Friday, January 21, 2011

Katak Kulim hina Sultan Selangor, adakah Umno dan Perkasa akan berdemo ?

http://umno-online.com/wp-content/uploads/2010/12/Zulkifli-Nordin.jpgBeliau seolah – olah merendah – rendahkan tahap pemikiran DYMM Sultan , sehingga menganggap baginda tidak mampu bertindak dengan waras , kerana memperkenankan sidang DUN diadakan bagi tujuan mengembalikan kuasa yang sudah ditarik oleh Mahathir sekitar tahun 1993 lalu.

Adakah baginda tidak boleh bertindak selaras dengan kehendak rakyat terbanyak ?

Adakah baginda perlu mengikut kehendak UMNO di sepanjang zaman , walaupun ianya bertentangan dengan perlembagaan negeri ?

Zulkifli Nordin berusaha untuk memaksa rakyat 1Malaysia mempercayai DYMM Sultan bertindak tidak rasional kerana membenarkan usaha mengembalikan kuasa kepada Istana.

Zulkifli Nordin seolah – olah tidak merestui titah DYMM Sultan dalam isu ini , sehingga tergamak menuduh kerajaan Pakatan Rakyat di bawah kepimpinan TS Khalid mempergunakan Istana bagi tujuan politik sempit PKR , PAS dan DAP sahaja.

UMNO sudah tentu seronok membaca tulisan terbaru Zulkifli ini , kerana mereka sendiri takut untuk mempertikaikan perkenan DYMM Sultan , khuatir dituduh menderhaka. Mungkin dapat kita bayangkan berapa bayaran yang diterima Zulkifli . lumayan sekali.

Petikan akhbar di bawah ini

Strategi dapatkan majoriti dua pertiga

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menyifatkan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Teng Chang Khim mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang semalam sebagai satu strategi untuk mendapatkan undi majoriti dua pertiga pada Sidang DUN Isnin ini.

Katanya, langkah itu diambil kerana pakatan pembangkang tidak menyangka Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan memberi perkenan mengadakan sidang tersebut bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 supaya kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), pegawai kewangan dan Penasihat Undang-Undang negeri diserahkan semula kepada Sultan atas nasihat Menteri Besar.

"Mereka sangka Tuanku tidak akan memberi perkenan dan sidang tidak akan berlangsung, mereka juga tahu kalau berlangsung pun mereka akan tewas kerana tiada majoriti dua pertiga," katanya dalam entri terbaru blog beliau, http://zul4kulim.blogspot.com/ bertajuk 'Kera Dapat Bunga!' hari ini.

Menurutnya, keputusan Sultan Selangor memberi perkenan itu turut menyanggah dakyah mereka sebelum ini kononnya Sultan telah dibonekakan oleh UMNO atau BN.

"Apabila berdepan realiti, lakonan dan sandiwara mereka untuk mengadakan sidang khas itu akan terbongkar kerana sidang akan dijalankan dan rakyat akan tahu mereka bakal tewas tanpa majoriti dua pertiga, maka mereka terpaksa mencari cara bagi memperoleh undi tersebut,'' ujarnya.

Menurutnya, jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam DUN Selangor seramai 56 orang dengan ADUN pakatan pembangkang seramai 35 orang, BN 20 orang dan Bebas seorang.

"Pakatan pembangkang memerlukan dua lagi ADUN untuk mendapat majoriti dua pertiga yang diperlukan atau mengurangkan jumlah ADUN bukan pembangkang dalam DUN.
Amat mustahil untuk mereka mendapat sokongan daripada BN, maka strateginya adalah mengurangkan kerusi lawan,'' katanya.

Sebab itu katanya, beliau tidak hairan apabila ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah menjadi mangsa pemecatan.

"Ini bermakna majoriti dua pertiga yang diperlukan hanyalah 36 orang, iaitu kurang seorang. Persoalannya dari mana mereka mahu mendapat seorang lagi. Sama ada mereka beli mana-mana ADUN BN atau mereka akan kurangkan ADUN BN pada hari persidangan,'' katanya.
Kerengga

Read more ...

Cikgu Mala - Wanita berkarisma

Dalam satu temuramah wartawan petang semalam di depan Markas Muslimat Negeri Johor, calon PAS iaitu Cikgu Mala ditanya mengenai penglibatannya sebagai seorang isteri dan penglibatan dalam politik.

Cikgu Mala menyatakan bahawa walaupun beliau terlibat dalam politik sebagai Penyelia Pusat Aduan Rakyat Dun Tenang dan Ketua muslimat PAS Labis, ini tidak membataskan beliau dalam menguruskan rumah tangga sebaik mungkin.

Kerjasama yang diberikan oleh suami dan anak-anak amat membantu beliau menguruskan rumah tangga dan terlibat dalam politik serta sebagai wanita bekerjaya.

Sebagai contoh, seorang anaknya merupakan salah seorang daripada 3 calon UPSR tahun lepas yang mendapat keputusan 5A dalam UPSR.

Anak beliau juga menjadi pengawas sekolah, aktif dalam pidato sekolah, dan menjadi johan dalam pertandingan bercerita peringkat negeri dan kebangsaan.

Anak beliau akan menerima anugerah pada petang ini di SMKA Segamat.

Ini jelas menunjukkan bahawa beliau bijak menguruskan masa sebagai seorang isteri, wanita bekerjaya dan wanita berpolitik.

Read more ...

Perangkap Umno mengena Umno

Perangkap’ yang digunakan untuk memerangkap pemimpin dan kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor, akhirnya memerangkap ‘tuan’nya sendiri.

Itulah yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad semasa berucap di hadapan orang ramai di pintu masuk Istana Alam Shah, Klang petang tadi, bagi menyerah memorandum ‘Himpunan Menjunjung Kasih’ kepada Sultan Selangor.


Kata beliau lagi, sekiranya wakil rakyat Umno-BN memboikot Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), 24 Januari nanti, membuktikan kepada warga Selangor bahawa pengkhianat sebenar Raja-raja Melayu adalah Umno-BN sendiri.


“Sememangnya kita mempunyai sokongan daripada seluruh rakyat negeri Selangor, bahawa tindakan khianat yang dilakukan Umno-BN selama ini, dengan merampas kuasa sultan, kuasa negeri, akan kita perbetulkan.


“Sekiranya mereka tidak datang pada hari Isnin ini, ataupun mereka datang dan tak sokong maka seluruh negara akan kenal siapa sebenarnya pengkhianat dan siapa sebenarnya perderhaka,” tegas beliau.


Manakala Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Akin menegaskan, pemimpin Umno-BN patut beri sokongan kerana usul yang akan dibentangkan dalan sidang DUN Isnin depan berkenaan mengembalikan kuasa kepada Sultan dalam isu perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Selangor.


“Rakyat telah pilih Pakatan, tetapi kenapa ada unsur khianat, Umno khianati rakyat, mereka juga khianati raja-raja Melayu.


“Pada 24 haribulan nanti ketika sidang Dun, kita nak tengok, sama ada wakil rakyat daripada Umno-BN berani atau tidak menyokong usul yang akan kita bentangkan dalam DNS,” tegas beliau lagi.


Dalam pada itu, Ketua Kampung Kapar, mewakili semua ketua kampung di Selangor, Haji Syafie Sulaiman menyuarakan kesyukuran dapat menghantar memorandum kepada pihak istana walaupun pada awalnya dihalang polis.


Beliau menjelaskan, ‘Himpunan Menjunjung Kasih’ yang diadakan hari ini bertujuan menunjukkan kesetiaan dan sokongan kepada Sultan Selangor dan Raja Berperlembagaan.


“Kami, pemastautin dan rakyat Selangor, berasa yakin dan percaya akan kebijaksanaan Duli Tuanku dalam memberikan nasihat dan pandangan kepada kerajaan bagi membolehkan seluruh rakyat di negeri ini memperoleh manfaat di atas kemakmuran dan kekayaan negeri.


“Kami juga akan mempertahan dan mendukung kemuliaan institusi raja serta berusaha sedaya upaya kami untuk memberdaya institusi raja selaras dengan prinsip raja berperlembagaan,” kata beliau.

Read more ...

Tak pernah pun nampak belajar, tiba-tiba ada PHD

Dato' Satim Menggunakan Gelaran Dr Ph.D Palsu ?

http://media1.malaysiakini.com/221/9e7c539841582aa8f8ba2fbf32b60b8e.jpgEXCO mendesak ketua pembangkan Selangor Dato’ Satim Diman agar menyerahkan transkrip dan sijil penganugerahan doktor falsafah beliau kepada Tuan Speaker Selangor dengan segera bagi tujuan pengesahan oleh Lembaga Akreditasi Negara (MQA).

Beliau juga harus mengumumkan kepada rakyat apakah bentuk program pengajian yang diambil dan universiti yang menganugerahkan Ph.D tersebut.

Situasi hari ini amat membimbangkan kerana ramai masyarakat hari ini sanggup membeli Ph.D melalui sindiket tanpa perlu bersusah payah dalam mendalami ilmu,memperkembangkan kajian dan menpercambahkan nilai keilmuan.

Dr Yaakob Sapari yang juga EXCO Pemodenan Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Pengurusan Sumber Alam Negeri Selangor beranggapan bahawa membeli Ph.D merupakan satu jenayah,merendahkan martabat universiti dan merupakan satu penghinaan kepada dunia akademik .

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Biro Penyelidikan Parti Keadilan Rakyat(PKR) Pusat menegur segelintir institusi pendidikan yang menawarkan kursus-kursus pengajian dengan berasaskan keuntungan tanpa melalui akreditasi dan piawaian negara.

Dr Yaakob Sapari meragui ijazah sarjana doktor falsafah Dato’ Satim Diman yang juga Ketua Pembangkang Negeri Selangor. Beliau menggesa agar Dato’ Satim mengishtiharkan taraf pendidikan beliau bermula daripada ijazah pertama,sarjana sehingga doktor falsafah. Dato’ Satim Diman telah menggunaan gelaran Dr secara berleluasa dalam poster pilihan raya dan dicetak pada rehal untuk diedarkan di masjid-masjid dan surau-surau sekitar DUN Sri Serdang.

YB DR HJ YAAKOB SAPARI
EXCO Pemodenan Pertanian,Pembangunan Sumber Alam dan Luar Bandar

Read more ...

Tempat lain yang menguntungkan Umno, SPR tak tukar lokasi walaupun berada dalam DUN lain

Tukar Lokasi: PAS Dukacita Sikap SPR


LABIS 21 Jan.: Pakatan Rakyat menyuarakan rasa dukacita dengan keputusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menukar lokasi tiga pusat mengundi DUN Tenang sehari sebelum tarikh penamaan calon berlangsung.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali yang ditemui Tv Selangor dipetik sebagai berkata, keputusan tersebut memberi masalah kepada pengundi-pengundi di kawasan itu berikutan lokasi yang lebih jauh.

"Saya pernah menyatakan perubahan di saat akhir tidak begitu baik. Sepatutnya ini dimaklumkan lebih awal kepada kami supaya boleh membuat persiapan. Jadi apabila saat akhir tidak begitu bagus kepada pengundi sebab perubahan tempat ini lebih satu kilometer," jelas beliau selepas perasmian Jentera Muslimat PAS di sini petang tadi.

Perkara pertukaran lokasi mengundi itu diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Azri Yusof pagi tadi.

Pusat mengundi yang terklibat adalah SK Labis, SJKC Labis dan SJKT Labis.

Mustapha turut tidak menolak cubaan pihak tertentu mengurangkan undi kaum Cina kepada PAS.

"Saya tidak tahu apakah muslihat perubahan ini sebab SPR ini ada cara yang kita rasa tidak begitu menepati apa yang sepatutnya dilakukan," ujar beliau lagi.

Mustapha menambah Pakatan Rakyat akan membawa perkara tersebut supaya dibincangkan pada mesyuarat bersama SPR 24 Januari nanti.

Pada mesyuarat Pakatan Rakyat bersama SPR minggu hadapan, Mustapha bersama kepimpinan PKR dan DAP akan membincangkan empat isu penting iaitu tentangan 100 peratus undi proksi, undi pos, persempadanan pilihanraya cukup tempoh dan penukaran lokasi mengundi.

Sementara itu, Pengerusi Badan Bebas Pemantau Pilihanraya Malaysia(Marfel), Syed Ibrahim Syed Noh ternyata kecewa kerana perubahan ini seolah-olah sudah menjadi trend kepada SPR.

"Saya lihat sudah menjadi satu trend dimana pemakluman pemindahan pusat mengundi ini dibuat hampir kepada pusat penamaan calon atau proses mengundi. Perkara ini sepatutnya ada ruang kepada parti-parti mengemukakan pandangan mereka berkenaan pemindahan ini.

"Memang betul ini dibawah kuasa SPR, tetapi saya rasa lebih baik mereka dapat pandangan daripada parti politik. ini dapat mengelakkan dari tanggapan dan kekeliruan khususnya kepada pegundi-pengundi pada hari mengundi," katanya.

"Dalam aspek pemantauan pilihanraya, kami (mafrel) melihat dalam konteks senarai daftar mengundi. Dengan berlakunya pemindahan ini, maknanya senarai daftar itu pun kita perlu dapat yang terkini supaya kita tahu benar-benar siapa dibawah pusat itu ialah pengundi-pengundinya.

Tambahnya apa yang membimbangkan perubahan saat akhir ini akan membuatkan pengundi keliru.

"saya rasa ada keburukan kerana tempoh masa diberi singkat. Jadi kita bimbang pengundi akan terkeliru. Memang benar mereka boleh datang pada hari mengundi itu. Tetapi mereka yang biasa pergi mengundi di situ(yang ditutup), dan dipindahkan ke tempat lain. Kemungkinan di sana akan berlaku sedikit kekecohan dan pengundi terpaksa mencari tempat baru," ujarnnya.

Kata Syed Ibrahim, perkara seperti ini boleh dielakkan sekiranya pemindahan ini dilaksanakan lebih awal. Bermakna setelah diumumkan kekosongan kerusi DUN contohnya, SPR terus buat kajian dan memanggil parti-parti untuk memaklumkan tentang perpindahan dan mengapa dipindahkan.

Read more ...

Dolak dalih Umno

Umno Jangan Politikan Sidang, Badrul Penipu, Kata Speaker Selangor

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj8RSuXi6s7mhhLWuOhu0BBRS7MCUgsEWk63o4KZhcDX0NiMSROdbfXja1LCnYB0eBbLMtG2g4QxROKAoWgC61Kb0eSzRy0Fij_ZSQrUzf58atJxpGx_LKJ2SCoeTwt0FUEq58AnUc4QoE/s400/dun-selangor.jpgSHAH ALAM 21 Jan. : Speaker Teng Chang Khim meminta Umno tidak mempolitikkan kegagalan isu pengedaran draf usul pindaan Perlembagaan negeri sambil menegaskan, ia berpunca daripada kekangan masa.

Kata Teng, berdasarkan Peraturan Mesyuarat 10(3), dokumen-dokumen berkenaan boleh diedarkan kepada wakil rakyat pada hari persidangan, sebelum sidang bermula.

“Malah, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sudah pun membuat pengumuman mengenai pindaan dan kesemua akhbar sudah pun menyiarkan laporan mengenainya,” kata beliau pada sidang media hari ini.

Justeru, kata beliau, maklumat mengenainya sudah pun diedarkan dan tiada agenda tersembunyi.

DUN Selangor mengadakan sidang khas Isnin ini bagi membahaskan pindaan Perlembagaan Negeri.

Teng juga mendakwa ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah menipu berhubung kehadirannya pada sidang DUN November lalu.

"Saya ingin gunakan peluang ini bagi menafikan kenyataan yang dibuat oleh Badrul Hisham yang mendakwa beliau hadir pada majlis perasmian sidang dewan undangan negeri pada 8 November.

"Hanya ada satu majlis pembukaan rasmi. Bagi sesi ketiga sidang dewan undangan negeri ke-12 diadakan pada 12 April dan dirasmikan oleh Sultan Selangor.

“Sidang pada November adalah pembentangan belanjawan tahunan di mana tidak ada pembukaan rasmi diadakan,” kata Teng.

Rabu lalu, Teng mengisytiharkan kerusi Pelabuhan Klang kosong selepas Badrul Hisham gagal menghadiri sidang dewan tanpa cuti sejak 16 Julai tahun lalu.

Teng juga berkata beliau telah mengemukakan notis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memaklumkan kekopsongan kerusi itu hari ini. SPR mempunyai 60 hari bagi mengadakan pilihan raya kecil.

Katanya, memandangkan kerusi itu telah diisytiharkan kosong, Badrul Hisham tidak akan dibenarkan menghadiri sidang dewan undangan negeri pada Isnin ini.

"Hanya ADUN sahaja dibenarkan masuk ke dewan,” katanya.

Read more ...

PAS sudah bersedia di Merlimau-

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgvK8BM-C3WcBAdPBJsHU-HOBtAXPxdKLb-CDXZlU-luEavdgwyvHeUhxD1RKEM6xDOpn6P_Y2bvNwWNwQ-_0ilGWTFpwRapG6-2d82SYPuUK892W1-P1pCh6xdhmEaS_0zkxli4NnhxdM/s320/dr+hassan+ali.jpgSHAH ALAM 21 Jan. : Datuk Dr Hasan Ali berkata PAS sudah bersedia menghadapi satu lagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau, Melaka kerana parti itu sudah bekerja sebelum adanya pilihanraya.

Beliau yang juga ADUN Gombak Setia semasa ditemui Tv Selangor berkata, PAS mengutamakan rakyat di akar umbi dan kebanyakan program kemasyarakatan PAS berkisar dalam memenangi hati rakyat secara konsisten.

"Awal-awal lagi kita dah turun sebenarnya, kita ziarah kawasan FELDA sebelum pilihanraya pun kita dah turun, jadi kita mengharapkan dengan istiqamah, dengan kita turun ke bawah dengan menziarah tiap-tiap pengundi di rumah, saya rasa pendekatan ini yang berada di hati rakyat, yang dekat dengan rakyat. Pendekatan inilah yang saya rasa akan memberi kemenangan kepada PAS samada di Tenang ataupun Merlimau," jelas beliau.

Kerusi Merlimau kosong selepas Adunnya, Datuk Hidhir Abu Hasan meninggal akibat sakit jantung di Hospital Putra kira-kira 8.10 malam semalam. Kematian beliau menandakan satu pilihanraya perlu diadakan dalam jangkamasa 60 hari.

Beliau yang mewakili Barisan Nasional (BN) merupakan Adun Merlimau dua penggal sejak 2004 di mana semasa pilihanraya umum ke-11 (PRU-11), beliau mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jayathas Sirkunavelu dengan majoriti 5,087 undi.

Beliau turut mempertahankan kerusinya menentang calon PAS, Jasme Tompang dengan memperoleh 4,981 undi berbanding 2,827 undi dalam PRU-12 pada Mac 2008.

Merlimau merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Jasin, Melaka yang bersempadan dengan Muar, Johor dengan pengundi berdaftar sebanyak 10, 471 pengundi.

Daripada jumlah ini, sebanyak 64.69 peratus atau 6,774 pengundi adalah warga Melayu, 21.11 peratus atau 2,210 pengundi dari warga Cina, 14.16 atau 1,482 pengundi warga India dan selebihnya 0.04 peratus atau lima lagi warga berlainan bangsa.


Read more ...

Ketua kampung serah memo taat Sultan

KLANG, 21 Jan: Sekitar 600 mewakili ketua kampung seluruh Selangor berhimpun di Masjid Jamek Sultan Sulaiman, Kampung Jawa seusai menunaikan solat Jumaat tadi bagi menyatakan sokongan padu Kebawah Baginda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Himpunan Menjunjung Kasih Rakyat itu kemudiannya bergerak ke Istana Alam Shah untuk menyerahkan memorandum taat setia dan menjunjung kasih dalam usaha memertabatkan institusi raja berperlembagaan.

Menurut Adun Meru, Dr Abd Rani Osman, memorandum kepada pihak istana tadi telah diterima oleh salah seorang pegawai peribadi Sultan, Mejar Ramli yang menyambut kehadiran peserta himpunan dengan girang (gambar atas).

Turut berada di lstana Alam Shah ketika penyerahan memorandum itu adalah Ahli Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Samad, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman dan Wakil Ketua Kampung Seluruh Selangor yang juga Ketua Kampung Bukit Kapar, Haji Shafie Sulaiman.

Difahamkan himpunan itu diadakan ekoran sidang Dun Selangor yang akan diadakan pada 24 Januari ini dalam usaha Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang berusaha mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan tiga pegawai kanan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri.

Sementara itu, para ADUN Umno dan BN akan menyertai sidang DUN esok tetapi mereka tidak akan menyokong pindaan yang memberikan kembali kuasa Sultan untuk melantik tiga pegawai kanan kerajaan negeri itu.

Kuasa Sultan telah diambil alih oleh kerajaan pusat dalam pindaan Perlembagaan pada tahun 1993 dahulu ketika krisis perlembagaan berlaku. Selepas itu, semua kuasa untuk melantik tiga pegawai kanan kerajaan itu adalah kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang dikuasai oleh kerajaan pusat.

Read more ...

PAPA GOMO fitnah, PAPA GOMO fitnah, kalau fitnah mesti PAPA GOMO



Oleh: Pria Malaya

Isnin, 20 Disember tahun 2010, seorang blogger tegar Umno, Papa Gomo telah mengeluarkan amaran keras kepada seorang ADUN Pas Kelantan...

GEMPAR 18 SX - Letak Jawatan Sekarang Atau Kami Dedahkan Gambar Anda Berzina!!!

Gomo memberi AMARAN KERAS Kepada Adun PAS Dun Perupok Untuk segera meletakkan Jawatan Adun Perupok yang di sandang kini. Tempoh Akhir bagi anda Meletakkan Jawatan adalah pada Bulan ini iaitu December 2010.

Pada Bulan January jika anda iaitu Datuk Omar Mohamad Adun PAS Perupok tidak Meletakkan jawatan maka Kami di NADI RAKYAT akan mengeluarkan segala BUKTI BUKTI Bergambar dan Rakaman Video SEKS Anda untuk tatapan Umum.

Ini Bukan UGUTAN tetapi ini adalah AMARAN KERAS kepada Pemimpin PAS yang cuba berlagak ALIM TAIK KUCING!!!
Hari ini, 21 Januari 2011, genap sebulan amaran ini berlalu..namun sehingga ke saat ini, janji hanya tinggal sekadar janji..bukti bergambar dan video rakaman seks sebagaimana yang dijanjikan tidak dikotakan...TERNYATA, IA HANYALAH FITNAH SEMATA-MATA!!..



Nampaknya, blogger Umno tidak pernah serik dengan cerita fitnah..selepas satu persatu fitnah dijaja dan direka..belum selesai fitnah berzina terhadap ADUN Selising, ADUN Perupok pula menjadi mangsa fitnah mereka..ternyata Papa Gomo telah melakukan fitnah yang 'maha' dahsyat kepada pemimpin2 PAS!!

Fitnah zina terhadap ADUN Selising

Dalam kes fitnah zina terhadap Adun Selising, ternyata mereka telah melakukan pembohongan dan sandiwara yang paling menjengkel dan memualkan...lakonan mereka tidak menjadi, sandiwara mereka terkantoi ditengah jalan..

Kalian boleh lihat sendiri bagaimana Papa Gomo, team Nadi Rakyat bersama Saidi Hussin sendiri telah melakukan pembohongan kepada kalian..sila baca pada dua link di bawah, terutama pada siri yang pertama..


1. BONGKAR: Sandiwara Papa Gomo, Nadi Rakyat dan Saidi Hussin isu ADUN Selising! (siri 1)
2.
BONGKAR: Sandiwara Papa Gomo, Nadi Rakyat dan Saidi Hussin isu ADUN Selising...(siri 2)

Sehingga kini, mereka belum menjawab hujah-hujah yg dikemukakan oleh berisan blogger pro-PR..antara hujah dan persoalan penulis yang masih gagal di jawab Papa Gomo dan rakan2nya adalah:
"...Dan katanya, laporan polis telah dibuat...apa yang dituntut kini ialah, mana bukti laporan polis? balai polis mana mereka laporkan jika benar laporan telah dibuat? mana gambar bukti kecederaan pada Saidi Hussin..penulis soalkan ini sebab biasanya puak2 gerombolan laju je lampirkan bukti laporan polis, tapi kali ni?..." (klik di SINI)
Ya, jika kalian perhati dalam kes2 sebelum ini, jika mereka (puak gerombolan) benar2 berhadapan dgn situasi seperti ini, mereka akan segera membuat laporan polis, dan akan melampirkan bukti laporan polis pada umum sebagai bukti..


(Tidak beberapa lama isu lakonan ini dimainkan, dikhabarkan ketua team Nadi Rakyat, Azmy Awang telah diugut bunuh oleh seseorang, dan laporan polis terus dibuat sebagaimana bukti pada foto di atas..)

Namun, dalam dua kes ugutan bunuh (kononnya) terhadap Saidi Hussin sebagaimana yang diceritakan dalam link pertama diatas (kes langgar lari dan cubaan bunuh dengan parang), mereka gagal kemukakan bukti laporan polis..

Ternyata Papa Gomo, Azmy Awang dan Saidi Hussin adalah golongan pembohong dan munafiq, dan golongan ini sumpah dan janji mereka tidak bernilai di sisi Islam!..




Solat hajat

Berdasarkan pemerhatian penulis, selain faktor untuk melariskan blog, punca lain blogger Umno ini semakin BERANI menabur fitnah adalah kerana beliau tlh mendapat sokongan padu dari rakan2 blogger (pemfitnah) yang lain, satu kepala..inilah punca blogger Umno ini tidak sedikitpun rasa takut dgn bahana dan malapetaka fitnah..

Untuk yang terakhirnya, penulis ada mendengar khabar bahawa akan di adakan solat hajat ke atas puak-puak munafiq ini..penulis setuju 100%..dan penulis minta supaya disebut nama samaran blogger "Papa Gomo" ini secara jelas, termasuk rakan-rakan mereka yang menyokong perlakuan blogger terlaknat ini..moga Allah menjatuhkan balasan setimpal ke atas perbuatan2 hina mereka..


Akhir kalam..ingat Umno, ingat fitnah...fikir2kan..wallahua'lam..

NOTIS: Terbaru, calon PAS DUN Tenang, Cikgu Normala Sudirman telah menjadi mangsa fitnah terbaru, berzina/khalwat oleh kumpulan-kumpulan terlaknat ini..kalian boleh rujuk di SINI..

p/s: Penulis yakin Papa Gomo akan 'persetankan' artikel ini..oleh itu penulis mohon supaya rakan-rakan dapat sebarkan artikel ini ke ruang blog dan facebook..biar semua kenal siapa blogger Umno ini..fitnah dan cerita aib tidak dpisahkan dr mereka..pada Papa Gomo, sila buktikan tuduhan kamu!

Read more ...

Kalau Umno , Perkasa , GAPS buat dibenarkan, bila PR buat halang

Polis Halang Himpunan Junjung Kasih Kepada Sultan Oleh Rakyat Selangor


KLANG 21 Jan.: Perarakan menjunjung kasih Pakatan Rakyat Selangor di perkarangan Masjid Jamek Sultan Sulaiman, Klang hari ini kecoh seketika apabila polis bertindak menghalang orang ramai daripada keluar dari masjid bagi menghalang perarakan ke Istana Alam Shah, Klang.

Kira-kira 600 orang hadir terdiri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Abdul Rani Osman, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Akin dan timbalannya, Khairul Anuar Zainuddin serta ketua-ketua kampung seluruh Selangor.

Perhimpunan bertujuan untuk menghantar satu memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Almahrum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menyatakan sokongan dan taat setia kepada Sultan dann institusi diraja negeri Selangor.

Polis yang telahpun berada di pekarangan sejak sebelum solat Jumaat mula bertindak dengan membentuk 'tembok manusia' menghalang perhimpunan daripada terus berarak keluar dengan alasan perhimpunan tersebut tidak mendapat kebenaran untuk berarak di jalanraya serta akan menggangu lalulintas.

Tindakan polis menghalang ratusan peserta menyebabkan ramai yang mula melaungkan slogan 'Daulat Tuanku' meminta polis memberikan laluan dan ini telah menyebabkan polis membawa masuk kira-kira 10 angota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) untuk mengawal pintu besar masjid.

Setelah perbincangan, anggota polis akhirnya membenarkan sekumpulan wakil kira-kira 10 orang sahaja untuk meneruskan perarakan dengan syarat tidak mengganggu lalulintas, dan kumpulan tersebut diiringi oleh dua kereta peronda polis hingga ke pekarangan Istana Alam Shah.

Antara yang dibenarkan adalah Khairul, Syafie, Abdul Rani dan beberapa ketua kampung. Shamsul dan beberapa peserta yang ditahan daripada keluar dari masjid berjaya menggunakan laluan alternatif ke pekarangan istana.

Beberapa anggota polis trafik bermotor juga dilihat mengawal lalulintas memastikan pergerakan kumpulan tersebut dan kenderaan awam lancar hingga ke pekarangan istana, di mana beberapa anggota polis, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad serta Pegawai Pengiring Sultan Selangor Komander Ahmad Ramli Kardi menunggu kehadiran mereka.

Memorandum tersebut antara lain merafak sembah terus setia bersama Sultan Selangor dalam mempertahankan keamannan dan kemakmuran negeri.

Selain itu, memorandum itu turut menyuarakan keyakinan ke atas kebijaksanaan Sultan Selangior dalam memberikan nasihat dan pandangan kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam mentadbir negeri yang membolehkan seluruh rakyat negeri meperoleh manfaat daripadan kekayaan dan kemakmuran negeri.

Read more ...

Azam Cikgu Mala

Cikgu Normala Berazam Bantu Rakyat Tenang


LABIS 21 Jan. : Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N5 Tenang Normala Samsudin berazam mahu memerdekakan jiwa serta minda masyarakat di Tenang sekaligus meningkatkan kualiti hidup rakyat di situ.

Dalam temubual eksklusif dengan Tv Selangor, Normala berazam untuk menggunakan kedudukan sebagai ADUN jika diberi peluang oleh penduduk Tenang dalam Pilihan Raya Kecil(PRK) ini bagi menyelesaikan masalah asas penduduk kampung selain meningkatkan kemudahan asas di Pekan Labis.

"Pendekatan yang saya buat selain isu wanita, saya juga beriltizam jika diberi amanah dan peluang untuk mendepani isu-isu khususnya di Felda. Untuk dibawa ke DUN. Selain itu isu tiga kampung tradisi di sini, seperti Kampung Sawah Padi, Redong dan Air Panas, banyak lagi masalah dari soal kebajikan yang belum terbela. Itu salah satu fokus utama saya," katanya.

Normala ,38, merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Labis serta Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat tetap setia dengan profesion perguruan yang menjadi darah dagingnya sejak 13 tahun lalu.

Normala tetap komited dengan iltizam beliau untuk mendidik anak-anak dan masyarakat di situ selaras dengan matlamat masa depan.

Beliau turut melahirkan rasa terharu dan berbangga dengan kepercayaan kepimpinan PAS meletakkan beliau sebagai calon.

"Selain iltizam saya mendidik anak-anak di situ sebagai modal insan dan pewaris kepimpinan akan datang, saya juga mengenali dan memperjuang masalah ibubapa.

"Ini saya rasa sebagai satu pengkiktirafan kepada golongan wanita di seluruh Malaysia dan juga satu pengiktirafan daripada kepimpinan untuk mendepani cabaran semasa dengan menampilkan anak muda.

"Kita sedang menuju ke arah satu masa depan politik baru iaitu ke arah mendidik minda masyarakat agar berjiwa merdeka dan berminda merdeka," katanya.

Normala dijangka berdepan dengan cabaran getir menghadapi Calon Barisan Nasional Penolong Pegawai Daerah Rengit Azahar Ismail yang mendapat dokongan penuh Umno namun beliau menghadapinya dengan sabar.

Normala telahpun diuji apabila suaminya, Makrof Abdul Mutalib ditukar dalam tempoh 24 jam ke Johor Bharu namun ditarik kembali.

"Ujian yang dilalui oleh kami sekeluarga apabila suami ditukarkan 24 jam tidak akan melemahkan semangat perjuangan saya kerana dalam dunia perjuangan ini kita biasa ujian fitnah dan tribulasi," katanya.

Read more ...

Ro$mah jenis tak dengar kata

Rosmah Perlu Ambil Serius Kritikan Rakyat- Ketua Sri Kandi


SHAH ALAM 21 Jan.: Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor perlu mengambil serius kritikan kerana perkara ini timbul selepas beliau menyalahgunakan kuasa sebagai isteri Perdana Menteri, kata Ketua Sri Kandi PKR, Siti Aisyah Shaik Ismail.

Kritikan terhadap beliau dibuat berhubung lawatannya ke seberang laut bagi menyampaikan ucaptama di majlis-majlis tertentu yang sepatutnya dilakukan oleh Menteri Kabinet dan pegawai kakitangan kerajaan.

"Kenapa kritikan itu timbul? Kerana dia (Rosmah) telah menyalahgunakan kuasa dan semua kemudahan yang ada dalam kerajaan, yang mana kita lihat dia tak kisah dengan kritikan-kritikan orang, saya kira dia harus ambil peduli tentang kritikan-kritikan ini kerana benda ini timbul adalah sikap dia yang menunjukkan bahawa seolah-olah dia adalah 1st Lady yang membenarkan penggunaan nama itu membolehkan dia menggunakan semua kemudahan kerajaan," kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR itu.

Beliau turut melihat kenyataan Rosmah ini seolah-olah mempertikaikan suara rakyat yang menolak dan tidak setuju dengan tindak-tanduknya yang melampaui tugas sebagai isteri Perdana Menteri sahaja.

"Kenyataan Rosmah itu seperti mencabar rakyat bahawa dia ini tak boleh dikritik, dicabar, atau dikata apa jua pun kerana rakyat perlu terima dia sebagai isteri Perdana Menteri."

"Sedangkan dia siapa? Kita mempersoalkan Rosmah ini siapa? yang kita tahu Rosmah ini hanyalah isteri kepada Perdana Menteri dan dia tak diberi apa-apa keistimewaan melainkan hanya bergelar isteri kepada seorang Perdana Menteri."

Bagi Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid mengutuk keras dengan tindakan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang berlagak seperti orang penting dalam negara ini.

Rosmah juga dilihat seolah-olah mahu menafikan hak mereka yang lebih layak berbicara soal dasar.

"Dia (Rosmah) tak layak, dia tak sesuai dan dia bukan orangnya. Untuk menjadi duta ini atau bicara soal dasar mestilah orang politik yang diamanahkan oleh rakyat atau diberi kuasa untuk berbicara yang meletakkan diri mereka itu sebagai suara rakyat, dia sebagai isteri perdana menteri tak cocok dia mewakili kerajaan sedangkan dia bukan, kalau begitu Labis suruh dia bertanding," katanya.

Semalam Rosmah menyatakan beliau tidak gusar dikritik dengan komen negatif yang dilemparkan berhubung lawatannya ke seberang laut, malah beliau hanya mengikuti lawatan yang diatur selepas beliau menerima jemputan daripada kerajaan atau menteri wanita sesebuah negara yang terlibat.

Baru-baru ini Rosmah dikatakan telah membuat kunjungan selama empat hari di Oman, sebelum ini beliau telah membuat lawatan ke Arab Saudi bagi memberi ucapan dalam satu persidangan antarabangsa mengenai pengurusan kualiti menyeluruh dalam pendidikan.


Read more ...

PAS akan tingkatkan sokongan pengundi Melayu

PR Tumpu Pengundi Melayu Atas Pagar- Pengarah PRK Tenang


LABIS 21 Jan. : Pengundi Melayu atas pagar merupakan kunci kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ini menurut Pengarah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N5 Tenang, Zulkifli Ahmad.

Menurut beliau, PAS bakal memberi tumpuan bagi menyasarkan golongan tersebut di kawasan FELDA Tenang dan Chemplak bagi meningkatkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat.

Bercakap dalam rancangan Fokus Berita Khas Tv Selangor, Zulkifli menyatakan jentera PAS sudahpun bersiap sedia menghadapi PRK ini.

"Pada penganalisaan PAS, yang jadi faktor pengundi kita adalah Melayu sebab dalam PRU 12 kita peroleh sokongan yang agak tinggi dari Tiong Hua iaitu 53 peratus. Dari pengundi Melayu 22 peratus . Jadi Fokus gerak kerja utama kita adalah untuk tingkatkan sokongan pengundi Melayu terutamanya dari kawasan Felda," katanya.

Jentera pilihanraya Pakatan Rakyat dilihat telah membuat persediaan awal bersama calon, Normala Sudirman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Mala membuat lawatan bertemu masyarakat di tiga kawasan Felda iaitu Felda Tenang, Felda Cehmpal Barat dan Felda Chempelak termasuk kawasan berpenduduk Cina.

Sehingga semalam, Pakatan Rakyat mensasarkan pengurangan undi majoriti Barisan Nasional kepada 1500 pada pilihanraya kecil kali ini selain meletakkan peratusan kemenangan sebanyak 40 peratus.

Zulkifli turut menyatakan pengundi Cina dijangka akan menambah sokongan kepada calon Pakatan Rakyat.

"Bangsa Cina agak prihatin dalam isu peringkat nasional, itu sebabnya dalam dasar Pakatan Rakyat, dalam buku jingga itu adalah diantara perkara yang diambil berat pengundi Cina. Terutamanya bangsa Cina ada perasaan tidak puas hati dengan penyandang sebelum ini dan akan lonjakkan sokongan terhadap kita," katanya.

Zulkifli turut menolak tanggapan bahawa Johor khususnya di peringkat DUN merupakan kubu kuat Umno-Barisan Nasional.

Pakatan Rakyat mempunyai satu Kerusi Parlimen di iaitu di Bakri serta enam kerusi DUN memecahkan monopoli hampir 100 peratus BN sebelum ini.

"Mungkin ungkapan itu benar 10 tahun dahulu, tapi bermula pilihan raya umum ke 11, kubu kuat Umno telah dipecah PAS di mana kita menang satu kerusi di Senggarang. Dan PRU ke 12, kita menambah kerusi DUN kita di Sungai Abong dan Maharani. Jadi ungkapan retorik yang kata Johor kubu kuat telah berlalu,"katanya.

Read more ...

"Saya percaya dengan perlindungan Allah " kenyataan Normala apabila dituduh 'berzina' oleh blogger Umno

Fitnah ‘zina’ tidak berasas: Normala

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDdw9swaTNGNuwUQJ6516tvVxx4H-UeP2jiD2qXxYyeRGjoRRIMEPV_u77kVFdkKr77dpOHe-W2dEZ9LEbayVJ_3TzBlh3nk9cG6bGO9CEeD3lHvKeztqKS2wgXJnGepXyDAVDeVyX4v0z/s400/puteri+Normala.JPG

LABIS , 21 Jan. : Tindakan beberapa blogger dan laman Facebook menfitnah calon Pas, Normala Sudirman ‘berzina’ tidak menggugat semangat juangnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Normala berkata, ini berdasarkan kajian terhadap beberapa blog dan Facebook yang memfitnah tentang dirinya setelah diumumkan sebagai calon Pas.

“Ia tidaklah menghairankan kerana isu fitnah dan provokasi adalah perkara biasa dalam PRK. Perkara ini tidak akan melemahkan semangat saya kerana percaya dengan perlindungan Allah dan semangat juang untuk membawa pembaharuan kepada DUN Tenang,” katanya kepada Sinar Harian semalam.SH

Read more ...

Kebangkitan rakyat di Tunisia dan Jazerah Arab

http://www.lonelyplanet.com/maps/africa/tunisia/map_of_tunisia.jpgKebangkitan kuasa rakyat sedang melanda ke seluruh Jazirah Arab menentang regim-regim diktator, rasuah, zalim dan tidak demokratik yang menindas majoriti rakyat dengan polisi-polisi mengekang kebebesan bersuara, hak asasi dan melakukan jenayah terhadap kemanusiaan.

Kebangkitan ini dengan demonstarsi besar-besaran rakyat memenuhi jalanraya berlangsung di Tunisia. Mesir. Algeria, Kuwiat, Jordan dan lain-lain negara umat Islam. Ia fenomena yang membimbangkan negara-negara diseluruh Semenanjung Arab.

Negara-negara umat Islam lain sedang memperketatkan kawalan keselamatan dengan menambahkan kehadiran pasukan keselamatan di lokasi-lokasi strategik bagi membendung kebangkitan. Negara-negara ini turut merasakan tempias bahang kebangkitan rakyat ini.

Regim-regim ini yang mengamalkan dasar keras dan kukubesi yang hampir sama berada dalam kebimbangan melihat kebangkitan di Tunisia dan di beberapa negara umat Islam.

Negara-negara ini bimbang teori domino bakal berlaku. Selepas Tunisia akan muncul kebangkitan rakyat di negara mereka. Reaksi dari kebangkitan di Tunisia mulai dirasakan di Mesir, Kuwiat, Algeria, Jordan apabila rakyat negara-negara ini berhimpun berdemonstrasi menggerakkan perjuangan kebangkitan rakyat.

Kebangkitan rakyat di Tunisia yang bermula sejak sebulan lalu kerana membantah polisi kerajaan yang tidak dapat mengadakan pekerjaan kepada golongan muda yang terpelajar di negara itu sehingga menyebabkan kadar pengangguran di Tunisia begitu tinggi sedangkan elit pemerintah memperkayakan diri dan keluarga mereka. Jurang pemisah antara yang kaya dengan yang miskin terlalu jauh.

Polisi kerajaan terus memperkayakan yang kaya dan yang miskin terus menjadi miskin. Kekayaan hanya berkisar di sekitar kalangan pemerintah dan konco-konconya.

Kenaikan kos sara hidup dengan harga barangan keperluan asas yang tinggi tambah memarakkan suasana penentangan rakyat untuk keluar ke jalan-jalan raya berdemonstrasi.

Perbuatan rasuah, kezaliman dengan tindakan mengekang kebebasan bersuara dengan mengawal ketat dan menguasai media, memenjarakan ahli-ahli politik yang tidak sehaluan dengan kerajaan telah menimbulkan keresahan rakyat yang akhirnya keluar kejalanraya berdemonstrasi menyebabkan regim diktator presiden Zine El-Abidine bin Ali atau lebih dikenali sebagai Ben Ali ditumbangkan. Ben Ali lari meninggalkan Tunis dan kini tinggal dalam buangan di Saudi Arabia.

Kuasa rakyat berjaya menumbangkan pemerintahan Ben Ali selama 23 tahun. Ben Ali memerintah secara autokratik sejak rampasan kuasa tanpa menumpahkan darah pada tahun 1987. Regim Ben Ali selama pemerintahannya menyekat aktiviti politik pembangkang dan ramai penentang-penentang politiknya dipenjarakan.

Salah seorang tokoh pimpinan Pergerkan Islam Tunisia, Rachid Ghannuchi kini berada di London tinggal dalam buangan bagi mengelak dari ditangkap apabila Ben Ali mengharamkan beberapa buah parti politik pembangkang.

Apa yang mengambil tempat di Tunisia bagaikan satu ledakan bom jangka dan ia memungkinkan ledakan bom jangka akan berlaku di beberapa buah negara umat Islam lain di rantau Timur Tengah kerana setail pemerintahan regim-regim ini hampir sama dengan cara pemerintahan kuku besi di Tunisia.

Di Tunisia, segala-galanya bermula apabila seorang pemuda terpelajar yang menganggur sedang menjual barangan tanpa mempunyai permit, lalu dia ditahan polis dan barangannya dirampas. Pemuda ini bertindak membakar diri kerana membantah dan dia akhirnya meninggal dunia. Permulaan inilah yang memercikkan api kebangkitan rakyat yang menukar lanskap politik Tunisia.

Peniruan perbuatan ini berlaku di Mesir dan di Algeria, apabila saorang anak muda di Mesir dan di Algeria cuba membakar diri masing-masing sebagai tindakan memprotes situasi politik dan ekonomi di kedua buah negara umat Islam itu. Ia menandakan bahawa rentetan tragedi berdarah di Tunisia menyeberangi melampaui sempadan Tunisia, mengheret seluruh Jazirah Arab.

Demonstrasi turut mengambil tempat di Jordan dan Kuwiat tetapi laporannya sengaja tidak diperbesar-besarkan. Apa yang berlaku di Tunisia membimbangkan negara-negara umat Islam lain termasuk Saudi Arabia, negara Ben Ali sedang mendapat perlindungan politik.

Perkembangan politik di Asia Barat berlangsung begitu cepat. Regim di Mesir dibawah Presiden Hosni Mubarak setakat ini dapat membendung situasi yang diilhami dari Tunisia walaupun sebelum kebangkitan rakyat di Tunisia, berlaku tunjuk perasaan kalangan aliran koptik kristian di Mesir yang memprotes kejadian pengeboman di gereja mereka menjelang perayaan hari Krismas. Demonstrasi di Algeria, Jordan dan Kuwiat juga setakat ini dapat dikawal.

Regim sementara telah dibentuk oleh Perdana Menteri (PM) Mohammad Ghannuchi yang memasukkan beberapa orang tokoh pemimpin pembangkang dalam kabinet tetapi meninggalkan tokoh pergerakan Islam terutama Rachid Ghannuchi. Tanpa penyertaan pergerakan Islam dalam kerajaan yang dipanggil sebagai kerajaan perpaduan, tidak akan menyelesaikan konflik politik di Tunisia. Kebanyakan anggota kabinet kerajaan sementara ini masih lagi muka-muka lama yang ada kaitannya dengan Ben Ali. Mereka memegang portfolio penting Pertahanan, Dalam Negeri, kewangan dan Luar Negara.

Keanggotaan kabinet sementara ini menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat yang menumbangkan regim Ben Ali dan akibatnya kemungkinan demonstrasi jalanan akan diteruskan, walaupun keadaan dikatakan terkawal.

Perlembagaan Tunisia menghendaki pilihanraya diadakan dalam masa 60 hari selepas penubuhan kerajaan sementara. Pentadbiran Mohammad Ghannuchi yang merupakan rakan Ben Ali dijangka akan membuat beberapa pembaharuan politik yang akan membuka ruang parti-parti pembangkang mengambil bahagian dalam pilihanraya. Di era pemerintahan Ben Ali ada parti politik pembangkang yang diharamkan dan ada pula yang dibenarkan. Tindakan Ben Ali ada kaitannya untuk membendung kebangkitan Islam di Tunisia dan Ben Ali merupakan sekutu AS dan barat yang akrab.

Kelangsungan kebangkitan rakyat di Tunisia telah menukar lanskap politik di Jazirah Arab. Ia memberi harapan kepada kebangkitan Islam di negara itu dan di negara umat Islam yang lain di rantau itu. Perkembangan di Tunisia sedang mendapat perhatian serius AS dan barat yang bimbang dengan kemunculan pergerakan Islam menjadi tenaga politik berkesan di negara itu.

Bersama dengan perkembangan di Tunisia dan negara-negara di rantau itu yang sedang menerima percikan bahang kebangkitan rakyat itu, berlaku dua perkembangan politik penting yang lain iaitu referendum pemisahan Selatan Sudan yang akan menjadikan Sudan terbahagi dua, Utara Sudan bermojoriti penduduk Islam yang berpusat di Khartoum dan Selatan Sudan bermajoriti penganut kristian. Perkembangan terakhir di Sudan ialah penangkapan pemimpin pergerakan Islam Sudan, Hassan Turabi oleh regim Omar Al-Bashir di Khartoum.

Satu lagi perkembangan yang menegangkan suasana di Timur Tengah ialah tumbangnya kerajaan Saad Hariri di Lubnan, apabila kabinet yang disertai blok Hizbulllah dan sekutunya seramai 11 orang meninggalkan kerajaan dan tidak akan menerima lagi Saad Hariri menjadi PM.

Tindakan Hizbullah berikutan penerimaan tribunal antarabangsa oleh Saad Hariri yang dianggap Hizbullah bertujuan untuk mengaitkan beberapa pemimpin mereka sebagai mereka yang terlibat dalam mendalangi pembunuhan PM Rafik Hariri pada 2005. Rafik Hariri ialah ayah kepada Saad.

Penerimaan tribunal adalah atas desakan dan tekanan AS dan barat yang ada kaitannya dengan tuntutan regim zionis untuk mengasingkan Hizbullah yang mempertahankan Lubnan dari serangan regim zionis dalam perang yang dilancarkan terhadap pergerakan Hizbullah dua tahun lalu.

Segala perkembangan ini meletakkan rantau Timur Tengah dan negara-negara umat Islam terus berada dalam kancah sengketa, konflik dan perang. Semuanya kerana akibat penglibatan AS dan barat.
----------------------------------------

Penulis adalah bekas Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu. Pernah menjadi Setiausaha Akhbar Presiden PAS dan juga Ketua Pengarang Harakah. Beliau menulis dua kali seminggu untuk Harakahdaily.

Read more ...