Wednesday, December 8, 2010

Dakwa Khir Toyo, helah Umno nak tunjuk bersih














SHAH ALAM, 9 Dis. : Pendakwaan rasuah terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo merupakan sandiwara politik bagi pimpinan Umno melantik pengerusi negeri yang baru.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata ianya merupakanu helah untuk Umno Selangor menonjolkan imej bersih dengan mengganti pemimpinnya yang sudah hilang kredibiliti.

Ujarnya, dakwaan rasuah yang melibatkan pembelian tanah lot banglo dikenakan terhadap khir juga tidak a memperlihatkan kesungguhan kerajaan dalam menangani penyakit utama negara yakni rasuah. Jauh sekali membersihkan kekotoran yang terpalit dan sebati pada UMNO.

"Ingin ditegaskan, rakyat sebenarnya tidak peduli dengan sandiwara politik ini.

"Bagi rakyat, apa yang lebih penting ialah tindakan yang diambil pihak berkuasa terhadap pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan rasuah dan sejauh mana kesungguhan UMNO menangani masalah rasuah

Kata Faekah, kesalahan Dr Khir bukan semudah seperti yang digambarkan kerana selain Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kes ini juga melibatkan Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN).

Menurutnya lagi, siasatan terperinci perlu dilakukan sama ada cukai hartanah yang dikenakan mengikut nilai sebenar lot tanah tersebut memandangkan Dr Khir dengan sengaja memberikan taksiran palsu bagi mengelak dari membayar cukai.

"Begitu juga dengan bayaran duti setem. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana perbuatan mengelak dari membayar cukai dengan melakukan 'under declare' adalah satu kesalahan yang serius.

"Rakyat merasakan pendakwaan terhadap Dr Khir ke mahkamah semata-mata sandiwara politik yang sering dimainkan Umno dan Barisan Nasional bagi menutup salahguna kuasa yang lain.

"Rakyat tetap akan menghukum mereka kerana selama 50 tahun, pemimpin-pemimpin Umno bukan saja mengamalkan rasuah malah gagal mentadbir Negeri Selangor secara bijak, cuai dan tidak telus," ujarnya lagi.

Tambah beliau, dengan puluhan projek pembangunan yang diluluskan tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan yang hanya hanya menguntungkan syarikat kroni sementara projek yang dijalankan terbengkalai begitu sahaja yang mengakibatkan ribuan pembeli rumah di projek Bukit Botak tertipu dan ramai di antaranya diisytiharkan bankrap.

"Projek Alam Perdana yang melibatkan hartanah seluas lebih 7,000 ekar juga terbengkalai; puluhan ribu pembeli rumah menggigit jari sehingga ke hari ini.

"Hutang Talam sebanyak RM391 juta adalah satu lagi contoh nyata kegagalan pentadbiran UMNO-BN.

"Ribuan ekar tanah telah diagih-agih sesama mereka, baik dalam bentuk pembangunan mahupun sebagai peneroka felda hatta Projek Revolusi Hijau,"

Tindakan mendakwa Dr Khir di saat-saat menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-13 ujarnya juga tidak bermakna mereka harus diberi peluang pemutihan pemimpin yang bakal dipilih menerajui UMNO Selangor.

"Pilihlah sesiapapun, rakyat Selangor telah membuat keputusan.

"Dosa dan perbuatan rasuah mereka terbongkar selepas Selangor diambil alih Kerajaan Pakatan Rakyat yang kini berhempas pulas membersihkan sampah sarap yang ditinggalkan," tegas Faekah.

Memang sukar namun hampir separuh masalah tersebut telah berjaya diselesaikan walaupun baru bertapak di Selangor kurang dari 3 tahun. Kesilapan yang dilakukan oleh Umno dan BN tidak akan diulangi oleh Kerajaan Pakatan Rakyat kerana kami tidak akan sesekali memandang rendah kebijaksanaan rakyat membuat penilaian dan pilihan.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

No comments: