Saturday, December 11, 2010

Boleh gesa tapi jangan harap

Anwar : Media Arus Perdana Digesa Bersikap Adil














PETALING JAYA, 11 Dis. : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa media arus perdana supaya bersikap adil dan tidak memulau pendedahan-pendedahan oleh Pakatan Rakyat mengenai rasuah dan penyelewengan kuasa di negara ini.

Anwar berkata bukti-bukti bahawa pemimpin Umno menyeleweng atas nama Ketuanan Melayu tidak dilaporkan oleh media kawalan Umno. Sebalik tuduhan-tuduhan Umno kononnya pembangkang mengkhianati orang Melayu diberi ruang yang luas walaupun fitnah semata-mata.

'Kemudian dia ada kita khianat Melayu bila kita jawab serah kontrak, komisen berjuta-juta tak disiarkan. Jadi ini satu sikap pemimpin yang tak ada kewibawaan bercakap benar dan mengadakan wacana bebas. Dia terus menerus dengan fitnah menggunakan media. Kita jawab tak siar. Sekarang. Siapa yang gadai tanah negara? Siapa yang gadai bukit bukau? berapa puluh kali kita jawab tak disiarkan,"

Khamis lalu Anwar di Dewan Rakyat mendedahkan bagaimana seorang pemimpin Umno dari Perak mendapat kontrak bernilai dua billion ringgit menerusi tender-tender tanpa rundingan Kementnerian Pertahanan sejak tahun 2008.

Kontrak diberikan menerusi beberapa syarikat yang didaftarkan atas nama beliau.

Bagaimanapun visual atau laporan mengenai pendedahan ini tidak disiarkan oleh mana-mana media arus perdana termasuk RTM, TV3 dan utusan malaysia.

Sementara itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata media harus memainkan peranan untuk menyuburkan demokrasi di negara ini.

Antara lain media perlu menggesa keperluan pemerintah menetapkan tarikh pilihanraya lebih awal sesuai dengan amalan nmegara-negara lain.

"Boleh ke tidak media mainkan peranan agar negara ini jadi macam negara lain. Setahun sebelum dah tau pilihan rakyat. Ini selalu ramalan 2-3 minggu baru tahu tarikh dia. Inikah dia demokrasi sebenar.Selalu dibuat dengan cara dia selesa, itu bukan demokrasi," katanya

No comments: