Monday, May 27, 2013

BERTAUBAT KONON!!! Dah kata dah, Mamat Perkasa ini tak kan berhenti buat perangai Samdol.....


Konon nak buat kerja kebaikan, piirrahhhh.......

Tak habih-habih dengan perangai Samdol!!!

Dapat info bergambar dimana Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin cuba nak halang DSAI dari menyampaikan tazkirah di sebuah masjid di Pulau Pinang sebentar tadi atas alasan tidak mau masjid di jadikan tempat berpolitik.

Read more ...

RAFIZI DEDAH BUKTI LAGI!!! Rakyat akan ke Balai Polis di seluruh negara, SPR mau tipu lagi...



 
Rafizi Ramli
PETALING JAYA - PKR hari ini mendedahkan satu laporan polis telah dibuat 9 Mei lalu membabitkan isu "blackout" di kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata dengan pendedahan laporan polis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengambil langkah untuk menyiasat perkara tersebut.


Menurutnya, aduan mengenai isu "blackout" turut diterima daripada rakyat yang dihantar melalui emel dan disertakan gambar kepadanya.


Beliau berkata, SPR tidak boleh memandang rendah terhadap laporan polis yang dibuat oleh rakyat kerana perkara itu adalah benar.


"Saya tak rasa rakyat berani nak buat laporan polis kerana ia adalah salah kalau tak benar.


"Hari ini saya dedahkan laporan polis seperti yang dicabar SPR.


"Jadi SPR perlu siasat mengenai laporan polis yang dibuat, walaupun satu tapi ini cukup membuktikannya," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.


Read more ...

Sunday, May 26, 2013

INI BUKTINYA!!! Lelaki yang hina Sultan Terenggganu rupanya seorang Macai Ameno



"Pemilik akaun FB, Cucu Nabi berjaya ditahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama polis kerana menghina Sultan Terengganu, Sultan Mizan.

Jika didapati bersalah dia boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
HinaSultan1
Membaca apa yang ditulis oleh Cucu Nabi dari Kemaman Terengganu ini rupa-rupanya peminat Umno. Dia begitu marah sehingga menghina Sultan Mizan seperti di atas kerana tidak bersuara tentang perhimpunan Blackout 505 di Terengganu sebelum ini.
HinaSultan2Ini juga bukti dia peminat tegar Umno… - Lagi.MY


Read more ...

Saturday, May 25, 2013

SAH GAMBAR KEJADIAN SEBENAR!!! Lebih baik Wan Ahmad letak jawatan dalam SPR jadi pencacai UMNO....


KENYATAAN AKHBAR ADUN SERI SERDANG
YB NOOR HANIM ISMAIL
GAMBAR LAKONAN BLACKOUT 505: MENYANGKAL DAKWAAN SPR

Saya mengecam kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melalui Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyatakan bahawa kejadian Blackout 505 yang tersebar di internet dan akhbar adalah fitnah dan lakonan yang dirakam sebelum PRU 13.

Ternyata hasil penelitian dan siasatan awal yang dilakukan beliau bersama pegawai-pegawainya adalah sangat lemah dan hanya sekadar ingin menutup kelemahan sistem pilihanraya yang ada dan menafikan kejadian blackout yang benar-benar berlaku. Saya ingin menyatakan bahawa gambar yang tersebar tersebut adalah benar dan kejadian itu berlaku di SEKOLAH KEBANGSAAN SERDANG, di bilik pengiraan undi Saluran 3. “Counting Agent” kami telah mengambil beberapa gambar sebelum dan selepas kejadian blackout tersebut itu berlaku.

Read more ...

AMCORP MALL SUDAH PENUH!!! 'Himpunan Suara Rakyat 505' bermula


Selepas berlangsungnya lapan siri perhimpunan Blackout 505 di seluruh negara, kini perhimpunan kesembilan dan terakhir yang digelar 'Perhimpunan Suara Rakyat 505' - akan berlangsung di Petaling Jaya jam 5 petang ini.

Perhimpunan, di mana NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) adalah antara penganjur utamanya, diadakan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya dan salahlaku dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

Read more ...

Friday, May 24, 2013

PERKASA DAH BERTAUBAT?!!! Mahu aktif buat kerja kebajikan, buka Pusat Khidmat bantu rakyat

 
 Samseng Perkasa ni bertaubat juga ke?

BUKIT MERTAJAM - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang mahu lebih aktif khususnya dalam bidang kebajikan selain ekonomi, pendidikan dan kebudayaan.
  
Timbalan Yang Dipertuanya Fadzil Shuib berkata usaha itu adalah satu daripada cara  bagi mengubah pandangan negatif masyarakat terhadap pertubuhan berkenaan yang selama ini dianggap hanya memperjuangkan orang Melayu.
   

Read more ...

BELUM PANAS KERUSI MENTERI!!! BN goyang Najib pening , MIC dan Hindraf berebut sakan

Tetap dengan pendirian bahawa MIC adalah parti induk bagi masyarakat India sejak 1946, Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel mahu Unit Hal Ehwal kaum India di bawah Jabatan Perdana Menteri diletakkan di bawah kepimpinan parti itu dan bukan Hindraf.
  
NONEOleh itu, beliau berkata unit itu tidak boleh diketuai pengerusi Hindraf P Waythamoorthy (kiri) yang dinamakan sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam barisan baharu Kabinet baru-baru ini.
  
"Unit itu perlu diletakkan di bawah MIC. Kita tidak boleh ada dua pertubuhan deI MENTERIngan fungsi yang berbeza untuk masyarakat yang sama. MIC adalah parti induk bagi masyarakat India sejak 1946 dan kita melakukan kerja yang baik dan meneruskan usaha menangani masalah yang sudah begitu lama," katanya.
    

Read more ...

Thursday, May 23, 2013

DEDAH TERKINI!!! Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR makin panas, satu persatu bukti penipuan dibongkar


PKR hari ini mula mendedahkan dakwaan penipuan pilihan raya secara terperinci, bermula dengan kawasan parlimen Balik Pulau di Pulau Pinang di mana ia mendakwa terdapat lebih jumlah undi daripada kertas undi yang dikeluarkan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa di saluran dua pusat mengundi di SJK (C) Yu Chye, Borang 13 menunjukkan sejumlah 424 kertas undi telah dikeluarkan.

Read more ...

BANGGANG PUNYA SPR!!! Dah terbukti pun, dok kata berlakun juga.....

"MEREKA telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut. "Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.
Gambar ini mungkin SPR kata ini lakonan sebelum PRU

Read more ...

PILIH MANA SATU!!! Jualan murah hanya untuk Melayu porno

Read more ...

UNDANG-UNDANG HUTAN?!!! Umno, Utusan, Brahim Ali bebas menghasut ?

Seorang pemimpin MIC telah mengutuk keras peristiwa penangkapan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan Aktivis di bawah Akta Hasutan dan menggesa pihak berkuasa tidak mengamalkan penindasan dan penangkapan selektif dan berpilih.

Anak DS Samy Vellu
, S Vell Paari berkata beliau cukup bimbang dan gusar apabila di beritahu tentang penangkapan keatas YB Tian Chua Ahli Parlimen Batu, aktivis dan pemimpin NGO Asalkan Bukan UMNO (ABU) peguam Haris Ibrahim dan bekas Ahli Parlimen UMNO/BN yang juga anak bekas Timbalan Perdana Menteri kini ahli PAS Datuk Tamrin Tun Ghaffar.

Ketiga-tiga mereka
telah dicekup petang tadi yang berkaitan dengan suatu forum pada 13 Mei, di mana panggilan itu dibuat untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional melalui demonstrasi jalanan.

Read more ...

UNDANG-UNDANG HUTAN?!!! Akhbar Harakah dirampas, Tian Chua, Haris, Tamrin ditahan tapi Utusan, Perkasa dibiarkan

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Datuk Seri Noh Omar tidak perlu untuk menyuruh rakyat yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya negara ini "duduk di dalam hutan" kerana sememangnya Malaysia sudah pun seperti berada dalam hutan.

Menurutnya, negara ini sebenarnya sedang ditadbir menggunakan undang-undang rimba, sehingga membenarkan segala penipuan pilihan raya berlaku secara berleluasa.

"Rakyat bukan nak masuk hutan sebab mereka rasa memang duduk dalam hutan dah apabila negara ditadbir guna undang-undang rimba, "political animal in the jungle"," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Noh yang juga timbalan pengerusi perhubungan BN Selangor semalam yang berkata, individu yang tidak suka dengan sistem pilihan raya negara ini sewajarnya "duduk di dalam hutan".

Read more ...

Wednesday, May 22, 2013

BERITA PANAS!!! Ada saksi , bukti kukuh penyelewengan Pegawai SPR , BN Terengganu bakal tumbang


Saya menerima satu BERITA SAHIH menggemparkan tentang penyelewengan dan penipuan yang dilakukan oleh Pegawai SPR yang telah berlaku di salah satu DUN di Negeri Terengganu, daerah Besut. 
 
Kawasan mana? Maaf itu saya masih belum dibenarkan dedahkan kepada umum, biarlah sama-sama kita tunggu kenyataan rasmi daripada PAS Terengganu.

Petisyen bantahan telahpun dikemukakan kepada mahkamah. Saya hanya mempunyai maklumat tentang satu kawasan ini namun khabarnya petisyen bantahan turut dibuat di kawasan serta DUN atau Parlimen yang lain. 
 
Butiran rasmi masih tak didedahkan kepada umum. Saya tidak tahu kenapa, namun saya yakin ada sebab serta strategi kenapa butiran rasminya masih belum didedahkan kepada umum.

Read more ...

WAHAI PAPA GOMO!!! Mana mau lari? UMNO pun buat tak peduli

WAN Muhammad Azri Wan Deris yang disaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung paparan video seks dengan seorang lelaki, menafikan beliau pemilik blog 'Papa Gomo'.
 
Aku dari awal lagi dah agak si bacul ni hanya tunjuk hebat selama ini kerana Umporno sering lindungi dia.   
Dulu bukan main hebat, cabar Anwar saman semua artikel beliau yang menfitnah Anwar di dalam blognya.  Blog beliau cukup dikenali dan digemari oleh puak-puak yang minat melihat video lucah.  Popularnya si bacul ini hanya kerana bahan lucah dan fitnahnya sahaja.  

Read more ...

Tuesday, May 21, 2013

PERSEMPADANAN SEMULA!!! UMNO akan guna SPR untuk tipu? Pakatan tak akan biarkan

KUALA LUMPUR, 22 Mei — Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) berikrar akan menggunakan peningkatan kerusi Parlimen mereka untuk memastikan kawasan pilihan raya dilakar semula secara adil apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan persempadanan semula akhir tahun ini.
 
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengingatkan aktiviti itu akan menyebabkan peningkatan jumlah kerusi dan undi majoriti dua pertiga diperlukan untuk mengesahkan perubahan sebelum diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Pemerintah Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen dengan hanya 133 kerusi berbanding PR 89 kerusi dan memerlukan undi dari ahli Parlimen pembangkang untuk mengesahkan aktiviti itu.

Read more ...