Friday, July 2, 2010

Khairy layak jadi budak suruhan Umno


KUALA LUMPUR , 2 Julai : Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas semula kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dengan melabelnya sebagai budak suruhan UMNO sebagai membalas kenyataan Khairy terhadapnya berhubung isu laporan dalam akhbar Washington Post.

Menurutnya, artikel itu dikeluarkan setelah beliau ditanya mengenai pendirian beliau terhadap Zionis ketika menyampaikan ceramah di Amerika Syarikat.

”Ia seperti tradisi untuk memburu saya, seperti lagu anjing buruan yang menyalak untuk UMNO.

”Saya kata bahawa saya menentangnya kerana ia (Zionis) bermaksud keganasan dan penguasaan Yahudi,” katanya kepada media semalam.

Artikel yang diterbitkan Isnin lalu itu mendakwa Anwar memberitahu rakan-rakannya di Amerika Syarikat bahawa beliau menyesal menggunakan istilah seperti ‘pencerobohan Zionis ‘.

Menurutnya, beliau tegas dalam pendiriannya terhadap isu ini bahawa beliau menentangnya dan ia diterima baik oleh mereka.

Bagaimanapun, Anwar berkata, beliau diberitahu oleh rakyat Amerika dan orang Yahudi maksud Zionisme itu sebenarnya adalah sebuah tanah air tetap untuk kaum Yahudi.

”Jadi saya membalas bahawa saya mempunyai pentafsiran yang berbeza daripada mereka berhubung Zionisme,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pula berkata, artikel tersebut menunjukkan ayahnya konsisten dalam usahanya berdialog dengan pihak Barat dengan tujuan untuk menghentikan pencerobohan dan keganasan Yahudi terhadap rakyat Palestin.

”Ini menunjukkan Ahli Parlimen Permatang Pauh masih konsisten dalam pendiriannya dan cuba untuk berdialog dengan pihak Barat," katanya.

No comments: