Monday, March 28, 2011

Pensyarah lain minta hentikan fitnah tapi Kangkung Umno ini minta Anwar berundur

Masa untuk Anwar berundur

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgfho48Kmx3NoyXFFowxohXi28ihzDyiA4L9eEUwU5TmXeJ2lnr90xtBe7RiKviF3hXmjZ_FSGjcglwd8U3n72Znc1yc1eWeRq7vkp1GDfJXvpDskOe_7TA6aELDfo0zwcLb8d8ZxqsZobh/s400/kangkung-belacan-1.jpgSHAH ALAM - Sudah sampai masa bagi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur daripada kancah politik negara.

Itulah pendapat pensyarah Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nidzammudin Sulaiman berikutan pendedahan video seks yang didakwa membabitkan pemimpin nombor satu Pakatan Rakyat (PR) itu.

Dr Nidzammudin berkata, meskipun Anwar belum dipastikan terlibat dalam skandal itu, sedikit sebanyak ia akan turut memberi kesan bagi imej dan reputasinya berdasarkan rekod sedia ada termasuk perbicaraan kes liwat yang sedang berlangsung di mahkamah.

"Orang akan jadi muak. Ini tidak kira sama ada beliau bersalah ataupun tidak kerana bagi seorang pemimpin politik, apa yang lebih utama adalah kepentingan rakyat, bukan permainan politik yang berulang-ulang.

"Kerana itu, saya fikir sudah sampai masa bagi Anwar berundur. Jika beliau mahu menjaga namanya sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri, adalah lebih baik bagi beliau memberi tumpuan kepada isu-isu bukan politik melibatkan kepentingan masyarakat termasuk membimbing generasi muda kerana saya percaya, beliau masih diminati dan dikagumi ramai anak muda," katanya.

Menurutnya, setiap individu termasuk pemimpin besar seperti Anwar ada had tertentu dalam berjuang untuk mempertahankan sesuatu.SH

2 comments:

Anonymous said...

Anuar sepatutnya sudah lama berhenti berpolitik. Dirinya perasan yg pengaruhnya masih ada. Sebenarnya kumpulannya hanya segelintir saja dan diusung kemana-mana. Dirinya diperkudakan oleh DAP dan PAS jadi tukang karut.

Anonymous said...

DR NIDZAM DAN ANON O4;05..HANGPA BERDUA MEMANG KANGKONG PARIT DAN LOMBONG DITEBAS TUBUH LAGI.... SAMY VELLU DAN TUN M LA NI TAIK MAHMUD TAK NAK BERUNDUR HANGPA TAK BISING PUN... KALAU HANGPA TERPENGARUH SGT BOLEH LH LAWAN DSAI KAT PMTG PAUH PRU13 NANTI. ITU PUN KALAU UMNOpco nak calonkN HANGPA.... HANGPA CUBA MASUK UMNOAPCO ATAU BUKA 1 CWGN TENGOK ADE PENGARUH TAK... BUKAN STND LU DGN DSAI...HAPRAK PUNYA MELAYU.....