Saturday, December 11, 2010

Penagih Umno ramai, penagih dadah pun ramai












PUTRAJAYA 11 Dis. : Seramai 2,200 daripada keseluruhan 1.6 juta orang generasi baru Felda dikesan mempunyai masalah ketagihan dadah di kalangan anak peneroka Felda.

Namun Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mendakwa masalah ketagihan dadah di kalangan anak peneroka Felda tidak sebegitu serius seperti yang diuar-uarkan yang hanya melibatkan 0.001 peratus yang dikategorikan bermasalah.

Sementara itu kerajaan membelanjakan RM210 juta dari tahun 2005 sehingga kini bagi melaksanakan program latihan kemahiran generasi baru Felda, bertujuan memberi peluang kedua kepada kalangan tanpa kelayakan akademik yang tinggi untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran.

Datuk Ahmad Maslan berkata seramai 33,017 warga Felda mendapat manfaat daripada bantuan tersebut, termasuk 4,485 yang berjaya memperoleh sijil kemahiran vokasional, 199 pemegang diploma Universiti Lim Kok Wing/Kolej Nilai/Akademi Laut Malaysia (Alam) manakala dua lagi berjaya menjadi juruterbang.

"Kerajaan memberi komitmen agar program ini diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM50 juta setiap tahun. Jadi kita ingin menyeru agar anak-anak peneroka menggunakan program kemahiran ini dengan baik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Belia Felda Malaysia sempena Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2010, di sini hari ini.

No comments: