Wednesday, September 11, 2013

PEMILIHAN PAS !!! Pemuda PAS Teluk Intan dapat ketua baru

TELUK INTAN : Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan (DPPKTI) telah berjaya mengadakan mesyuarat agung tahunannya kali ke-31 baru-baru ini. Mesyuarat telah diadakan di sebuah restoran dekat sini. 

Mesyuarat agung tersebut telah dirasmikan oleh Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPNPk), Sdr. Aidil Adam. 

Sebelum itu, ucapan telah disampaikan oleh Sdr. Rahmat Maliki selaku wakil PAS Kawasan Teluk Intan.
Perwakilan yang hadir adalah dari cawangan-cawangan di seluruh kawasan Teluk Intan.


Mesyuarat agung tahunan kali ini juga melibatkan pucuk pimpinan DPPKTI yang baharu bagi sesi 2013-2015.  

 
Pemilihan telah dilaksanakan dengan lancar sekali dan penuh keharmonian yang menyaksikan jawatan bagi Ketua dan Timbalan Ketua DPPKTI telah dibuat secara syura manakala jawatan Naib Ketua dan lapan orang ahli jawatankuasa DPPKTI telah dipilih dengan cara pengundian yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemilihan yang diketuai oleh Sdr. Mohamad Hamzah, Ketua Penerangan PAS Kawasan Teluk Intan.


Sdr. Mohamad mengedarkan borang pemilihan.

Sebahagian perwakilan pemuda yang hadir.
Bagi sesi ini, Ustaz Abdul Fatah Awang tidak mempertahankan jawatan ketua kerana beliau telah melebihi had umur ahli pemuda.

Jawatan Ketua DPPKTI kini telah disandang oleh Ustaz Rijal Abu Bakar dan Timbalan Ketuanya disandang oleh Ustaz Firdausi Muhammad. 

 
Manakala jawatan yang dipertandingkan iaituNaib Ketua telah dimenangi oleh Ustaz Mohd. Lotfi Samsudin  dan lapan orang ahli jawatankuasa DPPKTI yang telah dipilih ialah Aiman Tarmizi, Shahrul Iman, Nahar Azmi, Nazir Yusuf, Azrul Abd. Razak, Najib Md. Noor, Faizal Abd. Rahman dan Ismail Adnan.
Ketua DPPKTI yang baru, Ustaz Rijal menyampaikan sijil penghargaan kepada mantan ketua, Ustaz Fatah.



Di penghujung mesyuarat pihak DPPKTI telah menyampaikan sijil penghargaan kepada mantan ketuanya, Ustaz Abdul Fatah Awang yang telah menerajui sayap kanan PAS beberapa sesi yang lepas.

intanhijau.blogspot.com
 

No comments: