Saturday, February 12, 2011

Rakyat Algeria pula turun ke jalan raya

Terbaru :Demonstrasi di Algeria..30,000 Polis di Kerahkan

Ribuan polis anti rusuhan menangkap beratus-ratus penunjuk perasaan di ibu negara Algeria hari ini , cuba untuk menghentikan kumpulan pro demokrasi yang dilarang sehari selepas pemimpin diktator Mesir digulingkan.

Polis bersenjata menyekat jalan-jalan di Algiers dan mendirikan barikade keamanan di titik-titik strategik sepanjang laluan perjalanan dan luar bandar untuk cuba menghentikan kehadiran para demonstran dari memasuki ibukota.

Polis bersenjata juga diarah berkawal dekat kantor pusat pentadbiran dan bangunan surat khabar.

Penganjur perarakan dianggarkan sekitar 10,000 orang telah membanjiri Algeria, di mana mereka bertelagah dengan polis anti huru hara yang cuba untuk menyekat dari jalan-jalan dan membubarkan penunjuk perasaan.

Laporan Berita menyatakan pasukan keselamatan kurang dari jumlah demonstran. Akhbar Algeria La Liberte mengatakan sekitar 30.000 polis anti rusuhan telah dikerahkan di ibukota.

Ali Yahia Abdenour, seorang aktivis hak asasi manusia, mengatakan lebih dari 400 orang – termasuk wanita dan wartawan asing – telah ditangkap.

Abdenour, yang memimpin Kumpulan Algeria untuk Pertahanan Hak Asasi Manusia, berkata sebanyak 28.000 orang anggota pasukan keselamatan dikerahkan di Algiers untuk menghalang perarakan ini.

Para demonstran melaungkan slogan-slogan termasuk ‘Tidak untuk negara polis’ dan ‘keluar Bouteflika,’ rujukan kepada Presiden Abdelaziz Bouteflika, yang telah berkuasa sejak tahun 1999.

Di bawah undang undang kecemasan, protes dilarang di Algiers, tetapi amaran kerajaan nampaknya tidak diendahkan oleh penunjuk perasaan yang semakin bertambah ramai.

Hanya sehari selepas pemberontakan di Mesir Hosni Mubarak yang dipaksa untuk meninggalkan kerusi presiden selepas 30 tahun. Hal ini juga bermula pada tapak dari ‘revolusi rakyat’ negara jiran Algeria yang mendorong Presiden Tunisia Zine El Abidine Ben Ali melarikan diri pada tarikh 14 Januari lalu.

Beberapa pemerhati menganggarkan Algeria boleh menjadi negara Arab seterusnya dilanda gelombang protes penunjuk perasaan selepas ini.

La Liberte

No comments: