Thursday, December 16, 2010

Hasad dengki Umno di mana-mana

Bilal PAS dakwa dibuang kerja tanpa sebab

NONESeorang anggota PAS berkata beliau telah dibuang kerja tanpa sebab oleh Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur selepas berkhidmat hanya selama sebulan setengah.

Dalam keterangannya di Mahkamah Perusahaan hari ini, Mat Harus Ab Rahman, 61, mengakui bahawa beliau merupakan anggota PAS sejak tahun 1994.

Namun, Mat Harus berkata keanggotaannya dalam parti itu tidak memberi kesan kepada penamatan khidmatnya dengan masjid berkenaan.

Katanya lagi, beliau juga tidak dipanggil atau dimaklumkan alasan penamatan kerjanya pada 31 Oktober 2008 oleh pentadbiran masjid berkenaan.

Beliau juga tidak pernah ditegur atau diberi amaran atau didapati bersalah atas apa-apa kesalahan dalam tempoh perkhidmatannya sejak 15 September pada tahun tersebut.

"Saya rasa tiada alasan munasabah untuk menamatkan perkhidmatan saya sebagai bilal.

"Dengan itu saya rasa pembuangan kerja saya tidak sah," kata Mat Harus (foto) ketika disoal oleh peguamnya A Sivanesan.

Katanya lagi, surat penamatan khidmatnya itu telah ditandatangani oleh ketua imam masjid berkenaan Ahmad Termizi Abdul Razak.

Dalam keterangannya juga, Mat Harus berkata beliau telah cuba berjumpa dengan Ahmad Termizi untuk mendapatkan penjelasan tetapi tidak berjaya.

Kes berkenaan dirujuk di bawah seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

Pengerusi Mahkamah Perusahaan Datuk Jalaludin Hussain memutuskan kes berkenaan dijalankan secara ex parte hari ini apabila Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur tidak hadir ke mahkamah.

Jalaludin memutuskan demikian memandangkan pentadbiran masjid itu juga gagal memfailkan kenyataan jawapan walaupun telah diberi lanjutan masa.

Beliau memutuskan demikian mengikut Seksyen 29 (D) Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

Peruntukan itu memberi kuasa kepada mahkamah untuk mendengar kes berkenaan tanpa kenyataan balas daripada majikan.

Jalaludin juga memutuskan untuk meneruskan perbicaraan tanpa kehadiran majikan tersebut demi menyelesaikan kes tersebut secepat mungkin.

Kes ditetapkan untuk disambung perbicaraan pada 10 Februari 2011.Malaysiakini

No comments: