Tuesday, July 27, 2010

Kursus pembinaan blogger muda

IPOH, 25 Julai : Bertempat di Pejabat Perhubungan PAS negeri Perak, satu kursus anjuran Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (IT) DPPN telah diadakan pada hari tersebut. Kursus yang dimaksudkan ialah bengkel pembinaan blogger.

Kursus ini adalah bertujuan untuk melahirkan blogger-blogger profesional dikalangan pemuda PAS. Menurut pihak penganjur peserta kursus adalah diwakili oleh pemuda di setiap Kawasan kawasan.

Kursus atau bengkel ini disampaikan oleh blogger terkenal tanah air iaitu Wak Din Albanjari yang merupakan pemilik blog Albanjari serta dibantu oleh blogger Ajijoi.

Menurut penganjur, kursus ini adalah kursus yang pertama kali dianjurkan oleh pihak Laj. IT DPPN dan akan dipanjangkan kepada kawasan kawasan supaya turut menganjurkan kursus yang sama.

"Kita meletakkan sesaran supaya semua DPPK akan memiliki blog rasmi DPPK masing-masing tahun ini supaya maklumat dan aktiviti kawasan-kawasan boleh di sebar luaskan".

"Lajnah IT DPPN juga meletakkan sesaran untuk menambah bilangan blogger PAS kepada 500 blogger muda PAS".

Berkata Ahmad Fairus, pengerusi Laj. IT DPPN Perak. Oleh yang demikian pihak lajnah telah melancarkan petandingan blog DPPK terbaik dan blogger muda terbaik tahunan serta akan menganjurkan beberapa lagi kursus/ bengkel yang berkaitan dengan IT seperti Videografi, Fash, PhotoScape dan lain-lain yang berkaitan dengan IT.

"Bagi yang berminat bolehlah menghubungi Laj. IT DPPN" menurutnya ahmad Fairus.

Dalam kursus yang disampaikan oleh Wak Din Albanjari hari ini, beliau memberi tips-tips atau panduan supaya blog lebih menarik serta mempunya animasi supaya dapat perhatian dari pembaca.

Beliau juga menunjukkan cara penggunan software yang berkaitan supaya dapat membuat persembahan terbaik pada blog atau laman web. Teknik dan sklil ini amat penting bagi mereka yang mengendalikan blog supaya tanpak lebih 'eligen' serta berjaya menarik perhatian pembaca.

Menurut peserta yang hadir kursus sperti ini patut dilanjukan lagi di kawasan-kawasan agar ilmu alam 'siber' ini dapat dikongsikan oleh ramai lagi pemuda PAS. Malah ada dikalangan peserta belum puas kerana masa terhad untuk menguasai software yang diajarkan oleh trainer pada hari ini.

Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Sdr. salman Salleh, Naib Ketua Pemuda PAS Perak.

Dalam ucapan beliau, beliau menyentuh peranan media baru dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat kini. Menurut beliau dalam Inkues PRU yang dijalankan berapa bulan yang lepas kesan keyakinan pembaca kepada blog adalah sebanyak 90%.

Ini menandakan media baru ini seperti blog, facebook, email dan lain-lain merupakan satu keutamaan yang perlu diberi perhatian oleh setiap DPPN dan DPPK.

"Kita mahukan semua DPPK memiliki blog rasmi masing-masing mejelang akhir tahun ini". berkata Salman, NKP DPPN.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil serta cenderahati kepada peserta serta Trainer (Wak Din).

No comments: