Sunday, March 13, 2011

Tiada lagi lompat parti di Kedah

MB yakin wakil rakyat PR tidak lompat parti

http://i.ytimg.com/vi/AuAt6GcRIjM/0.jpgALOR SETAR, 13 Mac : Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menaruh kepercayaan penuh terhadap empat wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR), yang sebelum ini dilanda kontroversi, kononnya akan lompat parti bagi menggulingkan kerajaan PR Kedah.

Beliau berkata selepas tiga tahun bersama dalam PR, pihaknya tidak lagi ragu terhadap kesetiaan mereka, dan yakin insiden ‘memancing’ wakil rakyat PR tidak berlaku.


“Saya rasa sudah tak ada isu pancing-memancing ni. Saya tak ada pula terima aduan daripada mana-mana wakil rakyat PR,” katanya.


Wakil rakyat terbabit, S Manikumar (PKR-Bukit Selambau), Tan Chow Kang (PKR-Sidam), Lim Soo Nee (PKR-Kulim) dan Lee Guan Aik (DAP-Kota Darulaman) pernah menggemparkan Kedah tahun lalu apabila didakwa akan lompat parti.


Berikutan itu, pada 22 Mei 2010, Kerajaan Negeri mengadakan ceramah khas bertajuk, ‘DUN Kedah Bubar?’ di Kompleks Pas Kedah bagi memperjelaskan khabar angin yang bertiup kencang ketika itu.


Dakwaan itu timbul setelah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membayangkan peristiwa kejatuhan kerajaan PR di Perak akan berulang di Kedah.


Azizan berkata, mungkin parti lawan yang berhasrat mahu memancing wakil rakyat PR tahun ini kehabisan idea untuk memujuk pemimpin terbabit, setelah pujukan mereka tahun lalu tidak membuahkan hasil.


“Saya rasa orang yang nak pancing wakil rakyat saya pun, sekarang dah habis umpan,” katanya berseloroh.


Azizan turut membayangkan kesetiaan wakil rakyat terbabit tidak mungkin tergugat kerana wujud keserasian yang baik dalam hubungan mereka.


“Kalau mereka nak lompat, sudah lama mereka lompat. Tak perlu tunggu sampai tiga tahun. Cukup-cukuplah pilihan raya kecil!,” katanya.

No comments: