Sunday, April 10, 2011

"tidak guna untuk orang India berada di sini, bunuh dia baru dia tahu"- Ucapan calon BN tiru gaya politik Umno

KUCHING: Naib Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Peter Nyarok kini menjadi sasaran kemarahan apabila didakwa bukan sekadar mengeluarkan kata-kata menghasut, tetapi turut mengugut seorang pemimpin PKR dari Semenanjung Malaysia.

Bungan Ekie, Setiausaha PKR Cabang Saratok telah membuat laporan polis terhadap Nyarok minggu lalu di Pejabat Polis Saratok.


Nyrok, yang akan mempertahankan kerusinya di Krian untuk kali keempat, dipercayai telah mengeluarkan kata-kata,
"nadai guna Tambi nya ditu, temu bunh enggau iya" sehari sebelum hari pencalonan.

Kata-kata tersebut bermakna
"tidak guna untuk orang India berada di sini, bunuh dia baru dia tahu".

Nyarok merujuk kepada kehadiran Jeyakumar, ahli exco kerajaan Selangor yang berada di Saratok untuk memberi sokongan kepada calon PKR Ali Biju dalam pemilih raya di Krian.


Calon lain yang bertanding untuk kerusi ini ialah Anthony Liman dari Parti Nasional Sarawak (SNAP) dan Banyie Anak Briak, calon bebas.


Nyarok juga dipercayai telah mengulangi kata-kata serupa apabila beliau bertemu muka dengan Jeyakumar sepanjang kempen itu.


Tiga Tuai Rumah (ketua rumah panjang) turut yang hadir ketika Nyarok mengucapkan kata-kata hasutan itu. Dalam laporannya, Bungan meminta polis untuk menyiasat tanpa pilih kasih atau takut.




Mengugut pengundi


Nyarok yang merasakan kepanasan kempen kali ini memberi amaran kepada ketua rumah panjang bahawa jika 'anembiaks'pengikut) mereka memilih untuk mengundi pembangkang, dia akan menggunakan kuasa menterinya untuk menarik balik projek-projek kecil luar bandar yang tekah dijanjikan kepada rumah-rumah panjang.


Dia turut mencurigai semua orang termasuk kakitangan awam negeri, guru dan pesara jika mereka tidak terbuka menyatakan sokongan mereka kepadanya.


Enam orang penjawat awam telah dipindahkan dari Saratok ke bahagian lain dari Sarawak sebagai amaran kepada yang lain. Ia juga mengancam akan menarik pencen bagi pesara.


“Nyarok tidak pernah berkelakuan sebegini dalam pilihan raya sebelum ini. Ia mungkin kerana beliau tidak pernah mengotakan janji-janjinya yang pernah dibuat kepada orang ramai.


"Dalam pilihan raya negeri Sarawak 2006 dia telah menjanjikan beberapa projek termasuk projek pembaikan jalan di Ulu Krian dan telah menghantar tiga lori untuk menghantar batu. Dia berjanji untuk menghantar lebih banyak lagi jika dia memenangi pilihanraya ketika itu.


"Namun, selepas memenangi pilihan raya, ia gagal menepati janjinya. Batu-batu itu telah dipindahkan dan ditarik balik," kata Bungan.

Dia juga berjanji untuk memberikan mesin membuat getah keping, gergaji dan peralatan kerja, tetapi sehingga hari ini rakyat tidak menerima apa-apa.


“Semua isu-isu ini termasuk hak tanah adat (NCR) telah ditimbulkan sepanjang kempen,”
kata Bungan.

Dari tiga calon, Ali Biju memberikan cabaran yang kuat kepada 11,000 pengundi , di mana 96% daripada pengundinya adalah kaum Iban.


Dalam pilihan raya terakhir, Nyarok selesa mengalahkan lawannya, Stanley Jugol daripada SNAP. Dia mendapatkan 4,784 undi berbanding lawannya yang mendapat 2,695 undi.



Kredit : FMT

Read more ...

'No money no money for you' lagu khas Untuk Taib

Sambutan pengundi pada Pakatan luar biasa

KUCHING, 11 April: Ceramah Pakatan Rakyat di Batu Kawa di sini malam tadi mempamerkan sokongan luar biasa rakyat apabila dihadiri hampir 10,000 orang.

Kehadiran barisan penceramah 'Top Gun' Pakatan Rakyat iaitu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, membuatkan jalan menuju ke bandar Kuching sesak.

Untuk ke tempat ceramah yang diadakan kawasan lapang di Batu Kawa Bridge itu, orang ramai terpaksa mengharungi kesesakan hampir 5 kilometer.

Mereka yang rata-rata masyarakat tempatan terpaksa meletakkan kereta jauh, dan berjalan kaki menuju ke tempat ceramah.

"Ini sangat menakjubkan. Tak pernah macam ni sebelum ini. Ini lebih panjang dari nak berjalan ke konsert rock" kata seorang wanita China yang berjalan menuju ke tempat ceramah.

Ditanya jangkaannya kenapa rakyat keluar begitu ramai, beliau berkata rakyat khususnya di kawasan bandar sememangnya sudah bosan dengan sikap pemimpin BN khususnya Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud.

"Kamu lihat betapa sanggup kami berjalan. Taib Mahmud sudah melampau, cukup la dia, kami mahu ubah," katanya lagi.

Pilih pemimpin amanah

Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam ucapannya pula mahu rakyat di negeri ini memilih pemimpin yang amanah dan tidak mengkhianati rakyat dan tidak melakukan kemungkaran di bumi Allah.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, apa yang sudah terbukti, Pakatan Rakyat telah mempamerkan urus tadbir yang baik di negeri yang diperintah mereka termasuk Kelantan yang diperintah sudah lebih 20 tahun dengan menerapkan nilai agama Islam.

"Pilihan raya ini tempat kita nak pilih pemimpin yang baik dan amanah.

"PAS berkawan dengan DAP dengan PKR dan berjanji untuk menjaga rakyat dengan lebih baik.

"Jadi pilih calon Pakatan Rakyat. Kalau calon DAP bertanding, pangkah DAP, kalau PKR tanding, pakah PKR, kalau PAS tanding pakah PAS,"katanya sambil mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Buaya dua kaki

Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang ketika berucap, turut menyeru rakyat agar memilih calon DAP di Dun itu Christina Chew yang boleh menangkap 'buaya dua kaki' yang sering memakan harta rakyat negeri ini.

"Di Sarawak ada banyak sungai, dalam sungai ada banyak buaya, bukan buaya 4 kaki, tapi buaya dua kaki.

"Kalau 4 kaki takpa, kita boleh tembak saja tapi ini buaya dua kaki, kita kena undi Christina untuk ajar itu buaya dua kaki,"katanya yang juga setiausaha DAP.

Sambil menyeru rakyat agar berhenti memberi mandat kepada BN, beliau juga mahu rakyat jangan terus tertipu dengan janji Taib yang mahu jadikan Sarawak negeri terkaya.

"Nak jadi kaya mesti zero corruption, kalau tidak, you zero income",tegasnya.

Beliau turut mengajak hadirin menukar rangkap lagu 'I want nobody nobody but you' nyanyian Wonder Girls kepada 'No money no money for you' untuk ditujukan kepada Taib Mahmud.

Najib cuba selamatkan Taib

Anwar yang juga Ketua umum PKR pula membidas kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri berkempen ke Sarawak.

Sambil menyifatkan ianya sejarah dalam pilihan raya Sarawak, ianya juga memberi maksud BN terlalu takut dengan kuasa rakyat yang kini sudah tidak boleh menerima lagi Taib Mahmud.

Sebab itu beliau menyifatkan kehadiran Najib adalah untuk selamatkan Taib.

Read more ...

Kenapa Khairy tak senang duduk ?

Khairy Emosi Dan Mengelupur Di Sebalik VCD Lucahnya?


Tanpa membaca kenyataan penuh Chegubard yang dipublish pada 7 April lalu, Khairy mungkin saja panik dan mungkin juga dengan gelabah puyuh mengarahkan budak-budak suruhannya membuat laporan polis ke atas Chegubard.

Kenyataan Chegubard menyentuh perihal video seks yang dikatakan milik khairy. Namun chegubard menegaskan sekerasnya betapa politik lucah harus dihentikan segera, merujuk kepada tindakan chegubard memusnahkan seberapa banyak vcd yang ada ketika kempen PRU2008.

Jika hari ini politik UMNO membenarkan penayangan video seks di beberapa hotel terkemuka sekitar ibu negara walaupun video itu fitnah kepada DSAI, Chegubard pernah memilih untuk tidak menggunakan bahan serupa untuk kempennya menentang khairy. Tindakan chegubard pada tahun 2008 adalah hujah penting beliau bagi menyeru politik selak kain dihentikan. Beliau juga dilihat konsisten dalam isu ini termasuk ketika berdepan dengan kes video Chua Soi Lek yang boleh ke blog beliau dan rujuk kenyataan beliau ketika itu yang tersiar dalam blognya.

Tetapi malangnya kenyataan Chegubard telah disalah tafsir oleh seorang Yang Berhormat lepasan Oxford. Secara terus Khairy menuduh Chegubard mengedar video seks tersebut ketika kempen PRU2008 dalam laman twitter miliknya.

Di bawah adalah twitter KhairyKJ yang menuduh Chegubard mengedar Video lucah miliknya pada tahun 2008 di Paroi;
@chegubard Kamu yang edar video palsu tu di Paroi masa PRU2008 hari ni pula nak tolak politik lucah. Tolong la Barrrd... Hipokrit betul.

Apa yang menjadi persoalan di sini, mengapa Khairy tidak membuat sebarang laporan polis ke atas Chegubard apabila mengetahui 'kononnya' Chegubard mengedarkan video seks yang pelakonnya iras-iras Khairy.

Sedangkan ketika PRU lepas jentera Bn telah membuat beberapa laporan polis ke atas cheGuBard khususnya apabila ada mahasiswa turut menyertai jentera menentang Khairy di Rembau.

Telah ditegaskan, video seks tersebut asalnya adalah dari kumpulan UMNO yang amat membenci Khairy. Jangan kita lupa bagaimana Khairy di 'boo' beberapa kali ketika diangkat sebagai ketua pemuda suatu masa dulu. Kumpulan ini sanggup membekalkan beberapa bahan untuk kempen chegubard termasuklah video yang dimaksudkan. Tetapi di atas prinsip menolak politik selak kain, Chegubard mengarahkan jenteranya memusnahkan bahan tersebut.

Sememangnya puak-puak UMNO memang gemar mengedar bahan-bahan lucah bagi membunuh karier politik seseorang pemimpin yang dirasakan mengancam kepentingan mereka waima pemimpin di dalam parti sendiri.

Beberapa jam selepas chegubard keluar kenyataan di blognya yang bertajuk "SAMM : Hentikan Politik Lucah Segera!!", satu laporan polis telah dibuat oleh pemuda UMNO umpama ketua pemudanya seperti cacing kepanasan.

Sekali lagi saya timbulkan persoalan, mengapa tidak buat laporan polis pada tahun 2008 jika benar chegubard mengedar video tersebut sebagai bahan kempen? Laporan polis hanya dibuat di atas kenyataan chegubard yang tajuknya menggesa politik lucah dihentikan!

Seraya itu juga, dengan pantas setiausaha PKR Rembau iaitu Norazizi telah dihubungi oleh seorang pegawai penyiasat polis yang bernama Omar. Difahamkan pihak penyiasat sebenarnya belum lagi membaca kenyataan penuh Chegubard, tetapi oleh kerana pihak pemuda UMNO yang membuat report maka pihak polis begitu melulu dalam menjalankan tugasnya. Gelagat pihak polis tidak ubah seperti telah diperkudakan untuk kepentingan seseorang.

Beberapa tweet yang mempersoal 'mengapa KJ tidak membuat laporan polis pada 2008' tidak dijawab oleh Khairy. Apakah maknanya diam membisu walaupun sebelumnya beberapa kali mengicau tweet dalam isu yang sama?

Perlu diingat, melalui twitter Khairy yang tertera di atas, ia menunjukkan Khairy juga sedar video itu wujud apabila membuat tuduhan terhadap Chegubard bahawa pengedaran video itu kononnya berlaku.

Khairy dinasihatkan jangan terlalu angkuh dalam isu video lucah ini dan jangan tersalah langkah dalam mengatur gerak. Chegubard mungkin saja telah memusnahkan semua kepingan vcd tersebut pada tahun 2008, namun tidak mustahil 'jika' masih ada satu salinan buat kenang-kenangan.

Apa yang salahnya menyimpan video lucah apatahlagi menayangkan di dalam bilik hotel untuk tontonan wartawan terpilih. Asalkan ia tidak bertujuan mengaut keuntungan, ia boleh sahaja berlaku dalam negara Islam Malaysia kita ini. Terima kasih kepada Nazri!

Buat Khairy, gambar kamu 'bergembira' di Kelab Malam disebar oleh kawan-kawan kamu, gambar kamu beraksi 'maknyah' juga disebar oleh kawan-kawan kamu... Apa lagi yang kawan-kawan kamu miliki yang akan disebarkan... Cuma ketika gambar-gambar tersebut tersebar tiada pemimpin PR yang ambil jadi modal politik.

EDYES @ edyesdotcom
http://edyesdotcom.blogspot.com

Read more ...

Laungan 'Ubah Perintah' bergema di Kuching




KUCHING 11 APRIL : Siri kempen Pakatan Rakyat dalam pilihanraya negeri ke-10 mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat Bumi Kenyalang walaupun tempoh kempen masih berbaki lima hari.

Sama ada di Kampung Samariang atau di Kampung Sorabaya, Pantai Damai mahupun Batu Kawah rakyat daripada pelbagai suku kaum Melayu, Cina, Melanau dan Iban berpusu-pusu menuju ke lokasi ceramah Pakatan Rakyat hingga bersesak untuk mendapat tempat berdiri.

Di Batu Kawah lebih 20,000 berhimpun mendengar kempen pemimpin- pemimpin Pakatan terutama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sehingga menyebabkan kesesakan trafik sepanjang lebih 15 kilometer.

Di Kampung Sorabaya lebih 3,000 pengundi Melayu berkumpul dengan penuh semangat menghayati amanatnya.

Isu yang diketengahkan beliau adalah ringkas dan senada sepanjang jelajah beliau ke seluruh negeri Sarawak sejak 29 Mac lalu - tanah dan balak.

Berputar sekitar dua isu asas yang bersangkutan dengan hidup mati dua juta rakyat Sarawak, Anwar mendedahkan kepincangan, salah guna kuasa serta kerakusan pemimpin Barisan Nasional yang diketuai oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud atau lebih dikenali sebagai Pak Uban atau Pek Moh dalam istilah bahasa Cina.

Di bandar dan di kampung bermula di Kuching, Sibu, Miri, Bintulu, Lawas, Sri Aman Anwar membuat perbandingan di antara kehidupan mewah dan kekayaan melimpah ruah yang dinikmati oleh segelintir kecil pimpinan BN dan kesengsaraan dan kemiskinan yang membelit kehidupan rakyat marhaen tanpa mengira kaum.

Anwar mahu rakyat Sarawak menghilangkan rasa takut dan bangun menuntut sekaligus mempertahankan hak dan harta mereka dari terus dieksploitasi oleh BN sejak hampir 50 tahun lalu.

Beliau juga mahu rakyat memikirkan bagaimana sebuah negeri yang paling kaya ketika menyertai Persekutuan Malaysia pada 1963 kini menjadi negeri keempat termiskin di Negara ini.

Logiknya keadaan ini sepatutnya mustahil berlaku kerana Sarawak mempunyai kekayaan semulajadi yang luarbiasa dalam bentuk minyak, gas, balak, keluasan tanah yang menakjubkan.

Bagaimanaoun hakikatnya 48 tahun berada dalam Persekutuan, BN gagal bukan sahaja menjaga amanah hasil bumi Sarawak malah melapahnya untuk kepentingan sendiri.

Kini, kata beliau, BN terpaksa menghadapi rakyat bagi kali yang ke-10 untuk mendapat mandat baru memerintah negeri ini pada 16 April depan dan hanya rakyat yang berkuasa menjadikan laungan “tukar perintah” menjadi kenyataan.

Read more ...

Terdesak nak menang, BN sanggup jadi parti Tupperware

Kekecohan rebut Tupperware di ceramah PM ?

najib rally kuching 100411Kekecohan berlaku di stadium tertutup MBKS malam tadi selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razal meninggalkan tapak perhimpunan ceramahnya kerana hadirin berebut cuba mendapatkan 'ole-ole' yang dibawanya - iaitu bekas makanan dan minuman berjenama Tupperware.

Ketika 2,000 orang beredar dari stadium itu, ratusan lagi mengerumuni pintu masuk untuk merebut bag 'ole-ole' yang diberikan secara percuma itu.

Bag itu mengandungi poster Najib dan sama ada sebuah bekas makanan atau minuman daripada jenama terkenal Tupperware.

Apabila keadaan menjadi tidak terkawal, beberapa pekerja terpakasa memindahkan kotak-kotak barangan itu daripada pintu masuk.

Jatuh tergolek

Sebaik sahaja kotak yang dibawa mencecah lantai, puluhan orang lagi akan menyerbu ke arah tersebut. Kebanyakan mereka adalah golongan berusia dan kanak-kanak yang terus mengoyakkan kotak itu dan merampas 'ole-ole' yang ada.

najib rally kuching 100411 tumblersDalam kekecohan itu, ramai yang jatuh. Seorang wanita tua dilihat tergolek di lantai tetapi terus berpegang erat kepada bag yang berjaya diambilnya itu.

Wartawan dan anggota polis yang berada di lokasi tercenggang melihat kejadian yang tidak disangkakan dan ada yang menasihatkan orang ramai supaya bersabar menunggu giliran mendapat hadiah daripada BN itu.

Seorang hadirin memberitahu Malaysiakini bahawa beliau datang apabila terbaca di akhbar mengenai program anjuran BN yang menjemput semua penduduk sekitar Kuching.

“Ada makanan dan hadiah percuma. Sesiapa pun akan datang,” kata lelaki pertengahan umur yang tidak mahu namanya disiarkan.

Ditanya sama ada beliau datang untuk menyokong perdana menteri dan BN, lelaki itu berkata dia hadir untuk melihat wajah Najib secara dekat.

najib rally kuching 100411 foodSeorang wanita tua pula berkata, beliau dan penghuni sebuah rumah pangsa dibawa dengan bas dari Jalan Ban Hock. Katanya, akibat kekecohan itu, dia gagal mendapat bag 'ole-ole' BN itu.

Sebelum majlis bermula, semua hadirin diberikan sehelai kemeja T 1Malaysia dan diminta menyarungkannya ketika itu juga. Hadirin juga diberikan burger dan air minuman botol.

Read more ...

Penyangak di Bumi Sarawak menekan rakyat

Kisah masyarakat Orang Asal seperti pengalaman pahit Minggat Anak Nyakin dan anak lelakinya Juan Anak Minggat dalam mempertahankan tanah adat milik mereka telah meyakinkan banyak pihak bahawa penggunaan samseng dan kekerasan adalah suatu instrumen dasar yang digunakan oleh Kerajaan BN, yang menaja syarikat-syarikat pembalakan.

Biarpun samseng dan kekerasan amat berleluasa di negeri Sarawak, tetapi Kerajaan Negeri Sarawak pimpinan Taib Mahmud berpura-pura menganggap kejadian ini terpencil dan luar biasa.

Begitu juga, meskipun laporan pertubuhan bukan kerajaan yang berpangkalan di Switzerland, Tabung Bruno Manser (BMF) telah mengeluarkan senarai 49 firma di empat benua di seluruh dunia yang didakwanya berkaitan dengan Taib Mahmud dan keluarganya, dan pendedahan satu per satu dilaporkan dalam Sarawak Report berhubung skandal yang melibatkan Taib Mahmud, Kerajaan BN pimpinan Najib Razak juga berpura-pura menganggap tidak perlu diambil tindakan.


PEMERINTAHAN PENYANGAK DI BUMI SARAWAK

Gambar-gambar Minggat Anak Nyakin dan anak lelakinya Juan Anak Minggat yang sungguh memilukan umum di seluruh dunia telah menceritakan sendiri tentang masalah-masalah di Sarawak. Kedua-dua anak beranak ini telah dicederakan dengan teruknya pada malam 14 Februari 2011 oleh para pembalak, yang telah mencerobohi hutan di tanah hak adat mereka.

Minggat telah ditinggalkan nyawa-nyawa ikan di anak-anak tangga pejabat pengurus syarikat dan kini menunggu masa untuk pulih sepenuhnya bagi membolehkan beliau menceritakan kejadian yang menimpanya, manakala anaknya pula berjaya merangkak untuk melarikan diri di dalam malam yang gelap, untuk mendaptkan bantuan kaum keluarganya di rumah panjang.

Nasib masih menyebelahi mereka kerana kedua-dua mangsa berkenaan sedang dirawat di hospital di bawah kawalan rapi polis, kerana mereka direman atas kejadian itu. Sementara itu, tiada sebarang siasatan atau tangkapan dilakukan ke atas para penyerang mereka, walaupun ibu pejabat mereka di Sungai Rusa dikenali ramai.

Sebelum itu, Minggat dan keluarganya pernah membuat banyak laporan polis beberapa tahun yang lalu mengenai pembalakan haram yang dijalankan di kawasan mereka tetapi polis tetap berdiam diri.

Hak-hak Orang Asal tidak dihiraukan oleh pihak-pihak yang berwibawa

Ketidakadilan yang dialami oleh Minggat dan keluarganya adalah perlakuan pihak-pihak yang memerintah. Isteri Minggat, Jelembai, yang mengatakan bahawa suaminya mempunyai peluang yang tipis untuk pulih sepenuhnya, telah memberikan keterangan kepada Radio Free Sarawak dalam temubual eksklusif:

“Semua orang kini gentar menghadapi samseng-samseng ini”

Menurut Jelembai, suaminya pernah beberapa kali membuat laporan mengenai pembalakan haram itu kepada pihak-pihak polis, Jabatan Tanah dan Survei dan Jabatan Kerja Raya, dan sehingga bulan Disember tahun lalu, di mana dia mengadu bahawa kawasan-kawasan huma dan denai-denai ke dusun mereka dirosakkan oleh para penceroboh itu.

Namun, pihak-pihak tempat mereka mengadu itu langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi untuk mengambil apa-apa tindakan ke atas samseng-samseng yang mengasari dan juga mencerobohi kawasan komuniti Iban itu.

Setelah tidak tahan lagi dengan pencerobohan yang berterusan ke atas tanah NCR mereka di Sungai Rusa dan Sungai Kuba (Kiba), kedua-dua beranak berkenaan telah memutuskan untuk berjumpa pihak pengurusan syarikat pembalakan pada petang 14 Februari.

Mereka berharap dapat merundingkan sebarang pampasan-pampasan dari pihak syarikat. Namun tujuan mereka ke pejabat syarikat berkenaan telah mendedahkan mereka kepada serangan.

Kegagalan pihak polis

Jika pihak polis ingin memelihara keamanan, mereka seharusnya telah bertindak dan mengambil inisiatif untuk mengadakan lawatan ke kem pembalakan berkenaan, dan seterusnya mengadakan perbincangan dengan pihak syarikat. Namun, memandangkan pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan untuk membantu komuniti, kedua-dua Minggat dan anaknya telah mengambil keputusan untuk menghadapi para pembalak itu.

Serangan yang telah dikenakan ke atas kedua-dua Minggat dan Juan telah menunjukkan betapa yakinnya syarikat-syarikat pembalakan bahawa kegiatan pembalakan haram mereka tidak dapat dihentikan oleh sesiapa.

Para samseng ini merupakan penguatkuasa kepada dasar Taib untuk merampas hak-hak orang tempatan, dan pihak polis dan pihak-pihak berwibawa yang lain kini tahu bahawa pemeliharaan undang-undang bukanlah tanggunjawab mereka lagi.

Pemerintahan gerombolan penyangak

Sarawak Report kini telah percaya bahawa penggunaan samseng dan kekerasan adalah suatu instrumen dasar yang digunakan oleh Kerajaan BN, yang menaja syarikat-syarikat pembalakan. Samseng dan kekerasan amat berleluasa di negeri Sarawak, dan BN tidak boleh berpura-pura menganggap kejadian ini terpencil dan luar biasa.

Hanya pada hujung minggu lalu sebuah kejadian yang menakutkan telah dialami oleh penduduk-penduduk Rumah Ranggong, di mana terdapat segerombolan samseng yang diangkut menggunakan dua buah bas telah diletakkan dalam keadaan berkawal di hadapan rumah-rumah panjang berkenaan.

Para penduduk percaya bahawa samseng-samseng itu telah diupah oleh syarikat Niamas Istimewa Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat BLD Resources, yang membalak di kawasan berkenaan untuk menakut-nakutkan para penduduk di situ. Pada kejadian ini pihak polis telah mengadakan lawatan ke tempat kejadian, dan kedua-dua pihak telah berada jauh di antara satu sama lain.

Tetapi kenapakah samseng-samseng yang bersenjata itu tidak dihantar balik ke Sibu, dan syarikat pembalakan penaung mereka tidak disiasat? Ini kerana selama bertahun-tahun lamanya orang-orang seperti ini telah digunakan oleh Taib Mahmud untuk melakukan kerja-kerja kotor di seluruh bumi Sarawak.

Misi mereka hanyalah untuk menimbulkan rasa takut di kalangan orang-orang tempatan dan empunya tanah-tanah NCR supaya kroni-kroni Taib dapat membalak dan menjual kayu-kayu bernilai tinggi untuk membolehkannya dan juga keluarganya bertambah kaya.

Kini kekerasan yang mereka lakukan telahpun dirakamkan, dan taktik-taktik sedemikian tidak dapat mereka lakukan secara tersembunyi.

Akhirnya mereka membalas serangan

Pada bulan lepas sebuah perkampungan telah diberikan amaran menerusi telefon bimbit bahawa segerombolan samseng 20 orang telah dihantar untuk menakut-nakutkan komuniti di situ, dan dengan panggilan-panggilan telefon komuniti di situ berjaya mendapat sokongan seramai 500 orang kampung untuk mengelilingi dan menangkap para penceroboh mereka itu. Kes-kes seperti inilah yang ditentang hebat di mahkamah dengan bantuan ketua pembangkang PKR, peguam hak asasi orang asal Baru Bian dan rakan-rakan peguam hak asasi kemanusiaannya.

Dan pada hari juga sebuah lagi kes tanah NCR telah yang menang menentang Kerajaan Negeri di mahkamah Kuching dan jumlah pampasan yang besar dijangka akan dituntut daripada syarikat pembalakan yang terbabit. Masa berlalu begitu pantas untuk Abdul Taib Mahmud.


Sarawak Report

Read more ...

Najib menekan , Taib Mahmud tertekan!

PANAS!! Pilihanraya DUN Sarawak: Taib Mahmud Makin Tertekan!!


Berita yang baru disahkan !

Sah!


Taib Mahmud semakin tertekan!


Selepas kenyataannya berhubung isu Alkitab yang mencetuskan "perang media" antaranya dengan Najib Altantuya, hari ini dek kerana melepaskan geram, laman web berpengaruh, Sarawak Report pula digodam!


Setakat jam 935 malam ini, ia masih belum dapat diakses.


Jalan Pulang
akan cuba membawakan perkembangan terkini kerana kami difahamkan ia mengalami serangan teruk pada sistem capaian terhadap akses menggunakan IP (Internet Protocol) yang biasa digunakannya.

Mujurlah sistem
backup pada pelayan masih berfungsi, jika tidak kesemua fail pautan kepada sistem capaian pelayan yang berpusat di London ini akan terjejas teruk.

S'wak Report jadi sasaran serangan hebat siber


Laman web anti-Taib Mahmud - Sarawak Report - yang menyiarkan artikel dan pendedahan terhadap ketua menteri Sarawak itu, menjadi sasaran serangan hebat siber semalam.

Malah, usaha Malaysiakini untuk mengakses ke laman web tersebut juga tidak berjaya.


"Ya, kami boleh mengesahkan laman web kami menjadi mangsa satu serangan besar," kata pengasasnya, Clare Rewcastle Brown kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.


Brown berkata serangan tersebut semakin meningkat sepanjang minggu lalu, dan ianya memuncak semalam di UK dan kemudiannya merebak ke seluruh tempat.


Katanya, pakar internet berkata ianya ialah serangan DDos
(Distributed Denial of Service), jenis yang menyerang Wikileaks sebelum ini.

Melalui serangan DDoS, program-program di server atau komputer peribadi akan menghujani berulangkali pada server laman web dengan permintaan untuk melayari laman web terbabit, sehingga melepasi tahap kemampuan responnya.


Brown membayangkan beliau percaya serangan itu mungkin berasal dari Taib atau BN.

Read more ...

Perkasa kemaskan organisasi bersiap menjadi perkakas Umno

MAI KITA TENGOK ORANG BARU YG TAK AKAN JADI PERKAKAS UMNGOK!!!

syed hassan syed ali
Mesyuarat PERKASA pusat hari ini juga melantik ketua PERKASA Wilayah Persekutuan yang baru serta pengganti jawatan bendahari badan tersebut.

Mesyuarat hari ini melantik Irwan Fahmi Ideris sebagai ketua wira baru, manakala Datin Paduka Norkhaila Jamaluddin sebagai ketua wiranita.

Irwan yang sebelum merupakan naib ketua wira, dilantik menggantikan Arman Azha Abu Hanifa, manakal Norkhaila pula menggantikan Raihan Suleiman.

Menurut setiausaha agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali (kanan), Sharifuddin Abdul Hamid dilantik sebagai yang dipertua PERKASA Wilayah Persekutuan yang baru.

"Beliau menggantikan Datuk Mokhtar Samad yang sibuk dgn tugasnya sebagai Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia," kata Syed Hassan dalam satu kenyataan.

Katanya, jawatan bendahari PERKASA diisi oleh seorang usahawan, Dr Marzuki Ibrahim, menggantikan Datuk Shuaib Lazim yang tidak berapa sihat sejak kebelakangan ini.

Mesyuarat hari ini juga, katanya, memutuskan untuk mewujudkan badan pemantau prestasi bumiputera(PEMANTAU).

"Badan ini akan diketuai oleh pengerusi biro ekonomi PERKASA yang juga naib pengerusi PERKASA, Dr Zubir Harun. Ahli jawatankuasanya terdiri daripada beberapa pimpinan NGO Melayu dan bumiputera yang telah bersetujui untuk bersama," katanya.

Syed Hassan berkata, badan baru itu diwujudkan bagi mempastikan prestasi sosio ekonomi bumiputera sentiasa diukur, dianalisa dan dibahaskan secara berkesinambungan.

"Segala data dan analisis yang diperolehi menerusi PEMANTAU dapat digunapakai oleh semua pihak demi kepentingan sosio ekonomi bumiputera," tambahnya.

Katanya, terdapat dua unit di bawah PEMANTAU iaitu:

i) Jaringan penyelidik ekonomi bumiputera - bagi melakarkan agenda penyelidik yg komprehensif utk memahami situasi bumiputera, mengenal pasti faktor yg mempengaruhi tahap prestasi dan mencadang langkah penyelesaian; dan

ii). Pusat operasi bagi membincangkan hasil kajian dan memperkenalkan langkah-langkah yang perlu dijayakan secara gerak cepat dengan kerjasama EPU, TERAJU, MARA dan agensi-agensi lain pembangunan bumiputera.

Read more ...

Calon PAS kena ugut lagi

http://www.buletinonline.net/images/stories/prnsarawak1/kakaniiban1.jpgKOTA SAMARAHAN - Calon PAS bagi Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak yang bertanding di kerusi N15 Muara Tuang, Horaini Hamzah (Kak Ani), sekali lagi diugut oleh 'agen Taib Mahmud',

Menurut suaminya, Morshidi Ali seorang perempuan 'yang dikenali' berumur sekitar 50-an datang ke rumahnya pada jam kira-kira 2.30 petang.

Katanya, wanita tersebut meminta Kak Ani (isterinya) menarik diri dari bertanding dalam PRN Sarawak , dan menawarkan sesuatu habuan.

"Dia datang lebih kurang jam 2.30 petang, ke rumah dan membuat ugutan, yang paling menakutkan, dia (wanita itu) berkata, kalau Kak Ani tidak menerima (tawaran menarik diri) jangan menyesal, akibat buruk yang akan berlaku,"ujarnya ketika dihubungi Buletinonline.

Sebelum ini, pada 8 April, ketika ditemu ramah oleh Buletinonline, Kak Ani berkata, cabaran yang paling getir sejak berkempen selepas penamaan calon 6 April lalu adalah ugutan yang diterimanya dari pihak lawan.

Semalam, 10 April, ia lebih terang dan jelas kerana 'wanita' yang menjadi agen parti lawan itu datang sendiri ke rumah Kak Ani di Tanjung Bundong disini.

Sehubungan itu, satu laporan polis akan dibuat berdasarkan bukti yang telah 'dirakamkan' ketika wanita datang menawarkan 'habuan' sekaligus mengugut.

Read more ...

Wartawan pencacai Umno tak cukup buat fitnah di semenanjung

Cubaan mengganggu sidang media Anwar di PRN Sarawak

Gelagat seorang pemberita wanita dari stesen penyiaran 8TV yang bertanya soalan berkaitan jam tangan Omega pada sidang media Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hotel Continental di sini, petang ini, mengundang kemarahan wartawan akhbar Sarawak.

Seorang wartawan akhbar Sarawak itu memintas dan menegur pemberita penyiaran berkenaan kira-kira jam 2.30 petang dengan menyatakan sidang media itu berkaitan isu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

“Lebih baik tanya isu pilihan raya dan manifesto Pakatan Rakyat. Bukannya dengan bertanyakan soal-soal seks yang tidak masuk akal,” kata wartawan akhbar Sarawak itu sebelum disambut tepukan wartawan lain.

Sarawak memiliki banyak akhbar tempatan yang hanya berpangkalan di negeri itu, kebanyakannya dikawal regim Taib Mahmud tetapi mereka dipercayai mula berpaling tadah.

Pemberita penyiaran itu dilihat cuba mengheret isu video fitnah berbanding perkembangan PRN Sarawak hingga meresahkan puluhan wartawan lain.

Beliau dipercayai diarah pihak atasannya supaya bertanyakan soalan itu kepada Anwar bagi menggembar-gemburkan isu video fitnah yang tidak mendapat perhatian rakyat Sarawak.

Anwar pada sidang media itu menyifatkan soalan berkenaan jam tangan Omega itu membuktikan media arus perdana tidak putus-putus mencari jalan merosakkan reputasinya.

“Untuk apa saya menjawab soalan-soala ini (isu video fitnah)? Bukankah Azizah (isteri Anwar) sudah mengadakan sidang media berkenaan perkara ini?

“Inilah cara Barisan Nasional (BN) memperkudakan media dengan soalan yang tidak berkenaan,” kata Anwar yang kelihatan sedikit berang dengan soalan itu.

Anwar: Apa kena mengena jam Omega. sudah establish ke benda tu?

Wartawan: Datuk Seri adakah…

Anwar: Jawab soalan tu. adakah sudah establish.

Wartawan: Dalam tweet sebelum ni…

Anwar:
Pasal apa saya nak jawab?

Wartawan: Itu sebab saya tanya.

Anwar kemudiannya bertanya kepada wartawan penyiaran itu, sama ada berani bertanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang
kaitannya dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Anwar: Pernah ada orang tanya?

Wartawan: Sebelum ni Datuk Seri…

Anwar: Media kena honest. Dia tak boleh menjadi perkakas orang yang zalim dan menghina. kalau ada basis.

Wartawan: Dulu Datuk Seri ada janji untuk jelaskan di mana Datuk Seri ketika…

Anwar: (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) dah jawab. Saya tau soalan you untuk bantu Utusan tulis Anwar gagal jawab.

Wartawan: Bukan macam tu Datuk Seri.

Anwar: Dah habis soalan?

Wartawan: Belum

Anwar: Habiskan soalan.

Wartawan lain: Apa pendapat Datuk Seri tentang….

Anwar: Biarkan dia habiskan soalanya. Saya mahu tunjukkan kepadanya bagaimana Umno operate.

Wartawan: Tak ada kena mengena dengan Umno. Saya media, saya jalankan tugas saya.

Anwar: Ya, saya tahu tugas media.

Wartawan: Sebelum ni Datin Seri Wan azizah kata ada jam dalam tangan.

Anwar: Ya.

Wartawan: Tapi belum lagi serah pada polis.

Anwar: Bila yang polis minta?

Wartawan: Jadi jam tu ada pada Datuk Seri?

Anwar: Bila yang polis minta? bila yang polis minta?

(Beberapa orang cuba menghentikan perbalahan tersebut)

Anwar: Tak apa, tak apa. saya nak tengok media perkakas Umno tanya soalan. Soalannya polis minta. bila polis minta. polis tak minta.

Wartawan: jadi…

Anwar: You tanya soalan I jawab.

Wartawan: Datuk Seri tak jawab soalan saya.

Anwar: You bagitau polis minta, saya bagitau polis tak minta.

Malaysiakini: Adakah Datuk Seri akan menyerahkannya?

Anwar: Biar polis minta. Apa isunya? Isunya ialah video. Mereka akan tanya hotel mana, adalah saya pergi ke hotel tersebut. Mengapa harus saya melayan soalan-soalan ini? Biar polis yang mengendalikannya. Soalan berikutnya.

Keadilandaily/mKini/Tulang Besi

Read more ...

Sarawak Report palsu bukti media BN sudah tidak dipercayai

Sarawak Report palsu gunakan khidmat google adsense!

Menyedari pengaruh besar yang dicetuskan oleh website sarawakreport.org di dalam membongkar salah laku serta penyelewengan yang dilakukan berpuluh tahun oleh Ketua Menteri Sarawak Taib mahmud, nampaknya gerombolan songkok tinggi cuba menipu di dunia internet pula dengan cara memesongkan pelayar-pelayar internet kepada sebuah website palsu yang sengaja dicipta menyerupai website Sarawak Report.

Website palsu tersebut menggunakan domain yang hampir serupa iaitu sarawakreports.org, hanya berbeza dengan tambahan huruf 's' di hujung ejaan report(s). Malah dengan kuasa wang gerombolan songkok tinggi, mereka juga sanggup mengeluarkan belanja menggunakan khidmat iklan google adsense.

Melalui perbelanjaan iklan di google adsense, setiap pencarian kata kunci (keyword) "Sarawak Report" di enjin pencarian terkenal google, akan membawa pelayar-pelayar internet kepada website palsu tersebut yang dipaparkan pada muka pertama (first page) carian google [Google Result].


Dengan kuasa duit gerombolan songkok tinggi menggunakan iklan google adsense, para pelayar internet yang memilih website Sarawak Report palsu akan dibawa ke sebuah halaman yang memuji-muji Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud selain dipesongkan kepada fakta-fakta kononnya Sarawak semakin maju di bawah Barisan Nasional.

ReJaM© "Dalam dunia nyata menipu, dalam dunia maya pun nak menipu rakyat..."

Read more ...

Rahim Tambi Chik kena belasah kerana busukkan nama Umno

amboi mak ngah..potong sayoq nampak

dah lah hiris pun nipis nipis aja tu ..mak ngah

duk ingat kot bekas ketua puteri nak support rahim 3Tummy..rupa rupanya tolong tambah beban lagi..tahniah

eloklah pencacai umno berfikir macam azalina berfikir..jangan duk tambah dosa fitnah aja..


Dalam video seks orang kenal siapa Tan Sri Rahim (Thamby Chik),” kata Azalina.

Umno sedang menghadapi masalah dengan orang Melayu menyebabkan mereka tidak menyokong parti itu,, kata bekas Ketua Puteri Umno Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Umno menghadapi masalah dalaman hingga orang benci kepada Umno.

“Banyak sabotaj dalam Umno, ” katanya di majlis dengfan Puteri Umno Selangor hari ini.

Beliau berkata, pegawai kerajan dari kementerian pengajian tinggi, jabatan pelajaran pejabat tanah tidak sokong kerajaan.

“Kita ada masalah imej Melayu. Kes SPRM, kes video seks Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Telah dimanipulasi hingga orang kata Umno yang buat.

“Dalam video seks orang kenal siapa Tan Sri Rahim (Thamby Chik),” tambahnya.

Azalina berkata, Umno juga menghadapi masalah dengan pengundi Melayu di bandar.

Katanya, profesional Melayu bandar tidak pedulikan Umno, sebaliknya mementingkan soal gaji dan keluarga mereka.

“Ada wakil rakyat kita (Melayu) yang orang menyampah, ada berjabat tangan tidak tengok muka,” katanya.

fmt

Read more ...

PAS Ganti Umno : Ramai sertai PAS di Terengganu

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita46/hanafiah.jpgKEMAMAN - Sokongan kepada PAS semakin meningkat selepas dua kali Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno (PGU) dianjurkan pada bulan Januari dan Mac baru-baru ini.

Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat ketika dihubungi berkata permohonan menyertai keahlian PAS meningkat sekali ganda.

"Selepas PGU kali pertama di Chukai dan PGU ke-2 di Jerteh, orang nak masuk PAS nertambah, Kawasan Marang paling ramai, berjumlah lebih seribu orang,"katanya.

Menurutnya, ia merupakan kayu tunjuk, kepada kejayaan program tersebut sekaligus merupakan kebangkitan rakyat Terengganu menjelang pilihanrayua umum ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Sehubungan itu, beliau menjangka, ia akan tambah meningkat selepas PGU ketiga yang akan diadakan pada 20 dan 21 Mei akandatang.

Katanya, PGU itu yang dinamakan 'PGU100K' akan diadakan di Kula Terengganu dan mensasarkan kehadiran seramai 100, 000 orang.

Read more ...

Politik ganggu ceramah ala UMNO mula digunakan setelah PBB gagal


Ucapan Anwar lebih membawa makna kepada masa depan rakyat Sarawak

BN Sarawak guna konsert ganggu ceramah Anwar

SARAWAK: Barisan Nasional (BN) Sarawak semakin terdesak apabila cuba mensabotaj ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengadakan konsert berhadapan tapak ceramah di Kampung Sebuan Besar.

Sungguhpun begitu, orang ramai tidak berganjak dan terus mengikuti ucapan Ketua Umum KEADILAN itu walaupun diganggu bunyi bising dari konsert nyanyian artis di padang awam di kampung yang terletak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak itu.

Seorang penduduk kampung yang juga petugas Pakatan Rakyat ketika ditemuiKeadilanDaily, berkata taktik itu tidak akan dilakukan BN jika mereka tidak terdesak.

“Tak apa, kita berkempen bukan hari ini sahaja. Mereka berbelanja berpuluh-puluh ribu ringgit untuk tarik ‘crowd’ (orang ramai). Belum tentu orang akan undi mereka,” katanya.

Ucapan Anwar lebih membawa makna kepada masa depan rakyat Sarawak

Pada pagi sebelum itu, polis cuba menghentikan ceramah Anwar yang mengadakan pertemuan bersama pengundi di Medan Selera Ngu dekat pekan Batu Niah.

Polis hanya membenar ucapan Anwar selepas campur tangan pimpinan KEADILAN termasuk Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam tetapi dihad kepada 15 minit.

Sebelum ini, polis melakukan tindakan sama terhadap tiga program yang dihadiri Anwar di Betong, DUN Semariang dan Satok minggu lalu.

Dalam program di restoran 96 di Bandar Bintulu, kira-kira 3,000 hadir – rata-ratanya kaum Tionghua sekali gus menunjukkan semangat untuk melakukan perubahan.

Di Sebiu majoriti penduduknya keturunan Melanau-Islam, sambutan tidak kurang hebat. Penduduk setia untuk mendengar walaupun terpaksa berdiri sepanjang ceramah yang dijalankan perkarangan rumah.

Rakyat semakin bersemangat melawan regim BN

Anwar dalam ucapannya mengingatkan mereka, pentadbiran tiga tahun Pakatan Rakyat jauh lebih berjaya daripada 30 tahun dalam cengkaman regim BN di Sarawak, khususnya dari segi kebajikan rakyat.

“Apa bezanya Pakatan Rakyat perintah tiga tahun dengan BN perintah Sarawak selama 30 tahun?

“Adakah orang Sarawak diberi sagu hati jika masuk universiti? Adakah anak Sarawak yang baru lahir diberi saham? Adakah orang Sarawak dapat air percuma? Tidak ada. Kita tawarkan untuk merakyatkan ekonomi dan memberi kebajikan kepada rakyat.

“Ini bukan janji. Perkara ini kita dah buat,” kata Anwar sambil disambut tepukan gemuruh.

Beliau berkata, jumlah penduduk di Selangor adalah empat juta, sekali ganda penduduk Sarawak tetapi mampu mengagih kekayaan sumber bumi melalui program kerajaan negeri.

“Sedangkan, Selangor tidak ada minyak, tidak ada balak dan hasil sawit yang sedikit tetapi mengapa kami mampu lakukan? Kerana pemimpin yang amanah dan kasih kepada rakyat,” katanya.

Keadilandaily

Read more ...

PBB gagal, politik ugut ala UMNO dibawa ke Sarawak

BN ugut pemilik rumah tumpangan PAS

SANTUBONG, 10 April: BN Sarawak terus menunjukkan sikap terdesak apabila mengugut pemilik permit rumah tumpangan dan rumah persendirian yang menyewakannya kepada petugas PAS.

Perkara ini berlaku di Sementan, Dun Tanjung Datu apabila petugas PAS dari Johor terpaksa keluar dari rumah yang disewa walaupun pada mulanya pemiliknya menunjukkan sikap positif meskipun mengetahui mereka daripada PAS.

Menurut ketua petugas PAS Johor di Dun tersebut, Onn Jaafar, kali pertama mereka diarah keluar ialah sewaktu menyewa di rumah tumpangan di Sementan.

Setelah empat hari menyewa di situ, mereka diarahkan keluar kerana pemiliknya memberitahu, mereka diugut oleh pihak BN-PBB bahawa permit sewaannya akan ditarik balik jika terus menyewakannya kepada petugas PAS.

(Gambar: Calon PAS, Nani Sahari [empat dari kiri] diiringi para pimpinan PAS ketika hari pencalonan 6 April lepas dengan diketuai oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man)

Pada malam sebelum diarah keluar, PAS mengadakan ceramah di perkarangan rumah tumpangan tersebut dan pemiliknya turut menghadiri ceramah tersebut.

Pemiliknya sedikitpun tidak menunjukkan rasa tidak senang malah menyatakan sokongan kepada calon PAS dan bersedia membawa petugas menyelami masalah penduduk di kawasan sekitar.

"Esoknya kami dipanggil dan setelah berbincang, mereka menyuruh kami keluar kerana takut dengan ugutan daripada pihak BN.Tapi mereka minta maaf kerana terpaksa arahkan kami keluar," cerita Onn ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Setelah diarah keluar, mereka menyewa di sebuah rumah persendirian yang juga di Sementan.

Pemiliknya juga tahu mereka daripada PAS dan tidak menunjukkan sebarang masalah.

Namun pada malamnya, mereka sekali lagi diarah keluar kerana pemiliknya turut menerima ugutan lesen perniagaannya akan ditarik kerana bekerjasama dengan PAS.

"Dia seorang ahli perniagaan. Dia bagitau kami, kalau benarkan kami menyewa, lesennya akan ditarik balik. Kerana takut, dia menyuruh kami keluar," katanya.

Sehubungan itu, mereka terpaksa menumpang di bilik gerakan kerana tidak mahu perkara sama berulang lagi kerana difahamkan pihak BN sentiasa memantau penduduk kawasan tersebut.

Namun bagi Onn, kejadian 'dihalau' ini tidak sedikit pun menjejaskan semangat petugas PAS untuk terus berkempen sehingga hari membuang undi 16 April ini.

Beliau sebaliknya hanya menyifatkan kejadian ini sebagai cabaran kecil yang harus ditempuh oleh petugas-petugas apatah lagi jika 'masuk ke tempat orang'.

"Walaupun terpaksa berpindah randah begini, sedikitpun tak jejaskan semangat kami untuk terus membantu kempen calon PAS.

"Ada lagi petugas dari Johor yang akan tiba walaupun sudah dimaklumkan mengenai perkara ini," katanya.

Seramai 13 orang petugas dari Johor berkampung di Tanjung Datu sehingga hari mengundi.

Calon wanita

PAS meletakkan calon wanita, Nani Sahari untuk merampas kerusi Dun Tanjong Datu daripada penyandang kerusi ini, Adenan Satem daripada BN-PBB.

Nani berhadapan dengan pertandingan tiga penjuru apabila menentang Adenan yang mengekalkan kerusinya selain seorang lagi calon bebas, Gilbert Asson ak Kulong.

Nani, 42 berasal daripada Kampung Pula, Petrajaya, Sarawak merupakan seorang graduan UiTM pada tahun 1993.

Nani yang bertugas sebagai pembantu klinik di Sarawak merupakan bekas Ketua Wanita PKR Sarawak pada tahun 2009 sebelum menyertai PAS tahun lalu.

Pada tahun 2006, Adenan menang kerusi ini dengan mendapat 4,545 undi menewaskan Sobey Daud, PKR (409) dan Larry Dominic Linang, Bebas (357).

Jumlah pengundi seramai 7,936 iaitu Melayu/Melanau (53.06%),Cina (19.63%), Iban (17.34%), dan Bidayuh (9.97%)

Read more ...