Sunday, March 13, 2011

Demo zahirkan Perkasa dan GAPS adalah Umno

Demo Perkasa, GAPS Bercanggah Prinsip NGO

http://3.bp.blogspot.com/_IZchRFjdzkc/StOud5ieiFI/AAAAAAAADEE/PidEGkI4j1k/s320/UMNO+PERKASA.gifSHAH ALAM 13 MAC: Tindakan Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) berdemo di hadapan Ibu Pejabat PKR hari ini tidak berasas sama sekali kerana jauh menyimpang daripada perjuangan kumpulan tersebut yang kononnya ditubuhkan memperjuangkan kebajikan rakyat.

Ahli parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail turut mempersoalkan kaitan antara demo anjuran dua kumpulan tersebut mendesak Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA beliau dengan kebajikan rakyat secara umumnya.

"Pasal DNA, ini apa benda, apa kaitan mereka dengan isu ini? Apakah kebaikannya dari segi kepada rakyat?

"Saya rasa ini tindakan terdesak kerajaan BN dan Umno untuk menutup keburukan sebenar yang sedang dihadapi oleh rakyat sekarang," tegas beliau.

Beliau berkata, sepatutnya Perkasa dan Gaps berarak mendesak kerajaan menyiasat secara telus dan adil kes-kes kematian seperti Teoh Beng Hock serta berdemo menyiasat kehilangan dana awam yang berjumlah berbilion ringgit dari negara ini seperti yang dilaporkan Global Financial Intergrity (GFI).

Tambah beliau, tindakan ini jelas untuk mengalih pandangan serta tumpuan rakyat daripada isu yang lebih penting iaitu kenaikan harga barang dan penurunan drastik kuasa membeli rakyat.

"Dia (Gaps dan Perkasa) nak beri gambaran kononnya rakyat Malaysia sedang menumpukan kepada isu Anwar dan rakyat Malaysia berarak sama desak Anwar serah DNAnya. Dia (Gaps dan Perkasa) nak heret rakyat Malaysia, diperbodohkan untuk tujuan Umno.

"Ini tidak boleh diterima dan rakyat perlu faham, yang dibuat ini oleh Umno. Umno nak tunjuk, menggambarkan kononnya dia ini mewakili seluruh rakyat Malaysia. Itu salah. Kita bangkang. Saya bimbang nanti ramai lagi rakyat, Malaysia akan bangkit dan berarak ramai-ramai untuk tujuan menuntut kerajaan menyelesaiakn segera isu kenaikan harga barang," kata belia.

Dalam kes fitnah kedua yang dihadapi Anwar, selain dinafikan hak untuk mendapatkan akses kepada beberapa dokumen penting, malah tipu helah juga dikenakan ke atas beliau untuk mendapatkan sampel DNA.

Ironinya penipuan dan ketidakadilan yang dihadapi Ketua Umum PKR itu tidak pula ditentang oleh mereka yang menggelarkan diri sebagai pembela nasib rakyat Malaysia.

1 comment:

Anonymous said...

PERKASA = GAPS = UMNOAPCO = HAPRAK PERKASA = GAPS = UMNOAPCO = HAPRAK PERKASA = GAPS = UMNOAPCO = HAPRAK KEEMPAT UNGGAPAN NI SAMA AJE TERDIRI DRP MELAYU BERJIWA HAMBA, MENTELITI SUBSIDI DAN MELAYU TONGKAT. PEMIMPIN YG CERDIK SIKIT MEMPERBODOHKAN AHLI AKAR UMBI DGN PULUS/WANG.. KETUANAN MELAYU NO. 2 PERTAMA KETUANAN PERUT/KEKAYAAN/KOMPOL HARTA...