Wednesday, January 19, 2011

Letak borang untuk rakyat pun tak boleh

TAWAS : Enggan Kerjasama, Sikap Hospital Kerajaan Dikesali

SHAH ALAM 19 Jan : Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar melahirkan rasa kesal terhadap hospital kerajaan ekoran kengganan memberi kerjasama dengan kerajaan negeri dalam program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS).

Xavier yang juga Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor berkata, dalam usaha merealisasikan hasrat kerajaan negeri membantu rakyat yang memerlukan, tetapi usaha ini dipandang dingin oleh pihak hospital kerajaan kerana enggan memberi kerjasama dan mengedarkan borang pendaftaran TAWAS.
"Pihak hospital tidak membenarkan pihak kami menyimpan borang-borang tersebut disana, jadi perkara ini menyebabkan tidak ramai rakyat tahu dan dapat program TAWAS.

Walaupun pihak hospital kerajaan tidak memberi kerjasama tidak mengapa, tapi kenapa mereka tidak mahu memberi kerjasama, borang ini untuk bantuan rakyat, kita (Pakatan Rakyat) hanya ingin menolong rakyat," katanya.

TAWAS, merupakan antara projek penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor atau MES yang dilancarkan secara rasmi sejak awal pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor, 30 Ogos 2008.

Kerajaan Negeri Selangor menerusi TAWAS akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM 100.00 bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya.Menjelang usia 18 tahun, anak-anak selangor yang berdaftar ini, berpeluang menerima RM 1,500 seorang hasil daripada pelaburan dalam TAWAS.

Xavier yang juga ADUN Sri Andalas berkata, sebagai usaha berterusan membawa manfaat TAWAS kepada rakyat Negeri Selangor, kini kempen penyebaran maklumat dan pendaftaran peserta di setiap kawasan wakil rakyat di seluruh Selangor dipergiatkan.

"Jadi kita kena memperhebat program promosi TAWAS dengan lebih luas dan hebat di negeri Selangor," katanya.

Xavier berkata demikian ketika merasmikan majlis Penyerahan Rumah Prihatin dan Penyampaian Sumbangan Bencana kepada penduduk Semenyih semalam

Tambahnya lagi, risalah dan borang pendaftaran TAWAS juga diedarkan di semua Jabatan/Agensi Negeri, termasuk semua Pejabat Daerah dan Tanah dan semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor.

Kini pihak TAWAS menyediakan pendaftaran secara 'On-Line' bagi mempercepatkan dan mempertingkatkan lagi usaha untuk memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

Jumlah pendaftaran sejak ogos 2008 sehingga ke hari ini ialah 37,285 ahli dengan purata pemohonan setiap bulan ialah 2,000 pemohonan dan tahun ini TAWAS mensasarkan 25,000 lagi pendaftaran.

No comments: