Wednesday, September 11, 2013

PEMILIHAN PAS !!! Junaidin, Abdul Gani menang tanpa bertanding Pemuda PAS Tanjung Malim



TANJUNG MALIM :  Dewan Pemuda Pas Kawasan Tanjong Malim telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 11 dengan dirasmikan oleh YB Tn Hj Zaidi bin Abdul Talib, ADUN Taman Templer.
Mesyuarat juga turut dihadiri oleh wakil DPP negeri, Sdr Salman bin Salleh serta ketua Pemuda DPPK Tapah, Us Shamsul.

Berikut adalah keputusan jawatankuasa yang telah dipilih oleh para perwakilan:

Ketua Pemuda : Sdr Junaidin bin Yusop (Menang tanpa bertanding)
Timb. K.Pemuda : Sdr Abdul Gani (Menang tanpa bertanding)
Naib K.Pemuda : Us Azhari Yahaya

Jawatankuasa :

Read more ...

PEMILIHAN PAS !!! Ketua, Timbalan, Naib Ketua Muslimat PAS Parit Buntar kekal


PARIT BUNTAR :  Dewan Muslimat PAS Kawasan Parit Buntar telah selamat mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya untuk kali yang ke 43 pada 31 Ogos yang lalu. Mesyuarat yang bermula sekitar jam 9.00 pagi itu dirasmikan oleh Exco Dewan Muslimat PAS Perak , Puan Rohawati Abidin. 
 
Setiausahanya, Izan Aqilah Muhammad berkata, Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Parit Buntar ini telah dihadiri 160 perwakilan dari seluruh cawangan PAS di Parit Buntar
 
“ Ketua Muslimat PAS Kawasan Parit Buntar Rahimah Osman telah mengekalkan jawatan tanpa bertanding.
 
“ Begitu juga dengan Jawatan Timbalan dan Naib Ketua yang dimenangi Rosna Ishak dan Norijan Omar tanpa bertanding” katanya 

Read more ...

PEMILIHAN PAS !!! Pemuda PAS Teluk Intan dapat ketua baru

TELUK INTAN : Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan (DPPKTI) telah berjaya mengadakan mesyuarat agung tahunannya kali ke-31 baru-baru ini. Mesyuarat telah diadakan di sebuah restoran dekat sini. 

Mesyuarat agung tersebut telah dirasmikan oleh Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPNPk), Sdr. Aidil Adam. 

Sebelum itu, ucapan telah disampaikan oleh Sdr. Rahmat Maliki selaku wakil PAS Kawasan Teluk Intan.
Perwakilan yang hadir adalah dari cawangan-cawangan di seluruh kawasan Teluk Intan.

Read more ...

Sunday, September 1, 2013

PENCALONAN PEMUDA PAS PUSAT!!! Pemuda PAS Parit Buntar serah kepada perwakilan , Ust. Nasharudin dan Ku Is terpilih


PARIT BUNTAR, 1 Sept. : Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Parit Buntar hari ini menyaksikan perwakilan pemuda PAS Cawangan diberi ruang mencalonkan pemegang jawatan utama dalam parti itu termasuk kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat.

Timbalan Ketuanya, Hairul Nizam Ishak berkata, perwakilan pemuda PAS cawangan diberi ruang mengundi untuk mencalonkan pemimpin utama pemuda PAS peringkat negeri dan pusat.

“ Jika sebelum ini perwakilan menyerahkan kepada kepimpinan pemuda PAS Kawasan untuk mencalonkan semua jawatan pemuda PAS negeri dan pusat.

“ Namun, mesyuarat agung hari ini memutuskan perwakilan pemuda mengundi memilih calon bagi jawatan Ketua, Timbalan dan Naib Ketua pemuda . Jawatan lain diserahkan kepada kepimpinan pemuda PAS Kawasan” katanya

Hairul Nizam berkata, ruang demokrasi sebenar terbuka dalam pencalonan kepimpinan parti, namun tidak digunakan sebaliknya diserahkan kepada kepimpinan pemuda PAS Kawasan.

Read more ...

Tuesday, July 23, 2013

PUKUL 8 PAGI!!! Calon BN sudah buat silap, kalau menang pun boleh dibatalkan


 BN telah melanggar undang-undang pilihanraya . Beliau dengan bangga  menunjukkan kertas undi siapa yang beliau pangkah.

Read more ...

Sunday, July 21, 2013

PENING NAJIB DATANG SEMULA!!! Peguam Bala beri keterangan dalam tribunal Scorpene

[TMI] Peguam kepada mendiang penyiasat persendirian P.Balasubramaniam, Americk Sidhu bersetuju untuk memberikan keterangan dalam satu tribunal di Perancis yang melibatkan rasuah oleh kerajaan semasa Malaysia membeli dua kapal selam Scorpene.

Pengarah eksekutif hak asasi manusia (Suaram) Cynthia Gabriel berkata Americk akan memberi bukti di Paris sekitar September depan nanti.

"Mahkamah sedang berhubung dengan Americk untuk menentukan masa lapangnya," kata beliau semasa menghadiri majlis makan malam mengumpul dana yang dianjurkan oleh Suaram.

Beliau berkata fokus tertumpu kepada pendedahan Balasubramaniam tentang peranan Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Razak dalam pembelian Scorpene.

Read more ...

Tuesday, July 9, 2013

CHE LONG CALON POPULAR !!! Pengundi Kuala Besut diminta makan umpan jangan makan kail pilih PAS



Seorang kontrektor yang lebih dikenali sebagai Che Long dipilih sebagai calon PAS di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut. Diumum Presiden PAS sebentar tadi

Read more ...

Sunday, July 7, 2013

UMNO TAK KENANG BUDI!! Satu jawatan pun tak diberi kepada pemimpin Perkasa, mana Brahim Ali tak bengang?

Selepas senyap lebih dua bulan sejak kalah dalam pilihanraya lalu, Presiden Perkasa, Ibrahim Ali membuatkan kemunculannya di persada media baru-baru ini menjadi perhatian umum semula. 

Selain meluahkan rasa kecewanya atas layanan UMNO terhadap Perkasa selama ini sambil membandingkannya dengan layanan yang diberi terhadap Dong Ziong, Hindraf dan paderi-paderi Kristian, Ibrahim Ali juga mengecam beberapa pendekatakan Najib yang dianggapnya retorik.
Dalam masa yang sama, Ibrahim Ali juga meluahkan kesusahan hidupnya untuk menyara keluarga sehingga membayangkan akan menjadi pemandu teksi selepas ini.

Dengan membawa Perkasa memperjuangkan banyak kepentingan politik Najib dan UMNO, kekecewaaan Ibrahim Ali tidak sukar difahami. 


Read more ...

Thursday, July 4, 2013

TOLAK PERKASA !!! UMNO dah tak mengaku kawan


NONE Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam A Tanasekharan diberi amaran keras oleh speaker Pulau Pinang Law Choo Kiang kerana mengaitkan kumpulan pendesak Melayu PERKASA dengan Umno.

Tanasekharan mendakwa Umno menggunakan PERKASA untuk mengadakan demonstrasi antikerajaan negeri dan menghasut kebencian kaum, lapor Bernama.

NONE"Umno menggunakan Perkasa untuk menganjurkan demonstrasi menentang kerajaan negeri," beliau dipetik sebagai berkata pada persidangan dewan di George Town semalam.

Read more ...

Tuesday, July 2, 2013

SILAP SAMAN!!! Janda saman Kerajaan Selangor dicari, jangan menghilang diri


KUALA LUMPUR: Ketiga-tiga hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya telah memutuskan kes saman Murtini Kasman dan 2,019 ibu tunggal yang lain dibatalkan pada 13 Mei lalu kerana penyelesaian tuntutan terhadap tawaran manifesto politik tidak boleh menerusi proses mahkamah.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata, Murtini Kasman tidak memfailkan notis rayuan terhadap keputusan tersebut sehingga tempoh tamat berakhir 12 Jun lalu.  


“Oleh yang demikian, beliau dan plaintif lainnya telah akur dengan keputusan mahkamah bahawa saman yang dibawa itu suatu kesilapan dalam proses mencari keadilan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Zainarini Mohd Sidek dan 3,010 ibu tunggal yang lain juga telah menarik balik saman mereka pada 12 Jun lalu.

Read more ...

Thursday, June 27, 2013

POLITIK JEREBU!!! Ke mana katak-katak menghilang diri?

Oleh: Syed Abdullah Syed Osman 


Mana perginya wakil rakyat yang isytiharkan diri keluar daripada Pakatan Rakyat semasa PRU12 dahulu. 
Mengapa senyap sunyi sahaja apabila nama mereka tidak lagi tersenarai lagi dan tidak dipilih untuk PRU-13 - walaupun mereka ini bersuara lantang menghentam kiri dan kanan parti yang mereka wakili dahulu. 
Begitu juga mereka yang 'dikutip' balik untuk dijadikan calon tetapi malangnya mereka ini juga kalah dengan 'bergaya', kerana rakyat dapat menilai siapa wajah-wajah mereka ini yang sebenarnya.

Read more ...

AMIR BAZLI ABDULLAH!!! Bikin Zahid Hamid berkerut dahi, tak boleh lari

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) menggunakan semua ruang undang-undang untuk menghalang kes saman terhadapnya didengari di mahkamah.

Mahkamah Persekutuan pagi ini menolak permohonan menteri dalam negeri itu yang cuba mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan mahkamah lebih rendah mengatakan kes saman itu perlu dibicarakan.

Saman itu difailkan oleh Amir Bazli Abdullah terhadap Ahmad Zahid yang dituduh menumbuk mukanya pada 16 Januari 2006 di Kelab Rekreasi Country Heights di Kajang, Selangor.

Amir Bazli mengalami patah hidung (kecederaan kekal) dan rosak kekal di bahagian sebelah kiri mata.

Lima orang Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Tan Sri Md Raus Sharif mengatakan persoalan undang-undang sudah selesai.

"Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa kes itu perlu dibicarakan dan Mahkamah Rayuan mempunyai pendapat sama," kata hakim itu.

"Biarlah ini dibicarakan di mahkamah dan biarkan mahkamah membuat keputusan. Dia akan mempunyai ruang untuk merayu kemudian."

Md Raus kemudian menolak permohonan Ahmad Zahid dengan kos RM5,000.

Semasa kejadian itu dikatakan berlaku, Ahmad Zahid merupakan timbalan menteri penerangan.

Dalam satu kenyataan tuntutannya, Amir Bazli berkata, kira-kira jam 10 malam pada 16 Jan, 2006, dia berada di sebuah stesen minyak di Bangi apabila ejen defendan mendekati dan mengugutnya.

Mereka membawanya secara paksa ke kelab rekreasi Country Heights di Kajang.

Read more ...

Tuesday, June 25, 2013

PILIHANRAYA KECIL DI TERENGGANU!!! Adun BN meninggal dunia

Adun Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada pukul 10.18 pagi tadi.
Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu dimasukkan ke Hospital Besut pada pagi Khamis minggu lepas dipercayai akibat masalah penafasan sebelum dirujuk ke HSNZ.
Jenazah akan disembahyang dan dikebumikan di Masjid Teluk Bayu, Kuala Besut. Buat masa sekarang, jenazah masih lagi berada di Kuala Terengganu.

Read more ...

LUCAH DAN PORNO!!! Bahasa isyarat UMNO , di mana-mana pun sama

Dari Pemimpin Turun Ke Penyokong...Dari Penyokong Turun Ke Rakyatnya...

Read more ...

Thursday, June 20, 2013

MARI BACA!!! Ucapan Timbalan Pengerusi sebuah cawangan UMNO

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyifatkan pembangkang sebagai hipokrit kerana akan mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di Parlimen meskipun mempertikai keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Beliau berkata pembangkang cepat berubah pendirian dan setiap perbuatan mereka tidak selari dengan prinsip.

"Mereka menang 89 kerusi (Parlimen) dan tiga negeri menang semuanya lebih dua pertiga kerusi, tetapi di jalan raya mereka menolak keputusan pilihan raya dan ini perkara yang betul-betul hipokrit.

"Prinsip tidak sama dengan perbuatan, prinsip kononnya tidak boleh menerima keputusan pilihan raya, tetapi perbuatannya? Kita tengok sekarang, cepat-cepat angkat sumpah, cepat-cepat ubah (pendirian), sebelum ini cuma nak boikot, taklimat dia kata," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis syarahan jamuan tengah hari anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Institut Perkembangan Minda (INMIND) bertajuk 'PRU13: Terima Keputusan Rakyat' di Kuala Lumpur hari ini.

Selain itu, Wan Ahmad berkata pembangkang juga dilihat hipokrit apabila mendakwa sistem pilihan raya negara ini tidak adil namun mereka tetap menghantar calon bertanding.

Read more ...