Tuesday, January 11, 2011

Khusrin memang tidak layak

Isu SUK, Saya Hanya Dedah Kebenaran-Khalid Samad




SHAH ALAM 11 Jan.: Pendedahan berkenaan penyelewengan proses pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hanya berlandaskan untuk mendedahkan kebenaran semata-mata, kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Katanya, pendedahan itu tidak langsung membabitkan masalah peribadi tetapi disebabkan ada satu usaha secara tidak bermoral merampas kembali negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat.

"Kalau kerajaan negeri memilih Khusrin, beliau ditemubual dan nombor satu dari pada enam calon yang dicalonkan, saya tidak ada masalah, tetapi beliau adalah calon nombor enam daripada enam yang ditemubual dan beliau juga bukan pilihan kerajaan negeri.

"Dan beliau juga banyak kekurangan dari segi keupayaan untuk menyandang peranan SUK, ini bukan soal peribadi tetapi ini soal mencari calon yang terbaik untuk memegang jawatan SUK. Kalau beliau yang terbaik saya terima dan ini terbukti kerana kita jalankan temubual," katanya.

Terdahulu, Khalid mendedahkan konspirasi dalam pelantikan Khusrin sebagai SUK dengan mendakwa bekas SUK, Selangor Datuk Ramli Mahmud adalah dalang dengan memgemuka nama Khusrin kepada istana Selangor pada 3 Disember lalu tanpa pengetahuan Menteri Besar.

Khalid sebelum ini, sering menegur tindakan Khusrin sewaktu menjawat jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor.

Antaranya Khusrin digesa meletakkan jawatan jika beliau tidak mampu mengasingkan kecenderungan politik dari jawatan yang dipegangnya kerana didapati melanggar titah Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan agar masjid dan surau-surau di Selangor tidak dipolitikkan.

Khusrin ketika itu, dilihat beria-ria menyokong permohonan rasmi Umno yang mahu menggunakan Masjid Al-Ihsan di Kampung Medan, Petaling Jaya untuk program bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

No comments: