Wednesday, December 15, 2010

Selepas tiada yang mahu jadi katak, BN guna cara mudah nak dapat 2/3 majoriti

Gantung, Halau MP Pakatan : Speaker Gagal Kawal Emosi















KUALA LUMPUR, 15 Dis.: Pemimpin Pakatan Rakyat membantah keras persetujuan Speaker, Tan Seri Pandikar Amin Mulia yang tunduk kepada keputusan majoriti untuk menggantung tiga ahli parlimen pembangkang selama enam bulan tanpa memberi peluang membela diri.

Justeru integriti Yang di-Pertua Dewan Rakyat dipertikaikan ahli-ahli parlimen pembangkang hari ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan mengenakan tindakan menggantung ahli parlimen pembangkang tanpa notis melambangkan parlimen tidak menuruti sebarang peruntukan dalam Peraturan Mesyuarat.

Justeru belia menyifatkan Speaker seolah-olah tidak berpendirian teguh dengan membiarkan prosedur parlimen diperalatkan oleh kuasa majoriti.

"Saya lihat prosedur parlimen dipermainkan hanya semata-mata kerana kuasa majoriti. Kita berhujah panjang bagaimanpun, diketepikan begitu.

"Jadi sebab itu kita menyatakan kekesalan dan membantah keras persetujuan Speaker membenarkan hujah. Memang kita tahu keangkuhan Barisan Nasional menggunakan kuasa mereka tetapi menggunakan saluran Speaker yang mempertahankan dengan peraturan padahal prinsip membela diri tidak berlaku," kata beliau pada sidang media di lobi parlimen tengahari tadi.

Pada sebelah pagi, Pandikar mengarahkan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah untuk "berehat" sehingga esok kerana engkar dengan arahan Speaker.

Sejuruh selepas itu, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali turut digantung dewan sehingga jam 2.30 petang hari ini.

Anwar berkata, tindakan Pandikar mengelak diri daripada menjawab berhubung sebarang kenyataan beliau kepada media apabila dipersoalkan oleh dewan menimbulkan tandatanya.

"Kalau ada tuduhan dia (Pandikar) bercakap dengan blogger atau media, dia patut ditanya. Prosedur biasa. Adakan ini kenyataannya, adakah sah kenyataan ini. Itu pun dia tidak dapat lakukan," kata Anwar.

Beliau kemudian menambah, Pandikar tidak mampu mengawal dewan di kala berlakunya pertikaman lidah antara beliau dan pemimpin pembangkang.

"Kalau Speaker tidak dapat mengawal, sepatutnya beliau berundur dan beri laluan kepada Timbalan beliau," ujar beliau lagi.

Dalam sidang media yang sama, Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke mendakwa wujudnya pakatan di antara Speaker Dewan Rakyat dan pemimpin Barisan Nasional untuk mengurangkan majoriti 2/3 pakatan pembangkang bagi memberi laluan mudah kerajaan untuk mengubal sebarang usul yang diperuntukkan dalam parlimen.

Anthony berkata sekiranya parlimen meneruskan usaha menggantung lebih ramai ahli parlimen daripada pakatan pembangkang maka persidangan parlimen akan datang akan memberi kuasa mutlak kepada kerajaan untuk melakukan sebarang usul tanpa mendapat tentangan daripada pihak pembangkang.

"Seolah-olah ada agenda tersendiri kerana speaker membiarkan Barisan Nasional membuat keputusan keatas ahli parlimen Pakatan Rakyat. Kedudukan Pakatan Rakyat akan kurang daripada 2/3 kerana ramai ahli parlimen digantung. Peluang ini akan digunakan sepenuhnya oleh Umno-Barisan Nasional," kata beliau kepada media.

No comments: