Saturday, April 16, 2011

BN menang dengan masalah

http://mynewshub.my/bm/files/2011/04/20b3880f8fda5b928f17ce512e1b6506.jpgRakyat Sarawak telah membuat pilihan dengan mengekalkan pemerintahan Sarawak di bawah BN. Keputusan sebagaimana diumumkan oleh Tan Sri Aziz Pengerusi SPR sebagaimana berikut:

Bil. Parti Jumlah Kerusi Jumlah Undi Peratusan

1. BN 55 372,379 74.6
2. DAP 12 134,847 12.7
3. PKR 3 117,100 4.2
4. Bebas 1 20,064 1.4
5. PAS 0 9,719 -
6. SNAP 0 15,663 -
7. Cinta M`sia 0 - -

Undi rosak ialah 8,224
Peratus keluar mengundi ialah 70%

Pilihanraya Sarawak ke 10 di Sarawak yang penduduknya ialah 2.26 milion
Pengundi 979,796
Pusat mengundi 1,749 tempat
Calon bertanding 213
Kerusi 71
Parti yang bertanding: BN 71, DAP 15, SNAP 26, PKR 49, PAS 5, Cinta Malaysia 6 dan Bebas 41.
Daripada keputusan di atas dapat diambil keputusan:

a) Dengan keputusan di atas Perdana Menteri, Dato` Seri Najib dapatlah dikatakan berpushati kerana dapat mempertahankan dua pertiga majoriti. Usaha beliau berulang alik ke Sarawak bersama Tan Sri Muhyiddin berbaloi.

b) Sarawak masih menghadapi masalah kepimpinan. Masa yang baik Taib Mahmud berundur sepatutnya digunakan bagi pelantikan Ketua Menteri yang baru. Tetapi Majlis mengangkat sumpah Taib diadakan tergesa-gesa untuk mengelak dari tekanan dan jawatan terlepas kepada orang lain.

c) Perdana Menteri kelihatan tidak dapat mengawal tidak tanduk Taib Mahmud. Majlis mengangkat sumpah sepatutnya diadakan secara teratur dan di bawah restu Perdana Menteri. Masalah akan berterusan, jika Taib Mahmud bertindak tidak mengundur diri dari kepimpinan.

d) DAP dapat dikatakan parti yang smart. Parti ini bertanding di 15 kerusi dan memenangi 12 kerusi. Pengundi Cina dan pengundi di Bandar padu memberi sokongan kepada DAP.

e) PKR yang bertanding di 49 kerusi tidak dapat menyerlahkan prestasi dengan hanya memenangi 3 kerusi. Ini ialah kerana masalah dan isu yang banyak ditanggung oleh parti itu.

f) Pas yang dijangka dapat melahirkan anak sulungnya terutama bagi calonnya Abang Ahmad Kerdee di Beting Maro, nampaknya belum diizin Allah. Walau bagaimanapun, pencapaiannya baik. Beliau mendapat undi 2,678, kurang 391 undi dari lawannya. Pas berjaya mendapat tempat dihati pengundi. Usaha mengekalkan pengaruh dan sokongan perlu terus dilakukan bagi memungkinkan kemenangan Pas pada masa hadapan.

g) Semua pihak mungkin boleh mendakwa berjaya. BN dapat mempertahankan dua pertiga majoriti. Bagi Pakatan Rakyat dapat mendakwa bertambah pengaruh dengan bertambahnya kerusi dan pengundi. Pokoknya ada perubahan politik dan pengundi Sarawak semakin terbuka.

h) Kemungkinan pilihanraya umum ke 13 akan berlaku dalam masa terdekat. Semua pihak dari sekarang perlu bersedia menghadapi pilihanraya berkenaan.


Dipetik daripada blog Dr Shafie Abu Bakar (ADUN Bangi)

5 comments:

leekonyou said...

Sunday, April 17, 2011
KENAPA CINA MENYOKONG DAP; ini jawapannya
Satu demi satu PRU/PRK dan terkini PRN Sarawak. Jelas sekali kaum pendatang Cina tidak berterima kasih kepada kepada kerajaan walaupun telah pelbagai kemudahan dan kebaikan yang ditunjukkan kepada kaum pendatang ini. Analisa demi analisa telah dilakukan,maka diantara jawapannya ada disini;

1. Pengundi Cina ini kita boleh diibaratkan sebagai sejenis makhluk yang lupa diri dan manusia seperti ini pun ada dalam masyarakat melayu samada dari golongan darah bangsawan, raja dan melayu baru. Contohnya RPK, dan seorang lagi kerabat diraja yang bersama DAP, lupa nama Tengku apa?

2. Kenapa ini terjadi adalah disebabkan kemakmuran dan kebaikan kerajaan BN selama ini yang memberi dan menyediakan pelbagai kemudahan dan polisi yang kondusif dan dengan keadaan ini maka mereka mereka yang tersebut diatas sudah merasakan bahawa mereka sudah berada dalam garisan yang berbeza dimana kehendak dan keperluan mereka pun berbeza dan secara ringkasnya mereka sudah tidak begitu bergantung kepada kerajaan yang ada.

3. Jadi apa yang mereka cari? lumrah manusia adalah untuk mencari sesuatu kepuasan dalam kehidupan atau satu bentuk perjuangan dan matlamat yang baru iaitu ingin mempunyai kuasa atau ingin membentuk satu kuasa yang baru. Kerana pada mereka segala apa keperluan dan kemudahan terutama dibandar bandar sudah mencapai tahap dimana amat mencukupi. Samada BN atau DAP yang memerintah keadaannya tetap akan sama.

4. Pada pandangan mereka soal moral adalah tidak relevan ini adalah kerana, dalam barisan kepimpinan BN pun adal yang tidak bermoral, dan dalam kepimpinan BN ada yang rasuah dan dalam kepimpinan BN pun ada yang bodoh sombong. Mereka berpendapat semuanya adalah sama dan apa yang penting adalah mereka ingin mencuba satu bentuk kuasa yang baru yang menjanjikan satu perbezaan, kepuasan, kebebasan, dan kononnya keadilan kepada semua.

Untuk mereka mencapai cita cita ini, maka keadaan akan menjadi lebih mudah apabila mereka sudah mempunyai manusia munafik dan talam dua muka seperti Anwar & the gang yang bersedia untuk memporak porandakan segala 'tiang seri' yang dibina demi sebuah kuasa dan kepuasan mereka.

5. Keadaan dan perasaan sedemikian kurang berlaku dikalangan orang Melayu, India, Iban, Kadazan dan lain lain. Ini adalah kerana mereka semua secara majoriti masih berada ditahap yang masih memerlukan pertolongan dan keprihatinan kerajaan.

6. Maka amatlah penting bagi kerajaan untuk memberikan penekanan yang lebih kepada golongan ini dan kalaupun ada diantara mereka yang lupa diri seperti golongan diatas tadi, saya yakin jumlahnya adalah amatlah berkurang dan ianya mampu diatasi kerana atas dasar kebangsaan dan agama.

"Susu lah anak dirumah sendiri dan biarlah kera yang sudah kenyang mencari makan sendiri apabila perlu, kerana walaupun keadaannya, anak kita tetap akan menjadi anak kita walaupun mereka kadang kadang lupa diri"
Posted by dzimba MMIM at 5:12 PM

Anonymous said...

menilia makhluk ALLAH berdasarkan bangsa adalah asobiyyah, jahiliyyah, dengki kepada kejayaan seseorang adalah kemunafikan.bumi adalah hak ALLAH untuk dijaga dengan penuh amanah, kezaliman adalah suatu yang diharamkan ALLAH, fitnah adalah suatu yang patut dikeji kerana ia termasuk dosa2 besar. tak kira siapa yang penting makhluk yang kenal pencipta harus diberi tanggungjawab sebagai pemerintah, ini adalah amanh.

Anonymous said...

khas utk leekonyou.. hang ni jenis melayu berjiwa hamba penyokong tegar umnoapco.... org melayu mcm hang dah lah sekolah ditanggung kerajaan, habis belajar pun nak kerja kerajaan jugak kalau kerja swasta lekehlah sbb dh biasa nak berpaut dgn kerajaan tetap dan berpencen konon . prestasi kerja kurang pun cukup tahun naik gaji senang sikitlah.. menteliti subsidi dan kategeri melayu tongkatlah....jenis mcm hanglah melayu tak boleh maju...maka jadilah penyokong tegar umnoapco.... alasan mengenang budi kerajaan tpi hang tau dak gaji hang duit pembayar cukai cina yg hang kutok tulah kerana mereka golongan peniaga lah byk bayar cukai hang tau.. igatlah sikit depa pun mahluk allah jugak, depa pun ade peranan sebagai warganegara tau.. hang memanglah melayu berjiwa hamba...

Anonymous said...

kalau tidak kerana kerana sultan melaka yang pertama mungkin malaysia tidak ujut dan kita asal dari nabi adam dan bermula dari benua india dimana nabi adam di turun kan kita pun pendatang.

Anonymous said...

siapa memenopoli bahan untuk kerja kerja pembinaan hingga kos pembinaan lebih mahal dari semenanjung.