Wednesday, December 8, 2010

Pilihanraya PBT agenda PR
















SHAH ALAM, 8 Dis. : Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II,Dr P Ramasamy berkata, pilihan raya kerajaan tempatan merupakan satu agenda penting kepada kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat itu.

Maka, hasrat kerajaan negeri itu menjemput tiga lagi negeri di bawah tadbir Pakatan Rakyat untuk bersama-samanya dalam menuntut hak dari sudut Perlembagaan, merupakan satu idea yang cukup baik.

"Saya rasa dari segi konsep, pilihan raya kerajaan tempatan ini sesuatu yang kita rasakan penting.

"Ini satu proses yang kitapun serius. Tetapi kena ambil masa lah. Dan saya pun tidak pasti sama ada kita boleh melaksanakan tanpa pindaan kepada akta di parlimen," tambah Ramasamy lagi.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas,Chow Kon Yeow hari ini berkata, negeri Pulau Mutiara itu berhasrat untuk menjemput tiga negeri di bawah Pakatan Rakyat bergabung dalam menuntut penjelasan sama ada negeri-negeri itu mempunyai hak dalam Perlembagaan untuk menguruskan pilihan raya kerajaan tempatan di negeri masing-masing.

Menurut Kon Yeow, kerajaan negeri boleh membawa hal itu terus ke Mahkamah Persekutuan tanpa perlu melalui mahkamah yang lebih rendah kerana ia tertakluk di bawah Perkara 128 Perlembagaan.

Sebelum ini isu pilihan raya kerajaan tempatan mendapat perhatian luas apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menguruskan pilihan raya kerajaan tempatan bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Selain Pulau Pinang, Selangor menzahirkan hasrat untuk menjalankan pilihan raya kerajaan tempatan juga.

Satu surat telah dihantar kepada SPR pada Mac lalu.

Bagaimanapun, permintaan kerajaan negeri itu ditolak oleh SPR tanpa mengadakan sebarang perbincangan dengan kerajaan negeri.

Namun ujar Ramasamy, walaupun pilihan raya kerajaan tempatan penting kepada kerajaan negeri itu, namun pihaknya bersedia menerima pandangan rakyat berhubung isu itu.

" Walaupun kita telah luluskan enakmen dalam Dewan Undangan Negeri,kita mendapatkan pandangan dari pelbagai pihak," jelas Ramasamy lagi.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

No comments: