Friday, January 7, 2011

Saman blogger pro Umno jika Rais benar tidak merogol

Mahfuz minta Rais saman blogger pro Umno

KUALA LUMPUR, 7 Jan: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim memfailkan saman terhadap penulis blog yang telah membuat tuduhan terhadap beliau berhubung isu skandal dengan pembantu rumah Indonesia.

Katanya, ianya termasuk menyaman blogger pro Umno Datuk Ahirudin Attan yang juga dikenali sebagai Rocky's Bru yang merupakan blogger pertama menyiarkan pendedahan WikiLeaks berhubung tuduhan itu.

Biarpun Rais menggesa pihak polis menyiasat, namun menteri penerangan itu sendiri kata Mahfuz, perlu menunjukkan kesunggahan membersihkan namanya yang telah dicemar oleh 'penulis blog liar' yang didakwanya dalam penafiannya kelmarin.

"Kalau dia yakin dia bersih, dia perlu saman Rocky's Bru dan dakwa beliau kerana fitnah.

"Polis siasat, siasat juga, tapi kena saman kerana nama baik beliau telah tercemar," katanya ketika menghubungi Harakahdaily.

Nama Rocky's Bru kembali diperkatakan di blog-blog sejak bulan lalu ekoran satu laporan di blognya yang menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa salah seorang menteri Malaysia telah merogol seorang pembantu rumah warganegara Indonesia.

Laporan itu menggemparkan negera apabila mendakwa kejadian tersebut berlaku di era Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dan diketahui Abdullah sendiri, namun tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap menteri tersebut.

Hari ini pula, media melaporkan kediaman Rocky's Bru dipecah masuk dan kereta Peugeot 470 miliknya dicuri, di Taman Damai Utama, Puchong.

Bagaimanapun, kaitan dengan apa-apa pendedahan diblognya tidak dapat dipastikan dan polis difahamkan akan menyiasat kes tersebut.

Semalam, ketika mengulas isu sama, Mahfuz menyambut baik cadangan Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang mahu isu dakwaan seorang menteri merogol pembatu rumah Indonesia, diselesaikan mengikut lunas undang-undang.

Sambil mengalukan penafian keterlibatan yang dibuat menteri penerangan itu, Mahfuz Omar mahu isu itu disiasat dengan segera kerana ianya membabitkan nama baik negara dan mampu menjejaskan hubungan serantau Malaysia-Indonesia.

Kelmarin, Rais yang juga Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan membuat penafian berhubung dakwaan bahawa beliau terlibat mrogol pembantu rumah warga Indonesia.

Penafian itu dibuat selepas banyak pihak mendesak beliau tampil membersihkan nama ekoran beberapa blog melaporkan penglibatannya dalam kes itu.

No comments: