Tuesday, July 5, 2011

BERSIH 2.0 mahu himpunan di Stadium Merdeka



KUALA LUMPUR, 6 Julai - Penganjur Bersih 2.0 mahu mengadakan perhimpunan aman itu di Stadium Merdeka pada 9 Julai, mulai jam 2 petang, kata Pengerusinya Datuk S Ambiga.

Selepas perhimpunan dua jam berkenaan, sepuluh orang wakil gabungan itu akan menyerahkan memorandum tuntutan pembaharuan pilihanraya kepada Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, kata Ambiga.

Bercakap kepada media sebentar tadi, Ambiga turut mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) sebagai inisiatif penambahbaikan sistem dan proses pilihan raya di negara ini.

Ambiga berkata beliau sudah mengutus surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengadakan pertemuan bagi menetapkan lokasi perhimpunan aman itu setelah kerajaan melarang penganjur mengadakan perarakan beramai-ramai untuk menyampaikan memoradum itu kepada Istana Negara.

Bekan Pengerusi Majlis Peguam itu juga menuntut pihak berkuasa menghentikan segala hambatan dan tekanan pihak berkuasa ke atas penyokong sejak minggu lalu dan berterusan sehingga hari ini.

Lebih 150 orang termasuk wakil rakyat dari Pakatan ditangkap kerana memiliki dan memakai baju BERSIH. Malah enam penyokong Bersih termasuk Ahli Parlimen Sungei Siput Dr D. Jeyakumar ditangkap di bawah Ordinan Darurat kerana di dakwa kononnya terbabit dengan gejala subversif.

Ambiga juga mahu semua yang ditahan itu dibebaskan pada kadar serta merta.

Read more ...

BN pengecut, Mazlan Aliman dilarang masuk Sarawak



SHAH ALAM 6 JULAI : Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mazlan Aliman menjadi pemimpin pembangkang terbaru yang dilarang memasuki sarawak oleh Ketua Menteri negeri itu Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat ditahan oleh pihak imigresen di Lapangan Terbang Miri sejurus tiba dari Kota Kinabalu.
Beliau kemudian diberitahu bahawa pejabat Ketua Menteri Sarawak telah mengeluarkan notis, melarangnya daripada memasuki negeri itu.
Bagaimanapun pegawai Imigresen berkenaan tidak memberi sebarang alasan kenapa larangan itu dikuatkuasakan.
"Saya telah minta penjelasan dari pegawai Imegresen bertugas, mereka tidak menyatakan apa-apa alasan kepada saya cuma mereka mengeluarkan satu notis, notis penolakan untuk memasuki negeri itu dan itu adalah arahan dari pejabat Ketua Menteri Sarawak," kata Mazlan kepada TvSelangor.
Mazlan berkata beliau ke Sarawak dalam rangka lawatan dua hari untuk memberi penerangan mengenai isu-isu tanah adat di Sarawak.
Mazlan adalah Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat. Beliau juga adalah Pengerusi Persatuan anak Peneroka Felda Kebangsaan.
Beliau percaya larangan memasuki Sarawak ada kaitannya dengan isu tanah yang melanda rakyat marhaen dinegeri itu.
"Saya berkeyakinan penahan saya mungkin ada kaitannya dengan isu tanah yang kami perjuangkan selama ini."
Terkesan dengan tindakan itu, Mazlan menzahirkan rasa dukacita apabila hak sebagai warganegara untuk bergerak didalam negara dinafikan dengan alasan yang tidak jelas.
"Saya sangat dukacita dengan kejadian ini dimana saya tidak dimaklumkan sebab kenapa saya ditahan dan ini adalah satu tindakan anti demokratik, dan jelas ini hak saya sebagai seorang warganegara, jadi apabila saya ditahan, mereka telah menafikan hak saya," katanya.
Mazlan berkata beliau akan membuat laporan polis bersabit tindakan Abdul Taib itu sekembalinya ke Semenanjung Malaysia.
Selain Mazlan, beberapa pemimpin pembangkang dan aktivis lain turut dilarang memasuki Sarawak.
Antara mereka adalah Pengerusi Bersih 2.0 Ambiga Sreenevasan dan Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah.

Read more ...

Polis derhaka Titah Agong , Polis DiRaja Malaysia atau Polis DiUMNO Malaysia ?


Polis kepong Dewan MBPJ untuk henti program Bersih

Engkar Titah Khas Yang DiPertuan Agong, pasukan polis meneruskan intimidasi terhadap aktivis Bersih apabila bertindak mengepung Dewan MBPJ, Seksyen 7, di sini malam tadi.

Tindakan itu kurang 12 jam selepas Tuanku Mizan Zainal Abidin membenarkan himpunan aman Bersih dilakukan di stadium pada 9 Julai ini.

Pasukan polis dari IPD Petaling Jaya, diketuai ASP Marzukhi Mokhtar mengepung dewan berkenaan sejak jam 7 malam untuk menghentikan taklimat Himpunan Bersih 2.0 dan Bengkel Hak berhimpun.

Program itu anjuran Pakatan Rakyat Subang dan peguam hak asasi Lawyers For Liberty (LFL), yang turut dihadiri pimpinan Pakatan Rakyat peringkat cabang dan bahagian, serta kira-kira 50 peserta.

Sekurang-kurangnya 50 anggota polis dengan dua trak black maria dan dua pacuan empat roda Pasukan Gerak Am dikerah melakukan serbuan.

Polis secara kasar menghalang Adun Kota Damansara, Dr Nasir Hashim yang tiba kira-kira jam 9.40 malam untuk masuk ke dalam dewan tersebut dan menggunakan haknya sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Beliau dan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah kemudian terpaksa menyambung taklimat tersebut di kawasan luar dewan berkenaan, namun diancam ASP Marzuki yang mengumumkan taklimat itu sebagai himpunan haram.

Selepas melakukan perbincangan, pihak berkuasa itu kemudian mengarahkan orang ramai bersurai sejurus Dr Nasir dan Sivarasa memberi taklimat kepada peserta selama beberapa minit.

Bagaimana pun tidak ada tangkapan dilakukan.

Menurut Sivarasa, beliau kecewa dengan tindakan polis yang jelas melanggar Titah Yang Di Pertuan Agong supaya semua pihak melakukan rundingan dalam isu himpunan Bersih.

“Saya merasa kecewa kerana PDRM masih terima arahan politik dari Umno-BN untuk gagalkan himpunan 9 Julai walaupun Agong benarkan himpunan itu diadakan di dalam stadium.

Sementara Dr Nasir pula berkata, beliau kesal kerana kehadiran dua wakil rakyat di kawasan itu seakan tidak dipedulikan pihak berkuasa walaupun mereka mempunyai hak menggunakan dewan berkenaan.

“Harapan kami polis selepas ini akan lebih bertolak ansur dan menggunakan budi bicara,” kata beliau. Sementara itu, polis menahan Ahli Jawatankuasa Cabang KEADILAN Rembau, Norliza Samsudin di Balai polis Alor Gajah, Melaka.

Menurut Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin, dilaman twitternya, Norliza ditahan hanya kerana pihak polis menjumpai lencana Bersih di dalam poket bajunya. Sehingga kini Norliza tidak dibenarkan bertemu dengan sesiapa, termasuk ahli keluarga dan pihak peguam.

Kd

Read more ...

Perkembangan terbaru Himpunan BERSIH 2.0 : UMNO gelabah , Polis serba salah, PERKASA tak tentu arah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjhAw7EjgrHsfvJWvLtXBY_aIGWh2mZYVoH5UlDaAzUV5db-xDpDJWkMnTBUIuBTLJeIoNxLMHzEBIb6l_mPIPLuL1Q1dtvdpD33gI7LkUbuoQouYRty4WwPLPmBZtkQ5PiFA-6jYlRJIY/s320/Bersih+2+-motor.jpgTerbaru..... BERSIH setuju adakan himpunan di Stadium... Hasil pertemuan dengan SPB YDP Agong... Tarikh tetap sama... alangkah baiknya jika minggu kuning yang di cadangkan Dr Asri juga di ambil kire..

Tindakan terbaru ini menunjukkan kemenangan BERSIH 150%... buktinya...???

Pertama.... hasrat himpunan itu ialah memberi kesedaran kepada rakyat terhadap korupsi dan penyelewengan dalam sistem pilihanraya Malaysia yang memberi kelebihan kepada BN.

Ternyata mesej itu telah dikatahui oleh kebanyakan rakyat Malaysia hasil dari momentum percuma dari Polis dan media balaci Kerajaan BN.


Himpunan bertujuan mengejutkan rakyat terhadap isu yang nak dibangkitkan...Jika tanpa himpunan, rakyat telah terkejut... maka ia satu kejayaan besar..

Ternyata umNO terperangkap kali ini.... Kekalutan yang berlaku sepanjang minggu akhir ini sangat menarik... BERSIH telah berjaya merakyatkan isu yang cuba diketengahkan yang mustahil disedari rakyat jika hanya menggunakan saluran media alternatif...

Tanpa bayaran melainkan beberapa korban tangkapan.... BERSIH berjaya menyalurkan kempen mereka melalui media umNO hampir setiap hari!!!


Kedua... Najib telah terperangkap dengan menawarkan stadium untuk BERSIH... BERSIH telah menerimanya hasil pertemuan dengan YDP Agong... kita tunggu apa respon Najib... mungkin nak bagi stadium Cheras je kut.... kononnya orang tak ramai..agaknya la...


Ketiga.. Pihak polis tidak lagi boleh menahan mereka yang ingin menghadiri perhimpunan BERSIH kerana ia telah direstui melalui pertemuan dengan SPB YDP Agong...

Semua tangkapan juga sepatutnya dibebaskan kerana tiada lagi alasan ingin promosi himpunan haram!!! Nampaknya jalanraya akan penuh dengan warna kuning kerana polis tak boleh tahan..

Yang dulu takut nak pakai ...boleh berani dah sekarang...yang dulu takut nak pergi...dah berani dah... hasilnya pasti mengejutkan... mai bisnesss.... mai bisness.... mesti untung maaaaaaaaaaaaaa....


Keempat...Pertemuan dengan SPB YDP Agong menolak tuduhan Hishamudin bahawa BERSIH adalah pertubuhan haram... Takkan Agong nak jumpa dengan pertubuhan haram??? amacam hisham???? malu sendiri la... tersipu sipu ...auwwwwww.....


Terbaru lakonan pulak... Polis jumpa bom dan baju BERSIH bersama parang dalam kuantiti yang banyak... Syabas polis kerana cekap...tapi takkan jumpa barang je kut... tak jumpa orang... ni mesti kerja selendang merah kut..pakai ilmu ghaib.....

kene tanya Omaq din sebab dia yang nampaknya berani nak silat pukul orang... Orang BERSIH tak main la pakai parang... kita pakai garam je...nak lawan gas pemedih mata... ha..ha...


Yang peliknya parang dan bom tu jumpa pakej dengan baju BERSIH sekali... ha..ha...ha.. lawak tahap gaban... gile babi.... Orang BERSIH memang siap pakai dari rumah la..yang tak berani sorok tempat strategik..bukan dalam pasu bunga... Polis kene cari sampai jumpa sapa punya... jangan lepas 9 Julai... tutup kes....


Ni mesti kerja upahan.... Orang BERSIH pergi sendiri sendri... baju simpan dalam tayar, dalam seat kereta... takut kene tahan... tak main la sorok berbundle bundle....


Syabas dan tahniah kepada perancang BERSIH kali ini...belum jadi dah menang 150%..... Memorandum sampai kat Agong sebelum hari perhimpunan...semua rakyat dah tahu tentang BERSIH..

NAAAK SANGATTTT

Read more ...

PERKASAM akan berdemo bantah Agong jumpa Ambiga?

Kah..kah..kah.. mana puak-puak yang berapi-api nak pertahankan Istana bagi menghalang Ambiga dan BERSIH dari berjumpa Agong hari tu?? tak nak halang dah ke?

Itu pasal puak yang sibuk nak pertahan pintu Istana.. ini pula pasal PERKASA, nampak sangat betapa tak bernilainya kata-kata Presiden PERKASA, Ibrahim Ali sekarang ni.. kata-katanya umpama Anjing menyalak Bukit kini.. korang baca kedua-dua berita ini..

Berita Pertama

Temu Agong – Perkasa Bantah Permintaan Ambiga


KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) membantah permintaan kumpulan penganjur perhimpunan Bersih 2.0 yang mahu bertemu dengan Yang Dipertuan Agong bagi menyelesaikan isu perhimpunan haram berkenaan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, jika permintaan kumpulan haram itu dibenarkan, ia akan menjadi satu duluan (precedent) tidak baik pada masa hadapan.

“Kenapa perlu Agong bertemu dengan kumpulan haram yang bodoh!!!,” katanya melalui sistem pesanan ringkas kepada Mynewshub.my di sini malam tadi.

Tambah Ibrahim Ali, jika pihak Istana Negara bersetuju untuk bertemu dengan Ambiga, maka kumpulan itu akan mengaku mereka telah menang dalam perjuangan mereka dan menyebarkan kejayaan itu dikalangan rakyat bagi meraih publisiti.

Kata beliau, selepas titah khas itu dikeluarkan, maka isu sekarang ialah samada Ambiga dan kumpulan akan patuh atau tidak kehendak titah itu.

“Sekarang kita mahu lihat betapa setianya Ambiga dan ahli jawatankuasa Bersih kepada Raja, samada beliau dan kumpulannya menjunjung prinsip Rukan Negara.

“Jika tidak, beliau dan kumpulannya adalah pengkhianat kepada negara,” katanya.- sepenuhnya sila baca di (SINI)ASD

Read more ...

Himpunan BERSIH 2.0 di stadium, memorandum lapan tuntutan BERSIH akan diserah kepada Yang DiPertuan Agong


KUALA LUMPUR 5 JULAI : BERSIH 2.0 kini akan diadakan di sebuah stadium atas sebab- sebab keselamatan, selaras dengan nasihat Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang berkenaan menemui penganjur perhimpunan aman itu di Istana Negara petang tadi.
Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenavasan berkata pihaknya akan berkerjasama dengan kerajaan untuk memilih stadium yang sesuai bagi mengadakan perhimpunan itu yang dijangka membabitkan lebih 100 ribu peserta.
Turut hadir bersama Ambiga menghadap Tuanku Mizan adalah Sastarawan Negara A.Samad Said dan Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin selaku ahli jawatankuasa penganjur Bersih 2.0.
Ambiga meminta semua pihak khususnya mereka yang menyokong perhimpunan Bersih 2.0 untuk memberi kerjasama dengan perkembangan terbaru ini kerana “ia adalah langkah yang terbaik buat masa sekarang.”
Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini mengecam hebat hasrat Bersih 2.0 untuk berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara bagi menyampaikan memorandum kepada Istana Negara bagi menuntut pilihanraya umum adil dan telus.
Perhimpunan itu disokong oleh parti- parti pembangkang namun ditolak oleh Barisan Nasional yang mendakwa tidak ada sebarang isu mengenai kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
BN menyifatkan perhimpunan itu sebagai demostrasi jalanan yang ingin digunakan oleh pembangkang untuk mengguling pemerintah. Tuduhan itu dinafi dengan keras oleh Pakatan Rakyat dan penganjur Bersih 2.0.
Susulan kecaman BN, polis menahan lebih 200 orang, kebanyakkannya hanya kerana memakai baju berlogo Bersih 2.0.

Sementara enam yang lain ditahan di bawah Ordinan Darurat yang menetapkan penahanan tanpa perbicaraan.

Polis juga mendakwa pihak tertentu mahu menggunakan perhimpunan itu untuk kononnya menghidupkan semula fahaman Komunis.

Masjid- masjid di Kuala Lumpur dan Putrajaya pula diwajib menyampaikan Khutbah Jumaat yang melabelkan penganjur Bersih 2.0 sebagai pelampau yang sanggup mencederakan anggota pasukan keselamatan.

Keadaan yang tegang itu akhirnya reda dengan campurtangan Yang diPertuan Agong yang menggesa penganjur Bersih untuk mengadakan dialog dengan kerajaan dan membatalkan perarakan itu, sungguhpun niatnya baik.

Ambiga memberitahu pemberita hari ini, pihaknya akur keperluan untuk mengadakan perhimpunan itu disebuah stadium dengan mengambil kira aspek- aspek keselamatan.

Butiran baru penganjuran majlis itu akan diumumkan malam ini.

Read more ...

Yang di-Pertuan Agung terima mengadap pemimpin BERSIH yang Hisahamuddin kata pertubuhan haram

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcakMlO0mvPiQkWQwy_Vlc2LVZyqB_TWPcckHVGYb9EYx1y1gDLhK6aiqZsoiRUqWX0n4pcf_eUH9TYYu1G2LvGKBHi2FTb9l7-FY52129m4V4o4KRb4LwD35IsR1cz8nCm36rPmN50Hk/s1600/be244a31d78077e94ac69323ba494919.gifKUALA LUMPUR, 5 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat (Malaysia) menyifatkan penerimaan mengadap pimpinan Bersih 2.0 oleh Yang di-Pertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin membuktikan pertubuihan itu bukan pertubuhan haram.

Sebelum ini, Datuk Seri Hishammmuddin Tun Hussien melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengumumkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram.

Yang Dipertuan Agung hari ini menerima mengadap tiga pemimpim Bersih 2.0 iaitu Pengerusinya, S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin

Ekoran pertemuan itu, kata sepakat dicapai perhimpunan Bersih akan diteruskan dan menerima pandangan Perdana Menteri, ia akan diadakan di stadium.

"Perkenan YDP Agong tersebut dijunjung kasih kerana bertujuan mendaulatkan sistem demokrasi yang selama ini tempang tanpa dilihat kukuh secara konkritnya," kata naib ketua Pemuda PAS, Raja Ahmad Al-Hiss.

Rakyat pertegaskan Rukun Negara yang selama ini dipegang akhirnya menatijahkan satu pendekatan yang selama ini tidak timbul dan YDP Agong akhirnya memecahkan tradisi akan kemelut yang telah lama melanda, kata beliau.

"Kami yakin titah yang telah dipertegaskan oleh YDP Agong tidak meletakkan mana-mana pihak betul dan secara lembutnya memberikan nasihat daripada Raja yang memerintah kepada rakyat di bawah naungannya," katanya.

Dalam keadaan itu, Pemuda PAS mendesak agar PDRM terutamanya yang jelas melanggari undang-undang dengan menjadikan Akta 47 sebagai BERSIH adalah pertubuhan haram terjawab di atas perkenan YDP Agong menerima majlis mengadap BERSIH 2.0 hari ini.

"Kami meminta agar seluruh rakyat yang ditahan oleh pihak Polis dibebaskan dengan serta-merta berikutan sambitan dengan Bersih 2.0 ini. Sesungguhnya titah YDP Agong seharusnya dihormati oleh semua pihak terutama Polis yang jelas melanggari hak asasi manusia," tambahnya.

Read more ...

Himpunan BERSIH 2.0 di stadium, polis diminta lepaskan semua tahanan BERSIH

http://mynewshub.my/bm/files/2011/06/Perhimpunan-Bersih-Terus-Dapat-Bantahan.jpgKUALA LUMPUR, 5 Julai: Besar kemungkinan perhimpunan Bersih 2.0 diadakan di stadium ekoran pengumuman Pengerusi Bersih dan juga kata sepakat yang dicapai Pakatan Rakyat yang menyebut mereka terbuka untuk perhimpunan di stadium.

Keputusan Bersih dibayangkan pengerusinya Datuk S Ambiga pada sidang media lepas mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, petang tadi manakala keputusan Pakatan pula diumumkan tiga pimpinan tertinggi mereka.

Ambiga bersama Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin tengahari tadi.

Bagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan.

Menurut Ambiga, pihak jawatankuasa BERSIH 2.0 berjanji memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

Sebelum itu, Pakatan membayangkan akan bersetuju untuk berhimpun di stadium melalui tiga pemimpin kanan mereka.

Pakatan Rakyat juga menyeru kesemua individu yang ditahan kerana Bersih 2.0 dibebaskan serta-merta dan tuduhan terhadap mereka digugurkan di samping terbuka dengan tawaran Perdana Menteri agar berhimpun di stadium.

Pakatan Rakyat mengambil maklum kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam yang menyatakan kesediaan pihak kerajaan memberikan kerjasama untuk menganjurkan perhimpunan aman Bersih 2.0 di stadium.

“Setelah melalui beberapa proses perbincangan, kami ingin merakamkan pendirian bahawa ketiga-tiga parti mengambil sikap terbuka dengan tawaran Perdana Menteri itu selagi ia menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Teresa Kok Suh Sim dalam kenyataan bersama, petang ini.

Menurut mereka, Pakatan Rakyat ingin menegaskan bahawa tuntutan reformasi dalam sistem pilihan raya negara agar bersih, telus dan adil kekal sebagai matlamat perhimpunan tersebut.

Mereka berkata, proses reformasi itu perlu dilaksanakan segera sebelum Pilihanraya Umum ke-13 bersesuaian dengan lapan tuntutan Bersih 2.0 dan memerlukan komitmen Perdana Menteri; selain dari komitmen sedia ada beliau untuk menawarkan stadium bagi perhimpunan aman Bersih 2.0.

“Kesediaan ini juga perlulah disambut oleh pihak berkuasa dengan menghentikan pendekatan keras yang diambil setakat ini,” kata mereka.

Mereka menambah, ketiga-tiga parti bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis dan pihak berkuasa yang lain bagi memastikan perjalanan perhimpunan itu nanti boleh berjalan dengan baik dan aman.

“Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat menyeru supaya kesemua individu yang ditahan kerana Bersih 2.0 dibebaskan serta-merta dan tuduhan yang dikenakan terhadap mereka digugurkan,” ujar mereka lagi.

Read more ...

Monday, July 4, 2011

Ambiga, Datuk A Samad Said, Zaid Kamaruddin mengadap Yang di-Pertuan Agong

Jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 dijadual akan mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara hari ini.

Pertemuan itu dipercayai bagi membincangkan mengenai perhimpunan BERSIH yang dijadualkan pada 9 Julai ini.


NONE
Menurut sumber yang rapat dengan pihak penganjur, tidak ada ahli politik yang akan menyertai pertemuan berkenaan.

Menurut wartawan Malaysiakini yang menunggu di perkarangan Istana Negara, pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin adalah antara yang kelihatan menunggu di pondok pengawal menanti untuk masuk sejak jam 1.30 petang tadi.

Mereka tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan dilaporkan masuk pada jam 1.55 petang tadi.

NONEKira-kira 15 anggota polis bertugas mengawal keselamatan di pintu masuk Istana negara.

Ahad lalu, Seri Paduka bertitah dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka diminta supaya tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara.

Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Titah Seri Paduka, baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Sehubungan dengan titah itu, Ambiga berkata gabungan BERSIH 2.0 yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar permohonan untuk mengadap Seri Paduka.

Read more ...

Katak - Katak belaan UMNO kaya raya, ahli setia UMNO ramai yang papa

KUALA LUMPUR, 5 Julai: Keghairahan Umno BN "membeli" ahli dan pemimpin Pakatan Rakyat didakwa mula memberi padah kepada parti pemerintah itu berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, perkara itu terbukti apabila seperti diakui sendiri oleh presidennya, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pekan kelmarin.

Najib dalam ucapannya itu menyeru ahlinya di cawangan dan bahagian mengelakkan berpuak-puak dan bersifat jatuh-menjatuhkan sesama sendiri jika mahu menang pada pilihan raya akan datang.

Beliau melahirkan kebimbangan jika perkara itu berlaku, sejarah sama kekalahan teruk pada PRU 2008 bakal berulang.

Namun kata Riduan, perdana menteri itu perlu sedar dengan satu lagi kelompok yang telah keluar dari Pakatan Rakyat dan kini berada dalam Umno, yang tentunya akan juga menuntut habuan khususnya sebagai calon pilihan raya.

"Orang bermasalah ini memainkan peranan penting dalam mengucar kacirkan umno dengan menuntut jawatan lebih tinggi dan melobi menjadi calon pilihanraya.

"Malah ada kalangan mereka yang masuk Umno selepas dibayar dengan wang jutaan ringgit hingga mampu membina rumah banglo, selesaikan hutang dan lain-lain, sedangkan ahli Umno seumur hidup masih ramai hidup susah dengan hutang keliling pinggang.

"Kini mereka sudah dalam Umno, perlu teruskan survival. Maka apa sahaja peluang mereka akan ambil walau sampai mengucar kacirkan Umno," kata Riduan.

Kelompok ini ujarnya, akan bertarung habis-habisan dalam melobi pemimpin parti itu untuk menjadi calon kerana mahu "cepat kaya" dan mengaut projek manakala ahli umno lain pula akan berpecah mengikut pemimpin yang mampu memberi mereka duit dan kemewahan.

Sehubungan itu, Umno kini katanya terpaksa menanggung padah akibat tindakan mereka sebelum ini.

Read more ...

PAS akan buka 5 kawasan baru di Sabah

KUALA LUMPUR, 5 Julai: PAS akan membuka lima kawasan baru di Sabah, tambahan kepada lapan kawasan berdaftar sedia ada.

Penubuhan lima kawasan baru itu sedang berjalan dengan baik, manakala jumlah ahli PAS yang berdaftar dan bergerak aktif di lapan kawasan berdaftar sedia ada itu kini seramai 11,000 orang.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS bersedia menggantikan Umno dan bersama Pakatan Rakyat untuk memimpin negeri Sabah.

Menurut beliau, selaras dengan tema muktamar PAS tahun ini, Membangun Negara Berkebajikan, PAS akan memastikan kebajikan rakyat terbela di Sabah dan pemimpin yang akan memerintah juga mempunyai ciri-ciri berkebajikan iaitu pemimpin berwibawa, bersih, tidak rasuah dan menjadikan kuasa pemerintahan sebagai amanah untuk menjaga kebajikan rakyat.

Katanya, oleh itu, rakyat Sabah perlu melakukan perubahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti dengan memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat.

"Rakyat Sabah pernah membuat beberapa kali perubahan politik daripada Usno kepada Berjaya, PBS dan Umno. Maka giliran kali ini ialah Pakatan Rakyat untuk memerintah Sabah," katanya ketika merasmikan bangunan baru PAS Kawasan Putatan, Sabah semalam. (Gambar)

Setiausaha akhbar beliau, Mohd Nasaie Ismail yang turut mengikuti rombongan beliau dalam rangka lawatan kerja ke Sabah menjelaskan, pada majlis itu, Abdul Hadi turut menyentuh tentang tangkapan terhadap orang ramai yang memakai baju berlambang Bersih termasuk di Sabah yang menunjukkan kegelabahan BN dan tidak bijaksana dalam menangani isu.

"Barisan Nasional gelabah berdepan kuasa rakyat yang akan menumbangkan mereka dalam pilihanraya akan datang. Ini kerana banyak kerosakan dan penyelewengan yang dilakukan sehingga menyebabkan mereka takut untuk kalah," katanya.

Presiden PAS dalam rangka lawatan kerja ke Sabah selama tiga hari. Selain merasmikan bangunan PAS Putatan, beliau juga menemui rakyat di sekitar Masjid Negeri dan kawasan bandar di Asia City.

Pada sebelah malamnya, beliau melancarkan borang tanah Felda Plantation yang ditawarkan kepada anak-anak Sabah di majlis bersama rakyat di Kota Belud.

Turut bersama beliau AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman, Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminudin Aling, Pengerusi DAP Sabah, Dr Liew dan Setiausaha PKR Sabah serta pemimpin-pemimpin PAS negeri.

Menurut Nasaie, seramai 500 penduduk setempat yang kebanyakannya anak muda hadir ke majlis di Kota Belud. Hari ini, rombongan beliau akan melawati kawasan Keningau dan Persiangan.

Read more ...

Empat Sasterawan Negara gesa polis bebas tahanan BERSIH, patuhi Titah Tuanku



SHAH ALAM 5 JULAI : Tidak tahan dengan sikap melampau kerajaan pemerintah yang angkuh menangkap siapa sahaja yang ada kaitan dengan BERSIH 2.0, empat sasterawan negara dengan beraninya tampil menyatakan pendiriannya, mahukan kesemua mereka yang ditahan dibebaskan serta merta.

Keempat- empat mereka berhujah, jika Malaysia adalah negara maju seperti yang dilaung- laungkan sebelum ini, ianya harus dizahirkan dengan berpegang pada sistem demokrasi tulen yang mengimbangi kebebasan bersuara dan kesejahteraan awam.

Dalam kenyataan bersama Datuk Shahnon Ahmad, Muhammad Haji Salleh, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Dr Anwar Ridhwan berkata mereka juga berharap pintu rundingan sentiasa dibuka.

Justeru, kerajaan pemerintah pimpinan Perdana Menteri Najib Razak harus memikir kembali segala arahan dan tindakan yang dikeluarkan sebelum ini bagi membendung penganjuran himpunan aman tersebut, BERSIH 2.0 pada Sabtu ini.

"Kami juga menggesa supaya mereka yang ditahan dibebaskan segera, dan wakil mereka diajak berunding. Suasana dan kesan positif hendaklah merupakan hasil yang diharapkan," kata mereka.

Desakan itu menyusul selepas seorang lagi sasterawan negara, Datuk A samad Said menggesa para intelektual lain supaya berhenti menjadi 'carma' tetapi berani membuat pendirian terhadap kekejaman dan ketidakadilan.

Sejak pelancaran BERSIH 2.0 pada 19 Jun lalu, lebih 150 orang termasuk pemimpin Pakatan Rakyat ditahan serta disabitkan dengan pelbagai akta semata-mata mahu menafikan tuntutan rakyat yang hanya meminta agar pilihan raya diadakan dengan adil dan bersih.

Terbaru enam orang aktivis termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr Micheal Jayakumar ditahan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 kerana dipercayai terlibat dalam anasir subversif.

Walau bagaimanapun Perdana Menteri Najib Razak mempertahankan tindakan tersebut dengan alasan sebagai langkah pencegahan bertujuan memastikan ketenteraman negara dikekalkan.

Dalam isu yang sama, aktivis NGO, Datin Paduka Marina Mahathir semalam membidas sikap takut tanpa sebab kerajaan pemerintah sehingga menangkap sesiapa sahaja yang berkait dengan BERSIH 2.0.

“Hanya mereka yang takut akan menangkap orang yang memakai kemeja T,” beliau memberitahu sidang akhbar bersama wakil pertubuhan bukan kerajaan yang menganjurkan Bersih.

Sejak minggu lalu, polis menangkap sesiapa sahaja yang memakai kemeja T dengan logo Bersih atas alasan ia memudaratkan keselamatan negara.

Tangkapan berlaku di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kedah, dan Pulau Pinang.

Read more ...

Ini tidak lain kerja Puak-Puak Songkok Tiga Jengkal nak sabotaj BERSIH ?


Saya petik:

Polis kesan pihak cuba cetus huru-hara ketika perhimpunan haram 9 Julai

[BH] KUALA LUMPUR: Polis menemui empat bahan letupan molotov coktail yang diletakkan dalam plastik hitam di Jalan Raja Laut, awal pagi semalam, dipercayai akan digunakan ketika perhimpunan haram BERSIH berlangsung Sabtu ini.

Bahan letupan itu ditemui bersama beberapa senjata tajam seperti pisau dan parang serta 15 mercun bola dan T-shirt tertera perkataan BERSIH yang dibungkus dalam plastik hitam dan diletakkan dalam pasu bunga di belakang pusat beli-belah Sogo, di sini.
Hasil siasatan awal polis berdasarkan maklumat saksi mendapati bahan letupan berkenaan diletakkan tiga suspek lelaki menaiki sebuah kereta Proton Waja yang didaftarkan di Negeri Sembilan.

Suspek dilapor dalam keadaan mencurigakan selepas dilihat keluar dari kereta dengan memakai penutup muka dan sarung tangan sambil memerhatikan keadaan sekeliling, ketika menyembunyikan bahan letupan itu.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata polis tidak menolak kemungkinan bahan letupan itu akan digunakan ketika perhimpunan haram, tetapi siasatan lanjut sedang dilakukan secara terperinci.

“Polis kini mengesan suspek berkenaan bagi mengetahui sama ada wujud bahan letupan turut diletakkan di beberapa lokasi lain yang kita percaya akan digunakan pada hari perhimpunan haram itu Sabtu ini,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.
Beliau berkata, orang ramai diminta tidak panik menghadapi situasi berkenaan kerana polis sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk cubaan beberapa pihak mengganggu-gugat ketenteraman awam di sekitar Kuala Lumpur.

Katanya, polis berusaha mengesan suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 8, Akta Bahan Letupan dan Kakisan.

Difahamkan, ini adalah penemuan pertama polis ke atas bahan letupan berbahaya yang dipercayai akan digunakan ketika perhimpunan haram itu.

Sementara itu, sebuah kumpulan anti-BERSIH membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh dan diancam akan diserang dengan kumpulan bersenjata jika kumpulan berkenaan cuba menghalang perhimpunan BERSIH.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, berkata kumpulan anti-BERSIH itu menerima SMS berbunyi ‘Lu Melayu Mau Mati ka, masa 13 Mei kami belum sedia, tapi 9 Julai sapa yang mati.. jadi jangan cuba mengganggu Perhimpunan BERSIH, kami yang akan bersenjata tidak akan teragak-agak menyerang anda seperti 13 Mei 1969.’

Sementara itu, Polis Selangor menemui satu beg berisi molotov coktail, dua plastik hitam mengandungi puluhan baju kuning BERSIH dan dua beg berisi parang serta bebola besi di Batu 12, Jalan Lama Gombak di tepi jalan kawasan hutan petang semalam.

Penemuan itu berdasarkan maklumat beberapa Orang Asli yang terlihat barang berkenaan ketika sedang mencari rotan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut kes itu.

P/s: BERSIH disabotaj? Tuduhan yang dilemparkan ini sangat-sangat berniat jahat. Penggunaan kata "dipercayai" dalam kenyataan polis itu memberikan implikasi kepada nama baik BERSIH. Apa justifikasi polis mengaitkan penemuan senjata dan bahan letupan itu dengan BERSIH? Hanya kerana ada baju BERSIH bersama-sama senjata atau bom itu? Siapalah bangang mahu letak bahan letupan dan senjata sekali dengan baju BERSIH? Siapalah yang bangang bunuh orang kemudian letak ICnya di tepi mayat?? Penemuan itu boleh jadi angkara orang yang mahu mensabotaj BERSIH! Boleh juga angkara...

Read more ...

Ada penipuan setiap kali pilihan raya

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMIAF0vV_GSMT46uvLHxymeuEnUSG0p3pygcuQLWQs_5B5nihwaYaTagcM8OnojYL6PMUKWBHDfyqsX-cOdqzbaQqnVpdjql3ThQ9zruEEREP1gQuzL2Yx7SRZAF8D9dQRidvMjPWwCV4/s1600/mymaktabaty-Azman-Shapawi.JPGKUALA TERENGGANU – Pembangkang percaya berlakunya penipuan setiap kali pilihan raya sekalipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat penegasan tidak berlaku perkara sedemikian setiap kali pilihan raya berlangsung.

Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Dungun, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, ia berdasarkan pengalaman pihak tersebut apabila ada pengundi menggunakan kad pengenalan orang lain dan menggunakan kad pengenalan palsu.

“Pada 2004, jumlah keluar mengundi terlalu tinggi sehingga capai 90 peratus.

“Keadaan ini pernah berlaku di Sabah dan Sarawak apabila kad pengenalan diberi kepada warga asing,” katanya.

SPR menegaskan, mustahil pengundi mengundi dua kali kerana pihaknya menggunakan sistem 12 digit kad pengenalan.

Timbalan pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, sistem itu membolehkan SPR mengenal pasti pengundi hanya mengundi sekali.

Azman Shapawi berkata, perkara yang berlaku di Sabah dan Sarawak itu dipercayai berlaku juga di Semenanjung Malaysia.

“Mungkin apa (penipuan) yang difahami kita, berbeza dengan apa yang difahami SPR. Dengan jumlah mereka keluar mengundi juga ramai dan tidak mengenali orang setempat, penipuan tidak mustahil berlaku,” katanya.

Pihaknya juga kesal apabila SPR tidak melaksanakan sistem cap jari dalam pilihan raya umum kerana menganggap ia lebih telus berbanding sistem ketika ini.

Katanya, walaupun pembangkang telah membuat tuntutan kepada SPR berhubung perkara itu sebelum ini, namun pihaknya kesal apabila ia dibatalkan pada saat akhir menjelang Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

“Saya harap SPR lihat dengan pandangan positif dan tidak terikat dengan UMNO dan BN. Kalau tuntutan ditunai, tiada masalah buat rakyat untuk menjalankan pilihan raya dengan bersih,” katanya SH

Read more ...

UMNO, media putar belit isu Bersih

http://2.bp.blogspot.com/_aLYQfXHFubQ/TLPHsu6-8TI/AAAAAAAAD0w/1EurIf3UN2Y/s1600/ahmadyahya.jpgALOR SETAR - UMNO dan media arus perdana didakwa cuba memutarbelitkan isu Bersih 2.0 hingga timbul pelbagai spekulasi untuk menakut-nakutkan rakyat supaya tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan itu.

Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahya berkata, pihaknya akur dan menyokong penuh Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Katanya, titah itu antara lain mahu rakyat memelihara keharmonian dan kestabilan negara sedangkan matlamat asal himpunan berkenaan bukan bertujuan untuk menimbulkan sebarang kekecohan hingga boleh menggugat keamanan.

“Bagaimanapun keadaan menjadi bertambah serius apabila UMNO dan media dilihat sering memprovokasi isu Bersih hingga menimbulkan kebimbangan di segenap lapisan masyarakat.

“Himpunan Bersih 2.0 mula diharamkan, baju yang tertera logo Bersih dirampas termasuk himpunan ini dilihat akan mencetuskan kekacauan hingga menyebabkan segelintir pelabur bertindak lari daripada menanggung risiko melabur di sini,” katanya.

Ahmad berkata, sekiranya provokasi seumpama itu tidak ditimbulkan, beliau percaya himpunan berkenaan akan berlangsung dalam suasana aman dan mereka yang berhimpun berjalan beramai-ramai menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong seperti dirancang.SH

Read more ...