Wednesday, September 11, 2013

PEMILIHAN PAS !!! Ketua, Timbalan, Naib Ketua Muslimat PAS Parit Buntar kekal


PARIT BUNTAR :  Dewan Muslimat PAS Kawasan Parit Buntar telah selamat mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya untuk kali yang ke 43 pada 31 Ogos yang lalu. Mesyuarat yang bermula sekitar jam 9.00 pagi itu dirasmikan oleh Exco Dewan Muslimat PAS Perak , Puan Rohawati Abidin. 
 
Setiausahanya, Izan Aqilah Muhammad berkata, Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Parit Buntar ini telah dihadiri 160 perwakilan dari seluruh cawangan PAS di Parit Buntar
 
“ Ketua Muslimat PAS Kawasan Parit Buntar Rahimah Osman telah mengekalkan jawatan tanpa bertanding.
 
“ Begitu juga dengan Jawatan Timbalan dan Naib Ketua yang dimenangi Rosna Ishak dan Norijan Omar tanpa bertanding” katanya 


Beliau berkata,  jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja telah dipertandingkan bagi memilih 8 orang daripada 12 calon yang bertanding
 
“ Proses pengundian berjalan dengan lancar dan teratur dengan bantuan Jawatankuasa Pemilih yang dilantik khas untuk mengendalikan pemilihan kali ini.


Ustazah Zabariah Mat Amin, Izan Aqilah Muhammad, Athirah Ibrahim, Arpah Hussin, al-Tabliq Ghazali, Zubaidah Abdul Rahim, Masniah Yahya dan Salmiah Mohammad telah dipilih sebagai Ahli Jawatnakuasa Kerja” katanya 
Ketua Muslimat PAS Parit Buntar Rahimah Osman dalam ucapan aluannya merakamkan penghargaan kepada anggota muslimat PAS Parit Buntar di atas pengorbanan muslimat semasa menghadapi pilihanraya umum yang lalu. 
 
“ Saya percaya muslimat sekalian masih terasa pahit manis bertugas pada masa menghadapi pilihanraya umum ke 13, di mana lebih membuatkan ikatan ukhwah kita semua lebih erat.
 
“  Apabila berakhir PRU 13, kita saling merindui sesama kita dan tugas yang kita laksanakan” katanya
 
Tambahnya, keupayaan muslimat untuk bekerja lebih kuat dan melaksanakan perancangan yang lebih sistematik akan dapat membawa obor PAS ke persada kegemilangan dengan lebih cepat dan berkesan.
 
“ Muslimat memerlukan jentera yang mahir dengan kerja-kerja pilihanraya melalui penambahan bilangan ahli muslimat PAS yang baru.
 
“ Justeru, peranan muslimat perlu lebih proaktif menerapkan ke dalam pemikiran rakyat tentang kesedaran betapa perlunya perubahan dari politik sempit yang diterajui BN kepada sebuah negara yang ditadbir berteraskan Ubudiyyah, Mas’uliyyah, Itqan dan Berkebajikan” tegasnya
 
Turut hadir dan menyampaikan ucapan semasa majlis perasmian mesyuarat agung ini ialah Pesuruhjaya PAS Perak yang juga Adun Titi Serong Ust. Abu Bakar Husain dan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Tuan Haji Harun Hashim.

No comments: