BESUT : Mesyuarat PAS bagi peringkat kawasan-kawasan di seluruh negara bermula menjelang Muktamar PAS Pusat November ini.
Di Besut, Terengganu, PAS kawasan Besut mengadakan mesyuarat agung hari ini di Dewan Haji Hassan, Alor Lintah dekat Jertih.
Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Mesyuarat kali ini mengekalkan pemimpin PAS Besut yang ada apabila Wan
Azhar Wan Ahmad kekal sebagai Yang Dipertua PAS kawasan Besut.
Turut terpilih adalah Shahuddin Jaafar sebagai Timbalan Yang Dipertua dan Adam Mat Said sebagai Naib Yang Dipertua.







