Tuesday, January 25, 2011

Umno tak dapat terima hakikat, PAS dapat sambutan

Sambutan dingin tidak berlaku
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEibsr_DuUo7WKv8ReF7lHl7MBeJc-Xx75GNpvBQOP1mBhsZ7Utn4UGtqOnzAjfIA4ONCyODiB6SIVwGSJ_mCULC-HuD2v2wS29YeUvVInX1tLp7B4D-_IWHibtjTvPnOGOKEtQQmkkqxFYZ/s400/mazlan+aliman.jpg
SENAI, 26 Jan. : Sambutan dingin terhadap ceramah Pas yang diadakan sepanjang tempoh berkempen di pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang tidak pernah berlaku malahan mendapat mendapat sambutan yang menggalakkan.

Ketua Penerangan Pas Johor, Mazlan Aliman menafikan tuduhan yang kononnya ceramah Pas tidak mendapat sambutan di DUN Tenang sebaliknya menganggap ia adalah tuduhan bagi menunjukkan Pas tidak mendapat sokongan daripada penduduk tempatan.

“Pelbagai siri ceramah telah diadakan sebaik sahaja tempoh berkempen bermula sejak empat hari lalu, dan sambutan yang di terima amat menggalakkan daripada penduduk tempatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dari parti komponen Pas, PKR dan DAP melibatkan diri dengan siri ceramah yang diadakan sekali gus menunjukkan komitmen parti terhadap isu yang dibawa.

“Sebanyak lima siri ceramah diadakan Pas setiap hari di tempat-tempat yang berasingan di DUN Tenang, sama ada kampung, Felda atau pekan tanpa mengira kaum dan bangsa,” katanya.

Katanya, isu-isu yang dibawa sepanjang tempoh berkempen lebih menjurus kepada permasalahan rakyat di mana perkara berkenaan cuba disorokkan kerajaan.SH

No comments: