Tuesday, August 9, 2011

Kematian Baharudin : Keluarga tuntut inkues

http://media1-cdn.malaysiakini.com/386/a96a2cd5244e8c054016a944bb3d308b.jpgKUALA LUMPUR 9 OGOS : Keluarga kepada allahyarham Baharudin Ahmad memfailkan satu notis usul di Mahkamah Tinggi hari ini bagi memaksa Pejabat Peguam Negara menjalankan inkues terhadap kematian lelaki berkenaan.

Permohonan siasatan khas itu dibuat susulan kepada laporan polis yang dibuat oleh balu mangsa berkenaan, Rosni Malan pada 17 Julai lalu yang mendakwa bahawa kematian Ahmad disebabkan oleh tindakan polis semasa perhimpunan berkenaan.

Turut dikemukakan dalam notis usul berkenaan ialah akuan bersumpah daripada seorang anak mangsa berhubung laporan bedah siasat Hospital Kuala Lumpur ke atas jenazah mangsa tersebut.

Difahamkan, keluarga berkenaan hanya menerima laporan bedah siasat bertarikh 15 Julai itu pada 3 Ogos.

Atas sebab tersebut, keluarga mangsa berkenaan mempertikaikan kenyataan yang dikeluarkan polis pada 10 Julai berhubung sebab kematian allahyarham Baharudin.

Polis memberitahu bahawa mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung sedangkan hasil bedah siasat masih belum diperolehi, kata peguam Ahmad Jufliz Faiza ketika dihubungi Malaysiakini.

Anak perempuan Baharudin, Ummi Mirza dalam akuan bersumpahnya menyebut bahawa sebab kematian tersebut bukanlah sebab-sebab nyata yang ditentukan melalui siasatan terhadap jenazah ayahnya.

Sebaliknya, sebab kematian itu perlu meliputi "semua perkara yang perlu untuk membolehkan sesuatu pendapat dibuat (mengenai) bagaimana ayah saya menemui ajalnya."

Katanya lagi, sebab kematian itu boleh "disebabkan atau dipercepatkan oleh perbuatan atau (perbuatan yang tidak dibuat) yang menyalahi undang-undang" oleh mana-mana individu, kumpulan atau ejen kepada mana-mana badan.

Laporan 'bercanggah'

Akuan bersumpah berkenaan mendakwa, laporan perubatan yang diperolehi oleh keluarkan mangsa berkenaan mengandungi maklumat yang bercanggah dengan apa yang diberitahu oleh doktor yang memeriksa jenazah sebelum ini.

Laporan yang menyebut sebab kematian Ahmad sebagai serangan jantung "acute myocardial infarction" itu antara lain menyatakan bahawa bahagian paru-paru mangsa didapati tersumbat.

Walhal, beliau sebelum ini diberitahu bahawa bahagian paru-paru itu tidak tersumbat, kata Ummi Mirza lagi.

"Saya diberitahu oleh pakar forensik tersebut sebelum ini bahawa 'paru-paru kelihatan sihat', namun laporan bedah siasat menyatakan 'sangat bengkak dan tersumbat'," akuan bersumpah itu dipetik.

Ummi Mirza dalam dokumen yang diperakui semalam itu juga menyebut bahawa beliau melihat tanda gigi di sebelah kira atas bibir dan juga lebam di sekeliling kawasan tersebut.

Katanya, beliau diberitahu oleh pakar berkenaan bahawa bahagian trakea jenazah ayahnya itu juga sedikit tersumbat.

Beliau diberitahu bahawa keadaan itu mungkin berlaku akibat tindakan memasukkan tiub ke dalam rongga berkenaan.

"Tapi laporan bedah siasat menyatakan (bahagian trakea itu 'jelas dan tidak tersumbat'," kata Ummi lagi dalam dokumen berkenaan.

Tambahnya, laporan yang diperolehi itu menyatakan bahawa bahagian mulut mangsa tidak mengeluarkan cecair.

"Namun berbeza dengan apa yang saya nampak pada bibir arwah sebelum post mortem. Malah pada saat memandikan jenazah beliau, saya juga masih dapat melihat lebam pada bibir tersebut," kata Ummi lagi dalam dokumen sama.

Baharudin, 59, didakwa rebah semasa menyertai perhimpunan di perkarangan KLCC pada 9 Julai lalu, dan disahkan meninggal dunia sebaik dibawa ke jabatan kecemasan, Hospital Kuala Lumpur pada petang tersebut.

Difahamkan, bedah siasat dijalankan ke atasnya kira-kira enam jam kemudian oleh dua orang ahli patologi.-Malaysiakini

Read more ...

MARI BACA!!! Jawapan kepada tulisan fitnah Blog Pencacai UMNO

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0fylR3n8Fg9A8KZw2RzRR1NCr3rtEBvQ49aTuSvoMaj32xnNtqHksGspERWrWG7loq_rpJgo4KeGUILPtzHyD4iO3qegeNXhbTVzUOZizM9KsQXRR6zUN1NdXZuX1_JoboOs1luyhZIXa/s400/UMNO+juara+tipu+rakyat.JPGOleh: Mat Kering Bakag Bata

'PAS pembunuh pejuang Islam Sebenarnya' begitulah tajuk dari blog UMNO Kedah Taims. Isinya menggambarkan seolah-olah PAS sokong majlis 'berbuka puasa di gereja' tersebut diadakan dan bantah tindakan JAIS dan Datuk Dr. Hassan Ali. Walhal dakwaan itu fitnah semata-mata.


Apa yang dilakukan oleh PAS ialah minta Dr. Hassan, JAIS dan pihak gereja bagi penjelasan. Lepas dapat penjelasan semua pihak terbabit, tahu hujung pangkal, baru boleh keluar kenyataan. Sebab kalau silap buat kenyataan.. UMNO dan media pecacai merekalah yang pertama sekali akan manipulate.


Kononnya Harun Din yang berpegang kepada kebenaran sedang diketepikan begitu saja.
Waktu isu 'buka posa kat gereja ni' berlaku, Harun Din terlantar kat IJN, takdak peluang beliau nak ulas apa-apa. Bila masa pulak PAS ketepikan pandangannya? Dalam parti pun PAS tak pernah ketepikan Harun Din, dia masih kekal Mursyidul Am PAS. Dia tak ditolak dalam pemilihan parti sebab dia tak bertanding apa-apa pun.

Kononnya lagi Nasarudin Md Isa hilang jawatan Timbalan Presiden kerana pegangan beliau terhadap perpaduan. Beliau dikalahkan oleh seorang yang SPM nya pun gagal.


Itu ulasan bila Ustaz Nasha kalah, waktu Mat Sabu kalah dengan Ustaz Nasha dulu depa kata, PAS tak hormati orang lama parti yang terbukti kental keluar masuk ISA sedangkan Nasharudddin Md Isa hanya 'payung terjun' yang diambil oleh Fadzil Noor... lidah jenis apa puak2 ni (tak kata lebih2 posa). Nak habag bagi Kedah taims, Mat Sabu bukan takat tak lulus SPM tapi SRP pun gagal, dia masuk ITM tahun 70an dulu pakai sijil darjah enam sebelum Perang Jepun..


Kata Kedah Times, kita semua tahu DAP dan PKR memang sentiasa pertahankan apa saja yang boleh menjatuhkan Islam, tetapi sekarang PAS yang dahulunya begitu keras jika menyentuh isu Islam, telah bertukar rentak.


Bila PAS tukaq rentaknya? Ada apa-apa ulasan rasmi dari PAS ka?? Ini yang dikatakan 'jahat mulut'... atau jahat tangan (sebab pakai keyboard).


Tulis Kedah Times lagi, menyedihkan apabila tiada siapa dibenarkan bercakap soal ini padahal mereka begitu kuat melaungkan isu kebebasan bersuara. Dan Hassan Ali tidak diberi peluang untuk menerangkan perkara sebenarnya.


Sapa kata? Kelmarin.. dari pagi sampai petang kelmarin Dr. Hassan bagi penjelasan dekat PAS Pusat, tak bagi peluang apa lagi??


Cukuplah Kedah Taims, hormatilah bulan posa.. hentikan kerja putag pusin, kot habis Ramadhan posa hangpa kosonggg..

Baca jawapan fitnah ini pula....

Fitnah lagi... Kuota keluasan balak tetap 2,340 hektar setahun

Oleh: Tok Senapi

Sambil dok tunggu buka posa.. TS belek tengok blog2 UMNO cari menatang apa pulak depa nak fitnah. Bila buka Kedah Taims jumpalah ulasan berikut:

Kalau dulu balak hanya diberi ditempat-tempat terpilih supaya hutan tidak tercemar dan sebagainya, kini kita lihat dimana-mana saja balak ditebang. Memang pendapatan meningkat kerana keluasan penebangan bertambah, bukannya ketelusan bertambah.


Tersenyum TS... Bukan sebab syok dengaq fitnah UMNO, tapi mudahnya cari bahan fitnah dalam blog UMNO. Ibarat nak cari pokok dalam hutan.. Pi tang mana pun jumpa.

Untuk maklumat Kedah Taims, kuota balak sejak zaman BN dulu sampai PAS la ni, keluasan yang dibenarkan TIDAK LEBIH DARI 2340 Hektar setahun. Semua keluasan tu Jabatan Hutan pi sukat dalam hutan bukan buleh kecoh @ tipu.. Kecualilah kakitangan kerajaan Pusat bawah kerajaan BN tu metekadarah rasuah. Takdak bukti, kita tak mau tuduh.

Macam mana pun kelulusan yang dibuat pada tahun tertentu, tak semesti depa tebang pada tahun tersebut. Kalau tengok lori balak dok keluag pi mai tu buleh jadi pengusaha keluaq serentak masa yang sama. Paham??!!

Kalau dah paham jom kita pi buka posa. Selamat berbuka..
Kedah La

Read more ...

KERJA KHIANAT SPR!!! Tempoh bantahan daftar pemilih terlalu singkat., belasah RM 10 setiap bantahan.!!!

voter registration campaign 110707 registrationSuhaizan berkata tempoh bantahan yang lebih lama diperlukan bagi menyemak daftar pemilih SPR bagi membuktikan ia benar-benar bebas daripada 'pengundi hantu'.

Terlalu singkat

Beliau berkata tempoh bantahan sekarang yang hanya selama lima hari termasuk dua hari bercuti adalah terlalu singkat dan tidak munasabah.


“Contohnya dalam rang suku ke-2 tahun 2011, SPR hanya membenarkan bantahan pada 29 Julai hingga 2 Ogos. Iaitu 5 hari bermula hari Jumaat hingga Selasa.

“Tempoh ini terlalu singkat dan merumitkan. Tempoh yang terlalu singkat ini seolah-olah SPR mempunyai agenda tersembunyi bagi menyukarkan pembantah untuk membuat bantahan,” katanya.


Menurut Suhaizan, Pemuda PAS juga mendesak SPR agar mengugurkan bayaran RM10 bagi setiap bantahan dan RM200 bagi setiap bantahan yang ditolak.


“Bantahan ini merupakan salah satu kaedah mengesan kesilapan manusia. Bantahan ini dibenarkan semasa SPR mempamerkan rang daftar pemilih. Apabila bayaran yang dikenakan terlalu mahal maka ia akan membebankan mereka yang mahu membuat bantahan sedangkan bantahan ini bertujuan untuk membersihkan daftar pemilih SPR.


azlan
“Ini bermaksud pembantah mahu membantu SPR membersihkan data mereka. Membersihkan daftar pemilih adalah tugas hakiki SPR. Malangnya SPR mengenakan bayaran yang tinggi untuk membantunya membersihkan daftar pemilih.

“Bayaran yang dikenakan oleh SPR kepada pembantah adalah termasuk perkara-perkara yang pelik dalam negara kita. Sepatutnya SPR memberi bayaran tanda penghargaan kepada mereka yang membuat bantahan bukannya mengenakan bayaran kepada mereka yang mahu membantu SPR,” katanya lagi.

Read more ...

Anwar ada, Musa Hassan dan Rodhwan tak mau ditemuramah



SHAH ALAM 9 OGOS : Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof enggan ditemuramah peguambela, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir sama pada sesi temubual kes fitnah liwat II.

Anwar melalui laman Twitternya sebentar tadi memetik peguam Karpal Singh bahawa "tertuduh boleh hadir semasa sesi temuramah dengan saksi- saksi pembelaan".

Walau bagaimanapun menurut Anwar, Timbalan Pendakwaraya yang diketuai oleh Datuk Yusof Zainal Abiden akan merujuk kepada hakim mengenai perkara tersebut.

Bercakap kepada media di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, Karpal menegaskan bahawa tertuduh berhak dan akan hadir ketika pasukan peguambela menemuramah saksi- saksi.

"Kehadiran Anwar diperlukan kerana beliau adalah orang yang dituduh dan mempunyai hak untuk berada di sana,” kata Karpal.

Perkara tersebut turut disahkan Anwar yang menyatakan bahawa beliau akan menghadirkan diri pada sesi temuramah itu.

Hakim Zabidin Mohd Diah pada sebelah pagi mengumumkan bahawa pendakwaraya perlu menyediakan saksi-saksi yang telah ditawarkan kepada pasukan peguambela untuk ditemuramah.

Namun perkara yang mengelirukan apabila arahan tersebut turut menyatakan bahawa tindakan menemuramah saksi-saksi itu bergantung kepada kerelaan individu.

Dalam pada itu, memetik laporan Malaysiakini, Karpal dan Sankara Nair menyifatkan bantahan yang dikemukakan saksi-saksi bersabit kehadiran Anwar pada sesi temubual tidak pernah berlaku dalam sejarah amalan undang-undang di negara ini.

Katanya Anwar berhak untuk berada bersama-sama pasukan peguamnya bagi menentukan sebarang arahan bersabit kes berkenaan.

Karpal walau bagaimanapun sekali lagi menegaskan bahawa perbuatan menangguhkan kes kini berpunca daripada bantahan yang dibangkitkan pihak pendakwaan.

Sementara itu Timbalan Pendakwaraya Datuk Yusof Zainal Abiden melalui sebuah mesej pesanan ringkas menyatakan bahawa kehadiran Anwar tidak digalakkan.

Justeru Yusof akan bertemu dengan Zabidin bagi mendapatkan pandangan hakim itu yang turut akan disertai Karpal.

Laporan itu antara lain menyatakan bahawa DSP Jude mengesahkan bahawa enam individu akan hadir untuk ditemuramah namun tidak menjelaskan butiran saksi-saksi berkenaan.

Namun sehingga kini sesi temuramah terpaksa ditangguhkan sehingga isu kehadiran saksi diselesaikan.

Read more ...

Monday, August 8, 2011

SPR perlu bertindak, siasat segera keraguan daftar pemilih-Mafrel



SHAH ALAM 9 OGOS : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu bertindak proaktif dengan bertindak segera terhadap pendedahan-pendedahan yang dibuat oleh pihak tertentu berhubung senarai daftar pemilih yang meragukan.

Oleh itu menurut Pengerusi Malaysian For Free and Fair Elections ( MAFREL) Syed Ibrahim Syed Noh, satu laporan rasmi harus dibuat oleh pihak terbabit bagi membolehkan siasatan dilakukan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terbaru apabila SPR mendaftarkan seorang yang bernama 'Kg Baru' sebagai pemilih.

Kg Baru didaftarkan sebagai pengundi bagi Dewan Undangan Negeri Hulu Besut dan Parlimen Besut, Terengganu.

Namun apabila semakan dibuat di laman web Jabatan Pendaftaran Negera (JPN), nombor kad pengenalan sama adalah milik Noraini Binti Abdullah.

“Pada saya mudah sahaja, saya rasa pendedahan-pendedahan begini perlu dibuat laporan secara rasmi dan kemudian pihak SPR perlu ambil tindakan,"katanya kepada Tv Selangor.

Menurut Syed Ibrahim lagi, sesebuah suruhanjaya perlu memandang berat isu ini memandangkan ia melibatkan kredibiliti badan itu.

“Sebenarnya SPR sendiripun boleh membuat kajian mereka kalau dah ada satu dua aduan.Maknya berdasarkan kepada satu dua aduan, mereka kena membuat siasatan serius,"ulas beliau lagi.

Masalah seperti ini juga katanya, jika tidak ditangani dengan baik oleh SPR membolehkan ahli-ahli parlimen membawa perkara ini ke Dewan Rakyat bagi menolak daftar pemilih itu.

“ Dari segi undang-undangpun, ada ruang di mana pihak ahli-ahli parlimen boleh timbulkan untuk menyebut bahawa dengan keraguan-keraguan yang timbul berhubung dengan daftar pengundi, malah pilihan raya sendiripun tidak boleh diadakan," kata beliau.

“Kalau SPR tidak ambil secara serius, saya rasa itu satu keangkuhan dan sepatutnya mereka lebh bersikap 'gentleman' dan berbesar hati menerima aduan-aduan ini dan terus membuat semakan,"katanya lagi.

Semalam, Pakatan Rakyat menyerahkan memorandum menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memanggil sidang tergempar Dewan Rakyat bagi membincangkan isu 'penaiktarafan' status penduduk tetap (PR) kepada warganegara dalam tempoh sehari seorang individu bernama Mismah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berjanji akan memanjangkan perkara itu ke pengetahuan Perdana Menteri pada majlis berbuka puasa semalam.

Read more ...

Dr. Muhammad Uthman El Muhammady mahu dialog tertutup


KUALA LUMPUR 9 OGOS : Pendakwah bebas Dr. Muhammad Uthman El Muhammady menafikan bahawa beliau menolak tawaran untuk berdialog berhubung isu Wahabi yang dikaitkan oleh beliau dengan "kesesatan" dan "keganasan" Arab Saudi baru-baru ini.

Sebaliknya kata Uthman, beliau mahu dialog yang disyorkan itu diadakan secara tertutup.

“Saya tidak menolak untuk berdialog, tetapi saya mahu majlis itu diadakan secara tertutup dengan penganjuran daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN),” kata beliau.

Uthman yang dipetik dari Sinar Harian hari ini berkata, isu tersebut tidak sepatutnya dibincangkan secara terbuka kerana ia melibatkan keselamatan negara selain boleh menggugat hubungan baik antara negara.

“Dialog seperti ini perlu secara tertutup dengan dihadiri pakar-pakar yang dipilih oleh KDN dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” kata beliau.

Uthman berkata, apa yang beliau timbulkan bukan untuk meraih publisiti tetapi sebagai maklumat kepada kerajaan untuk melihat masalah itu.

“Tidak timbul isu ada negara yang bahaya kepada Malaysia dan ibadah haji perlu ditangguhkan seperti yang dilaporkan. Saya sendiri baru sahaja menunaikan haji tahun lalu,” kata beliau lagi.

Portal The Malaysian Insider semalam membawa laporan memetik Juanda berkata Uthman telah menolak pelawaan beliau agar diadakan satu dialog berhubungi isu “kesesatan” dan “keganasan” Arab Saudi yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi.

Menurut Juanda, beliau menerima surat penolakan Jumaat lalu.

Sehubungan itu, Juanda berkata beliau amat dukacita kerana Uthman, yang merupakan Tokoh Maal Hijrah, telah mengambil pendirian menolak jemputan rasmi agar berdialog secara harmoni mengenai isu tersebut yang beliau bangkitkan pada satu mesyuarat MKN dua minggu lalu.

“Bagaimana mungkin seorang yang merupakan ahli akademik takut untuk berhujah secara akademik dan terbuka bagi mempertahankan pandangan dan ideanya yang telah menghuru-harakan negara dan menjejaskan hubungan Malaysia dengan Arab Saudi, akibat tuduhannya yang dibuat secara membabi buta,” kata beliau.

Sebelum ini, banyak pihak seperti Persatuan Ulama Malaysia dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengalu-alukan idea diadakan dialog harmoni agar perselisihan berkaitan hal ini dapat diselesaikan dengan baik.

Mengulas hal sama, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin ketika dihubungi Tv Selangor semalam menyifatkan penolaan Uthman sebaga i perbuatan "kurang intelek".

Menurut Asri, sebagai seorang pemimpin agama, Uthman harus tampil menjelaskan segala dakwaan yang dibuatnya, apatah lagi beliau dijemput berdialog oleh orang yang dituduh.

Read more ...

PENDEDAHAN !!! Isu Murtad agenda konspirasi Puak-Puak Songkok Tiga Jengkal burukkan Pakatan

SEBUAH kumpulan anti Islam menggunakan nama Murtads in Malaysia and Singapore dikesan di laman sosial facebook. Kumpulan ini lebih kurang sama dengan kumpulan-kumpulan anti Islam lain yang pernah didedahkan sebelum ini. Setakat artikel ini ditulis, kumpulan ini memiliki seramai 473 ahli [Facebook].


Apa yang mengejutkan, dalam diam-diam terdapat konspirasi jahat untuk mencemarkan nama baik Setiausaha Menteri Besar Selangor, Cik Faekah Binti Hussin. Blog gerombolan songkok tinggi (United Malays No Otak) memainkan isu kononnya Cik Faekah turut menyokong kumpulan anti Islam ini.

Blog United Malays No Otak menuduh Cik Faekah menyokong kumpulan Murtads in Malaysia and Singapore kerana beliau menjadi salah seorang ahli di dalam kumpulan tersebut [Facebook].


Beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat seperti Xavier Jayakumar dan Elizabeth Wong juga dilihat menjadi ahli kumpulan menyokong murtad itu. Selain itu ramai ahli kumpulan murtad tersebut yang memakai picbadge (lencana) BERSIH.

Apa yang ingin ReJaM© jelaskan di sini ialah, ini semua hanyalah konspirasi jahat untuk mencemarkan nama baik setiausaha MB Selangor, dan pemimpin Pakatan Rakyat, serta penyokong-penyokong BERSIH. Konspirator mahu menyebarkan dakyah dan fitnah jahat.

Group seperti ini boleh dibina dan dimanipulasi dengan mudah di Facebook. Walaupun tanpa persetujuan individu pemilik Facebook, pihak pentadbir sesebuah kumpulan seperti Murtads in Malaysia and Singapore ini boleh memasukkan sesiapa sahaja ke dalam kumpulan mereka sungguhpun tanpa persetujuan tuan punya akaun.

Sebagai contoh, ReJaM© ada membina sebuah Group "Faekah suka MiLo SuaM" di facebook. Salah seorang ahli group tersebut yang baru sahaja dibina ini ialah Faekah sendiri. Jelas di sini, group ini sangat mudah dimanipulasikan rujuk sini [Facebook].





ReJaM© "Nak masukkan Najib dan Lady Gajah sebagai ahli pun boleh kah kah kah..."


Read more ...

KEJAM!!! Polis jumpa rangka pelancung Perancis, dipercayai dirogol dan dibunuh

http://www.pulau-tioman.de/big/pulau_tioman_17.jpgPolis menemui rangka manusia dipercayai milik seorang pelancong warga Perancis yang dilaporkan hilang baru-baru ini di Pulau Tioman, Pahang.

Menurut sumber, rangka yang dipercayai milik warga Perancis Stephanie Foray, 30, ditemui tengah hari ini ditanam di satu kawasan di kampung Tekek berhampiran pulau peranginan itu.


“Rangka manusia itu akan dibawa ke Hospital Kuantan esok hari untuk proses pengecaman dan bedah siasat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.


Pada 26 Julai lalu, laman sosial Facebook PDRM ada mengeluarkan kenyataan mengenai kehilangan seorang pelancong warga Perancis yang memasuki negara ini pada 5 Mei 2011 dengan penerbangan AK256 dari Colombo, Sri Lanka - Kuala Lumpur (LCCT).


Pada 27 Jun 2011, PDRM telah menerima e-mel daripada France Regional Police Attache, Singapura bahawa mangsa dipercayai hilang kerana keluarga putus perhubungan.


Maklumat terakhir mendapati beliau pernah menginap di Sayang Sayang Guest House, Kampung Hulu, Melaka pada 7 hingga 9 Mei 2011.



Mayat Wanita Perancis hilang 3 bulan lalu ditemui ditanam dalam gua di Kg Tekek


Wanita Perancis yang hilang tiga bulan lalu selepas melancong ke Pulau Tioman dekat sini ditemui dibunuh kejam dengan mayat mangsa ditanam dalam sebuah gua di Kampung Tekek di pulau peranginan itu semalam.


Mayat Stephanie Foray, 30, yang belum berkahwin ditemui pada pukul 1 petang oleh polis ekoran penahanan dua lelaki warga tempatan di Kampung Tekek pada 24 Julai lalu.


Mayat mangsa ditimbus dalam lubang di gua itu sedalam tiga meter dan polis mengambil masa empat jam untuk mengeluarkan rangka dipercayai milik Stephanie.


Seorang daripada suspek itu merupakan seorang ahli perniagaan berumur 44 tahun yang memiliki sebuah pondok ala inap desa dan sebuah kafe manakala seorang lagi suspek merupakan sepupu kepada ahli perniagaan itu.


Mengikut laporan sebuah akhbar sebelum ini, mangsa tiba di pulau itu dengan feri pada 10 Mei lalu melalui jeti Mersing di Johor dan didakwa tinggal di pondok milik ahli perniagaan itu.


Sejak masuk ke pulau itu, tiada rekod menunjukkan mangsa meninggalkan pusat peranginan tersebut sama ada melalui jalan air atau udara.


Berikutan itu, polis melancarkan gerakan mencari mangsa selepas menerima laporan daripada atase Perancis di Singapura mengenai kehilangannya pada 27 Jun lalu.


Mengikut satu sumber, Stephanie sebelum ini kerap berhubungan dengan keluarganya di Perancis melalui e-mel.


“Namun selepas keluarga mangsa tidak menerima kiriman e-mel mangsa dalam tempoh yang lama, mereka membuat laporan kepada atase Perancis di Singapura,” kata sumber itu.


Polis kemudian menghebahkan kehilangan mangsa yang bekerja sebagai pegawai komunikasi di Perancis melalui Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Siasatan polis kemudian membawa kepada penahanan suspek pertama, seorang ahli perniagaan. Lelaki itu ditahan selepas polis berjaya mengesan penggunaan telefon bimbit milik mangsa oleh suspek terbabit.


Beberapa hari selepas penahanan ahli perniagaan itu, polis kemudian menahan sepupu kepada suspek pertama itu yang memiliki sebuah kebun.


Suspek pertama didakwa penduduk kampung pernah menaiki motosikal bersama Stephanie.


Sumber itu memberitahu, soal siasat terhadap kedua-dua suspek itu membawa kepada penemuan satu rangka manusia ditimbus dengan batu-batan di dalam sebuah gua di kampung tersebut. Jarak gua dengan pondok didiami mangsa ialah 100 meter.


Turut ditemui bersama rangka dipercayai milik Stephanie adalah sebuah bantal dan tilam serta cebisan pakaian.


Mangsa dipercayai dibunuh tiga bulan lalu ketika dia tinggal di pondok milik suspek pertama.


Mayat mangsa kemudian ditimbus dalam gua di belakang tempat pondok tersebut.


Motif pembunuhan masih disiasat. Polis juga menyiasat kemungkinan mangsa dirogol oleh kedua-dua suspek itu.


Mangsa dikatakan tiba di ibu negara pada 5 Mei lalu dengan sebuah penerbangan dari Colombo, Sri Lanka ke Terminal Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) Kuala Lumpur.


Selepas itu, mangsa pergi ke Melaka dan pernah menginap di Sayang Sayang Guest House, Kampung Hulu, Melaka.


Sementara itu, sumber Kedutaan Perancis di Malaysia ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima sebarang maklumat terkini mengenai Stephanie.
JP

Read more ...

PARAH !!! SPR 'berkhidmat untuk UMNO/BN'

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQdxaFpTDgq8ihFbMM4DdGJqphNUw0ZFE4rvCVpiWtWaDeu1s0VdR1qIFHGDyQn7VviexCyqAVXgRmedYofar9YQPkRIBsrdNzN3TQmorDP9EadMM62eFolO2FjUyUK1rad8IrkQnDQAE/s1600/budakbalun.jpg

Banyak yang di perkatakan oleh pelbagai pihak apabila berlakunya pendedahan isu yang cukup membimbangkan sebahagian besar rakyat di negara ini serta mengancam keselamatan negara iaitu isu MyKad dan pendaftaran warga asing di dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Paling terkini beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) telah mendesak diadakan sidang tergempar Parlimen bagi membincangkan isu penduduk tetap (PR) yang memegang MyPR merah didaftar sebagai pemilih baru yang didakwa dilakukan secara terdesak oleh pimpinan tertinggi negara dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR.


Bagi saya, pendedahan persekongkolan terhormat JPN, SPR dan kerajaan Umno/BN bukanlah suatu yang 'mengejutkan' kerana ianya 'isu lama' telah sejak sekian lama wujud di negara kita. Pendedahan penipuan serta manipulasi pilihan raya inilah yang menjadikan demokrasi di negara kita berjalan dalam keadaan yang penuh kepincangan dan tempang.


Fakta persekongkolan

Saya teringat satu fakta persekongkolan terhormat JPN, SPR dan kerajaan Umno/BN ini apabila berlakunya pendaftaran beratus-ratus pekerja kilang dari Pekan, Pahang bagi mendaftar undi di kawasan parlimen Marang Terengganu.


Konspirasi yang digelar 'Projek Isuzu' ini dilakukan pada pilihan raya umum 1995 adalah bagi menumbangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kiri) di kawasan parlimen Marang.


Begitu juga dengan pertambahan pengundi yang mendadak serta peratus keluar mengundi yang 'amat luarbiasa' di seluruh negeri Terengganu pada pilihan raya umum ke-11 yang lalu sehinggakan ada kawasan yang melebihi 90 peratus keluar mengundi.


Keputusan amat luarbiasa ini menjadi 'konspirasi misteri' sehingga sekarang sehingga ia berjaya menumbangkan kerajaan PAS di Terengganu.


Yang terbaru adalah pendedahan mengenai 'Projek IC Sabah' yang merupakan projek rahsia dan tersusun yang membabitkan beberapa parti politik termasuk agensi kerajaan seperti JPN. SPR dan Jabatan Imigresen.


Aktivis hak asasi dan masyarakat dari Sabah, Dr Chong Eng Leong mendedahkan bahawa sehingga 2005, seramai 600,000 pendatang tanpa izin mendapat status kewarganegaraan tetap melalui projek IC di Sabah.


Beliau mendedahkan tentang Projek IC ini adalah bagi membawa pendatang tanpa izin dan di berikan IC serta mendaftar nama mereka dalam daftar pemilih yang di sediakan oleh SPR bagi melayakkan mereka menjadi pengundi yang 'sah'.


Projek IC Sabah yang dilaksanakan ini dipengerusikan sendiri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Megat Junid Megat Ayub, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ahmad Sarji, Pengarah JPN Sabah, Sani Adnan serta beberapa pimpinan tertinggi dan di lakukan ketika Malaysia di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak tahun 1980 an dan 1990an.


Siasatan Awam


Persoalannya, siapakah yang harus bertanggungjawab dalam konspirasi besar ini? Dan apakah akan ada usaha dari pihak kerajaan bagi menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Awam bagi menyiasat isu ini?


Namun bagi saya, isu pokok yang harus di lihat oleh semua pihak adalah peranan SPR itu sendiri.


Apabila isu kredebiliti SPR menjalankan tugas mereka secara adil bagi menjamin pilihan raya yang bersih dan adil menjadi pertikaian, maka demokrasi di negara kita akan terus menjadi tempang.


Ini ditambah lagi dengan 'hilang keyakinan' rakyat awam terhadap peranan SPR sendiri.


Penjelasan serta jawaban yang di berikan oleh SPR mengenai isu MyKad serta serta pelbagai isu yang menjadi pertikaian dilihat amat tidak meyakinkan dan berat sebelah.


Lebih parah lagi SPR kini hanya dilihat menjalankan tugas mereka 'berkhidmat untuk Umno/BN' bagi menjamin kelangsungan kuasa di Putrajaya.


Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa menurut Perlembagaan Negara 114(2) menghendaki SPR mestilah mendapat 'kepercayaan awam'.


Namun dengan perkembangan terbaru ini, 'kepercayaan awam' terhadap SPR telah terhakis sama sekali dengan perananya yang dilihat gagal menjalankan tugas sebagai sebuah badan bebas dan adil bagi menjamin pilihan raya yang bersih dan telus.


Bagi saya, untuk menjamin masa depan demokrasi dan pilihan raya di negara kita, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR wajar berundur segera dan izinkan Kebawah Duli Yang Di-Pertuan Agong membentuk serta melantik kepimpinan SPR baru yang telus dan adil.


-Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi

Read more ...

Tanah Runtuh Cameron Highlands: Pilu sepilu pilunya

Ramadan dan Aidilfitri tahun ini tidak lagi memberi sebarang erti buat seorang remaja apabila tiga ahli keluarganya termasuk ayah, ibu dan adik bongsunya maut dalam kejadian tanah runtuh yang meranapkan kediamannya di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata, di sini, petang kelmarin.

Sukainai Jaafar, 18, tidak dapat menyembunyikan rasa sedihnya apabila ibunya, Normah Gunung, 51, bapanya, Jaafar Balad, 49, dan adik bongsunya, Mohd Ikbal, 15, ditemui maut dalam sisa runtuhan rumah dan timbunan tanah dalam kejadian menyayat hati itu.

Sukainai yang ditemui di pekarangan Bilik Forensik Hospital Sultanah Hajah Kalsom di sini, semalam berkata, dia sedih dengan kejadian menimpa keluarganya.

Dia juga tidak sempat berbuka puasa dengan keluarganya sepanjang Ramadan tahun ini kerana tiada di kampung disebabkan menyambung pengajian di Institut As-Shifa di Taiping dalam kursus Sains Persekitaran.

“Saya hanya sempat sahur pada Ramadan pertama dengan semua ahli keluarga saya termasuk dengan ketiga-tiga arwah.

“Saya reda dengan apa yang berlaku dan terpaksa tabahkan hati menerima kehilangan mereka,” katanya.

Difahamkan, semua mangsa yang maut menganut Islam sejak tiga tahun lalu dan ini sambutan Ramadan ketiga buat mereka.

“Kejadian itu bukan saja mengorbankan ayah, ibu dan adik saya malah turut mengorbankan kakak ipar saya, Yusnizan Yusof, 22.


“Dua abang saya Mohd Riduan, 30, dan Azhar, 26, mungkin akan terus menetap di kampung ini,” katanya.

Jenayah keluarga Jaafar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Sedia, di sini, petang semalam.


Sementara itu, Mohd Ali, 27, anak kepada seorang mangsa yang maut, Ali Hassan, 50, berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 10 pagi semalam.

Katanya, dia difahamkan, ayahnya sedang tidur ketika kejadian.

“Kali terakhir saya bertemu ayah pada Oktober tahun lalu. Saya kini bekerja sebagai buruh estet di Kampung Puh, Bidor dan jarang bertemu ayah,” katanya.


“Ketika menemuinya Oktober lalu, ayah sempat berpesan meminta saya pulang berhari raya nanti.JP

Read more ...

GEMPAR!!Lagi individu Islam menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.Baca!!

Semalam hampir semua blogger-blogger membicarakan isu Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang jelas-jelas menghina islam.kelmarin juga identiti pemilik twitter makcik ni didedahkan oleh hacker-hacker yang mengelarkan diri mereka Gaysec.

Sk amat berminat untuk mebincangkan masalah murtad ni.terutamanya kes yang berlaku di negara kita.Dulu Dato mufti Perak mendedahkan beratu-ratus ribu orang islam malaysia dah murtad.Kenudian pulak baru- baru ni Menteri agama Al-Ostaz Maulana Jamil Khir Baharom mengeluarkan statmen permohonan murtad di malaysia.Lihat
Sini.Gejala murtad semakin menjadi-jadi.

Kenapa perkara ni semakin menjadi-jadi la nie?kepada siapa kita nak salahkan.Sk amat sedih bila mendegar masalah murtad di Malaysia.Sudah lama gejala ni berlaku di negara kita ni.Dahulu kes Aisyah Bukhari telah mengempar negara kita.Kes Hartina Haji Kamarudin yang murtad masuk hindu paria.

Kemudian kes Yussuf Abdulah.Kemudian peristiwa yang paling menyayat hati berlaku kepada saudara islam yang baru,Ibrahim dan Siti solehah yang mati dipancung ketika malam valentine.Kenapa semua ini berlaku?Bagaimana undang-undang negara kita berkaitan Murtad?

Terbaru kes Makcik murtad yang jelas-jelas menghina islam.Sk merayu kepada pihak-pihak yang terbabit supaya bawak si betina ni ke muka pengadilan.jatuhkan hukuman yang setimpal di atas perbuatannya tu.Jangan sampai dia jadi macam Lina Joy yang berani mencabar undang-undang negara.Undnag-undang negara kita ni masih lemah sebab tu depa berani cabar.

Kalau baca dalam blog-blog Umno jelas-jelas depa kata makcik murtad ni geng pembangkang.Wei!!jangan dok buat politik la isu-isu macam ni.Awat x dak ka geng umno yang murtad?yang hina agama?hina nabi?kata-kata macamni hanya keluar dari budak-budak yang bodoh sahaja!!Kalau kata dia SIS(Sister In Islam)nak tanya hangpa sapa orang-orang atas SIS.Marina anak Tun Det.Nori anak Tun Lah.depa ni SIS laa...Banyak lagi anak-anak pemimpin Umno yang pertubuhan ni.

Macamna dengan makcik murtad ni?betoika dia ni betina tu?macamna dengan kenyataan ini?
dalam twiiter ni dia menafikan dia tu Arlene Tan.Tapi kita percaya ini taktik dia sahaja yang melindungi diri dia sebagai Arlene Tan tu.Lihat sini pulak...

Hah!yang ni memang mengantoikan diri dia sebanarnya...Komen dari Azwan ismail yang merujuk Sitt Al-Wuzara kepada Arlene Tan..kantoi!!kantoi!!

Ok..petang kelmarin Sk mendapat beberapa Email dari pembaca-pembaca Sk yang mendedahkan ada lagi beberapa Individu-individu lain yang jelas-jelas menghina Islam dan Nabi muhammad dalam facebook.Kalau tengok pada profil name,nama islam.

Tapi tak tau laa..Siapa biarlah rahsia dahulu kerana Sk baru nak sembang-sembang ngan depa ni...Nak korek sikit-sikit.Kalau ada cerita dan pendedahan lagi,sk akan bawakan dalam Siasahkini nanti.

Sk sekarang dah jadi penyiasat setelah join tengok cerita siasat-siasat dengan Halu Bard dan Nor Fazura.hahahha..Sk malas dah dengan politik-politik ni.Cacamarba ja politik malaysia ni.Otak jadi mereng.Tapi nanti kot-kot Sk nak tulis balik tentang politik Sk tulis laaa Siasahkini

Read more ...

KANTOI!! Menantu Muhyiddin dapat projek Biometrik rupanya!!?

Senyum... Tak perlu kata apa-apa... Senyum... Tak perlu kata apa-apa..

Ketika menghadiri majlis berbuka puasa di rumah Tengku Razaleigh Hamzah petang semalam saya didatangi oleh seorang kawan.

Beriya dia menarik tangan saya ke tepi, menjauhi dari orang lain.


Cara dia berbuat begitu seolah-olah apa yang beliau hendak beritahu itu perkara yang sulit dan amat penting.


Saya sambil membetulkan samping akur dengan tarikan tangannya.


Berceritalah dia dalam keadaan serius dan meminta saya dedahkan.


"You kena dedah ini untuk kebaikan negara.


Negara kita sudah habis," katanya.


Dia ini adalah bekas Ketua Pemuda Umno di sebuah bahagian di Utara yang kini sudah tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti lagi kerana kecewa dengan apa yang berlaku dalam partinya itu.


"Biar rakyat tahu, dan jangan sampai rakyat dan negara terus kerugian," katanya bersungguh.


Iya..iya saja apa yang diberitahunya.


Kawan ini lalu bercerita bukan main serius lagi, siap dengan mimik muka dan mata yang terkebil-kebil.


Peliknya dia selalu menceritakan sesuatu dan memberi maklumat tambahan tetapi tidak mahu tulis sendiri.


Setahu saya dia juga ada blog yang dibangunkan dengan penuh kerahsiaan.


Apa ceritanya?


Ceritanya sudah saya ketahui serba sedikit sebelum ini.

Iaini mengenai penglibatan menantu Timbalan Perdana Menteri, Udin anak Yassin dalam dunia perniagaan.

Menantu Udin anak Yassin itu dikatakan mendapat kontrek membekalkan komputer untuk sistem biometerik yang bernilai berjuta-juta ringgit yang hendak dilaksanakan kini.


Menurut kawan itu menantu Udin anak Yassin dikatakan memperolehi tander membekalkan komputer kepada lebih 300 buah syarikat yang mendapat tander untuk menguruskan Pendatang Tanpa Izin (Pati) dalam program pemutihan.


Kawan itu siap sebut dengan nilai dan juga keuntungan yang diperolehi syarikat menanti Udin anak Yassin itu.


Katanya peruntukan untuk membekalkan komputer kepada 300 syarikat saja melibatkan RM15 juta dan peruntukan untuk Jabatan Imigresen RM600 juta.


Jumlah itu katanya belum untuk Polis, SPR dan lain-lain.


Apa yang kawan itu persoalkan syarikat itu baru saja ditubuhkan dan tidak pun ada pengalaman dalam bidang perniagaan.


Bukan itu saja tambahnya ada lagi hal-hal yang ganjil yang berlaku di sebalik tander berkenaan.


Sebenarnya saya tidak pelik dengan kejadian seperti itu.


Sebelum ini pun sudah banyak kali kita dengar kroni PM dan menteri mendapat projek itu dan ini.


Dr Mahathir bergaduh dengan Anwar bukan fasal liwat sangat tetapi fasal Anwar cegah kerajaan bailout syarikat anak Mahathtir yang hendak mampus dan mengalami kerugian berbillion ringgit.


Itulah puncanya.


Sebab itu Mahathir marah dan terkilan dengan Anwar.


Mahathir merasa tindakan Anwar itu bagaikan lumoran tahi ke mukanya sebagai PM dan menganggap Anwar tidak mengenang budi.


Cuba kalau Anwar menyokong bailout syarikat anak Mahathir itu mungkin Anwar tidak terpenjara dan nasibnya tidak jadi seperti hari ini.


Begitu juga di zaman Abdullah Badawi jadi PM.


Kisah menantunya Khairy Jamaluddin dijaja dan dijual mendapat berbagai projek.


Malahan Khairy dikatakan mempunyai kuasa pemutus dalam pentadbiran Abdullah terutama melihat projek-projek besar.


Kesimpulannya apa yang diceritakan oleh kawan itu tentang penglibatan menantu TPM dalam perniagaan tidak menghairankan.


Cuma apa yang dibimbangkan kalau semasa bapa mertua jadi TPM menantu sudah untung besar bagaimanalah nanti setelah bapak jadi PM tentu untung berlipat kali ganda lagi.


Harap-harap ada orang akan hantar gambar menantu Udin anak Yassin untuk sama-sama kita tetap dan juga nama syarikatnya untuk kita semak berapakah modal berbayar di dalam syarikat berkenaan dasn siapa-siapa lagi rakan kongsinya.


Jangan-jangan syarikat RM2 sahaja? - MSO

Read more ...

PANAS!! Najib dan Taib Mahmud pakai duit rakyat lagi untuk tipu satu dunia!!



Walaupun dunia sekarang ini sedang dihangatkan dengan skandal rakam bualan telefon Murdoch yang menyaksikan berakhirnya “The News of the World Tabloid” sebuah lagi skandal media akan mengegar dunia.

CNN, BBC dan CNBC kini sedang cuba untuk mengawal pendedahan kes ini agar mereka tidak disiasat.


Sekiranya mereka disiasat, ini bukan sahaja akan menarik perhatian dunia terhadap mereka bahkan mencipta satu skandal baru bagi tatapan dunia untuk Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud.


Ini sekaligus memberikan satu lagi tamparan hebat kepada Malaysia.


Kedua-dua mereka dikatakan membeli laporan-laporan yang baik, menarik dan yang menggalakan bertujuan untuk mempamirkan imej positif mereka melalui FBC Media sebuah firma UK.


Bukanlah satu perkara luar biasa bagi pemimpin dunia untuk cuba memaparkan imej positif namun, tidak ramai yang akan mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk berbuat demikian.


Menipu masyarakat dunia


Mungkinkah Najib dan Taib sudah biasa melakukan sekatan terhadap media dalam negara yang dipaksa untuk hanya melaporkan cerita-cerita yang berat sebelah maka mereka merasakan bahawa wang boleh membeli segala-galanya lalu terbawa-bawa kebiasaan ini ke pentas antarabangsa.


Dengan berbuat demikian, mereka sebenarnya telah mencemarkan bidang kewartawanan.


Rangkaian global seharusnya sekarang memainkan peranan masing-masing dan mereka yang lemah dengan godaan ini haruslah berhadapan dengan hukuman berat.

Inilah satu-satunya cara mendapatkan semula kredibiliti mereka.

Media dunia juga tidak seharusnya membenarkan Najib dan Taib terlepas daripada menerima hukuman.


Ia haruslah memberitahu dunia mengenai percubaan kedua-dua pemimpin ini untuk mempamirkan imej yang salah kepada masyarakat dunia dan pelabur asing.


Pelaburan asing yang mereka cuba tarik ke Malaysia adalah bentuk pelaburan yang boleh menguntungkan projek-projek mereka sendiri yang sememangnya diketahui terdiri daripada para pemegang saham luar yang diragui.


“Sudah tentulah kita ambil berat mengenai hal ini kerana, apabila pelabur luar mempunyai persepsi bahawa Malaysia tidak boleh dipercayai disebabkan pemimpin kita membeli imej positif, siapa yang akan memilih untuk buat pelaburan di sini?


Dengan persaingan sengit FDI, ini juga mungkin menjadi penyebab mereka akan meletakkan Malaysia pada pilihan terakhir mereka.


Mereka juga akan membuat usaha sewajarnya yang lebih terperinci untuk berurusan dengan apa-apa yang ada kaitan dengan Malaysia.” Kata Tian Chua, seorang ahli parlimen pembangkang kepada Malaysia Chronicle.


Tamparan buat Malaysia


Kelihatan seperti dalam 2 tahun selama Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, Malaysia sentiasa diketengahkan oleh media dengan berita-berita yang tidak enak.


Negara kita menjadi bahan tawa dunia.


Pemimpin kita tidak segan silu beraksi di pentas dunia dan juga tidak keberatan menggunakan duit rakyat untuk kegunaan diri mereka sendiri untuk menunjuk-nunjuk dan rasuah.


Keputusan CNBC untuk menghentikan rangcangan bisnes perdananya “World Business” disebabkan tuduhan bayaran kepada penerbit rancangan itu iaitu FBC Media oleh Kerajaan Malaysia bagaikan satu tamparan buat Malaysia.

Dunia sekarang melihat Najib dan Taib sebagai 2 orang streotaip yang mempunyai mempunyai keperibadian buruk yang perlu membeli imej baik demi memperelokkan diri mereka di mata dunia.

Menurut Sarawak Report, FBC Media, yang dibayar RM70 juta setahun untuk promosi kempen 1Malaysia bermula 2009, mempunyai hubungan erat dengan firma konsultansi perhubungan awam APCO yang dikaitkan dengan beberapa pemimpin militan Israel.

“Menurut dokumen rasmi kerajaan Amerika Syarikat pula, FBC Media telah pun dalam masa 2 tahun membayar US70,000 kepada APCO untuk menjalankan kegiatan melobi di US untuk kerajaan Malaysia.” Lapor Sarawak Report.


Ekoran dari itu,kerajaan Malaysia semakin kerap ditonjolkan dengan cerita-cerita positif menerusi program-program mereka.


Tidak beberapa lama dahulu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution mempersoalkan fungsi FBC Media di Parliamen akan tetapi tidak diberi sebarang jawapan.


Statistik rasmi telah menunjukkan bahawa Jabatan Perdana Menteri telah membayar sebanyak RM57.68 juta kepada FBC Media dari tahun 2008 hingga 2009.


Ini mungkin bukan jumlah terakhir dan rakyat Malaysia harus menunggu jawapan yang pasti dari kerajaan BN.


Sarawak Report turut mendakwa Taib membayar USD5 juta atau RM15 juta kepada FBC Media.


Tidak Waras


Sementara itu, CNN turut menyangkal tuduhan bahawa ia telah dibayar untuk menemuramah Najib Tun Razak kerana sesi temubual yang menimbulkan tanda tanya apabila wartawan CNN John Defterios yang menemubual beliau mengenai Perhimpunan Bersih dilihat sebagai terlalu berlembut.


Tumpuan pengawal selia industri sekarang adalah pada hubungan FBC Media dengan firma perhubungan British yang diterajui oleh Alan Friedman dan Defterios (kiri) yang masih disenaraikan sebagai salah seorang daripada Presiden kumpulan itu dan juga dengan stesen penyiaran seperti CNBC, CNN dan BBC.

CNN, BBC dan CNBC telah dengan segera menjauhkan diri daripada skandal media yang melibatkan Najib dan Taib.

Institusi berita diseluruh dunia sekarang ini sedang berusaha memulihkan kredibiliti mereka selepas skandal Murdoch dibongkar dan sekiranya kaitkan dengan kes rasuah di Malaysia, ia tidak akan membantu mereka.

Tidak mustahil mereka sedang marah terhadap kedua-dua pemimpin Malaysia ini.


Tindakan Najib dan Taib yang cuba memberi gambaran yang menyimpang dari kebenaran terhadap diri mereka yang sebenar adalah agak keterlaluan.


Percubaan untuk membeli gambaran positif walaupun tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan mengenai penyalahgunaan kuasa dan juga rasuah pentadbiran mereka adalah sesuatu yang agak meloyakan.


Najib yang sememangnya sensitive mengenai gambaran media terhadap diri beliau akan mendapati perkara ini sukar untuk diterima.


Beliau merasakan bahawa imej yang baik di mata orang awam adalah segala-galanya dan lebih penting berbanding tadbir urus dan kempimpinan yang baik.


Taib nampaknya bernasib lebih baik kerana telah pun lama berkuasa; lebih lama daripada mana-mana pemimpin UMNO.


UMNO adalah parti Najib manakala Taib pula PBB di Sarawak.


Taib menyedari bahawa ketakutan terhadap kemasukan UMNO ke Sarawak akan membenarkan beliau terus berkuasa.


Taib boleh menangkis serangan media dan ia bukanlah sesuatu yang baru untuk beliau akan tetapi berbeza pula dengan Najib yang mempunyai kedudukan yang agak lemah.


Najib bergantung kepada imej yang beliau cipta untuk mengaburi mata bahawa beliau telah melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri dengan baik, walaupun sebenarnya ia jauh menyimpang dari kebenaran kerana usaha beliau yang mewah untuk memulihkan negara dan ekonomi selama ini dilihat sebagai belum berjaya.


Kes rasuah media yang global ini akan mempercepatkan kejatuhan beliau kerana propaganda yang beliau sebarkan di negara tidak akan dapat berdepan dengan analisa yang berat sebelah.
JP

Read more ...

ANALISIS: Agihan zakat menampar regim UMNO APCO yang tidur kekenyangan



Tajuk di atas, maaf, bunyinya agak kasar, tetapi setelah umat Islam dihina oleh penganut agama lain susulan daripada terbongkarnya isu serbuan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Rabu lalu, ada baiknya kini kita, mahu tidak mahu, terpaksa menghala empat jari lain ke muka sendiri, betapa lemahnya sistem pengagihan zakat masa kini.

Walaupun jumlah kutipan zakat meningkat saban tahun kerana semakin ramai umat Islam mampu menunaikannya, tetapi yang menjadi persoalan, mengapa penerima zakat yang layak saban tahun juga meningkat?


Kebanyakkan pengurus dana zakat seperti Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ), tertinggi dalam jumlah kutipan di Malaysia, hanya gah gegak gempita mengeluarkan promosi di radio dan media cetak menyeru umat Islam supaya menunaikan zakat kerana ia salah satu dari Rukun Islam yang lima.


Akan tetapi, mengapa setelah jumlah pungutan zakat yang dianggarkan berjumlah RM275.64 juta di Wilayah Persekutuan sahaja (
klik untuk pautan), masih belum luak juga??

Adakah pengurusan zakat di Wilayah Persekutuan "memberanakkan" lagi wang pembayar zakat dengan cara dimasukkan ke dalam akaun simpanan tetap (fixed deposit) selama tiga bulan dan "hasilnya" dikeluarkan untuk tujuan peribadi, seperti mana yang dilakukan sesetengah Bendahari di universiti menggunakan wang pelajar menggunakan kaedah yang sama??

Kenyataan bekas mufti Perlis, Mohd Asri Zainal Abidin yang menempelak pengurusan zakat yang tidak turun padang mencari asnaf atau penerima layak seharusnya mengejutkan penguasa zakat yang sedang "tidur" di saat maruah umat Islam diinjak-injak dengan pemberian bantuan oleh pihak lain terutamanya Kristian yang mahu menghancurkan akidah umat Islam itu sendiri.


Belum lagi cerita tentang penyelewengan dalam institusi itu sendiri, seperti menggunakan harta zakat untuk tujuan peribadi, penerima zakat bukan dari golongan yang lapan yang disebutkan dalam Al Quran, politik dalaman hingga menyebabkan penerima sasar tidak mendapat bantuan dan sebagainya.


Lihat kenyataan Jamil Khir sendiri ketika mengumumkan keputusan pendapatan zakat di Wilayah Persekutan untuk tahun 2010 pada 6 Januari tahun ini:


Pada tahun lalu, Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ-MAIWP) telah berjaya mengutip zakat harta sebanyak RM275,635.424.93 daripada 89,110 orang pembayar. Ianya meningkat sebanyak 14% berbanding tahun 2009 di mana kutipan pada tahun tersebut adalah sebanyak RM241,966,660.02. Bilangan pembayar zakat juga meningkat dari 13% berbanding 2009 seramai 78,820 pembayar.


Perkara tersebut telah diumumkan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP di Sidang Media PPZ Bagi Prestasi Kutipan Zakat 2010 yang diadakan pada 6 Januari 2011 di Wisma PPZ, Dataran Shamelin, Kuala Lumpur.



Jamil Khir sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama di peringkat persekutuan semestinya tidak boleh menutup mata dan memekakkan telinga bagaimana penerima bantuan di kalangan umat Islam terpaksa meminta belas ihsan rumah ibadat bukan Islam sesudah segala usaha dan karenah birokrasi untuk mendapatkan bantuan dari pusat zakat ibarat mencurah air ke daun keladi saja.


Tetapi, masalahnya Jamil Khir sendiri turut terpalit dengan dakwaan penyalahgunaan wang zakat RM32 ribu seperti yang didedahkan pada Jun lalu (gambar kanan).

Jamil dikatakan membayar jumlah yang dimaksudkan untuk tujuan membayar yuran guaman untuk dirinya dan Ketua Pengarah JAWI, Che Mat Che Ali.

Nah, jika sebegini manusia yang telah diamanahkan untuk menguruskan wang zakat, bagaimana kita mahu mempercayai mereka untuk mengagihkan bantuan zakat kepada orang miskin??


Gaji menteri dan ketua pengarah puluhan ribu, tetapi masih menggunakan wang zakat yang bukan hak mereka untuk tujuan peribadi semata-mata.


Sesungguhnya, walaupun sedikit tercalar maruah kita sebagai umat Islam dengan kejadian serbuan gereja tempoh hari, ia sebenarnya membuka pekung busuk Umno-APCO yang sudah lebih 53 tahun memerintah tetapi dari segi pengurusan zakat, lebih teruk dari Yahudi merampas harta rakyat Palestin!


Mengapa saya berkata sedemikian??


Kerana rejim haram Israel menjajah sepenuhnya Palestin pada 1967, lebih kurang 44 tahun sedangkan rejim Umno-APCO sudah mula melanyak harta umat Islam sejak bermulanya Malayan Union!


Jangan sampai nanti, selepas pilihanraya umum akan datang, kesemua penerima bantuan zakat hanya terdiri daripada nama nama seperti Mismah dari Sulawesi, Rita dari Palembang, Saifuddin dari Jawa Tengah dan sebagainya, kerana penyelewengan zakat, hanya mereka saja yang dibantu kerana bakal memangkah Umno-APCO dan Barisan najis, sedangkan rakyat tempatan yang lebih berhak hanya melihat dengan linangan air mata tanda satu lagi harta umat Islam digadaikan kerana pemikiran sempit politik yang dibawa Umno-APCO.


Wahai umat Islam di Malaysia, mahukah anda melihat perkara sebegini terjadi di depan mata anda??


Lu pikir la sendiri.


JALAN PULANG



Pengurusan wang zakat perlu direformasikan bagi mengelakkan rakyat hilang keyakinan terhadap institusi itu, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN (Bippa), Ahmad Kassim.


Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mempersoalkan ke mana mengalirnya wang zakat di negara ini.


“Zakat perlulah disalurkan kepada rakyat yang betul-betul memerlukan.


Ini tidak, kadang-kadang orang yang tak sepatutnya terima duit ini.


“Jangankan sampai satu peringkat, rakyat hilang keyakinan dengan sistem zakat sehingga sanggup turun untuk menyampaikan wang mereka ke tangan orang miskin sendiri,” katanya.


Mengulas lanjut, Ahmad Kassim yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah berkata, wang zakat yang melibatkan jumlah besar sepatutnya dipantau dan disalurkan dengan betul.


“Wang zakat perlulah digunakan untuk menyelesaikan masalah kemiskinan dan pembahagiannya perlu dibuat dengan kebijaksanaan,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.


Menyokong kenyataan tersebut, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata pentadbiran wang zakat tidak diurus dengan telus dan bijak terutama di peringkat Kerajaan Persekutuan.


“Wang zakat yang sepatutnya menolong untuk menyelesaikan masalah kemiskinan melarat di kalangan umat Islam kini hanya tertumpu pada musim perayaan saja,” katanya.


Menurutnya, pentadbiran wang zakat terbukti tidak telus apabila terdapat dakwaan ia digunakan untuk membiayai kos guaman pegawai tinggi kerajaan.


Sebelum ini, pengurusan dan pengagihan wang zakat seringkali dipersoalkan banyak pihak apabila terdapat kes umat Islam yang layak menerimanya, tidak memperoleh bantuan berkenaan.


Pada Jun lalu, KEADILAN tampil mendedahkan penyalahgunaan wang zakat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32 ribu.


Jumlah itu dikatakan dikeluarkan bagi membiayai yuran guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali.


Manakala penghujung April lalu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar mendakwa penyelewengan wang zakat di Melaka berpunca akibat kaedah pengurusan hartanah yang lemah.JP

Read more ...

TERKINI!! Pasaran saham Malaysia merudum, RM65 bilion hangus : Ekonomi makin merudum , pilihanraya tak boleh ditangguh lagi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-3WvDw7FztBtKOpZLBo6yC8u80AqicFkJ8hru4JE_i3Y2b1a6aj8TKdavEpyFSRdjIuzYkMTufnhbhX0AOl8IxjcVec_Dlpe5_aypajS6lI6CTS_JC89XNqSY5EHwcHIK12-whDGGps0/s320/saham-jatuh.jpgPenurunan trend ekonomi global bakal mengheret kabinet Najib ke dalam krisis ekonomi paling buruk sejak 1997 dan memaksa pilihanraya umum diadakan tidak lama lagi

Pasaran saham di Malaysia terus merudum dengan nilai dianggarkan RM31 bilion ‘terhakis’ dari Bursa Malaysia ekoran kebimbangan yang dirasai di peringkat global ekonomi, susulan krisis kredit Amerika Syarikat.

Ekoran trend jualan saham yang diakibatkan oleh penurunan taraf oleh Standard and Poor ke atas kredit Amerika Syarikat dan Eropah, pasaran saham Kuala Lumpur terhakis nilai sehingga RM65 bilion sejak Isnin lalu.

Pemegang-pemegang saham yang rugi mengatasi mereka yang membuat untung – 1,051 berbanding 67 hari ini, manakala indeks Emas menurun 2.39 peratus sehingga 10,227.95 mata, paling rendah dalam lima bulan.

Tanda aras FBMKLCI ditutup 1,496.99, menurun 1.8 peratus, juga paling rendah dalam lima bulan.Malaysia berhadapan dengan perkembangan ketika spekulasi mengenai pilihan raya umum ke-13 dalam waktu terdekat berterusan.

Ketua firma penyelidikan OSK Chris Eng berkata, meskipun ada kemungkinan kecil pemulihan pada hari-hari mendatang, pasaran tidak mungkin akan meningkat ke paras yang direkodkan bulan lalu dan akan kekal mudah meruap.

“Kami menurunkan gred pasaran hari ini dengan fikiran bahawa penggal pertengahan tidak kelihatan begitu baik, khususnya selepas S&P (Standard and Poor) menurunkan gred (penarafan kredit jangka panjang AS).“Jelas bahawa pelabur-pelabur mula lebih melihat ke atas saham-saham defensif (alternatif),” kata beliau yang turut mengesyorkan saham-saham dalam bidang kesihatan, media dan kepenggunaan untuk diberi perhatian.

Eng menambah, sementara pasaran memperlihatkan respons positif sebelah tengah hari tadi ekoran laporan bahawa European Central Bank membeli bon-bon Itali dan Sepanyol, pihaknya tidak optimis keadaan itu akan berkekalan.“Apa yang mereka lakukan sekarang belum mencukupi,” kata beliau.

Nilai pasaran kira-kira RM26 bilion telah terhakis dari Bursa Malaysia Jumaat lalu selepas para pelabur mengambil mesej daripada apa yang disaksikan di Wall Street, yang paling buruk sejak keruntuhan Lehman Brothers pada 2008.

Pasaran-pasaran rantau Asia terus merosot hari ini sejak Standard and Poor menurunkan taraf kredit AS buat kali pertama Jumaat lalu.Pasaran Nikkei menurun 2.2 peratus untuk ditutup 9,097.56 mata selepas ia turun serendah paras 9057.29 manakala Topix pula jatuh 2.3 peratus untuk ditutup 782.86.

Indeks Hang Seng Hong Kong menurun lebih empat peratus untuk mencecah paras paling rendah tahun ini. Indeks Shanghai menurun lebih daripada tiga peratus.Indeks pasaran Singapura pula jatuh 3.39 peratus, Indonesia (1.82 peratus) dan Thailand (0.99 peratus).

Menurut laporan Reuters, nilai pasaran dunia terhakis AS$2.7 trillion (RM8.13 trillion) minggu lalu.Dalam laporan terdahulu, bank pelaburan Goldman Sachs juga mengkaji semula pertubuhan ekonomi Malaysia ekoran perkembangan ekonomi semasa.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka berhadapan lebih banyak tekanan ekoran langkah Goldman Sachs menurunkan anggaran pertumbuhan ekonomi bagi tahun ini dan 2012.

Goldman Sachs mengkaji semula anggaran pertumbuhan ekonomi kepada lima peratus berbanding 5.4 peratus tahun ini manakala bagi tahun depan ia menetapkan 5.2 peratus berbanding 5.6 peratus yang dianggarkan sebelum ini.

Read more ...