Monday, September 20, 2010

Warga emas terima kerusi roda

CIMG4784.jpg picture by paspb

PARIT BUNTAR , 20 Sept. : Kesukaran seorang warga emas untuk bergerak selepas kaki kanan dipotong sejak lima lalu mendapat perhatian Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar yang menyumbang sebuah kerusi roda kepadanya.
Abd Manaf Abd Kadir, 82, yang kehilangan kaki kanannya akibat terkena bisa ular pernah menggunakan kaki palsu tetapi telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi.
Menurutnya, sejak itu dia bergerak secara sendiri menggunakan kedua tangannya selain dibantu isterinya Siti Esah Johari, 65 .

Katanya, bantuan kerusi roda yang diterima itu dapat membantunya bergerak dengan mudah terutama jika ada kecemasan.

“Sudah lama saya perlukan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan harian kerana tidak mampu berjalan, namun tidak kesampaian.

“ Ada banyak pihak yang datang berjanji memberi kerusi roda tetapi selepas itu mereka tidak datang lagi. Saya bersyukur kepada Allah kerana ada orang PAS datang beri bantuan kerusi roda “ katanya ketika ditemui selepas menerima bantuan kerusi roda daripada Setiausaha Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar Adnan Abd Rahman di rumahnya di Parit 310, Bagan Tiang.

Sementara itu, Adnan memberitahu berita mengenai kesukaran Abd Manaf diketahui semasa Dewan Pemuda PAS Parit Buntar melakukan jelajah kebajikan ke rumah Abd Manaf bulan Ramadan lalu.

“ Dewan Pemuda memaklumkan tentang keadaan Abd Manaf yang memerlukan kerusi roda kepada Lujnah Kebajikan PAS PAS Parit Buntar dan pada hari ini pihak kami menyampaikan sumbangan kerusi roda ini.

“ Saya berharap bantuan kerusi roda ini memberi keselesaan kepada Abd Manaf untuk bergerak di dalam dan luar rumahnya.” katanya

Turut hadir menyampaikan bantuan kerusi roda berkenaan ialah Pegawai khas Ahli Parlimen Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad dan Ajk PAS Bagan Tiang Haji Ridhuan Maharanee.

No comments: