Monday, December 20, 2010

Karpal buat Umno terkapai

Negara Islam : Nik Aziz Ucap Tahniah Kepada Karpal


SHAH ALAM 21 Dis. : Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh di atas pendirian beliau berhubung isu negara Islam.

" Mudah-mudahan dengan pendirian terbaru itu, YB Tuan Karpal Singh akan mendapat hidayah daripada Allah S.W.T. untuk menerima Islam sebagai satu sistem yang adil untuk semua kaum dan sesuai dipakai dalam politik Malaysia," tulis beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Karpal ketika berucap dalam sesi penggulungan di konvensyen kedua Pakatan berkata, DAP boleh membincangkan isu tersebut dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Karpal turut menegaskan bahawa DAP akan terus mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan.

“DAP akan pertahankan itu. Akan tetapi ada hak oleh rakyat lain yang bukan beragama Islam (untuk mengamalkan kepercayaan mereka). Dan itu (pula) mesti dipertahankan oleh PAS,” ujar Karpal.

“Dalam ucapan saya 20 tahun dahulu, saya ada katakan tentang ini, (‘langkah mayat saya dahulu, jika mahu tubuh negaraIslam) dan dibuat diluar dari konteks hari ini. Tetapi perkara ini boleh dibincangkan bersama Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” tambah Karpal lagi.

Menurut ahli parlimen Bukit Gelugor itu, tidak ada alasan mengapa isu Islam sebagai agama rasmi harus dipertikaikan sementelah ia tertakluk di bawah Perlembagaan Negera.

Justeru apa yang perlu dibincangkan ialah bersabit isu negara Islam agar ia tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak.

“Kerana Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Dan tidak sesuai untuk mengulangi perlembagaan yang (telah jelas) menyatakan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

“Perkara ini mesti dibincangkan dengan segera, kerana saya tidak mahu Barisan Nasional mengeksploitasikannya,” tambahnya.

No comments: