Wednesday, December 8, 2010

Pandikar Amin lebih teruk daripada Auqustine Paul


















KUALA LUMPUR, 8 Dis. : Tindakan Speaker Dewan Rakyat dilabel Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali sebagai lebih parah berbanding keputusan yang dibuat Hakim Datuk Augustine Paul dalam kes fitnah tehadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azmin yang kesal dengan tindakan Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usulnya berhubung keputusan Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan Parlimen terhadap Ketua Pembangkang itu yang menghukum secara tidak adil.

Semasa dalam sidang medianya di lobi Parlimen Azmin berkata Pandikar yang merangkap pengerusi jawatankuasa tersebut melanggar keputusan yang dibuat olehnya pada 22 April lalu, yang mana beliau dipetik sebagai berkata orang yang dirujuk ke jawatankuasa itu akan diberi hak memberikan keterangan dan memanggil saksi-saksinya.

"Apa yang lebih mengejutkan hari ini, Speaker menggunakan Peraturan Mesyuarat 83(11), di mana katanya Jawatankuasa boleh enggan mendengar keterangan yang tidak berkaitan.

"Sedangkan keterangan yang akan diberikan oleh Permatang Pauh mempunyai kaitan terus dengan pertuduhan yang dibuat ke atas beliau.

Azmin turut mempersoalkan tafsiran Pandikar yang menurutnya begitu menyimpang jauh daripada tafsiran peraturan mesyuarat yang sebenar.

"Belum pun tertuduh dipanggil, belum pun saksi dipanggil beri keterangan tetapi jawatankuasa telah menghukum bahawa keterangan itu tidak relevan.

"Bagi saya ini lebih parah daripada Augustine Paul, sekurang-kurangnya Augustine Paul dengar dulu keterangan dan barulah dia buat keputusan sama ada ia relevan atau tidak," katanya.

Tambahnya, apa yang berlaku di Parlimen hari ini jauh lebih teruk apa yang berlaku di dalam mahkamah, apa yang lebih parah, di mana sebelum saksi dipanggil, keterangan belum diberikan dan dokumen dikemukakan, jawatankuasa telah membuat tafsiran keterangan-keterangan tersebut tidak relevan.

Justeru, beliau mendesak supaya Dewan Rakyat membahaskan perkara itu agar jawatankuasa tersebut bertindak mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

Sidang media itu turut dihadiri Ahli Parlimen Pakatan yang telah diarah keluar dari dewan sehingga pukul 2.30 petang apabila mereka enggan duduk asetelah Pandikar tidak memberikan keputusannya mengenai usul yang dibawa oleh Azmin.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

No comments: