Monday, March 28, 2011

Polis berjanji tidak langgar undang-undang, boleh percayakah?

Azmin Tuntut Akujanji Polis Agar Tidak Langgar Undang- undang



KUALA LUMPUR 29 MAC : Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menuntut polis memohon maaf secara terbuka kerana mengganggu majlis pelancaran Datuk Najib Altantuya (DNA) Jumaat lalu, di pusat khidmatnya, Parlimen Gombak.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak mengemukakan empat tuntutan termasuk permohonan maaf.

Tiga tuntutan lain yang disenaraikan dalam surat itu ialah membekalkan nama-nama dan nombor polis kesemua anggota polis yang terlibat dalam serbuan minggu lalu.

Azmin turut mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar memberi akujanji bertulis bahawa mereka tidak akan mengulangi tindakan yang jelas menyalahi undang- undang seperti itu.

“Kami diarahkan pada malam 25 Mac 2011, suatu ceramah politik telah diadakan di pusat khidmat Parlimen Gombak. Pihak polis telah secara mala fide, menyalahi undang-undang dan tanpa alasan munasabah menyerbu, mengganggu dan menamatkon ceramah tersebut.

Surat tuntutan itu dialamatkan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Ketua Polis Daerah Ampang ACP Amiruddin Jamaluddin.

Azmin turut menyenaraikan beberapa kesalahan serius yang dilakukan oleh polis pada malam tersebut termasuk pencerobohan jenayah, intimidasi jenayah, serangan dan gangguan yang menyalahi undang- undang.

Peguam yang mewakili Azmin, N. Surendren menyifatkan tindakan polis pada malam tersebut cendrung kepada berniat jahat dan bermotifkan politik.

Azmin diberikan notis hadir di ibu pejabat polis daerah Ampang tengah malam kelmarin berhubung insiden tersebut.

Azmin bagaimanapun meminta mengangguhkannya kerana beliau terpaksa menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Turut menerima notis tersebut adalah ADUN Hulu Kelang, Shaari Sungib dan ADUN Batu Caves, Amiruddin Saari.

Majlis pelancaran DNA yang pada awalnya berjalan lancar tiba- tiba kecoh apabila polis dengan bantuan polis simpanan persekutuan (FRU) mara ke pentas ceramah semata- mata mahu menghentikan ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar sebelum itu diberikan masa selama 15 minit sahaja untuk berucap oleh polis. Namun Anwar dilaporkan hanya sempat berucap sekitar 13 minit sahaja sebelum dihalang polis untuk meneruskan ucapannya.

Dianggarkan lebih 50 anggota polis termasuk FRU terlibat dalam tindakan serbuan pada malam tersebut.

Ceramah yang dihadiri lebih 2000 orang penyokong Pakatan Rakyat itu diadakan bagi menjelaskan fitnah ke-3 terhadap Anwar berhubung pendedahan video lucah oleh 'Datuk T', 18 Mac lalu.

'Datuk T' dibarisi bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, Ahli perniagaan, Datuk syazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Anwar kemudiannya tampil membuat penafian terhadap dakwaan yang cuba dikaitkan terhadapnya.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul yang dipelawa menonton video lucah itu olah 'Datuk T' menegaskan, daripada pengamatannya, si pelaku kegiatan seks itu bukanlah Anwar berdasarkan beberapa faktor.

Antaranya :-

- Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Anwar.

- Bahagian belakang si pelaku (punggung) jug aberisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Anwar.

- Diakhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakan dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Anwar.

Penafian itu turut dinyatakan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisyam Shaharin yang turut menonton video tersebut.

No comments: