Thursday, January 20, 2011

Anak bekas wakil rakyat bukan kelebihan

Calon PAS mudah dekati pengundi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh0Hq1OEz6HJm8y41b8ZfHTr3et_S1isTF2Wz2k3qIvzE3fyH12FSIIgVUPYoG6003Q3x08spa26Uk5uctv4ipO1MlTruARY_hypqXDQAHXHzzHw1hFK_18Ck8BSv_DcyIj1vjQjEeycnXH/s1600/chui-jui-meng.jpg
SENAI, 21 Jan. : “Kemenangan tidak bergantung kepada latar belakang keluarga calon, sebaliknya lebih kepada pengalaman dalam bidang politik,” kata Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng.

Menurutnya, pengalaman dalam bidang politik adalah kelebihan yang dapat digunakan sepanjang berkempen dan seterusnya memancing undi di pilihan raya kecil DUN Tenang.

“Walaupun calon BN anak bekas wakil rakyat Tenang, ia bukan kelebihan melainkan jika calon berkenaan mempunyai pengalaman dalam bidang politik,” katanya.

Beliau melahirkan keyakinan calon Pas, Normala Sudirman, mampu meraih undi berdasarkan statusnya sebagai seorang wanita dan orang tempatan di Labis.

Menurutnya, tidak adil sekiranya BN mengumpan rakyat dengan mengumumkan projek pembangunan ketika tempoh berkempen.

“Namun keadaan yang sebaliknya berlaku kini, sekali gus membuatkan rakyat terkeliru untuk memilih pemimpin yang benar-benar layak,” katanya.

Beliau berharap PRK Tenang akan dijalankan dengan bersih, tanpa isu politik wang.

No comments: