Wednesday, December 15, 2010

Pengasas Umno Sabah sertai PKR

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgu2due7MEgDCO49-AhS_BD-odwBdp3jzrKZM17St7EaTFP4qpSPZr9DZNVJkwm78ihs6hokmfYx6_hPqfM2I4PG2HvrdsgObXHRIqGqIdqKqYuwMGaz8feM_didq2XJy3Cajzn592dWYw/s400/SelamatTinggal+UMNO.jpg

SHAH ALAM, 15 Dis. : Mantan pemimpin Umno Sabah yang juga individu yang bertanggungjawab membawa parti dari Semenanjung ke negeri itu, Datuk Karim Ghani secara rasmi menyertai Parti Keadilan Rakyat(PKR).

Ketika membuat sidang media semalam berkata parti pemerintah ketika ini, Umno-Barisan Nasional, tetapi enggan mengulas lanjut.

"Saya rasa berbesar hati kerana PKR menerima saya," kata Karim yang berbangsa India-Dusun, sebelum ini bersama Parti Bersatu Kebangsaan Sabah (USNO).

"Saya telah serahkan borang permohonan terus ke ibupejabat PKR."

Karim berkata beliau sebelum ini telah menyatakan hasratnya untuk menyertai PKR kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah Ahmad Thamrin Jaini dan beberapa lagi pemimpin Cabang di negeri ini.

Ketika ditanya tentang alasan menyertai PKR, beliau berkata alasannya sama apabila beliau membuat keputusan untuk meninggalkan Umno Sabah.

"Pakatan telah berjanji akan mengembalikan autonomi kepada Sabah dan Sarawak dan berjanji akan menyerahkan 20 peratus royalti minyak kepada kedua-dua negeri ini," kata Karim

"Ini sama seperti yang saya nyatakan dalam surat perletakkan jawatan kepada Umno Sabah.

"Umno buat saya seperti duduk di tepi 'jamban'," ujarnya.

Karim berkata, janji bahawa autonomi Sabah akan dihormati akan membantu ahli Usno bangkit menentang Parti Bersatu Sabah (PBS).

Dalam pada itu, beliau turut membidas Umno yang membelakangkan Perlembagaan Negeri berhubung perlantikan Ketua Menteri yang dipilih Putrajaya dan bukannya pemimpin tertinggi negeri.

"Saya sendiri telah diketepikan dan diarah oleh Umno Sabah supaya duduk berdekatan dengan 'jamban'.

"Mereka(Umno) lebih berminat kepada Pairin (Presiden PBS - Joseph Pairin Kitingan) - daripada orang macam saya atau pemimpin Usno yang banyak berkorban untuk parti." ujar Karim.

"Jika rakyat Sabah ingin mengekalkan 'status quo', beliau berkata mereka boleh menyokong BN.

"Tetapi, jika mereka lebih mementingkan mengenai agenda perubahan dan reformasi, maka mereka sepatutnya menyokong Pakatan Rakyat dan jangan benarkan kesatuan antara mereka berpecah yang akan memberikan kemenangan kepada BN," tegasnya lagi.

No comments: