Monday, December 27, 2010

PR perlu Badan Pemikir Bebas

PR perlukan ‘think thank’: DHPP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMYc1ojx1JzImYTCE3FhgviqP5eHcH9qLaW67UjDHJNbeuem0nd7sYyBYouscS7hhl7hceS-swclU2HAYthszirQe4SL9aiSchvYax_szC9cQgn8OBse2TBv1MyYBY_GTq7drH41ptYu28/s1600/huH+pang+chow03.JPG
KOTA BHARU, 28 Dis. : Pakatan Rakyat (PR) digesa menubuhkan pasukan ‘think thank’ ataupun badan pemikir bebas bagi menggubal dan menyelaraskan dasar dalam gabungan tersebut.

Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Hu Pang Chaw berkata, cadangan tersebut penting supaya dasar dan pelaksanaan dalam gabungan tersebut dihasilkan melalui buah fikiran yang luas dan bukan terhad kepada pimpinan atasan sahaja.

Beliau mengakui bahawa dalam situasi kini, masih ramai rakyat yang tidak memahami dasar yang digubal dalam PR dan perkara ini perlu diambil perhatian oleh barisan pimpinan tertinggi parti.

“Kita tidak mahu dasar dalam PR seperti ‘syok sendiri’, ia mungkin difahami oleh orang kuat dalam parti tetapi bukan rakyat biasa, oleh itu saya mencadangkan setiap dasar yang ingin dibuat perlu mengambil pandangan dari orang luar termasuk orang yang tidak terlibat dalam politik,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah melantik 400 orang ‘think thank’ yang bertindak memberi nasihat dalam penggubalan sesuatu dasar dan ia membawa kebaikan kepada kepimpinan beliau.

Katanya, PR perlu menjejaki langkah itu kerana gabungan itu kini diterima rakyat dan bergerak untuk memerintah negara di masa hadapan dan bukan lagi menjadi pembangkang semata-mata.

Dalam masa yang sama, katanya beliau menggesa kepada pimpinan PR agar menggunakan bahasa yang mudah dalam mendekati dan menjelaskan sesuatu isu kepada rakyat.

No comments: