Sunday, April 10, 2011

Calon PAS kena ugut lagi

http://www.buletinonline.net/images/stories/prnsarawak1/kakaniiban1.jpgKOTA SAMARAHAN - Calon PAS bagi Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak yang bertanding di kerusi N15 Muara Tuang, Horaini Hamzah (Kak Ani), sekali lagi diugut oleh 'agen Taib Mahmud',

Menurut suaminya, Morshidi Ali seorang perempuan 'yang dikenali' berumur sekitar 50-an datang ke rumahnya pada jam kira-kira 2.30 petang.

Katanya, wanita tersebut meminta Kak Ani (isterinya) menarik diri dari bertanding dalam PRN Sarawak , dan menawarkan sesuatu habuan.

"Dia datang lebih kurang jam 2.30 petang, ke rumah dan membuat ugutan, yang paling menakutkan, dia (wanita itu) berkata, kalau Kak Ani tidak menerima (tawaran menarik diri) jangan menyesal, akibat buruk yang akan berlaku,"ujarnya ketika dihubungi Buletinonline.

Sebelum ini, pada 8 April, ketika ditemu ramah oleh Buletinonline, Kak Ani berkata, cabaran yang paling getir sejak berkempen selepas penamaan calon 6 April lalu adalah ugutan yang diterimanya dari pihak lawan.

Semalam, 10 April, ia lebih terang dan jelas kerana 'wanita' yang menjadi agen parti lawan itu datang sendiri ke rumah Kak Ani di Tanjung Bundong disini.

Sehubungan itu, satu laporan polis akan dibuat berdasarkan bukti yang telah 'dirakamkan' ketika wanita datang menawarkan 'habuan' sekaligus mengugut.

No comments: