Tuesday, July 27, 2010

Pesakit jantung berlubang dapat simpati

CIMG4185.jpg picture by paspb

PARIT BUNTAR, 27 Julai : Penderitaan seorang pesakit jantung berlubang Ahmad Firdaus Abu Bakar , 26 yang tinggal berdua bersama bapanya di Parit Lebai Akir, Bagan Tiang mendapat perhatian Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar.

Pegawai khas Ahli Parlimen Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad bersama AJK PAS Bagan Tiang datang menziarahi pesakit ini dan menyampaikan bantuan kepadanya.

Bapa kepada pesakit berkenaan Abu Bakar Che Mat, 56 berkata, beliau memikul tanggungjawab menjaga anaknya setelah berpisah dengan isterinya.

“ Firdaus menghidap sakit jantung berlubang sejak kecil lagi. Namun, beliau sihat apabila meningkat remaja dan sudah boleh bekerja.

“ Beliau tiba-tiba sakit dan dimasukkan ke hospital serta disahkan oleh doktor bahawa sakit jantung berlubangnya menyerang kembali pada tahap kritikal” katanya

Menurutnya, doktor membenarkan beliau membawa pulang anaknya ke rumah atas permintaan anakya sendiri setelah mendengar penjelasan tentang penyakitnya dari doktor yang merawatnya.

“ Anak saya amat berharap agar ahli keluarganya terdekat dapat datang menziarahinya di rumah.

“ Saya harap ahli keluarga dapat datang menjenguk Firdaus kerana beliau memerlukan kekuatan untuk terus melawan penyakitnya” katanya

Abu Bakar mengucapkan terima kasih kepada Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan PAS Bagan Tiang yang datang menziarahi anaknya dan memberi sumbangan kepada anaknya.

Sementara itu, AJK PAS Bagan Tiang Mohd Ridhuan Maharane yang turut menziarahi Firdaus bersimpati dengan penderitaan yang dialami Firdaus.

“ Beliau masih muda untuk menghadapi semua ini. Saya harap lebih ramai yang dapat menziarahi beliau sebagai tanda simpati” katanya

1 comment:

jusdelima said...

SLM.INGIN MCUBA JUS DELIMA POMEPURE YG 100% ASLI.HUBUNGI 0199311274 AZIZ http://jusdelima83.blogspot.com.10 MAKANAN TBAIK DUNIA-amat baik untuk pesakit jantung