Monday, December 27, 2010

Dapat RM 700 jadi ahli Umno ?

40 peratus masuk UMNO bukan ahli PAS

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiW6KUMvc1VmkW0q2Vm8oPYtoXfyTGVKaTgmj7vbKz-mlyW3aWqDwxtxVS41MTXLYID8Sgg286s3AyEMuVg9TV5wAxkyNk5zuno4xsWfo7cPjsI6PLEFx3aWFOghQ31HouVKRnqkBQt3s4_/s400/umno+KAH+KAH+KAH.jpg
KUALA TERENGGANU, 28 Dis. : Pengundi muda di negeri ini tidak akan tergugat dan beralih arah untuk terus memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) akan datang.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Terengganu, Wan Mohd Faizul Wan Abas berkata, dakwaan mengatakan seramai 40 peratus daripada pengundi muda di kawasan Marang beralih arah dengan menyertai program UMNO adalah palsu.

“Dakwaan yang mengatakan sebelum ini kebanya-kan pengundi muda itu tidak mengikuti program UMNO kerana mengikut Pas juga tidak benar.

“Mengikut fakta diterima, seramai 40 peratus pengundi muda yang masuk UMNO itu dikategorikan sebagai pengundi atas pagar dan mereka bukan ahli Pas,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, banyak program dilaksanakan UMNO untuk golongan muda bagi menarik mereka supaya mendaftar menjadi ahli UMNO.

“Saya sendiri mendapat maklumat dan pengakuan daripada golongan pengundi muda yang telah terjebak dalam perkara ini.

“Contoh, program Bakti Remaja diadakan di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) dilakukan bagi menarik pengundi muda. Mereka ditawarkan lebih RM700 sekiranya mendaftar menjadi ahli UMNO,” katanya.

Beliau ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Naib Ketua UMNO Bahagian Marang, Razali Idris yang menyifatkan Presiden Pas akan tumbang pada PRU ke-13 kerana pe-ngundi muda mula beralih arah berkata, Razali sengaja menimbulkan isu dan suka meraih publisiti murahan.

“Pemuda Pas menafikan secara terang-terangan dan dakwaan itu langsung tidak berasas. Bahkan, kenyataan itu sengaja direka untuk memenangi PRU akan datang.

"Kita tunggu dan lihat PRU ke-13 nanti,” katanya.

Terdahulu, Razali dilaporkan membuat kenyataan dengan menyifatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan tumbang dalam PRU-13 akan datang kesan ‘silent protes’ apabila parti itu menyertai Pakatan rakyat (PR).

‘Silent protes’ dimaksudkan apabila pendaftaran ahli UMNO Marang terus meningkat kepada 700 pengundi baru bulan lalu di mana 40 peratus terdiri dalam kalangan pengundi muda yang sebelum ini tidak pernah menyertai program UMNO kerana menjadi pengikut Pas.
SH

No comments: