditonjolkan 'pelakon' Hamidah mengambil alih tampuk Ketua Wanita Umno daripada Shahrizat.

Kenapa Hamidah? Jika dulu Rafidah Aziz beri saham kepada menantunya, kini Shahrizat beri projek kepada suaminya. Pengganti Ketua Wanita mestilah setaraf dengan mereka, sekurang-kurang yang melonggokan segala projek kepada adiknya pula. Tak begitu?

Suami Shahrizat di dakwa atas kesalahan pecah amanah

KUALA LUMPUR, 12 Mac — Datuk Seri Mohamad Salleh hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan pecah amanah dan melanggar syarat Akta Syarikat apabila menggunakan RM49 juta dana awam yang diberikan kepada Pusat Fidlot Corporation (NFCorp).

Datuk Sri Shahrizat tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini. — Gambar oleh Jack Ooi
Datuk Sri Shahrizat tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini. — Gambar oleh Jack Ooi
Beliau mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan pecah amanah termasuk dua tuduhan di bawah Akta Syarikat.

Pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Pengerusi Eksekutif NFC itu yang merupakan suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil — yang semalam telah mengumumkan perletakan jawatannya awal bulan depan — duduk berhampiran suaminya bersama-sama saudara mara dan penyokongnya. hanya satu daripada tiga anak mereka — Izmir — hadir di mahkamah.

Kedua-dua anak mereka — Izran dan Izana — yang merupakan pengarah kepada syarikat tersebut yang bertanggungjawab menguruskan pusat penternakan lembu fidlot tidak hadir di mahkamah. Ini menimbulkan persoalan sama ada mereka turut berhadapan dakwaan yang sama.

Shahrizat semalam mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Menteri pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat apabila tempoh penggal beliau sebagai senator tamat 8 April depan setelah menerima desakan daripada pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Pihak berkuasa telah dipaksa oleh masyarakat supaya menyiaat tuduhan pembangkang sama ada keluarga menteri terbabit telah menggunakan dana RM250 juta untuk NFC digunakan untuk pembelian kondominium.

Skandal tersebut telah membantutkan usaha transformasi kerajaan dan keputusan seolah-olah mengorbankan politik Shahrizat dilihat sebagai langkah pencegahan Datuk Seri Najib Razak memandangkan pilihan raya bakal diadakan dalam masa terdekat.

Turut difahamkan Najib akan mengumumkan pilihan raya dalam masa terdekat sebagai mengambil peluang peningkatan sokongan rakyat terhadapnya berikutan pemberian bantuan wang tunai kepada rakyat.

Kelembapan ekonomi dunia berkemungkinan akanmenggagalkan peluang BN ketika pilihan raya yang harus dibuat awal tahun depan.

Skandal NFCorp bukanlah skandal terbaru yang telah melanda Najib dan Umno, namun hubungan perladangan berpotensi menjadi pemusnah kerana kabanyakan rakyat Malaysia memahami perkara itu berbanding perkara yang melibatkan urusan kewangan.

KRINOLOGI SKANDAL LEMBU NFC

Read more ...

SEKSI YANG TAK MENGIURKAN!!! Ro$mah buat malu Najib dengan fesyen pakaian di majlis rasmi


Inilah fesyen Rosmah Mansor semasa pergi ke parlimen.. Bilalah Najib nak tarbiyahkan Rosmah. Cuba perhatikan betul-betul, Najib duduk di belakang Rosmah.. Apa maknanya tuh?Addin

Read more ...

BETULLAH!!! UMNO tidak ada hujah. Hanya dengan samseng, fitnah. porno dan maki jadi makanan.....


Oleh : PUTERI BULAN


Gambaq atas tu wakil rakyat Kuah..Bang Nawi pos di wall fb dia (bahasa indah oleh seorang YB Umno) ...sorang kawan Puteri call suruh Puteri tulis tentang gambaq atas tu...bagi Puteri no problem..apalah sangat...


Soklan
(hehehhe Puteri guna ejaan kat atas...)

Adakah sebelum 2008 rakyat Kedah tidak sejahtera...?


Jawapannya...ya..sebelum 2008 memang rakyat kedah tidak sejahtera...yang sejahteranya pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang memerintah Kedah ketika itu....Rakyat tak merasa nikmat kekayaan Kedah semasa 2008...cuba kita belek stastiktik hasil balak...2007 hanya RM8 juta setahun...2011 RM80 juta setahun...kemana menghilang semasa UMNO perintah..kapasiti yang sama 2340 hektar..tak lebih tak kurang...tiris kut jalan...rakyat tak rasa kekayaan..tapi poket-poket pemimpin UMNO kembung..padat...


GLC boleh menyumbang kepada tabung negeri RM100 juta...masa UMNO perintah...bukan kata nak bagi kat negeri..sebaliknya negeri kena suntik duit masuk ke GLC..apa tidaknya...elaun lembaga pengarah sahaja menjangkau RM7 juta setahun...la ni kita perturun RM2 juta setahun sahaja...siapa untung...rakyat ka..? bukan...pemimpin UMNO yang kenyang...


Masa UMNO perintah...sumbangan JKM bagi RM75 sahaja sebulan....la ni kita penaik jadi RM150 sebulan...RM75 nak makan apa...pemimpin UMNO masuk Rm750 ribu..rakyat depa suruh berjimat RM75..dah la barang semua mahai...


Bila duit negeri tidak masuk poket sapa-sapa maka hasilnya beroleh kat rakyat...Puteri bukan tulis saja...

Skim kafalah...masa zaman UMNO dulu mana ada...kita bagi RM500 setiap kematian pada yang mendaftar dengan E-Sinar....( BN pun tiru bagi BR1M..RM500...hehehhehe..5 tahun sekali....)....sumbang kepada pelajar IPT RM400 untuk ijazah...RM200 untuk diploma...peturun cukai tanah daripada 25 peratus sehingga 75 peratus..bantuan khas pada sekolah agama rakyat dan sekolah cina persendirian...dulu mana ada...duit ada tapi hilang p mana tak tau....

Baru-baru ni Felcra bagi keuntungan kepada kerajaan negeri....kerajaan negeri bagi setengah keuntungan tu pada pemegang E-Sinar sebanyak RM300 seorang....kongsi pendapatan...ada banyak bagi banyak..ada sikit bagi sikit....hai...tak sejahtera ka...untuk rakyat....


Mahligai Sejahtera...zaman UMNO ada ka...bagi yang berpendapatan rendah RM1000 kebawah...kita mai buat kenduri kahwin beramai-ramai...tahun 2011..kita bagi duit setiap pasangan RM1000....Menteri Besar kata...kita kongsi apa yang kita dapat....tak masuk tembolok exco-exco pun....


Banyak lagi Puteri boleh cerita...tu hanya soal kebajikan tak masuk hat lain....jadi Puteri rasa tak payah ceritalah untuk
soklan kedua..pasai jawapan soklan pertama pun dah boleh menjawab soklan kedua..

Cuma yang Puteri tau...zaman UMNO perintah..banyak sungguh pembaziran dan khayalan pemimpin UMNO yang tak masuk akai.....University Of Tomorrow...( entah bila nak tomorrow)..tanam padi atas bumbung....pertandingan cabut uban suami...beli TV gergasi...harga asal RM3 ribu..tup-tup klim dekat RM2 juta..yang paling besaq..sampai melewati 5 menteri besaq...Projek Plaza Tunku Yakkob dan Projek Aman Central......hahahahhaha..lani kerajaan kedah pakatan rakyat boleh buat.....satu tamparan hebat kepada UMNO...maka cari pasai pulak dengan madrasaha salahiah..yg selama ni tak dipedulikan...hehhehehe...berlakon sungguh puak-puak UMNO nie...


Puteri cuma nak bagitau...puak-puak UMNO jangan cuba nak hantaq bola tanggung..nanti tak pasai ke smash....hampa nak suruh orang buka masa zaman hampa perintah...hampa buat..semua fakta dan stastitik ada kat kami....sampai hampa guna duit kerajaan negeri pi melancong pun ada..biaya mesyuarat agong bahagian hampa pun ada...jangan dok buat hal...


TAIK KUCING KA...TAIK UNTA KA..TAIK AYAM KA..TAIK ITIK KA...HAT TU RAKYAT BOLEH NILAI....HAMPA TAK PAYAH DOK SUSAH HATI ATAU MENYIBUK...



Puteri ingat baik hampa pebetoi MEMBER HAMPA YANG DOK BERGELUMIANG DENGAN TAIK LEMBU LAANIII...TAKKAN TAK FAHAM KUT...SAMPAI LETAK-LETAK JAWATAN...


Puteri...cakap siang pandang2...cakap malam dengaq2...nak kata kat orang..belek2 diri sendiri dulu...

Kucing berak dia kambus...tapi lembu berak merata....

Kedah La

Read more ...

LINDUNGI KONGSI GELAP!!! Babitkan Gani Patail dan Musa Hasan, usul tergempar di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR 12 Feb: Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, beliau akan memfailkan usul tergempar di Dewan Rakyat bagi membincangkan dakwaan jenayah yang membabitkan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail, seperti yang dinyatakan dalam laporan Malaysiakini.

Semalam, Malaysiakini menyiarkan kes luar biasa yang didakwa membabitkan bekas polis paling berkuasa di negara ini, seorang peguam negara dan juga tokoh kongsi gelap lima tahun lalu.


Dokumen itu mendedahkan maklumat yang dibekalkan oleh beberapa pemberi maklumat sehingga tertangkapnya ‘ketua’ kongsi gelap Johor, Goh Cheng Poh atau juga dikenali sebagai Tengku Goh pada 2007.



Dokumen yang sama itu digunakan bagi memalitkan enam pegawai polis yang menyiasat kes itu.

Sesi kelima Parlimen ke-12 bermula hari ini dengan spekulasi bahawa ia adalah sidang yang terakhir sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membubarkan Dewan Rakyat bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.


Sivarasa berkata, usul itu akan difailkan pada Rabu ini di bawah Perintah Tetap 18 (1) yang membolehkan Parlimen untuk membincangkan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan awam dan bersifat segera dan khusus.


“Pendedahan mengejutkan dalam laporan Malaysiakini memenuhi semua keperluan bagi peraturan tetap yang relevan di mana usul itu akan difailkan,” kata Sivarasa.


Menurut Sivarasa, Parlimen hanya membenarkan satu usul mendesak untuk difailkan dalam sehari.


Baca seterusnya di sini

Read more ...

TAK BERHATI PERUT!!! Mazlan Aliman dibiarkan lapar dan dahaga dalam tahanan

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/01/Mazlan-Felda.jpgTindakan Kerajaan BN Sabah yang di dalangi Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menghalang saya masuk ke Sabah sebagai angkuh, bongkak dan bacul. Notis Penolakan Masuk di bawah Seksyen 65(1)(a) Akta Imigresen 1959/63 yang ditandatangani oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Sabah, Addy Rizal bin Jamlidi telah mencabul hak asasi saya sebagai warganegara Malaysia. Berkali-kali saya mempersoalkan kenapa saya di tahan dan tidak di benarkan masuk ke Sabah?

Apa kesalahan saya; apa jenayah yang saya lakukan? Mereka mengatakan tiada alasan dan sebab melainkan arahan Pihak Berkuasa Negeri!

Saya di kawal ketat, dalam keadaan lapar; bukan sahaja tidak diberi makan; segelas air pun tiada!

Saya telah membuat laporan Polis di Pejabat Imigresen Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan di hantar balik melalui penerbangan Air Asia ke Kuala Lumpur sekitar jam 11 malam tadi.


Hampir dua tahun yang lalu, regim Taib Mahmod juga telah memperalatkan Imigresen untuk menghalang saya masuk ke Sarawak.


Saya berkeyakinan ini semua berpunca dari kebimbangan dan ketakutan regim Musa Aman dan Taib Mahmod dari kebangkitan rakyat yang menentang kezaliman Kerajaan BN.


Isu rampasan tanah Adat atau NCR berleluasa dan sangat kritikal. Kuasa Ketua Menteri sangat besar; sewenang-wenangnya tanah yang di duduki dan di usahakan penduduk puluhan tahun di rampas. Kononnya penduduk menceroboh kawasan hutan simpan dan tadahan air.


Ada rumah penduduk yang dibakar, kebun di sodok oleh jentolak, tanaman musnah dicincang lumat oleh anggota penguatkuasa kerajaan negeri seperti Jabatan Hutan dll.


Peliknya; kawasan yang dirampas di beri pula kepada syarikat-syarikat kroni atas nama pembangunan. Rakyat menderita dan hilang pergantungan.


Hatta; menuntut hak di Mahkamah pun di tangkap, dipukul dan di penjarakan seperti yang berlaku di Pensiangan.


Saya mengetuai Lajnah(Biro) Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Pusat bersama rakan-rakan berulang alik ke Sabah Sarawak secara konsisten bertahun lamanya. Turun ke kawasan Pedalaman dan menyaksikan penderitaan rakyat.


Kemiskinan tegar, kemunduran melampau, sangat kurangnya kemudahan asas dan tersiksanya rakyat akibat cengkaman regim BN yang menindas rakyat. 20 tahun ke belakang jika dibandingkan Semenanjung.


Bahkan jika di ukur dengan negeri Kelantan pun seperti langit dengan bumi!

Kelantan jauh lebih maju dan membangun daripada Sabah dan Sarawak.

Saya bawa wakil penduduk ke Parlimen bertemu menteri dan pimpinan BN dan Pakatan Rakyat. Kita iringi mereka membuat aduan di Suhakam. Suhakam mengakui isu tanah Sabah dan Sarawak begitu kritikal dan political will pimpinan BN untuk menyelesaikannya sangat menyedihkan. Laporan Polis, serahan memorandum, bawa kes ke Mahkamah dan apa ruang telah kami lakukan.


Himpunan 123


Pagi ini Himpunan 123 Bangkit di adakan di perkarangan Pejabat Ketua Menteri. Ratusan rakyat yang datang dari Tawau, Keningau, Pensiangan, Kudat, Lahad Datu, Sandakan, Sepanggar dll dengan Bas sewa khas serta pengangkutan awam di layan begitu buruk oleh Musa Aman.


Harapan tinggi rakyat yang sengsara kerana tanah mereka di dirampas untuk mengiringi pimpinan Ngo dan pimpinan etnik kaum menyerah memorandum di anggap remeh Kerajaan BN.


Adakah wajar pegawai rendah di tugaskan menerima memorandum hanya di 'tepi jalan' Wisma Negeri?


Mana pergi Musa Aman atau sekurang2nya Menteri Kanan Sabah? Hina sungguh rakyat jelata diperlaku Kerajaan Bn!


Apa salahnya di bawa masuk wakil2 Ngo dan penduduk sekurang-kurangnya di ruang tamu Wisma Negeri?


Apa salahnya Kerajaan Negeri mendengar dulu isi hati dan derita rakyat?


Ada penduduk menempuh perjalanan selama 12 jam; hanya mampu makan nasi bungkus sepanjang perjalanan, tayar kereta pancit di tengah jalan dan macam-macam kesukaran yang di alami untuk sampai ke Pejabat Ketua Menteri. Begini kesudahan layanan Musa Aman. Mana slogan ' Rakyat di dahulukan, Pencapaian di utamakan?


Perjuangan rakyat akan di teruskan. Seperti slogan penduduk Sabah; 'Tanah adalah nyawa kami, tanah adalah kehidupan kami.'


Kami tidak akan putus harapan dan patah semangat. Regim Musa Aman wajib di tumbangkan! ~
harakahdaily

Read more ...

Sunday, March 11, 2012

CAKAP KAT NAJIB!!! Maaf OK, Undi NO


Imam Baling Selipar (IBS) dekat hakim di mahkamah telah dijatuhi hukuman setahun penjara kerana menghina mahkamah. Sebelum dijatuhkan hukuman beliau telah mengaku bersalah, memohon maaf dan merayu agar tidak dihukum. Hakim tak peduli itu semua... bagi hakim kesalahannya adalah berat maka IBS dihukum penjara selama setahun.


50 tahun UMNO/BN perintah Kedah mereka songlap duit rakyat, rasuah, menyeleweng, menindas rakyat, rampas tanah, tekan pihak yang tak sehaluan politik, perkuda KCS, adu domba rakyat, pecah belah masyarakat, bunuh orang Islam di Memali dan macam-macam lagilah. Bak kata orang tua-tua 'jahat bukan sekagha (seperkara)'.


Tiba-tiba dengan muka tak malu Najib Razak turun ke Kedah baru-baru ini memohon maaf di atas segala kejahatan dan kezaliman yang telah mereka lakukan itu. Amboi makk senangnya hang nak minta maaf.. Takpalah rakyat Kedah ni orang baik, mungkin mudah saja mereka memberikan kemaafan kepada BN yang telah melakukan pelbagai kezaliman tetapi jangan haraplah majoriti rakyat Kedah akan memberi undi kepada BN dalam PRU13.


Beri undi pada BN kembali berkuasa bermakna membiarkan kembali mereka zalim serta mengaut khazanah kekayaan Kedah untuk kepentingan diri dan kroni. Maka berdosalah hukumnya mengundi parti yang jahat macam BN itu...Kedah La

Read more ...

PENEROKA HIDUP TERBIAR!!! ANAK akan saman 3 bekas MB UMNO

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2011/05/logo-anak.jpgMac 10, 2012 - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) akan memfailkan saman terhadap bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad kerana didakwa gagal memastikan pampasan diberi kepada peneroka Felda sehingga mereka kini didakwa hidup terbiar.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, saman tersebut akan mewakili peneroka Felda Cahaya Baru (Johor), Sungai Buaya (Selangor), LB Johnson dan Sendayan (Negeri Sembilan).

"Mereka (peneroka Felda) kini kalau nak guna bahasa kasarnya, hidup merempat. Mereka tidak mendapat pampasan yang sepatutnya. Jadi kami akan lantik panel guaman untuk kemukakan saman (menuntut) gantirugi atas kerugian peneroka Felda," katanya dalam sidang media di ibupejabat PAS hari ini.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat mendakwa, ketiga-tiga bekas menteri besar tersebut bersalah kerana memberi kebenaran kepada kontraktor kerajaan negeri bagi menjalankan projek di atas sebuah tanah GSA dan rizab Melayu itu.

Selain itu, Mazlan mendakwa, mereka juga menaburkan janji kepada peneroka yang mereka akan mendapat durian runtuh.

Bagaimanapun, setelah projek dibuat, dakwa Mazlan, duit yang dijanjikan itu tidak diberi.

"Jadi apa yang kita nak persoalkan ialah kenapa exco dan menteri besar meluluskan projek ini? Mereka semua ini telah mungkir janji," katanya.

Dalam pada itu, Mazlan berkata, ANAK turut akan memfailkan injunksi terhadap Felda Plantation bagi menghalang 360,000 hektar tanah milik peneroka diserahkan kepada Felda Global Venture Holding (FGVH).

Menurut Mazlan, pemberian tanah kepada FGVH merupakan satu kesalahan mengikut akta GSA 1960.

"Kami bersama peguam akan memohon kepada mahkamah untuk membatalkan pemberian tanah itu dan memohon agar tanah itu dapat diberi kembali kepada rakyat. Walau apa pun, perkara ini masih lagi dalam perbincangan dan injunksi juga akan dilakukan dalam waktu terdekat," katanya.

Sementara itu, Mazlan turut mempertikaikan projek 'Ceria ke sekolah'- satu projek yang memberi barangan keperluan ke sekolah kepada seramai 15,000 murid tahun satu anak peneroka Felda.

Mazlan berkata, keseluruhan projek itu bernilai RM2.775 juta kerana setiap seorang murid akan diberi pakej bernilai RM185, merangkumi baju sekolah, kasut dan beg sekolah.

Beliau bertanya kenapa projek tersebut diberi secara rundingan terus dan bukan melalui tender terbuka.

"Saya juga ingin mempersoalkan, bagaimana pemilihan 15,000 murid itu dibuat? Kerana hasil kajian kami, banyak Felda yang masih tidak mengagihkan pakej keperluan ini.

"Jadi saya minta penjelasan daripada Isa Samad selaku pengerusi Felda," katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/191689

Read more ...

NAK TIPU RAKYAT!!! Shahrizat tidak letak jawatan Menteri tapi tamat tempoh Senator, tak jadi Senator macam mana nak jadi Menteri

http://puteraduyong.com/blog/wp-content/uploads/2011/12/shahrizat-abdul-jalil.jpg

Sharizat Letak Jawatan hanyalah mainan Media tunggangan UMNO untuk mengelabui pemikiran rakyat kerana hakikatnya Sharizat tidak meletakkan jawatan mahupun berundur, ini kerana selepas 8hb, tempoh Sharizat sebagai Senator telah luput.

Perletakan jawatan ini hanyalah satu agenda untuk mengalihkan perhatian rakyat dari isu penyalahgunaan dana awam oleh Najib dalam membiayai majlis pertunangan anaknya.

Itu menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam ucapannya di Majlis Hi Tea di Yayasan Aman, Penanti petang tadi.

Pengunduran Sharizat dari kabinet (yang betul tak dilantik semula oleh Najib) bukanlah satu penyelesaian terhadap isu penyalahgunaan dana NFC yang bernilai RM250Juta oleh Suami dan Anak-anak Sharizat tambah Rafizi.

“Pendedahan tentang NFC ini bukanlah satu serangan peribadi, Isu yang lebih besar disini ialah penyalahgunaan dana NFC yang bernilai RM250 Juta, rakyat perlu dijelaskan mengapa ianya dibelanjakan untuk perkara yang tidak sepatutnya”

“Mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dana ini sewajarnya dibawa kemuka pengadilan” tambah Rafizi.

Rafizi juga berkata “Ianya mengenai kesungguhan pentadbiran Najib dalam memerangi rasuah dalam Kerajaan”.

Bagaimanapun menurut Rafizi langkah Sharizat berundur (yang betul tak dilantik semula oleh Najib) satu tindakan yang tepat dan harus dipuji kerana lebih baik lewat dari tidak mahu berundur langsung.

Selain itu Shahrizat juga mengesahkan pendedahan yang dibuat PKR selama ini adalah benar dan berdasarkan fakta tepat.

Tambah Rafizi lagi “Pengumuman perletakan jawatan ini hanyalah satu agenda untuk mengalihkan perhatian rakyat dari isu penyalahgunaan dana awam oleh Najib dalam membiayai majlis pertunangan anaknya itu”.

Dokumen tersebut boleh di lihat di SINI

Kebanyakkan media tidak menyiarkan "Penyalahgunaan dana awam oleh Najib dalam membiayai majlis pertunangan anaknya".. nak cover-up ke atau sudah dapat arahan untuk tutup cerita?

Untuk makluman.. aku ada dengan Rafizi masa dia memberikan kenyataan kepada media menerusi talipon petang tadi di Yayasan Aman, aku dengar ayat itu disebut tapi aku tak jumpa dalam kebanyakkan laporan media.

Berikut adalah apa yang kebanyakkan media siarkan..ASD

***********************************************

Rafizi sambut baik keputusan Shahrizat

SHAH ALAM – Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyambut baik pengumuman Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bahawa beliau akan berundur sebagai anggota Kabinet apabila tempoh sebagai senator berakhir 8 April ini kerana akhirnya memahami kehendak rakyat.

Beliau mendakwa keputusan Shahrizat juga mengesahkan pendedahan yang dibuat PKR selama ini adalah benar dan berdasarkan fakta tepat.

“Kini tumpuan rakyat adalah kepada tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan satu siasatan telus dibuat bagi mengembalikan setiap satu sen dari wang rakyat yang diselewengkan

“Beliau (Najib) juga wajib buktikan beliau serius menentang rasuah dengan memastikan setiap individu yang bertanggungjawab dalam skandal ini dihadapkan ke muka keadilan,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Kira-kira jam 4 petang tadi, Shahrizat membuat pengumuman akan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Pada 8 April, apabila tamat penggal sebagai ahli Dewan Negara, saya akan undur diri," katanya.

Bagaimanapun beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno.

Shahrizat berkata beliau akan menghantar surat makluman keputusannya kepada Perdana Menteri dalam waktu terdekat.

Sementara itu, beliau juga menafikan keputusannya diambil ekoran tekanan mana-mana pihak ataupun disebabkan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Masalah berkenaan projek itu didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan akhir tahun lalu.

Berikutan laporan itu, kepimpinan PKR dalam pendedahan bersiri sejak November lalu mendakwa wujud unsur salah guna dana yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada NFC.

Dalam pada itu, Pihak polis bulan lalu telah mencadangkan agar Peguam Negara mendakwa pengarah NFCorp atas tuduhan pecah amanah, namun beliau meminta agar pihak polis untuk menjalankan siasatan dengan lebih terperinci berhubung perkara itu.


Sinar Harian

Read more ...

MELAYU MANGSA TIPU UMNO!!! Belum sedar MCA sedang bodohkan UMNO

Oleh BOESTAMAM SARI

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgcVG-fYdss13kqGHmHM4GsNjgw1AT_Xwn3ti7v0_vG94FSdYsy9I_BaxLyE4jrCYSs_Ehq7lmjWCX1EXNLXtactzJWWheQnaKsbyDlRvVhzwFHbhoBJAW0ctG_DPvHtZXGfTqk3zy52GQ/s1600/Chua-Soi-Lek-MCA.jpgDi mana-mana pun sangkaan atau keyakinan seperti ini memang ada. Bunyi sangkaan dan keyakinan itu adalah, "Dalam BN, Umno kuat dan boleh kuasai MC A. Tetapi, adakah dalam gabungan Pakatan Rakyat yang masih rapuh itu, PAS boleh kuasai Dap?"

Selalunya, kata-kata ini lahir dari lidah orang-orang Umno itu sendiri. Namun, isunya di sini bukanlah persoalan benar atau pun tidak. Isu penting di sini - adakah kenyataan ini bertaraf sangkaan atau sebuah keyakinan yang cuba dijelmakan atas nama penyelidikan rambang.


Kalau benar MCA itu dikuasai Umno, maka pernahkah ahli-ahli Umno menyiasat dan membuat penyelidikan, kenapakah MCA masih diperbodohkan Umno jika benar Umno menunggang dan menguasai MCA itu?


Salah satu jawapan yang boleh menjelaskan kenapa MCA boleh dikuasai dan dipengaruhi Umno ialah - kuasa wang! Bagaimana Umno melakukannya ke atas MCA? Iaitu, melalui anugerah projek-projek dan dengan cara itulah MCA akan didiamkan.


Kedudukan ini amat merbahaya kepada Umno dan Melayu sendiri. Ini kerana, negara sedang menuju ke wilayah kemiskinan. Kedudukan perjanjian Umno dan MCA yang semangatnya berteraskan wang, projek dan kuasa ini menyebabkan MCA akan kembali menguasai dan menunggang Umno ketika parti itu semakin lemah lantaran ketiadaan wang lagi. Wang, bagi Umno adalah kekuatan paling tinggi!


Jadi perkara inilah yang paling kerap didengungkan dari telinga ke telinga masyarakat. Polemik 'siapa menunggang siapa' dalam BN atau Pakatan Rakyat adalah antara ramuan fikiran orang-ramai yang tidak kunjung berkesudahan menjadi bahan fikiran mereka.


Perkara ini penting bagi sesetengah orang Melayu sebab mereka mahu menyelamatkan survival Melayu. Jika Umno di dalam BN itu yang dianggap boleh menyelamat kepentingan Melayu, maka seburuk mana pun Umno dalam BN itu, parti itulah juga yang akan diundi Melayu lantaran parti korup itu diyakini dapat menyelamatkan kepentingan Melayu.


Soal sama ada benar atau tidak Umno dapat menyelamatkan kepentingan Melayu itu menjadi menjadi tidak penting lagi. Yang penting adalah kefahaman yang kerap berlegar dalam fikiran Melayu bahawa Umno itulah pembela Melayu di kala susah walaupun parti itu korup.


Jadi dengan mendedahkan keburukan Umno itu bukannya menjadi sebab lagi untuk menang. Yang perlu dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat ialah meyakini Melayu bahawa bangsa Melayu itu dibela terus-menerus di bawah kerajaan baru Pakatan Rakyat ini.


Maka, debat berterusan adalah cara terbaik untuk mencari arah hala tuju antara kedua-dua gabungan parti-parti besar ini. Debat, setidak-tidaknya boleh memudahkan rakyat membuat kesimpulan tentang persoalan ini, "Adakah Umno kuasai MCA atau sebaliknya? Adakah PAS kuasai Dap atau sebaliknya?"


Rakyat mahu tahu, adakah perkara di atas ini masih kekal sebagai suatu sangkaan atau kedudukan kenyataan itu masih lagi tegak berdiri sebagai sebuah tiang keyakinan yang teguh bagi sesetengah orang? Anwar Ibrahim misalnya sudah terlalu bersedia untuk berdebat, tetapi lawan Najib Razak nampaknya masih ragu-ragu, takut dan malu-malu untuk berdepan dengan debat itu.


Syahadan, baru-baru ini, pecahlah jawapan sebenar daripada lidah pemimpin nombor wahid MCA; Chua Soi Lek dalam debatnya bersama Lim Guan Eng.


Chua dengan tegasnya menyatakan: "Kita orang Cina, berani menentang-menentang dan melawan Umno terutama dalam bab hudud, adakah DAP berani dalam hal ini?"


Nampaknya, dalam pusingan ini pun, Umno sudah tewas kerana Chua sudah berani dan jelas menyatakan buah fikirannya yang menentang Hudud, dalam keadaan Umno gugup berdepan dengan pandangan itu. Maka, diketahuilah akan sekalian rakyat jelata bahawa sekalian Umno itu penakut rupa-rupanya.


Maka, terhadap kenyataan itu, Lim pun berkata: "Kita orang Dap, tidak boleh menghalang kepercayaan orang Islam dalam hal agama mereka, begitu juga orang PAS tidak pernah menghalang dalam bab agama kita..."


Lim tidak berkata bahawa beliau mewakili Cina walaupun memang ramai Cina dalam Dap. Tetapi, Lim berkata Dap tidak boleh halang kepercayaan orang Islam dan beliau turut mewakili suara hati PAS dengan berkata, bahawa PAS ini tidak menyekat agama lain juga.


Jadi, sudah jelas dalam pusingan awal ini, Umno memang dikuasai MCA dalam BN. Tetapi dalam Pakatan Rakyat, semangat musyawarah itu hadir. Tiada sesiapa pun yang menguasai sesiapa dalam Pakatan Rakyat ini, manakala debat-debat berlangsung dengan berterusan secara sihat.

Read more ...