Wednesday, February 9, 2011

Sokongan orang Cina di Merlimau kepada PR sudah 70 peratus

Isu perkauman makan diri: PAS

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/01/Merlimau-Melaka.jpg
MERLIMAU, 9 Feb. : Pas yakin isu perkauman yang sering dimainkan Barisan Nasional (BN) untuk menakut-nakutkan rakyat supaya menyokong mereka hanya akan memakan diri sendiri.

Ketua Dewan Pemuda Pas Melaka, Kamaruddin Sidik berkata, trend itu jelas kelihatan apabila sokongan masyarakat bukan Melayu, khususnya kaum Cina kepada Pas semakin meningkat.

Menurutnya, berdasarkan kajian yang dilakukan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, sokongan masyarakat Cina dikatakan sudah meningkat sehingga 70 peratus.

“Saya yakin isu perkauman yang digunakan BN untuk menakut-nakutkan pengundi adalah antara faktor yang menyumbang kepada trend ini,” katanya.

Kamaruddin berkata, beliau percaya jentera pilihan raya BN akan cuba memenangi hati pengundi Cina semasa kempen Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau supaya menyokong BN.

Menurutnya, ia adalah petanda bahawa BN bimbang dan takut mereka akan memberikan undi kepada calon Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya itu nanti.

“Bagaikan sudah menjadi kebiasaan untuk BN memberi apa saja semasa kempen PRK semata-mata mahu mendapat sokongan.

“Nasihat saya ketika hari mengundi, gunakan keberanian untuk berubah,” katanya.SH

No comments: