Tuesday, July 27, 2010

12 penunjuk perasaan ‘kepala lembu’ mengaku salah



SHAH ALAM, 27 Julai : Dua belas orang yang tahun lalu didakwa berhubung protes berkaitan kepala lembu, hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan alternatif perhimpunan haram. Mereka sebahagian daripada sekumpulan penunjuk perasaan yang mengadakan demonstrasi di hadapan Bangunan SUK Selangor di sini dengan membawa kepala lembu pada 28 Ogos lalu untuk membantah pembinaan kuil di kawasan yang majoritinya merupakan penduduk Islam.

Mereka membantah pemindahan kuil Sri Maha Mariamman berusia 150 tahun dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Kumpulan 12 orang itu dikenakan tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948.

Tertuduh terdiri daripada Ahmad Mahayuddin, 36, Ibrahim Sabri, 43, Eyzva Ezhar Ramly, 31, Mohd Azmir Mohd Zain, 35, Ahmad Suhairy Zakaria, 30, Mohd Hilmi Ni, 40,Jainuddin @ Zainuddin Md Yusuff, 67, Mohd Jurit Ramli, 39, Mohamad Nordin Zakaria, 46, Jamil Mohamad Isa, 40, Rahimuddin Md Harun, 39, dan Azhari Shaari, 39.

Hakim Hasbi Hasan memutuskan perkara itu selepas kesemua 12 tertuduh mengaku salah.

Semua mereka mengaku bersalah setelah pihak pendakwaan meminda tuduhan mengikut Seksyen 143, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman lebih ringan.

Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman denda RM1,000 kepada semua 12 lelaki yang dituduh terlibat dalam perhimpunan haram sambil membawa kepala lembu pada tahun lalu.

No comments: