Monday, December 20, 2010

Nak popular macam artis dapat liputan media , burukkan Anwar

Ezam hanya mahu jatuhkan Anwar: Shuhaimi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgb7deAuRZTKxuiyJ3Buy37dCUj8EtBu6jb0ZLfxWv6G3l8OWF_IxM3P6-wMFWKwABXDpWaWx_qAr_pXbCUmeatJZlblXa-A1Sc0zwECGZawIwppuga-XBuikcx2l050xSQ82mnQjETiJU/s1600/YBSuhaimiShafie1.jpg
SUBANG JAYA , 21 Dis. : Tindakan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohamad Ezam Mohd Noor membuat ceramah di beberapa tempat didakwa hanya untuk memburukkan kepimpinan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata, sebelum ini memang banyak usaha dilakukan untuk ‘memperdagangkan’ nama Anwar.

Ia berikutan katanya, sesiapa sahaja yang ingin menjadi popular akan ‘membelasah’ Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kerana apa yang diperkatakan akan dipaparkan media.

“Datuk Seri Anwar telah diiktiraf dunia, namun sejak kebelakangan ini ramai yang cuba menjadi jaguh kerana percaya beliau ancaman terbesar kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

“Sudah semestinya, BN dan UMNO ini juga akan menarik orang yang pernah rapat dan pernah bersama DSAI dengan tujuan untuk meracuni pemikiran rakyat sebelum Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya kepada Sinar Harian ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang Kejohanan Boling Silaturahim Addin, di USJ di sini, kelmarin.

Shuhaimi berkata, beliau percaya apa jua usaha dilakukan untuk merosakkan nama Anwar tidak akan berjaya.

“Mereka (BN) boleh gunakan isu Datuk Seri tetapi semakin mereka beria-ia, semakin banyak pembohongan dilakukan.

“Kita ketahui mereka banyak gunakan isu yang menyentuh jiwa orang Melayu termasuk babi, mabuk dan seks luar tabii dengan tujuan meracuni pemikiran sehingga Datuk Seri nampak seolah-olah anti-Melayu,” katanya yang mendakwa ia adalah pembohongan semata-mata.

Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Raja, Jaafar Samsudin ketika ditemui pula berkata, apa yang dituduh kepada Anwar Ibrahim adalah pendapat yang sengaja diada-adakan.

“Kerana berbeza parti, sasaran mereka adalah menuduh kepimpinan Datuk Seri Anwar sedangkan kepimpinan beliau boleh dicontohi.

“Ulama’ sendiri menghormati beliau, malah beliau patut dikagumi kerana menyatukan rakyat berbilang kaum,” katanya.SH

1 comment:

Anonymous said...

dalam dunia ini umnolah yang paling kotor sekali dalam berpolitik.